Tidak sokong Pas Jahiliah? Wah! Begitu sekali kata-kata yang dikeluarkan oleh Nik Aziz bagi menjamin dan mendapatkan sokongan buat calon Pas nya yang bertanding di DUN Tenang baru-baru ini. (Baca Berita Harian disini) Jangan pula ada yang kata baca Berita harian Jahiliah atau Haram!
Pas seperti biasa menggunakan agama sebagai penarik sokongan dan simpati pengundinya. Kerana itu banyak kalangan orang-orang yang 'jahil' akan terpengaruh untuk menyokong mereka. Saya tidak kata Pas adalah parti orang-orang jahil, saya sedar kebanyakan pemimpin mereka itu bijaksana tetapi mereka mempergunakan orang-orang yang jahil untuk menyokong mereka.
Mereka gunakan ayat-ayat Quraan untuk menerik penyokong mereka. Kefasihan mereka menyebut aya-tayat Quraan itu membuatkan terutama yang yang jahil akan terpukau mendengarnya. Justru, apa kata dan janji mereka akan mudah dipercayai.
Malangnya, pemimpin-pemimpin Pas juga sudah membiarkan DAP menggunakan ayat-ayat Quraan yang suci itu untuk mengaburi mata rakuay jelata. Tidak hairanlah apabila ada diantara rakyat jelata yang menyahut bacaan ayat al-quraan itu dengan seruan takbir...Allahuakbar!
Hati Melayu memang lemah dan lembut. Mereka akan dengan mudah percaya dengan janji dan kata-kata. Mentelah pula jika ada janji bahawa undi Pas masuk syurga. Maka berduyun-duyunlah yang mengundi dengan harapan akan mendapat jalan mudah ke syurga.
Kita tidak persoalkan mereka yang jahil itu kerana memanglah dasarnya kerana mereka itu jahil maka mudah mereka terpengaruh, tetapi kita persoalkan pemimpin-pemimpin Pas yang bijaksana itu kenapa mereka begitu tega untuk membohongi rakyat jelata yang mereka sedari dalam keadaan jahil itu?
Jika umat Islam masa kini berada disalam kesesatan, maka pemimpin-pemimpin Pas lah yang bertanggungjawab membawa mereka kedalam kesesatan itu.
Hasib baik oih! Tepat kiteq tarok urag hark budo amat sapai beginiq, yok? Deme kepeng ramai larh urag hark mendengor tapi undiq payoh jugeq nork beriq, yok? Pade sukong Pas bior tetu sukung DAP pulok.
2 comments:
Tuan,
Inilah contoh PAS menggunakan Islam untuk kepentingan parti.
Mmmm, dorh lame dorh.....
Post a Comment