'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Monday, January 31, 2011

TIDAK UNDI PAS JAHILIAH?



Tidak sokong Pas Jahiliah? Wah! Begitu sekali kata-kata yang dikeluarkan oleh Nik Aziz bagi menjamin dan mendapatkan sokongan buat calon Pas nya yang bertanding di DUN Tenang baru-baru ini. (Baca Berita Harian disini) Jangan pula ada yang kata baca Berita harian Jahiliah atau Haram!

Pas seperti biasa menggunakan agama sebagai penarik sokongan dan simpati pengundinya. Kerana itu banyak kalangan orang-orang yang 'jahil' akan terpengaruh untuk menyokong mereka. Saya tidak kata Pas adalah parti orang-orang jahil, saya sedar kebanyakan pemimpin mereka itu bijaksana tetapi mereka mempergunakan orang-orang yang jahil untuk menyokong mereka.

Mereka gunakan ayat-ayat Quraan untuk menerik penyokong mereka. Kefasihan mereka menyebut aya-tayat Quraan itu membuatkan terutama yang yang jahil akan terpukau mendengarnya. Justru, apa kata dan janji mereka akan mudah dipercayai.

Malangnya, pemimpin-pemimpin Pas juga sudah membiarkan DAP menggunakan ayat-ayat Quraan yang suci itu untuk mengaburi mata rakuay jelata. Tidak hairanlah apabila ada diantara rakyat jelata yang menyahut bacaan ayat al-quraan itu dengan seruan takbir...Allahuakbar!

Hati Melayu memang lemah dan lembut. Mereka akan dengan mudah percaya dengan janji dan kata-kata. Mentelah pula jika ada janji bahawa undi Pas masuk syurga. Maka berduyun-duyunlah yang mengundi dengan harapan akan mendapat jalan mudah ke syurga.

Kita tidak persoalkan mereka yang jahil itu kerana memanglah dasarnya kerana mereka itu jahil maka mudah mereka terpengaruh, tetapi kita persoalkan pemimpin-pemimpin Pas yang bijaksana itu kenapa mereka begitu tega untuk membohongi rakyat jelata yang mereka sedari dalam keadaan jahil itu?

Jika umat Islam masa kini berada disalam kesesatan, maka pemimpin-pemimpin Pas lah yang bertanggungjawab membawa mereka kedalam kesesatan itu.


Hasib baik oih! Tepat kiteq tarok urag hark budo amat sapai beginiq, yok? Deme kepeng ramai larh urag hark mendengor tapi undiq payoh jugeq nork beriq, yok? Pade sukong Pas bior tetu sukung DAP pulok.


Friday, January 28, 2011

SIAPA HAMBA POLITIK DAN KITA DIPIHAK YANG MANA?

Inilah doa penuh taksub bila kita jadi hamba politik, dan 
DAP akan perhambakan Pas dengan sehina-hinanya sepanjang masa



Politik kita memang sangat kejam. Politik kita adalah politik menconteng arah kemuka. Tidak kira kita dari parti apa sekalipun, apabila kita terjun kedalam kancah politik maka kita harus berani untuk diwarnai - hitam atau putih.

Sepanjang kempen PRK Tenang, saya 'ralit' membaca sehingga lupa untuk menulis, tambahan di sini sudah semakin kekurangan isu, atau kita tunggu untuk letupkan isu kita dimasa saya lebih baik nanti - selepas diistiharkan PRU.

Mengenai mewarnai politik kita, jangan salahkan hanya satu pihak semata-mata tetapi mungkin inilah gaya politik di negara kita. Apabila seseorang terjun kedalam politik, ianya mestilah berani untuk diwarnai. Pihak parti yang disertai akan sentiasa mewarnainya dengan warna putih sedangkan dipihak lain akan selalu hitamkannya.

Mungkin kita ada maksud baik, tetapi maksud baik kita itu untuk siapa? Kita dipihak yang mana? Mungkin maksud baik kita itu hanya baik bagi pihak yang kita sertai tetapi menjadi maksud buruk bagi pihak sebelah sana, demikianlah sebaliknya.

Malangnya, ketika orang lain hanya berpolitik semasa pilihanraya tetapi kita berpolitik sepanjang masa. Kita jadikan politik darah dan daging kita. Ada pendapat bahawa Kelantan susah maju kerana mereka berpolitik setiap masa sehingga mereka tinggalkan tanggungjawab lainnya termasuk untuk membangunkan negeri dan negara. Maksud baik apakah ini?

Politik kita adalah politik berpuak-puak. Lihatlah antara Pas dengan UMNO, tidak akan mampu untuk bersatu. Lihat juga didalam UMNO sesama UMNO, masih ada puak-puak diantara kita - semua ini untuk apa? Kita semakin terasing dan mengecil dan terpencil dan dipisah-pisahkan, akhirnya kerana sudah hilang kekuatan, kita diperintah oleh orang lain.

Lihat pula kaum Cina - biar berapa banyak parti yang mereka ada namun  demi keentingan bangsa mereka, mereka masih boleh duduk semeja dan berbincang bersama-sama, kerana mereka bukan lahir untuk menjadi hamba politik, tetapi merekalah yang menghambakan politik. Mampukan Pas dan UMNO lakukan seperti itu? Dengan semangat Islam kita? Nampaknya agama sudah semakin dicemari tanpa kita sedari....




Gon dinguk larh senirik, hork HALAL hanya untuk Pas, hork HARAM tetap untuk UMNO. Untung amat dieq tu yok? Bataraf nabi gamok nye. Bulih menjatuh hukum ikut suka dieq hajeq. Ish!!! Kerayanth amat!

Tuesday, January 18, 2011

KATA DIA, KATA SAYA

Hotel Zenith di Kuantan,
 milik penuh Syarikat Zuriq yang akan membina bangunan begini
 di Lembah Tembeling dalam angan-angan pembangunannya




Kata dia:

Bagi orang Jerantut peminat blog cyberpolitik sudah tentu tertanya-tanya apa sudah jadi dengan blog Suara Prihatin UMNO Jerantut (SPU) lama menyepi tiada posting selama 6 hari. Biasanya 2 hari sekali posting review mengulas posting blog-blog Jerantut.

Kata saya:
Cuti rehatlah tu agaknya

Kata dia:
Adakah blog SPU sudah bertukar pengurusan lagi? Atau SPU sudah insaf untuk mengkritik WZWH lagi. Tiada modal dah agaknya. Sejak WZWH berblog dari April 2010 hingga sekarang selalu WZWH menjadi bahan posting SPU.

Kata saya:
Mungkin juga bertukar pemilik sekali lagi. Insaf mengkritik WZWH rasanya tidak sebab WZWH itu adalah permainan dia. Mungkin dia kesian dengan WZWH kerana sejak  kebelakangan ini pembaca WZWH semakin berkurangan. Mungkin dia sedang fikir bagaimana nak bantu naikkan kembali jumlah pembaca WZWH itu.

Kata dia:
Satu lagi blog yang ikut pattern SPU ialah blog Urag Drrulug (UD). 90% dari 125 posting blog UD suka menyentuh isu yang melibatkan WZWH. Ada orang kata blog UD ini wujud untuk "demonise" WZWH. Apa yang WZWH fikir dan cadangkan untuk kemajuan Ulu Tembeling, DUN Tahan dan Jerantut diperlekehnya.  Semua tidak kena, ada motif udang di sebalik batu kata UD.

Kata saya:
WZWH juga adalah alat permainan UD. UD suka tengok WZWH dikejar ayam, hehe! Mustahil blog UD diujudkan untuk 'demonise' WZWH kerana UD lebih dahulu ujud sebelum WZWH, lainlah jikalau UD selepas WZWH. UD bantah cadangan WZWH kerana nampak sangat WZWH ni kurang bijak (bukan bodoh), contohnya; bagaimana nak tentukan lebah bersarang hanya di pokok Tualang saja dan begaimana nak pastikan lebah-lebah itu hanya menghasilkan madu yang bergred 'A' dan bertaraf antarabangsa? Hehehe! Orang asli pun tahu itu mustahil, kehkehkeh!

Kata dia:
Blog UD kreatif dengan satirikal ceritanya siap dengan foto-foto sarcastic termasuk video. Sudah tentu pembaca Jerantut cukup terhibur membaca postingnya. Begitu juga blog SPU sungguh pandai celotehnya. Pun ramai pembaca Jerantut meminati penulisan dan gaya bahasa SPU.

Kata saya:
UD ni memang bijak orangnya dan lebih dewasa dari WZWH, tentu sekali panjang akalnya. Walaupun SPU lebih dahulu berblog tetapi SPU tetap menghormati UD dari banyak segi dan bersegi-segi. Selama ini WZWH telah silap menilai UD kerana selalu memperkecilkan UD.

Kata dia:
Apa sudah jadi bila SPU dan UD membisu. Ada orang kata UD sudah jumpa YB Dato' Wan Amizan kerana ada hal personal. UD pun pernah komen dalam blog WZWH cakap mahu jumpa ADUN Tahan. Mungkin selepas jumpa ADUN Tahan gamoknya UD sudah tidak berapa minat menulis blog lagi dan senyap sampai sekarang (ekekekeke...)

Kata saya:
Mula-mula dulu memang ada UD nak jumpa dengan YB. Dompok, tapi YB Dompok juga silap membuat penilaian dana tidak endahkan UD. Tiba masa YB Dompok nak jumpa UD, memang UD bersedia tetapi bergantung kepada apa tawaran yang mampu diberikan. UD berhenti sementara memberikannya masa untuk berfikir. Semakin lama masa diambil akan semakin besar 'damage' yang akan ditanggung oleh YB Dompok kelak. Ekekekekekek! Siapa yang akan ketawakan siapa nanti? hehehe!

Kata dia:
Barangkali SPU pun menjejaki UD jumpa ADUN Tahan. Pun SPU senyap sampai sekarang. Bruup...Bruup...Bruup... kata blogger Braveheart he he he...

Kata saya:
Inilah dunia! Nampaknya SPU sudah mengkhianati janji dan sudah 'brruppppp! (agaknya) Mungkin bRAVEhEART juga sudah 'Brrupppp' juga? Tapi aku apa peduli? SPU dan BH blogger yang tak setia pada janjinya (jika benar mereka brruppp!)

Kalau benar SPU dan BH sudah 'brruppp!', tutuplah mulut dan bontot kamu berdua...dan aku peduli apa? Tapi WZWH tetap akan lari dikejar ayam, huhu! Kahkahkahkah!


Klik Sini Ke: TSK Dan Tahan L
bagus sebelum berangkat ke Indonesia




Suriq larg Zuriq, mende urag nork berbahas senun, berbahas de sinin, akuq pon terlatoh larh pulork, ingat ke akuq berbahas dengan ong, hikhikhik! Zuriq! Ong tetap 'burrppp' dengan YB Dumpok

Thursday, January 6, 2011

PAKEDOH BEGANDEQ PIKIRAN HIBAT

Barisan pemipin besor Jerantut hark yang berusaha keras membesarkan perut memasing. En Duloh dorh pakai senapang dueq laras, kerita pun dorh beso. Dulu pemandu teksi, ni dorh jadi urag kayeq. Pandai dieq 'mengitor' duet, yok?


Rase lame amat doh oih tork berblog neh. Rase-rase dorh macam nork goblog pulok dorh. Aihh! Kerayanth sunggoh, yok?

Hari ujan amat due tige ari neh. Banyok juge kereje hark yang nork de buatnya musim beginiq. Nork membela salor air lagig, bele dan tampal atap hark yang bucor jugeq, jalan hale ke sungai kena tebas sikit bior senang kalau air bah nantiq. Tu larh pasai tarok bekesepatan nork bebelog! Mendeq nye urag kapong, urag susoh!

Urag de rilir susoh jugeq. Dengor kabor tahoh hark yang demeq selalu tanam jagung dorh de 'pom' de urag pulitik nork buat lombong bijik besi. Kerayanth jugeq yok? Nye berampas dengan rakyat marhaen pulok pemipin kite tu, yok?

Akuq bace de sebuoh laman belog urag pulitik. Tulisannye pade 29 haribulan pukui 11.05 malamp. Nye tules beginiq:

PERHATIAN,PERHATIAN,PERHATIAN - ( Macap de pekan sari pulok yek?)
Khas Penduduk Dun Tahan
..........

SPU menules beginiq: Blog pemimpin hanya menulis dan memikirkan masalah besar termasuklah mengenai 'keuntungan berganda', kerana itulah tanah dimana sebelum ini rakyat menanam jangung telah sanggup 'dirampas' bagi projek melombong bijih besi. Memang keuntungan berganda-ganda, tetapi bagi pemimpin itu saja yang mendapat beratus-ratus ekar tanah dan beberapa lombong bijih besi.

 Dalap belog nyeq urag pulitik itu menules; Faedah berganda pemikiran hebat. Rupe nyeq mimang hibat bile dieq mengepong tanah hark yang sudah diusaha kan uleh rakyat selameq ineh!

Wat say yu? Masih ada ketirisan dalam politik UMNO Jerantut. Kita akan bongkar segalanya bila saja PRU diumumkan kelak. Alang-alang menyeluk perkasam, biar sama-sama ketiak kita jadi masam!

Sunday, January 2, 2011

BEGINILAH CARANYA YANG BESAR DIRI MELIHAT DIRI SENDIRI

Beginikan caranya blogger yang dihambat ayam cuba melihat diriya sendiri? Hehehe!
Jikalau akal panjang sejengkal kedalaman bontot janganlah diduga


Pemikiran Sempit Dan Jiwa Kecil Blog Pahang-Ku - begitulah tajuk sebuah laman blog yang menyindir dan tidak berpuashati terhadap blog Pahang-Ku kerana blog berkenaan tidak memuaskah kehendaknya. Bloggernya juga memarahi orang itu dan orang ini serta blog itu dan blog ini yang tidak sehaluan dengannya. Baginya semua mesti mengikut kehendaknya. Siapa yang berfikiran dan berjiwa sempit sebenarnya?


Disini kita dapat melihat siapakah blogger yang berkepentingan dan siapa yang melakukannya dengan ikhlas. Suka diingatkan sekali lagi bahawa blog UD adalah sebuah blog yang bebas tanpa dipengaruhi parti politik mana-mana dan sesiapa. UD menulis kerana ingin menegur dan memperbetulkan. UD lakukannya dengan cara sindiran, namun jika masih tidak berkesan maka sindirian itu akan dikasarkan lagi. Biarpun ada pihak yang mungkin merasa sakit namun yang diperjuangkan adalah kebebasan dan kebenaran.

Blogger itu menyalak disana-sini, memarahi orang itu dan orang ini. Segala nama disebut-sebut bahkan termasuk nama Dato' Azizan Yaakob yang pernah menjadi guru politiknya dulu. Beginilah dalam politik, ada orang yang bagaikan 'hantu lapar', bila tidak lagi diberi 'makan' ia akan mengacau sana-sini. Inilah sikap orang yang cari makan dalam memberikan sokongan politik atau dikenali dengan politik cari makan.

UD sudah lama menunggu peluang untuk dipanggil dan bersemuka dengan pemimpin bagi bersama-sama membangunkan rakyat dan negara namun pemimpin menganggap UD sebagai sebuah blog picisan dan meremehannya, namun apa yang berlaku ialah segala tulisan dan kritikan UD telah memberikan kesan, dan kerana itulah UD akan tetap pertahankan dan teruskannya.

Baca komen-komen dibawah yang memberikan satu pandangan tentang keberkesanan kata-kata yang dilafazkan. Hakikatnya semakin lama orang itu akan semakin tertekan. Jika sejak dulu kita duduk-duduk dan berbincang, tentu perkara sebegini boleh diatasi.



Anonymous Anonymous said...

Salam tuan UD & MUT...,

BANJIR - KEPADA KERAJAAN RAKYAT HARAPKAN BANTUAN

Akurk sukerk amat, ong bewoyat pasai pejor, dapatlorh kumerk nih mencarik ikant yang dorh nampork tinggal nyawerk2 ikant lagirk turk, kenerk jaring kalar maserk ujant turrk bulih memedap hajerk.

Bila tiba musim banjir, suatu yang malang bagi penduduk yang berada di lembah kerana rumah ditengelami air, bahkan ada dihanyuti. Rumah mereka yang terlepas dari banjir pun, turut merasa kersahan kerana tidak dapat melakukan aktiviti harian seperti menoreh getah, bercucuk tanam, memetik sawit dan juga mencari ikan. Semua gulungan ini memerlukan bantuan sewajar dari pihak kerajaan. Bukan hendak mereka2 cerita. Pernah berlaku suatu ketika, banyak simpanan bekalan kepreluan harian disediakan pihak kerajaan dibalai2 raya, seperti beras, gula, ikan sardin, milo, malah bantuan wang ringgit tidak sampai kepada mangsa yang memerlukan. Sudahlah barangan tersebut “berkulat” diarahkan pulang, malahan bantuan kewangan pula tidak sepenuh mereka terima. Inilah pemimpin politik, banjir di sungai kalau boleh pun mereka politikan juga. Namun kuasa Allah menentukan semuanya itu.

Pang5 Banir, pasai 1km jalan hok ong bewoyat turk, pinderk amat turk, mana bulih buat turk, kena carik sekurang2nyerk 10km baruk %%%%nyerk bulih dapat lebih sikit gamorknyerklorh.
December 30, 2010 3:11 PM
Delete

Anonymous Ri~Kuala Pengor said...

Salam Sir Urag Drullug dan semua,,
Bila sebut pasal banjir, aku rasa makin banyok pembangunan yg tak di ingini di lakukan makin besor la banjirnya..bukan itu aje, kerajaan juga akan berbelanje beso untuk membantu dan menyediakan kemudahan untuk mangsa banjir...jadinya kalo tempat kite di hulu ni.,pemimpin kite akan berdepan bukan sahaja menaja penduduk ke Mekah dan Indon, tetapi harus juga berbelanja utk membantu mangsa banjir dan musim kemarau yg akan datang..Pemimpin kite akan berdepan dengan masalah penduduk yg kekurangan bekalan air tulen...tapi tak pe, duit yg pemimpin kite ada boleh membeli apa sahaja yg di kehendaki oleh rakyat! Ada duit ada kuasa...,,yg tukang kluor budget dah tentu WZWH..sebab dia yg paham bab billion2 ni.
December 30, 2010 8:19 PM
Delete

Blogger uRag dRrulug said...

Salamp,
Ri Pengor - betoi amat kate de ong tu, hanya WZWH sajeq yang paham bab berbillion ringgit neh. Kiteq urag budo bulih kireq hanya sapai sepuloh hajeq, itu pon kalau jariq ada cukup sepuloh, hehe!
AbangKu Banir - aku ti bewayat pasai 1KM hajeq pasai aku napok hark ituq lah yang perlu, aku tarok napok urag laen perlu lebih sebab nork dapat komisen lebih, emmm! budo nye aku, yok? hahaha
December 31, 2010 11:08 AM
Delete

Anonymous Anonymous said...

Komen WZWH: (CnP dari blog WZWH)
Jalan yang tidak sampai 1km itu akan dinaiktaraf agar tidak terlibat dengan banjir yang melanda saban tahun. Pihak JKR dalam proses merekabentuk (design). Anggaran kos projek RM6 juta. Itu dalam perhatian WZWH. Terima kasih blog Urag Drrulug kerana bangkitkan isu ini.

Posted by WZWH at 2:41 PM 0 comments
December 31, 2010 11:17 AM
Delete

Anonymous Anonymous said...

rasanya bantuan banjir dah hantar,
dah habis sebelum banjir?
December 31, 2010 12:34 PM
Delete

Blogger uRag dRrulug said...

Anon,
Kalau dah habis, hantarlah lagi kerana ini tanggungjawab kerajaan
December 31, 2010 6:49 PM
Delete

Anonymous Ri~Kuala Pengor said...

Salam Sir Urag Drullug dan semua,,
Molek la tu kata WZWH tu kaji dulu sebelum buat kaji dulu..tapinya mustahil la, tempat yg tiap2 tahun di tenggelami banjir dan JKR tak dapat plan utk merekabentuk jalan supaya tak di tenggelami air..6 juta untuk 1 km jalanraya? banyak lagi jalan memungkornya.
Anon, urang kate tu bukan tadok bekalan banjir..tetapi bekalan ke atas mangsa banjir akan bertambah meningkat kosnya macam makin bertambah tingginya kenaikan air banjir di sungai kite....bukan pasal tak de bantuan. Cuba pikir kalo kerajaan buat pembangunan yg menyebabkan air banjir makin tinggi, maka ramai la rumoh urang tenggelam,, dan bertamboh la mangsa banjir dan kemusnahan harta awam..jadinya hidup kite macam gali lubang tutup lubang la...duit kerajaan habis buat pembangunan..lepas tu kena tanggung kos banjir yg makin meningkat...rumoh pemimpin selamat la, sebok atas bukit belaka..lepas kuntrek pun deme sapu..rakyat juga la yg terus menagih simpati..ishhhh!
January 2, 2011 12:48 AM
Delete