'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Wednesday, February 6, 2013

DUN TAHAN PECAH 3 ?




Pertama kali dalam sejarah sebuah DUN akan dipecah kepada 3 bahagian. Ini persempadanan semula khas yang terpaksa dilakukan oleh Dewan Undangan Negeri Pahang setelah cadangannya dipersetujui oleh MB Pahang dan diperkenankan.

DUN Tahan kelak adalah satu-satunya DUN yang akan mempunyai 3 Sub DUN dengan juga 3 Sub ADUN sebagai tambahan. Ini dilakukan kerana minat yang tinggi yang ditunjukkan oleh individu-individu yang sangat berminat untuk jadi Yang Berhormat.

Khabarnya Wan Mizan hendak ke Parlimen jadi untuk meneruskan legasinya kerusinya terpaksa diserahkan kepada Wan Pudin. Bagaimanapun calon lain yang sangat-sangat berminat adalah Wan Halim. Mereka-mereka ini telah dan sedang berkerja kuat dikampong-kampong di Ulu Tembeling dan 'mengaborkan' kepada semua orang bahawa merekalah yang akan dicalonkan nanti.

Selain dari mereka berdua, Wan Tini Ketua Puteri juga sangat 'teringin' dan tak sabar hendak jadi YB juga. Sebenarnya Tini ni bukanlah dari kalangan Wan, dia juga tidak masuk Wan tapi mungkin dah dimasukki Wan mana ada orang tau. Sebagai Ketua Puteri dia memang layak dan sama setaraf dengan Wan Empok Wan Melini dari keturunan Hema Melini pelakon filem Hindunestan.

Jadinya, Wan Pudin, Wan Halim dan Wan Tini akan jadi Sub ADUN dikawasan-kawasan tertentu bagaimanapun Wan Mizan akan tetap berada diatas mereka memantau segala gerakkerja mereka itu nanti. Jadi, kepada penduduk dan pengundi di DUN Tahan dinasihatkan supaya jangan bimbang dan berkisah sangat jika terdengar ada ramai orang-orang yang mengaku bahawa mereka itu akan jadi calon dalam PRU akan datang kerana semuanya adalah benar belaka. Tiada yang tidak benar melainkan semuanya kebenaran yang benar belaka.


Haih Oihh! Pening jugerk kepala akuq neh oih! Rase macamph malan makan pinang kosi yok? Hahahaha! Kerayanth!! Wan Zurik ong tork usoh bimbang, nameq ong dorh ada jadi calon!!!


Monday, January 28, 2013

PENGUMUMAN PRA PRU13




Sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi kita mengadakan Pilihan Raya Umum setiap 4 Tahun sekali bagi mendapat mandat mentadbir negara. PRU ke-13 ini dinantikan dengan penuh debaran dimana pihak pembangkang 'kununnya' ingin merampas PutraJaya sedangkan parti pemerintah Barisan Nasional ingin mendapatkan mandat besar 2/3.

Sebagai sebuah blog yang mengamalkan demokrasi, blog 'uRag dRrulug' mengadakan pemilihan @ pungutan pendapat untuk melihat parti manakah yang akan diberikan mandat bagi mentadbir kerajaan dalam PRU akan datang. Mungkin juga keputusan ini nanti akan memberi gambaran atau bayangan sebenar dalam PRU13 nanti wallahualam!

Silalah mengundi. Tiada penggunaan dakwat kekal atau dakwat tak kekal. Tiada pengundi hantu kerana hantu dilarang sama sekali untuk mengundi. Keputusan muktamad dan SPR tidak terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam pemilihan ini. Sebarng bantahan boleh dibuat dalam masa 24jam setelah tarik tutup dengan memasukkan surat bantahan kedalam tong sampah yang berhampiran. Nike Ajes, Ann War, Kopral Sinki tidak dibenarkan mengundi kerana terlibat dalam mengawal 'peti bantahan'. Abby Abody juga tidak dibenarkan mengundi kerana akan berada dalam 'peti bantahan' sepanjang pemilihan berlangsung.


Haih!! PRU13 ni natiq, dengor kabor nyeq DUN Tahan akan dapart banyok wakil rakyat....Wan Pudin, Wan Halim tengoh rancok berkepex....napork gayeqnyeq DUN Tahan akan pecoh tigeq....1 Wan Dupok, 1 Wan Pudin dan 1 Wan Halim. Untoq larh urag DUN Tahan dapart banyok wakil rakyat.....hehehehe!!!

WanZurik polurk betanding de DUN Pula Tawa....kabornyeq tork adeq calon momor dueq, dia sesorang hajeq.....calon pembangkang pon tarok beraniq nork melawan. 

DUN Damok, napork gayeq nyeq...Wan Lau Lee lagig larh....sapai urag puas hatiq dan tarok hendok turun mengundiq....

Friday, January 25, 2013

MANYAK SILAPP...





Ini kisah tonggeng bontot kepada gambar PM DS Najib tidak berapa lama dulu. Rakyat yang waras sememangnya mengutuk perbuatan berkenaan. Marah bagaiamana sekalipun adalah tidak wajar menunjukkan kebencian sedemikian rupa. Selain dari bukan budaya bangsa kita, perbuatan berkenaan sebenarnya hanyalah menunjukkan kebodohan diri sendiri. Bahkan ibu bapa juga dianggap tidak pandai mendidik anaknya.

Anu arr juga sangat marah kepada remaja tersebut kerana melakukan perbuatan berkenaan. Namun marahnya bukan kerana remaja berkenaan bersikap kurang ajar kepada Perdana Menteri Malaysia, tetapi adalah kerana remaja berkenaan tidak melakukan perkara berkenaan dihadapannya.

Anu arr yang umum sudah sedia maklum terlibat banyak kali dengan seks songsang dan meliwat sudah tentu tidak dapat menahan gelora asmaranya apabila terlihatkan bontot remaja berkanaan yang montot itu. Tidak hairanlah dalam waktu terdekat remaja berkenaan akan dilatih untuk jadi seorang aktivis yang akan membantu beliau mencapai cita-citanya serta kemuncak syurga nikmatnya. Ayaaa! Manyak Silap woooo.....

Hehehe! Hanjenq hark yang sudah sekali makanth taik tentu endok makanth lagiq, kalau tidok makanthpon akanth cium jegeq, yok?


Monday, January 14, 2013

HANGAT: MATI SEMASA TUNJUK PERASAAN.....

Menerima anugerah pelakon penunjuk perasaan terbaik 2 kali berturut-turut...


Tunjuk perasaan dan rusuhan berlaku disana sini. Terkini di negara kita ianya juga sudah hampir menjadi satu budaya baru bagi kita. Himpunan Kebangkitan Rakyat yang diadakan baru-baru ini membuktikan bahawa tunjuk perasaan dan rusuhan sudah makin diterima rakyat sama ada yang bijak pandai serta yang bangang dan bengap.

Jika di negara-negara luar  seperti di Indonesia, mereka boleh menjadikan ini sebagai satu kerjaya demi mendapatkan sebungkus nasi mereka sanggup berdemo. Bahkan telah diberitakan bahawa ‘pemimpin terbuang’ kita juga sudah pernah mendapatkan khidmat mereka untuk memprotes di kedutaan kita di Indonesia tidak lama dulu.

Kerana itu, kenapa tidak kita mengusahakannya dan jadikannya sebagai satu peluang kerjaya bagi membolehkan mereka yang tidak berkerjaya atau sudah jemu dengan kerjaya mereka selama ini ataupun mereka yang sudah jemu dengan kehidupan mereka sendiri.

Sebuah syarikat akan didaftarkan bagi tujuan itu. Nama dan keterangan ringkas syarikat adalah seperti berikut:


Nama Syarikat: PENUNJUK SDN BHD
Perkhidmatan: Membekal pekerja penunjuk perasaan mahir dan separuh mahir untuk tujuan sebarang demonstrasi sama ada aman atau ganas.

Logo Syarikat:




Keupayaan Syarikat: Membekalkan sehingga 1Juta orang bagi satu-satu masa.

Pakej Minimun: 100 orang

Harga seorang bagi Tunjuk Perasaan Aman selama 8 Jam

Kategori
Jantina
Harga Seorang    RM
Dewasa
Lelaki/Perempuan
 80.00
Remaja/Mahasiswa
Lelaki/Perempuan
30.00
Warga Emas
Lelaki/Perempuan
 25.00
Pak Lebai/Ustaz
Lelaki/Perempuan
 20.00
Sundal/ Bapok
Perempuan/Tiada Jenis
 20.00
China Doll/ Samm Doll

 100.00
Kanak-Kanak (bersama 2 ibu-bapa)
Lelaki/Perempuan
 100.00
Warga Asing
Lelaki/Perempuan
 30.00





Bayaran Ekstra terasuk elaun dan bagi tugasan tambahan:

Caj Tambahan jarak melebihi 3ooKM
 RM 20.00 setiap 100KM
Rusuhan Ganas
 RM 30.00
Berlakun dan buat-buat ‘Sakit’
 RM 15.05
Berlakun dan buat-buat ‘Mati’
 RM15.85
Elaun Bermalam didalam Lokap
 RM10.00 semalaman
Elaun Perubatan (Jika dibelasah Polis)
 RM5.00 (Rumah Sakit/Klinik Kerajaan sahaja)


# Separuh Mahir
Diskaun 30%



Memandangkan syarikat ini akan menghadapi banyak cabaran-cabaran dalam pengurusannya maka Pengerusi syarikat mestilah seorang yang bijak dan berpengalaman dalam soal-perniagaan orang. Pengerusi yang dicadangkan tidak lain dan tidak bukan adalah Tuan Husin Lempoyang yang sudah bertahun-tahun berpengalaman menjual 'onta' di Bazaar Baghdad dan bertahun-tahun juga menjual orang separuh masa di Turkistan, Afghnistan, dan Negeri Setann di mana Pemimpinnya dari parti yang bersahabat dengan setan...parti angkatan syaitan.


Hj Hussin Lempoyang juga yang akan kaya nanti...heh heh heh heh...wowww!!!


Haih! Usin, ong menjual urag pulork dorh? Ishhh! Kerayanth sunggoh kateq de akuq......

Monday, December 31, 2012

POLITIK SUNGAI TEMBELING




Orang Melayu masih sayangkan parti UMNO. Memang UMNOlah yang telah banyak berjasa kepada orang-orang Melayu sama ada yang tinggal dikota-kota ataupun yang jauh dipedalaman. Pada ketika itu UMNO adalah wadah perjuangan bangsa.

Dari Ulu Tembeling, orang-orang UMNO sanggup ke Kuala Lipis menaiki motor bot untuk menghadiri mesyuarat UMNO kerana Jerantut masih lagi berada didalam bahagian Lipis. Begitu semangat dan kazaman orang-orang UMNO waktu itu. Namun kerana kepentingan peribadi dan kerakusan para pemimpinnya maka sebilangan ahli didalam UMNO telah keluar dan menyertai Pas dan menimbulkan perpecahan umat Melayu sehingga ke hari ini.

UMNO masih kekal memperjuangkan kepentingan dan kemajuan rakyat sementara Pas yang tidak mempunyai kuasa terpaksalah menggunakan agama untuk perjuangan dan kepentingan pemimpin mereka. Setiap malam dan setiap ceramah yang diadakan disurau-surau, para pemimpin Pas menjual fitnah dan caci maki mereka. Fitnah dan caci-maki sudah jadi makanan orang-orang Pas sehingga ke hari ini dan mereka merasakan patut dan 'halal' dilakukan kerana kononnya atas alasan perjuangan dan agama.

Amanat Hj Hadi yang ternyata bertentangan dengan Islam telah memisahkan terus antara orang-orang Malayu Islam Pas dan selain dari mereka. Hukum mengkafirkan UMNO jelas bukan saja memisahkan bangsa Melayu sesama Melayu bahkan memisahkan agama Islam itu sendiri. Siapa yang boleh mendabik dada dan mengatakan bahawa mereka lebih Islam dari orang lain? Bukankah itu hanya kekuasaan Allah yang menentukannya?

Sehingga ke hari ini, sudah 15 hari Hj Hadi membisu tentang amanat mengkafirkannya dahulu. Apakah Hj Hadi ini ulamak yang benar atau ulamat pencacai politik jalanan? Islam menyatukan umat namun Pas memecahkannya. Hj Hadi diseru supaya menarik balik amanatnya dan Hj Hadi mesti bertaubat.....jangan sampai Karpal Singh memaksa dan mengherdik supaya Hj Hadi mesti bertaubat kerana itu nanti akan memalukan Pas dan memalukan agama Islam ini sendiri.

Kami anak-anak muda, walaupun hidup dipedalaman dan ulu sungai namun dengan adanya internet dan media baru kami sedar segala perkembangan yang berlaku. Kami sudah tidak lagi ingin ditipu. Jikapun kami membantah kerajaan dan kami tetap tidak akan mengundi pembangkang terutamanya Pas yang nyata penipu besar.  Mengundi Pas adalah mengundi DAP. Mengundi DAP adalah mengundi kafir harbi. Haram! Haram! Haram!

(Baca Sini Blog Unspinners)

Gon tork usoh nork mengimpen ke kumeq, kumeq urag mudeq tork nork dorh ke Pas hark menyibor pitehoh neh! Haramph! Kapir! Keratanyt sunggoh york? Anok mudeq derullug tulork Pas, tulork pembangkangh. Kala kumeq tork sukeq pemipin, kumeq tulork pemipin bukan partiq. UMNO tetap dihatiq dan kamiq terhutang budiq!

Friday, December 28, 2012

PEROKOK (PAS) LEBIH HINA DARI LEMBU





KOTA BHARU, 27 Mac - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, umat Islam yang cuba menonjolkan keislaman mereka melalui pakaian jubah dan ketayap tetapi menghisap rokok adalah lebih hina daripada lembu.

Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas berkata, amalan menghisap rokok dikeji serta diharamkan oleh agama dan doktor kerana ia memudaratkan kesihatan.

"Contohnya, lembu yang berak di tengah jalan tidak boleh diambil tindakan undang-undang kerana tidak mempunyai otak dan fikiran. Tetapi manusia yang mempunyai otak sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi agama dan kesihatan, apatah lagi dalam keadaan berpakaian melambangkan Islam (kopiah atau berjubah).

"Maka, mereka yang melakukan perbuatan (menghisap rokok) itu dianggap lebih hina daripada lembu," katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini semalam.

Nik Abdul Aziz berkata, ada antara umat Islam yang mencuri-curi menghisap rokok di serambi masjid sambil bersembang sementara menunaikan solat.

Beliau mengingatkan umat Islam supaya menghentikan amalan yang dianggap jijik dan tidak berdisiplin itu. - Bernama


Ngapo oghe Pahs hor yay isap rokok senyak jo? Demo memay bodo lebih dari lembu....hohoho!!!! Tapi doh nok Pilihay Rayo ni Pok Nik nok jugok undi demo tu.... Kerayanth! Akuq cubeq becakap urag Kelantanh pulork!

Sunday, December 9, 2012

PARTI ISLAM SEMALAYSIA BUKANNYA PAS TAPI PIS



Puak-puak pencacai Pas selalu sebut pasal UMNO tidak gunakan nama parti dengan bahasa Melayu sebab UMNO tu kononnya bahasa 'omputis'. Tapi bagaimana pula dengan Pas? Parti Islam Semalaysia....sepatutnya bukanlah Pas tetapi Pis....Eloklah tu....Pas....Pis....Pus....

Sumber kewangan penceramahnya adalah dari duit kutipan setiap kali berceramah. Ceramah mereka memang panas sebab dari mula hingga akhir penuh dengan caci maki. Begitu juga jasad mereka dikemudian hari akan dilontarkan kedalam neraka yang panas membakar. Merekalah kaum yang menjual agama kerana mencari kehidupan mereka.

Terkini, dalam perebutan jawatan didalam parti Pas...opppp! Parti Pis, mereka juga sudah menggunakan wang untuk membeli undi. Selama ini mereka menuduh UMNO dan parti komponen BN yang melakukannya dan sudah tentu mereka memnghukumkannya haram, tetapi apabila mereka sendiri yang melakukannya maka mereka hukumkan sebagai halal dan sedekah bukannya rasuah.

Memang mudah jika hukum agama kita yang menentukan. Kerana itulah dulu senang-senang saja puak-puak ini menghukum orang UMNO sebagai kafir bahkan sembahayang yang diimamkan oleh orang UMNO juga tidak sah. Sedangkan dalam Quraan tidak tercatat sama sekali hal sedemikian.

Mungkin puak-puak Pis ini merasakan bahawa mereka adalah insan pilihan Allah. Mungkin juga mereka merasakan bahawa Pis itu adalah Islam dan Islam itu adalah Pis. Sedangkan sebenarnya mereka itu adalah orang-orang yang sesat dan menyesatkan.

Dalam rancangan 'Permintaan Untuk Kaum Ibu' ini kami siarkan lagu untuk puak-puak Pis yang rela berguling-guling tengah jalan tu.......hehehehehe...