'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Friday, October 29, 2010

WAYANG FREE



1. Wan Heru maroh dorh ke kiteq oih! Mungkin dieq keliru gamok nyeq. Tork ape larh. Jangan kiteq bekisoh sangat ke dieq tu. Keliru...keliru...keliru!!

2. Hari ni moh kiteq dingok wayang. Akuq belanje ke gon semueq. yok? Free! Urag Gusai buleh dingok jugeq. Wan Bederul, lame dork napok ong? Ong tarok dingok wayang ? Hehehe! Natiq aku nork pastikan kapong-kapong Ulu Temeling akan dapat Wi-Fi Kapong macam di Gua Musangkh. Aku nork mengicek anak 'Yatim' (Rais) tu duluq. Kita nork Wi-fi Kapong TANPA ada PRK.

3. Isuk aku nork hale he Gua Musang pulok.

Kita tidak hendak loji Nuklear. Kita tidak kisah bagai mana sisa nujklear diuruskan. Kita hendak keselamatan diutamakan. Apakah kita tidak ada sumber tenaga lain selain dari itu? Arang Batu? Air? Angin? ATAU mengkaji sumber tenaga baru....2 dalam satu; Bina 'Incinerator' bagi pelupusan sisa pepejal dan memperolehi tanaga dari pembakaran berkenaan? Fikir! Kaji! Lakukan sesuatu, asal bukan nuklear! Kita hantar pelajar kita keluar negara untuk jadi pandai bukan pandir. Untuk jadi pemikir dan pencetus idea besar, pencipta bukan setakat peniru. (Baca sini)

Thursday, October 28, 2010

HANYA JOHARI MENGENAL MANIAM

Imej Jerantut Bandar Sampah harus dikikiskan


1. Kita hidup dan berpijak dibumi nyata. Jika kita ingin menanam impian sekalipun, 'pastikan'lah impian itu sesuatu yang wajar dan mampu dicapai dari segi lojiknya. Kerana itu saya sebagai insan kerdil ini lebih suka bercakap mengenai perkara-perkara kecil saja. Jadikan ianya impian bukan sekadar angan-angan.

Saya ingin mengingatkan kembali bahawa dari 7 elemen penting yang disebut oleh PM bagi memperkasakan semula UMNO, eleman ke-4nya adalah menjuarai media sosial. Dalam bahasa lain menguasai IT; Facebook dan blog dengan mendekatkan diri kepada rakyat yang sudah banyak menggunakan medium berkenaan dalam kehidupan harian.

Setakat ini, masih belum ramai tokoh politik Jerantut yang ada laman blog dan facebook, kalau ada pun mereka tidak begitu aktif. Bila keadaan ini akan berubah agaknya? Sebenarnya bukan terlalu susah untuk membina laman blog, cuma perlukan sedikit minat dan usaha.

Kita akan pertimbangkan, jika ada permintaan mungkin kita akan adakan siri pembelajaran membina laman blog untuk kita-kita di sini, atau untuk pertanyaan dan pembelajaran lanjuta boleh hubungi 'cifu' blogger Jerantut aka 'guru besar' (Klik Sini ke blog beliau) Klik sini bagi panduan bina blog.


2. Bandar Jerantut sudah berubah wajah. Tahap kebersihan sudah bertambah baik walaupun masih belum benar-benar membanggakan sebagai sebuah Bandar Pelancongan, namun ini adalah permulaan yang baik.

Tiada siapa dapat nafikan ini adalah usaha keras YDP Majlis Daerah dan khususnya Setiausaha Majlis Daerah Jerantut sendiri. Kita harus mengucapkan syabas dan tahniah kepada Wan Norizan kerana usahanya itu.

Wan Norizan, jika tidak silap saya adalah anak tempatan Kuala Lipis kelahiran Bukit Betong dan saya mengenali beliau semasa beliau masih lagi bertugas di Majlis Daerah Kuala Lipis. Usaha beliau mengubah wajah Jerantut membanggakan semua pihak. Kerana itu tanpa rasa malu dan segan silu WZWH mengakui bahawa beliau adalah saudaranya walaupun mereka dari berlainan rumpun wan, WZWH wan Tembeling dan Wan Norizan adalah wan Bukit Betong.

Kawan-kawan mengijeq; WZWH ni asal ada wan hark yang mulek perangai, kayeq, terus mengaku sedareq. Ntoh-ntoh Wan Ho dan Wan Wah. (Tukang Emas dan Tukang Jahit) tu pun mengakuq sedareq dieq. Hehehehe! Hark yang tetunya, 'Wan Keliruq' dan 'Wan Numboi' memang sedareq dieq. Dueq-dueq cik igu sekuloh. Entohlarh yok! Hanya Johari yang mengenal Maniam. Ong adeq numboi mulek hah?

Wednesday, October 27, 2010

LOJI NUKLEAR SELAMAT? DIPERLUKAN SANGAT?


Cerdik sangatkah WZWH melebihi Tun Dr. Mahathir? Kah kah kah!



Kah kah kah!
Tukar Tiub pun tau hal Jerantut dan Ulu Tembeling. Tukar Tiub pun menganjing ke WZWH pasal pembinaan Loji Nuklear. Kata Hishamuddin Rais begini:
buat jalan - jalan runtuh
buat rumah - rumah runtuh
buat jambatan - jambatan runtuh
buat stadium - stadium runtuh

nak buat loji nuklear ?
kah kah kah



Kah kah kah!
Gon bace lah disini (KLIK)



Tuesday, October 26, 2010

"MAQASID DAN MANHAJ PERJUANGAN"



1. Dalam ucapan seorang Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, beliau mengunakan perkataan sepertimana tajuk posting hari ini. Saya yang bukan sekolah arab dan tidak pandai bahasa yang dituturkan oleh Shah Rukh Khan ataupun bahasa Parsi atau pun Palestin tentulah pening kepala. Semak punya semak kamus, maka tahulah maknanya adalah Matlamat dan Pendekatan. Ahh! Ada perkataan yang seerti dngannya dalam bahasa Melayu rupanya, jadi mengapa perlu gunakan bahasa yang sebegitu asing? Mungkin juga untuk tunjukkan bahawa si penuturnya adalah seorang yang begitu Islamik dan sangat mahir dengan bahasa arab, bahasa yang digunakan oleh kitab Al-Quraan.

2. Dulu, ada seorang pemimpin yang sudah ditempat ke-2. Bila bercakap sudah tentu akan menggulung lidahnya untuk jadikan sebutannya sebagaimana sebutan bahasa Arab.Dia bercakap mengenai masyarakat Madani, sampai terpaksa PM menyindirnya sebagai 'kabul' penjual permaidani. Akhirnya dia tertangkap kerana meliwat. Sekarang ini masih berdepan dengan tuduhan liwat, Tapi untuk kali ke-2.

3. Ketua Pemuda diatas ini ada juga hubungan dengan bekas orang nombor 2. Kerana itu dia sanggup menyerahkan paspot kepada nombor 2 untuk membolehkan beliau menerima rawatan diluar negara. Oleh itu bukan ada banyak perbezaan diantara kedua-dua mahkluk ini. Kita kena sentiasa awasi mereka.

4. Orang yang bercakap terlalu pandai adalah sangat bahaya kepada masyarakat kita. Pandai bertutur bukan bermakna cerdik dan bijaksana yang boleh membantu rakyat. Kalau bercakap mengenai nak bina hotel berpuluh tingkat, nak bina resort 7 star, nak bina itu dan ini yang tidak berpijak dibumi nyata, ia tergolong didalam golongan kaki auta @ Pemungkor. Dulu kita ada dengar ada seorang calon pilihanraya kata nak bina jalan raya dengan duitnya sendiri jika kerajaan tidak bina, Hakikatnya dia mendapat kontrek membina jalanraya berkenaan dan mendapat untung berjuta ringgit. Kita jugalah yang selalu kena perdaya.

Klik baca Kedah Times.


Akuq serik amat dorh oih! Kene tipu hajeq de dimeq. Janjiq nork beri tanoh felcra tork beriq jugeq, dapart ke sedare mareq dimeq hajeq. Ishhh! Mende kite urag budo.....tapi akuq ade satu undi dalap pilihanraye natiq, ong tau larh aku nork undi sapeq, yok?

Monday, October 25, 2010

SELEPAS PERHIMPUNAN AGUNG UMNO

Gambar Pahang Daily Online:
Sebahagian perwakilan yang menyerikan malamnya dengan berhibur di Dang Dut, manakala siangnya mengantuk di Perhumpunan Agung. Ini bukan gambar Orang kita dari Jerantut. Orang Jerantut tidak begini. kalau tak percaya boleh tanya pada En. Dolah Kicap. WZ pun tau tu. Boleh pastikan WA tak terlibat......


Perhimpunan Agung UMNO ke-61 sudah berakhir, tetapi kenangannya tidak.

Dalam ucapan penggulungan Presiden, beliau masih menggesa UMNO menggunakan se-maksimum mungkin bidang IT terutamanya laman Facebook dan Blog. YAB Presiden memang sedar bahawa orang UMNO masih ramai yang buta IT. Kekalahan BN dalam PRU 12 lalu sebahagiannya adalah kerana kurang upaya saingi pembangkang dalam rangkaian sosial terutama blog. Kita juga memandang remeh terhadap media sosial (media baru) dan salah tafsir impak yang diberikannya. Akhirnya kita tersandar kedinding dan kehilangan 5 buah negeri.

Berapa ramai AJK dan pemimpin diperingkat bahagian yang adal blog dan Facebook? Berapa ramai yang aktif? Berapa ramai pula yang melawati laman-laman berkenaan? Yang ramainya adalah yang masih buta IT. Bahkan lebih ramai yang menganggap IT langsung tidak memberi impak kepada sekeliling mereka.

Berjuang dia era sekarang tidak lagi seperti dulu.Peralatan juga semakin canggih. Jika kita masih ingin kekal dengan kuasa yang kita ada kita mesti mengubah strategi dan cara perjuangan kita. Kegagalan kita menguasai IT akan membuatkan kita kehilangan keupayaan untuk mendapat maklumat. Kegagalan mengumpul maklumat akan akibatkan kita salah tafsir kekuatan lawan. Kegagalan tafsir kekuatan lawan akan buatkan kita kalah dan tersandar ke dinding.

PRU 13 adalah cabaran terbesar kita. Kemungkinan UMNO / BN kalah masih ada. Ini juga bersabit dengan survival bangsa Melayu. Kalah UMNO maka kalahlah bangsa Melayu. Pas tidak akan perjuanhgkan Melayu bahkan Pas mengadai Melayu kepada DAP demi sedikit kuasa yang ingin mereka genggam. PKR hanya perjuangkan peliwat dan tidak akan kemana-mana.

Kita ingin lihat nanti akan lebih ramai pemimpin UMNO yang aktif berblog....dan tahniah kepada sahabat saya Cikgu Pian kerana aktif berblog, DUN tahan juga, semenjak blognya dilinkkan di SPU. Yang lain-lain bagaimana?

Klik ke blog Info Corner, baca eleman ke 4 dari 7 elemen transformasi UMNO. Kita dan pemimpin UMN O kita apakah sudah sampai ke situ? Blog resmi UMNO Bahagian Jerantut pun kita masih belum ada!


Sedareq akuq, cenerung ulor dorh ade belog. Ong ni Ri~Kuale Pengor, bila lagiq nork berbelog? Janganth isuk nork puyok akuq, asap rong akuq, segalenye ong nork mitok pade akuq! Maroh pulok de WZWF pasai ong tarok umpame ke dieq sebagai pemipin urag Ulu Temeling serta jajahan takluk nye. Tahniah larh dapat pingat, patut dorh dapat Dato' dorh sebab Halim Lim Ah Chap pun dorh lama dapart, tarok tuleh belog pon!

Sunday, October 24, 2010

TERIMA KASIH DS NAJIB KERANA MENDENGAR SUARA KITA




Perhimpunan Agung UMNO sudahpun berakhir hari ini. Saya masih belum nampak jelas perubahan dalam UMNO. UMNO masih UMNO yang dulu walau berapa kali bersalin kulit sekalipun, tetap sama.

Perhimpunan Agung hanya gelanggang tempat perwakilan menonjolkan diri. Bagi yang berucap mereka seperti dulu juga, berpidato berapi-api. Ucapan penuh dengan retorik sesekali memohon, merayu kemudian mengugut serta membodek para pemimpin. Orang bertepuk kita bertepuk, orang bersorak kita bersorak.

Cuma ada beberapa perkara yang patut perwakilan akui, iaitu bahawa peratusan perwakilan adalah dari kalangan mereka yang masih buta IT. Kerana itulah Presiden bersungguh-sungguh meminta mereka menyertai media sosial ini untuk mendekatkan diri dengan masyarakat. Di Jerantut sendiri berapa orang pemimpin kita yang aktif mengamalkan media sosial? Adalah satu dua orang. Blog DUN Tahan nampaknya sudah jadi sarang labah-labah. Bukan setakat layoutnya tidak menarik, tulisanya serta isunya juga tidak menarik sama sekali. Bolehlah dikategorikan blog berkenaan sebagai blog 'sampah'. Sama juga dengan blog Norhelan (Ketua Wanita UMNO) yang hangat-hangat tahi ayam. Sekarang ni diblog Norhelan bukan setakat ayam sudah tidak bertelur, berak pun ayam sudah rasa segan, hehehe! Kita tunggu dan lihat selepas ini, siapa lagi pemimpin UMNO Jerantut yang terbuka mindanya untuk IT?


Pada hari ini, kita mendengar Presiden UMNO berucap dan menegur perkara sama berkaitan pemberian saham felcra. Terima kasih DS Najib. Suara kita sudah didengari pemimpin. Blog kita, terutama blog SPU memang sedang dipantau oleh pemimpin UMNO. Kita bangga kerana akhirnya suara kita didengari oleh pemimpin. Ini bukan akhir perjuangan tetapi sebenarnya perjuangan kita baru saja bermula.

Jika pemimpin UMNO kita jujur, tidak pentingkan diri dan mengambil berat terhadap rakyat baru kita rasa kita patut bersama didalam saf. Tetapi jangan beri kami harapan dan impian, jangan jadi saudagar penjual mimpi. Kami inginkan realiti kerana kami hidup dan berpijak dibumi nyata.

Si pemungkor dan penjual temberang akan tetap kita pinggirkan dan singkirkan!


Hah Oih!! uRag dRrulug seroh memorandum bantahanth rakyat DUN Tahan pada DS Najib, presiden UMNO aka PM. DS Najib peka dan prihatin laluq beriq responnya dalam ucapanth penggulungannya. Kita tau akhirnye pemipin akan sedor jugeq dan mendengor suare kiteq yok? Kita sedor blog Jerantut dipantau UMNO Kebangsaan terutamanye blog SPU. Kite berjaye, tapiq pejuangan kiteq baru hajeq bemuleq bukanth nye sudah berahir! UD akan pastikan suara rakyat diberiperhatianth!

Saturday, October 23, 2010

IKS PEMBUATAN 'ASAM RONG' UNTUK PASARAN ANTARABANGSA

 Gambar hiasan: Industri Kecil dan Sederhana pembuatan keropok


Semua orang di Ulu Tembeling dan bahkan sepanjang Sungai Tembeling makan 'asam rong'. Bahkan orang di Raub juga makan dan menggemarinya. Jika pembuatan 'asam rong' ini dilakukan secara komersial besar kemungkinan berupaya dipasarkan bukan saja di Malaysia bahkan diluar negara sekalipun.

Memang sudah susah untuk mendapatkan bekalan buah perah, bahan utama bagi membuat 'asam rong' berikutan kepupusan pokok perah yang juga ditebang dalam pembalakan. (Begitulah dengan mudah kita memupuskan spesis-spesis tumbuhan kerana lebih mementingkan kewangan bagi jangkamasa singkat).

Namun begitu alternatifnya kepada buah 'perah' iaitu 'biji getah' sudah digunakan sejak beberapa lama dulu.Justru, jika kita sudah tiddak mampu mendapatkan buah 'perah' untuk tujuan pembuatan 'asam rong' maka kita boleh melakukannya dengan menggunakan 'biji getah'.Selain dari masih banyak terdapat pokok-pokok getah disekitar kita, ianya juga mudah untuk didapati tanpa perlu meredah hutan untuk mendapatnya.

Prosen pembuatan 'asam rong' juga sangat mudah. Mula-mula bijigetah yang dipungut itu dijemur selama satu dua hari, kemudain kulitnya dipecahkan untuk mendapatkan isi-rongnya. Isi rong buah getah itu selalunya dititik dan kulit kerasnya dibuang dan sekali lagi ianya dijemur untuk beberapa hari lagi. Proses berikutnya adalah menghancurkan isi-rong berkenaan. Secara tradisional, ianya ditumbuk sama ada menggunakan lesung tangan atau kalau dulu digunakan lesung kaki (juga dikenali dengan lesung hindik). Isi-rong yang suddah ditumbuk (tidak terlalu hancur) tadi disimpan didalam bekas yang kedap udara supaya ianya tidak dijangkiti kulat. Biasanya di simpan didalam 'molo' atau tempayan untuk jangkanasa beberapa bulan.

Setelah diperam selama beberapa bulan maka 'asam rong' berkenaan siap untuk dipasarkan sama ada bagi pasaran dalam negeri bahkan bagi pasaran luar negara. Bagaimanapun sebelum itu, proses pembungkusan dan penjenamaan harulah dilakukan dengan baik supaya produk tahan lebih lama dan kelihatan menarik terutama untuk pasaran luar negara.

Oooo! Mungkin ada yang rasa hendaka ketawa bila idea memasarkan 'asam rong' ini dicadangkan. Tetapi apakah kita sedar bahawa diluar negara banyak bahan makanan yang selalu kita makan dikampong-kampong kita juga terdapat dipasaran diluar negara?

Apakah kita sedar bahawa kunyit, daun kunyit, halia, lengkuas, daun kesum, terung pipit (terung mangol), daun limau purut,....namakanlah apa saja, hampir segalanya terdapat dipasaran diluar negara walaupun bukan datang dari negara Malaysia.

Kadang-kadang kita hairan kenapa kerjaan Malaysia tidak dapat memasarkan barangan keluaran negara kita dengan berkesan diperingkat antarabangsa? Jawapan mudahnya adalah agensi-agensi berkenaan serta penjawat awam yang bertugas diagensi berkenaan tidak bersungguh-sungguh melaksanakan tugas mereka. Kerana itulah kita selalu tewas kepada Thailand dan Indonesia dalam banyak hal yang melibatkan industri pertanian.

Di eropah dan negara-negara luar, makanan India, China, Jepun serta Korea sudah tidak asing dan dapat menarik minat diperingkat antarabangsa. Demikian juga dengan makanan dan masakan Indonesia dan Thailand yang sudah semakin mendapat tempat diarena antarabangsa, tetapi kenapa makanan Malaysia tidak mendapat pengiktirafan demikian? Jawapan mudah adalah kita kurang peka terhadap mempromosikan makanan negara kita diperingkat antarabangsa. Sekali lagi kelemahan kerajaan dan penjawat awam yang bertugas di agensi berkenaan boleh kita persalahkan.

Jika kita dapat mempromosikan makanan kita, termasuk 'asam rong' keperingkat antarabangsa serta berupaya mengekspot 'asam rong' keluar negara (yang disertakan resepi memasaknya) tidak mustahil 'asam rong' juga akan mendapat tempat dan dipasarkan di luar negara.


Hehehe! Isuk akuq akanth buatkan resipi macap mana nork buat gulai 'asam rong' ikan sebarau. Yang peting, mestiq pedas yok? Sedareq akuq Wan Heru tu gemo amat ke gulai asap rong nih. Wan Rahman pun same jugek, mende dieq asal urag Kapong Batai, yok? Gon ade puyok? Bok ket! Akuq ade er'rong!