'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Friday, December 30, 2011

TEMURAMAH LIM KUAN HENG MENGENAI KAPAL SELAM


Kapal Selam kita



1. Di Parlimen, beberapa anggota bersuara tentang kapal selam angkatan tentera yang didakwa tidak boleh menyelam. Di luar Parlimen blogger-blogger pembangkang riuh rendah menyuarakan perkara sama. Di merata-rata sebahagian rakyat marhaen juga turut serta riuh rendah bersuara mengenai kapal selam yang 'kunun'nya tidak boleh menyelam. Blogger-blogger dan penyokong kerajaan juga turut serta bercakap mengenainya.  Perkara yang tidak kita ketahui kebenarannya.

2. Sewaktu LIMA 11, Zahid mempelawa kesemua Ahli Parlimen pambangkang untuk menaiki dan menyelam bersama kapal selam yang mereka dakwa tidak mampu menyelam, namun dari puluhan mereka yang dipelawa hanya 2 -3 orang saja yang ada 'telor'.  Baca lagi di Sinar Harian:

3. Selepas menaiki kapal selam berkenaan KM Pulau Pinang ditemuramah oleh pemberita namun seperti biasa dan sabagaimana yang kita maklum, jawapan pembangkang hanya berputar-putar tanpa memberikan jawapan sebenar.


Berikut adalah lakonan semula temuramah pemberita kita dengan Lim Kuan Heng (bukan Lim Guan Eng):

Pemberita: Apa khabar Datuk? Datuk sudah naik kapal selam?

Lim Kuan Heng: Saya tidak naik, tapi saya masuk dalam kapal selam itu.

Pemberita: Owh! Jadi bolehlah Datuk sahkan bahawa kapal selam berkenaan memang boleh menyelam?

Lim Kua Heng: Layanan crew mamang sungguh baik dan mereka memang professional dan saya terharu dengan layanan mereka.

Pemberita: Soalnya, apakah kapal selam berkenaan boleh menyelam?

Lim Kuan Heng: Saya berada didalam kapal itu, saya cuma tengok dalam monitor nampak macam kapal selam menyelam.

Pemberita: Apakah Datuk pasti kapal selam berkenaan menyelam?

Lim Kuan Heng: Saya didalam kapal selam, jadi saya tak nampak kapal selam itu menyelam.

Pemberita: Apakah Datuk yakin bahawa Datuk memang benar-benar menyelam?

Lim Kuan Heng: Saya ucapkan terima kasih kepada Menteri Pertahanan kerana menawarkan saya pakej pelancongan yang memuaskan.

Pemberita: Datuk! (Orang tanya lain dia jawab lain) Sekurang-kurangnya Datuk ada telor kecut sikit pun tak apa!

Lim Kuan Heng: Patut pambangkang lain pun ada telor juga.....

Pemberita: Boleh Datuk bagi kepastian bahawa kapal selam berkenaan memang menyelam dan boleh menyelam?

Blogger PapaHomo: Ikat saja dia di kapal selam tu dan kemudian bawa menyelam baru dia boleh sahkan!

Saturday, December 17, 2011

...LESS.....!




this is the 21st century, where.....
Our phones ~ wireless!
Cooking ~ fireless!
Cars ~ keyless!
Food ~ fatless!
Dress ~ sleeveless !
Youth ~ Jobless!
Leaders ~ shameless!
Relationships ~ meaningless!
Attitude ~ careless!
Wives ~ fearless!
Feelings ~ heartless!
Education ~ valueless!
Children ~ mannerless !

evrything is less huh
dont forget, our hopes are ~ endless

Saturday, October 29, 2011

BALIK KAPONG OIHHH!





1. Cutiq sekuloh nork balik ke kapong! Walaupon derrulug ada internet, tapiq akuq tarok be-berodband. Napork nye tarok dapart lah nork ber-belog sariq dua ariq neh, yok? Ekekekek!

2. Hai bebelog ni akuq nork palor hajeq larh ke Zuriq dengan KD @ Heru (kateq de urag, akuq tork ke tauq, oihh!)

3. Hinjeq muto dorh setat de urag, akuq nork mudek dorh oih!!

Friday, October 28, 2011

IF TEACHER PEE STANDING......





1. Gejala kecurian getah buku berleluasa berlaku di Ulu Tembeling (kata WZWH). Tapi mana ada orang buat getah keping lagi masa ini? Lagipun mana ada orang rendam getah keping dalam sungai? Kebiasaannya orang akan jemur getah-getah keping dibawah-bawah rumah, tapi dah tentu tak ada yang jemur diatas para. Apa punya 'pungkor'lah WZWH ni? Menulispun macam orang pekena syabu agaknya!

2. Macamlah kes kecurian getah di Ulu Tembeling tu besar sangat gaya nya. Kesian anak-anak muda Ulu Tembeling dilabelkan sebaai penagih oleh WZWH. Ini boleh mengundang kemarahan anak-anak muda disana.

3. Masalah sosial bukanlah saja berkaitan penagihan dadah. Perjudian juga satu masalah. Memang di Ulu Tembeling penagihan judi main 'mesin buah' dan 'pembinaan rumah batu' tidak berlaku disana, namun apabila mereka 'ilir' ke Jerantut maka mereka akan kunjungi tempat-tempat berkenaan, mungkin juga bersama kawan-kawan mereka yang berada di Jerantut ini. Kawan-kawan yang boleh dijadikan cikgu atau mentor. Kena tanya 'orang itu', hehehe!

4. Bapak borek, anaknya rintik.....kalau dah orang diatas mencuri dan merompak kayu-kayan serta tanah-tanih dan batu-batan, maka anak buah tentulah buat juga perkara yang sama.

5. Cuma kepada orang-orang besar dan orang-orang yang patut dicontohi, mereka mestilah beringat bahawa: Jika guru kencing berdiri, murid akan kencing berlari. Bahkan mungkin nanti; Jika cikgu kencing berdiri, murid akan kencingi cikgu. (ekekekek! basah kepala cikgu WZ dan cikgu one clayrru, one number kena kencing nanti)

Kerayanth sunggoh, yok? heheheh! oppp! ekekekekek!! Urag kiteq dorh rajen menules belog. Tapiq belognye tork larh macamp belog urag pandai..Buleh larh jugeq dimeq bace belog ini:...KLIK SINI..dan  SINI

Tuesday, October 25, 2011

4D ke 6D

Agak-agak nombor apa ye? Hanya Johari yang mengenal Maniam, hehe!



Ini mengenai 'Sport Toto'. Walaupun ianya sport tetapi ia bukanlah berkenaan sukan atau pelancongan sukan yang di promosikan oleh Kerajaan sebagai satu produk dalam industri pelancongan negara. Sebaliknya sport Toto adalah mengenai perjudian, mengenai nombor-nombor. Tentu 'One Number' lebih arif tentang 4D, 5D dan 6D. Tak pastilah sama ada 'One Clayrru' juga fasih mengenai nombor-nombor ini, yang pasti dia sangat mahir dengan latihan membina rumah-rumah batu. Kata orang lah!

Ada orang 'komplen' kata Jerantut ni banyak sangat kedai-kedai mesin buah. Ada yang kata kesian mereka tu habis duit sebab main buah. Saya kata kesian pada mereka kalau kedai mesin buah ni tak ada sebab tak kan mereka nak main buah sendiri saja.

Blog WZWH tulis mengenai Ahli Majlis. UD tak ada apa nak komen, cuma teringat pada 6D yang mungkin juga bermakna: Datang, Dengar, Duduk, Diam, Dapat Duit! Hahaha! Bukanlah susah sangat jadi Ahli Majlis! 'One Clayrru' dan 'One Number' pun layak!


Hark yang dorh lame sangat, darh bekulat dan berakar dijubo mulek larh akart kakiq sabab jawatan ni bukannya hak milik tetap. Biorlarh urag laen pulork!


Sunday, October 23, 2011

SPU,HULU TEMBELING, WZWH DAN KUTUKAN DEWATA SEPASUKAN?

4 Sibertrooper UMNO Jerantut atau mereka hanya Pak Lawak macam Do Re Mi plus 1, atau...4 Jahanam, hehehe!!!


SPU memulakan dan menentukan arah perjuangan media sosial Jerantut nampaknya. Post SPU bertajuk Jerantut Kita, walaupun tidak terperinci namun telah di perincikan oleh blog-blog lainnya.

Sejurus selepas post SPU itu, blog Hulu Tembeling pula memperincikan isu sama dengan tajuknya: Konspirasi, Kroni, Korupsi juga Pemimpin Basi.

 Kemudiannya blog WZWH juga menulis isu serupa dengan tajuk; Agenda Membersihkan Ahli Majlis Daerah Jerantut Bagi Merakyatkan MDJ.

Ini diikuti oleh blog Kutukan Dewata dengan tajuk: Ali Baba UMNO Dan 40 Penyamun UMNO

Kesemuanya menulis isu sama dan pada hari yang sama. Mungkin ada yang bertanya apakah ada komplot atau persefahaman diantara mereka? Apakah mereka dari orang atau kumpulan yang sama? Jika benar siapakah ketua mereka? Mungkinkah WZWH yang nampaknya lebih kritis dari yang lain menjadi 'leader'nya.

Maaf, ini bukan satu tuduhan, ini hanyalah satu tekaan semata-mata. Walau apapun saya melihat bahawa media sosial Jerantut ini jika dipandu dengan betul oleh orang yang betul sudah tentu akan jadi satu 'siber trooper' yang mantap dalam memerangi 'sibertrooper' pembangkang dalam PRU13 nanti.

Kita tunggu apa akan jadi selepas pertemuan pada 26hb Oktober nanti.


Aihhh! Hakuq tarok nye ajok oih dalapm pejupaan tu, gamoknye larh. Nork gi nye malu larh pulork, mende kita urag jihet! Hakuq nork masuk pasukan Laksmana Jebat larh, kuat siket! Gamok nye larh!!

Saturday, October 22, 2011

UMNO BUKAN SETAKAT PERLU TRANSFORMASI...




SPU menulis berkenaan Parti Peribadi, Kroni dan Dinasti. (Klik)  Dalam menung panjang UD berfikir, betullah sungguh kata SPU itu. Kebetulan UD dengar dari rintihan seorang kawan tidak lama dulu bagaimana di cawangannya berlaku kerja-kerja jahat untuk mengekalkan ketua mereka dan para perwakilan sehingga akhir hayat.

Cawangan itu katanya dalam kawasan bandar Jerantut atau tak jauh dari bandar. Ketuanya seorang yang sangat berpengaruh dah taraf-taraf 'taiko'. Dalam mesyuarat perwakilan yang lalu sudah dirancangkan bersama-sama pengerusi majlis untuk mempraktikkan agenda demokrasi terpimpin. Setiap kali ada cadangan dan sokongan maka cadang undian ditutup akan terus dilakukan. Walaupun ada yang ingin memberikan cadangan lain, pengerusi akan membutakan mata dan pekakkan telinganya. Maka semua yang dicadang dan dirancang berjalan seperti yang diinginkan.

Demokrasi terpimpin didalam UMNO semakin berleluasa. Kerana itulah pemimpin dalam UMNO terus kekal berkuasa. Mereka yang mewakilinya juga dari kalangan orang yang sama. Kerana itulah juga UMNO semakin dihindari oleh rakyat marhaen. UMNO tidak lagi jadi parti rakyat. Pemimpin diperingkat cawangan adalah dari hanya mereka yang setia kepada pemimpin serta ahli keluarga mereka saja. Ayah Ketua Cawangan, Mak Ketua Wanita, Anak Ketua Pemuda dan Anak Dara Ketua Puteri. Lengkaplah UMNO sebagai sebuat parti keluarga.

Ahli-ahli cawangan nama mereka diletakkan ikut suka bahkan ada yang tidak sedar bahawa mereka adalah ahli. Mereka yang lebih pandai dan bijak dari ketua akan disingkirkan. Kerana itulah UMNO jadi sebuah parti yang semakin bodoh dan ahli-ahli UMNO terdiri hanya dari kalangan orang-orang bodoh saja. Anak muda yang bersemangat dan ada idea untuk mengubah dihalang jadi ahli. Kerana itu mereka menjauh bahkan sertai parti pembangkang.

UMNO semakin kecil dan jadi parti peribadi, Kroni dan Dinasti. Segala ahli yang berkebolehan akan dicantas dan dipinggirkan. Akhirnya apa yang tinggal? Bagaimana UMNO dapat memenangi PRU dengan dendam dan tidak puas hati para ahli? UMNO perlukan lebih dari transformasi kerana mengubah pemimpin dan transformasi sekarang ini tidak akan mampu mengubah apa-apa selagi pemimpin yang terpilih adalah dari kalangan yang sama. UMNO seumpama hanya menukar kulit dan bulu.

Mungkin benar kata orang-orang; UMNO bukan saja perlukan transformasi, bahkan perlu dikuburkan terus dan dibangunkan semula dengan semangat dan harapan baru oleh pemimpin-pemimpin baru bukan mereka yang diwariskan. Ucapkanlah selamat tinggal kepada UMNO untuk menyelamatkan bangsa Melayu demi masa depan yang lebih cemerlang.


Aihhh! Mulek larh...kita buang semue duluq...buang perabih-rabih jangan tinggal satu pon. Bior nye betol-betol berseh, yok?

Friday, October 21, 2011

CALON WANITA UMNO JERANTUT




Sebuah laman blog menulis mengenai peranan 3 Wok dalam politik Jerantut. Mereka bagaikan pencorak politik Wanita UMNO Jerantut. Namun 3 Wok itu bukanlah sebenar-benarnya 3 kerana Wok Hitam dan Wok Putih hakikatnya telah bergabung menjadi 1. Gabungan Hitam dan Putih ini masih belum diberi nama. Mungkin boleh kita panggil sebagai Wok Taik Cicak.

Yang jelas Wok Taik Cicak ini tidak bersama Wok Kelabu. Mereka ada arahnya sendiri. Maklumlah dalam UMNO kepentingan peribadi lebih diutamakan. Kerana itulah selalu kedengaran setiap kali Wok Kelabu mengadakan aktivitinya maka dalam masa sama Wok Hitam dengan atau tanpa bantuan Wok Putih akan mengadakan aktiviti lain yang akan memecahbelahkan Wanita UMNO.

Wanita UMNO sudah tidak kukuh seperti dulu. Perpecahan membuatkannya lemah. Bukan setakat geng Wok Taik Cicak saja, tetapi Naib KetuaWanita juga nampaknya menyisihkan diri dari Wok Kelabu bagi tujuan melemahkan Wanita. Selain itu NKW juga disokong dan dibentuk oleh satu kumpulan yang diketuai seorang wakil rakyat dalam menguasai UMNO Bahagian.

Kak Key, yang satu ketika dulu sangat hangat dengan kisah skandal dengan Abang Bu Satu Batu juga tidak menyokong Kak Wok. Kak Key sangat rapat dengan Penguasa Pejabat Ahli Parlimen. Konspirasi politik dan ekonomi mereka juga diketahui ramai dan bukan satu rahsia lagi.

Pokoknya, Wanita UMNO Jerantut sudah tidak kuat dan berpecah belah. Jadi bagaimana mereka dapat membantu untuk pertahankan UMNO dan mengambil DUN Tahan sebagai kubu kekuasaan mereka. DUN Tahan biarlah untuk Wan Shamsuri. Semua orang pasti akan setuju dan menyokong beliau. Nampaknya bagi DUN Tahan beliaulah 'The Best Winnable Candidate'. Jangan ganggu lagi kerana gangguan itu akan melemahkan UMNO dan kemungkinan kehilangan DUN Tahan kepada pembangkang juga akan meningkat.

UD setuju Ketua Wanita diberikan kerusi untuk ditandingi. Beliau memang seorang yang aktif dalam menjalankan aktiviti-aktiviti sosial. Cuma dia tidak pandai menggunakan media sosial untuk menyebarkan maklumat atau mungkin juga beliau berpendapat bahawa sokongannya bukanlah dari golongan pengamal media sosial.

Andai DUN Damak diberikan serahkan kepada UMNO, maka itu adalah kerusi yang sangat sesuai untuk beliau sebagai Ketua Wanita UMNO Bahagian  atau beliau harus bersaing untuk mendapatkan kerusi DUN Pulau Tawar. Dimanapun beliau dicalonkan, beliau adalah juga 'Winable Candidate' bagi calon UMNO Jerantut asalkan jangan ada permainan kotor Ketua Wanita UMNO Pahang dengan teori pecah dan perintahnya.


Aihh! Urag UMNO ni oih! Nye begaduh hajeq sesameq dimeq, nye berebut harteq hajeq. Macamp maneq UMNO tork rusok? Nye kerayanth sunggoh!



Wednesday, October 19, 2011

POLITIK DAN PERANG SIBER

Tun 'Fuckzal', ahli politik yang pandai menumpang tuah.
KLIK SINI


Kawan-kawan yang balik dari program 'Himpunan Penulis Maya' di Kuala Lumpur khabarnya berpuashati dengan pengisian program berkenaan. Prof. Ridhuan Tee yang jadi moderatorpun turut terpaksa menjawab soalan-soalan dari peserta. Segalanya jelas dan telus.Dalam perhimpunan begini, jikalaulah ada hadir para pemimpin-pemimpin UMNO, pasti mereka semua akan menyembunyikan kepada kura-jura mereka kedalam cengkerang kerana takut pada kebenaran, hakikat dan kenyataan.

UD walaupun tinggal di KL namun tidak menyertai program berkenaan kerana UD hanyalah seorang blogger kecil. Nama UD tidaklah se-gah nama WZWH, Laksmana Jebat, Pemerhati Politik Jerantut serta SPU. Tetapi selain dari SPU, mengapa yang lain membisu dan tak memberitahu apa-apa mengenai program tersebut? Mungkin juga tikus jatuh ke-beras!

Khabarnya juga, dalam program berkenaan Datuk Ahmad Maslan, Ketua Penerangan UMNO dalam ucapannya mensasarkan 65% undi Bangsa Melayu, 60% undi kaum India dan hanya 30% dari undi kaum Cina untuk memenangi PRU akan datang. Mampukan kita mendapat 60% undi Melayu dalam keadaan Melayu berpecah-belah ini? Bagaimana pula undi kaum India? Apakah mampu kita mendapatkan 60% itu? Apakah undi kaum India sudah kembali kepada BN? Kenapa sasaran kita hanya 30% undi kaum Cina dan bahkan apakah mampu kita mendapatkan sasaran 30% itu dalam keadaan kaum ini masih menunjukkan pengkhianatannya kepada BN?

Parlimen Jerantut dan DUN-DUN dalam Parlimen Jerantut juga masih kita sangsikan. Nampaknya, siapapun yang BN calonkan sebagai Ahli Parlimen kemungkinan kalah masih tetap tinggi. Damak juga diramalkan akan berubah haluan jika calon sama masih diletakkan disitu. Demikian juga bagi DUN Tahan dan Pulau Tawar.

Segala ketidak-baikan Wakil Rakyat berkenaan sudah jelas kelihatan pada rakyat. Justeru, calon lain yang bersih dan dilihat bersih mestilah dipertaruhkan.

Cik Gu Norzari sangat sesuai bagi dicalonkan di Pulau Tawar. Walaupun dia bukan calon yang digemari oleh Dr. Shukri serta tidak juga disokong oleh Hj. Rosdi dan kebanyakan pemimpin UMNO Bahagian, namun beliau adal;ah calon bersih yang boleh memenangkan UMNO di Pulau Tawar. 'Beliau adalah The Best Winnable Candidate' yang BN perlukan.

DUN Tahan sudah tentu sangat memerlukan Wan Samsuri, AJK UMNO Bahagian sebagai calonnya. Apabila UD menonjolkan nama beliau diblog, terdapat banyak komen-komen yang bersetuju dengan pandangan itu. Diluar sana pun, apabila nama Wan Samsuri disebut sebagai calon ramai yang bersetuju dan memberikan sokongan. Jelaslah mereka berdua adalah calon pilihan rakyat.

Khabarnya, Sdr. Mustafar Maarof telah menggerakkan media sosial Jerantut. Jika beliau bijak menentukan hala-tuju kemungkinan besar beliau akan berjayamerakyatkan media sosial seterusnya jadi calon yang sesuai untuk Ahli Parlimen Jerantut. Jerantut bukan saja harapkan wakil rakyat muda dan bertenaga, bahkan mengharapkan seseorang yang memahami hasrat dan aspirasi golongan muda yang akan mewarisi segalanya dari negara kita.

Ketua Wanita, Puan Norhelan jelas berkerja kuat dalam mengadakan aktiviti untuk rakyat. Namun kerjanya tidak disokong dengan maklumat dari media sosial. Blog beliau atau laman sesawang sudah dipenuhi sawang dan tidak dikemaskini. Facebook juga tidak diberi perhatian. Dalam zaman IT atau ICT ini jika pemimpin tidak mengikuti perkembangannya mereka juga dianggap buta ICT dan ketinggalan zaman. Jangan sangka pengundi bukan dari kalangan pengguna ICT kerana kita harus mengambil kira kesan secara langsung dan tidak langsung. Pemimpin harus membuka minda. Harus lebih bijaksana dan nampak bijaksana. 

Apapun, kita harus AWAS! PRU akan datang adalah cabaran paling hebat dalam peperang maya. Perang antara sibertrooper. Menguasai media sosial akan mampu menguasai peperangan berkenaan.

Ramai yang meramalkan PRU kali ini di Jerantut bukan lagi pertandingan satu lawan satu. Bahkan sekurang-kurangnya 3 penjuru, atau bahkan akan berjuru-juru. Rakyat sebagai pemilih harus bijak memilih antara intah dan kaca. Ahli-ahli politik juga harus bijak mempergunakan semua jentera dan tenaga dalam memenangi pertandingan berkenaan.

UD melihat bahawa KITA sudah dan masih mengintai ruang-ruang kosong yang dilupakan atau tidak diberikan perhatian oleh UMNO selama ini. PRU13 UD jangkakan pada Mac 2012.

Akuq tork tahuq nork undi sapeq, kalau Wan Suriq, tetu akuq undiq. Pasai dieq urag baek, perangai pun mulek, yok?


Monday, October 17, 2011

DUN TAHAN DAN CALON BERSIH PILIHAN

Tengku Azlan dan Wan Shamsuri


UMNO perlu kembali kuat dan jadi teras kepada rakyat untuk terus menjuarai rakyat serta untuk terus kekal memerintah. UMNO perlu semula kembali kepada rakyat. Untuk mendapat keyakinan rakyat, calon wakil rakyat yang dipilih oleh UMNO hendaklah mereka yang benar-benar bersih, ataupun mereka yang bersih disamping nampak bersih. Demikian apa yang diucapkan oleh Tun Dr. Mahathir tidak lama dulu.

Dalam zaman IT, maklumat tersebar begitu pantas dan tidak dapat disembunyikan lagi. Jika sesorang pemimpin itu melakukan keburukan nescaya akan terdedah dalam waktu yang sangat singkat. Di DUN Tahan juga IT telah berperanan dengan baik sekali dalam menyebar maklumat. Kerana itu, bahkan di Ulu Tembeling sehingga ke Kampung Mat Daling rakyat tidak terkecuali dari jadi pemain aktif dalam dalam media sosial.

PRU13 adalah cabaran yang paling hebat dijangkakan dengan membandingkan beberapa siri PRU yang lalu. PRU13 akan menyaksikan pertembungan siber trooper pro kerajaan da pro pembangkang berentap bagi membantu memenangkan pihak masing-masing. Kegagalan UMNO / BN menguasai media siber telah memberi kejutan dengan memerosotan undi terhadap BN dalam PRU12 lalu.. Demikianlah peranan media sosial yang begitu penting dalam mempengaruhi fikiran dan jiwa rakyat.

Menghadapi PRU akan datang, UMNO Jerantut perlu meletakkan seorang pemimpin yang bersih dan kelihatan bersih di DUN Tahan. Memerhati disekeliling untuk melihat siapakah calon yang dapat UMNO peratuhkan, nampaknya agak sukar. PM kehendaki calon yang mempu memenangkan UMNO.  Justeru, calon yang layak hanyalah Wan Shamsuri Wan Jalil. Kita percaya pejabat UMNO Malaysia serta Jabatan Perdana Menteri sudah maklum akan nama ini. Beliaulah harapan penduduk Lembah Tembeling khususnya DUN Tahan dalam mengembalikan sokongan rakyat terhadap UMNO.

Tidak perlu UD mempromosikan beliau lagi, tetapi tanyalah kepada rakyat di DUN Tahan, dan kita akan menerima jawapan yang serupa bahawa mereka inginkan tokoh ini dipilih sebagai calon atas dasar pekertinya.

UD mendengar namanya sudah semakin tinggi dalam carta. UD pun sedar bahawa PM sedanag memberikan perhatian kepada tokoh ini. Cuma UD harapkan agar beliau tidak melakukan sebarang kesilapan yang boleh mencacatkan ketokohannya dimata rakyat dalam waktu terdekat. Selain tiu kita serahkan saja kepada Allah yang menentukannya. Walau berapa ramai orang yang berusaha untuk menjatuhkannya, jika Allah sudah menetapkannya dan sudah tertulis di mahfuz maka tetaplah dia akan menjadi wakil kita nanti.

Sama-samalah kita berdoa agar Allah menutup segala kejahatan yang dingin dilakukan terhadap beliau. Kerana inilah antara pemimpin yang mampu mambantu mengubah UMNO pada masa hadapan. 


Akuq bukanth budek ke aingku Wan Samsuri neh. Tapiq mende hark yang betoi kita kena sukung. Kala ikot hatiq tetu semua urag nork jadi wakil rakyat, hakuq pon endok jugeq, tapiq kite kena larh 'rasional', pilih larh hark yang mulek di antara hark yang mulek-mulek neh. WZWH pun buleh jugeq tapiq masalohnya kepala dia selalu pening-pening siket dengan prujek besor-besor, kite bimbang kena ada PRK semuleq sebab dia kena buat rawatan untuk 'pesakit fikiran'. Hik Hik Hik!

Saturday, October 15, 2011

SALAH ALUR?

Ini alur yang betul walaupun berbuat sesuatu yang salah,
asal jangan masuk alur yang salah dari arah yang salah!
Foto sumber Blog Pemikir Politik Jerantut


Kita duduk di ulu ini selalu hilir mudik kerana sungai masih laluan perhubungan utama. Jalan masih dalam pembinaan. Nampaknya sangat menggalakan, itu pandangan berdasarkan usaha-usaha dan kerja penebangan balak yang dijalankan tidak henti-henti. Lebih banyak lori balak keluar bermakna lebih banyak kayu yang ditebang dan juga bermakna laluan ke ulu Tembeling itu sepatutnya semakin hampir, melainkan pembalak-pembalak itu 'tersalah' jalan. Maklumlah kita sebagai manusia biasa ini tak sunyi salah dan silap. Maafkanlah pembalak itu serta tokey yang mendapat konsesi berkenaan kerana kita rasa mereka itu 'bukan tidak sengaja'.

UD sebenarnya nak cerita pasal 'salah alur', bila kita melakukan perjalanan dengan bot terutamanya dimusim kemarau kita berdepan dengan masalah laluan yang sukar kerana air tohor (cetek) selalu menyebabkan perahu tersangkut dan menganggu perjalanan.

Jerantut sudah terkenal bukan saja di negeri Pahang malahan diseluruh Malaysia sebagai satu daerah yang begitu aktif dengan blog kerana memiliki lebih dari 40 buah blog yang menulis tentang politik dan isu semasa. Diantara blog-blog berkenaan ada sebuah blog yang namanya khusus memilih politik sebagai asas tulisannya. Blog yang saya maksudkan adalah blog 'Pemikir Politik Jerantut'.
Melihat kepada namanya tentu kita menganggap blog berkenaan akan menjadi leader kepada penulisan blog politik Jerantut serta sebagai rujukan yang melontarkan idea-idea bernas berkaitan politik dan isu semasa setempat, tetapi malangnya blog berkenaan tercemar oleh virus seks dengan lebih menonjol sebagai blog seks. UD cadang eloklah nama blog itu ditukar kepada 'Pesakit Seks Jerantut'.

Ada yang salah nama, ada yang salah alur, ada juga yang salah arah. Kerana itu kita harus memandang kekiri dan kekanan serta kedepan dan kebelakang. Supaya kita tidak ditikam dari belakang. hehehe! Adoiiii! 'PSJ' ganti 'PPJ'.


Bileq kiteq nork pegiq ke Karimun? Ong jangan lupe ke hakuq WZWH. Jangan ong gi surag hajeq. Akuq nork gi getek oihhh! Aku nork bejuget!!


Friday, October 14, 2011

EKONOMI LEMBAH TEMBELING

Pokok getah tua yang masih 'bergetah'



Akhirnya WZWH sedar juga bahawa banyak perancangan pembangunan yang dicadangkannya dulu tidak relaven serta menganggu alam sekitar dan memberikan impak besar kepada alam semulajadi Taman Negara yang menjadi asset negara.

Rupanya Panglima Banir dan Ri Kuala Pengor lebih peka kepada isu alam sekitar dari penasihat ekonomi tanpa gaji ADUN Tahan sendiri. WZWH hanya berangan-angan dan mengajak rakyat di DUN Tahan bermimpi bersamanya.

Masihkah kita ingat dengan projek Empangan Hidro Letrik? Ingat dengan projek Janakuasa Nuklear? Bagaimana dengan Jembatan Gantung ke Gunong Tahan yang kemudiannya bertukar menjadi projek 'Cable Car' ditepian Sungai Tembeling? Semuanya projek mega yang katanya sudah dipersetujui oleh PM!

Janganlah berfikir terlalu jauh diluar 'otak' kerana segalanya adalah 'pemungkaran' tidak mungkin orang DUN Tahan boleh percaya. WZWH tidak usah merancang yang mega-mega kerana yang mini dan mikro pun dia tak boleh realisasikan. 

Ingat bila WZWH cadangkan penternakan 'Lebah Madu Tualang Gred A Bertaraf Antarabangsa'? Bagaimana nak klasifikasikan madu itu sebagai madu tualang? Apakah bila lebah berkenaan bersarang di pokok tualang atau lebah berkenaan bersarang dimana-manapun asalkan mengumpulkan madunya dari dari bunga pokok tualang? Bagaimana pula nak menentukan taraf antarabangsa?

Kita patut lupakan saja idea besar-besar tetapi kembali kepada asas ekonomi Lembah Tembeling iaitu pertanian. Getah masih kekal sebagai sumber ekonomi penduduk. Dulu semasa kita masih jalankan pertanian sara diri kita bergantung padi bukit sebagai sumber makanan. Di Kampong Pagi, Kg Lenton adalah kampong yang mulanya ujud sebagai kawasan pertanian. Begitu juga di Kuala Tahan, kawasan perumahan Felcra sekarang ini adalah kawasan pertanian. Di Kuala Sat di Kampong Beneh dan seterusnya.

Kita patut kembali kepada pertanian getah kerana potensinya dan permintaannya yang tinggi dan tidak akan terjejas dalam keadaan mana sekalipun. Permintaan terhadap getah dijangka semakin tinggi akan datang. Kerana itulah 'Muse Kumil' mampu menjana pendapatan besar walaupun dengan mengusahakan 'tanah haram'.

WZWH boleh tengok klip video dibawah tentang pengunaan getah asli yang menjurus kepada permintaan tinggi terhadap pengeluaran getah asli;

Ong dingok memulek Zuriq, yok? Jangan ong buat tork pasai polurk! Tapiq kalau ong ada porgem nork gi ke Karimun,  jangan lupe ajok akuq! Nork gi gateq!



Thursday, October 13, 2011

BUAH DADU

Yang ni betul-betul punya, sebab semua nombor ada!


Bersembang dengan sahabat-sahabat kontraktor kelas F, masing-masing mengeluh resah dan menyatakan susahnya kehidupan ketika ini. Kerja-kerja ada tetapi semuanya bagaikan sudah disediakan untuk orang-orang tertentu. Kerja-kerja kecil untuk orang-orang tertentu yang kecil, manakala kerja-kerja besar untuk orang tertentu yang besar. Kalau pun tender dibuka, itu hanya pelengkap syarat semata-mata. Beginilah bila segalanya diberikan keutamaan kepada kroni orang tertentu.

Kita boleh masuk tender, kita juga boleh menaruh harapan namun hakikatnya segalanya adalah sudah dikhususkan untuk seseorang yang dipanggil kroni. Kerana itulah agaknya masing-masing berebut untuk mendapat jawatan didalam parti. Untuk berada lebih dekat dengan 'lubuk puaka' yang masih banyak menyimpan harta.

Sesekali elok juga kita tonton kembali film-film lama karya Seniman Agung kita P.Ramli untuk mencari antara yang tersurat dan yang tersirat. Merasai pedihnya sindiran dalam senyuman atau gelak ketawa. Masih ingatkah kita dengan film 'Ali Baba Dengan 40 Orang Penyamun'? Scene menarik bila Ibrahim Pendek melontarkan buah dadu bagi juga teka nombor?

" Tikam! Tikam! Nombor 2 tak bolehlah, sebab nombor dua saya sudah booklah!" - hehehe!  Kita tikam sampai matipun tentu tak boleh menang. Apa kata 'One Numbor' agaknya? Senyap sunyi dah? 'One Keliru' ada juga dengan suara dalam KD! Hehehe!

Kalau nasib baik dan naik nombor, Engku Wan Shamsuri akan jadi calon DUN Tahan, insyallah selamat kita. Kalau nombor di Pulau Tawar juga naik, Encu Nazri akan jadi calon, selamat juga orang Pulau Tawar. Teringat kata-kata Mahathir; "Pemimpin  bukan saja  mesti bersih tetapi mesti juga nampak bersih".


Jaman duluq bejudiq merepoh, maen cutiq dalamph semok hajeq. Sekarang niq urag maen nun de Genting senun, baru adeq stindeq! Karaoke pun ade gok! Kalau mase pemilihan banyok larh bebudok pemudeq de karaoke.....mendenye ade penajeq, yok? Ishhh! Sape tuh? Napork macamph Zuriq ! Hehehe! Bejuget amart, yok?

Wednesday, October 12, 2011

HARTA INI AHMAD AL-BAB YANG PUNYA


Haloo Penyamun, tolong rompak ana punya pejabat.....



Program PM di Pulau Pinang khabarnya puluhan ribu rakyat hadir. PM bertemu rakyat di Hulu Selangor dan Gombak, puluhan ribu juga yang nampak di kaca TV dan surat khabar, kononnya UMNO sudah dapat menarik hati rakyat semula.

Rupanya semua itu hanya satu 'sendiwara' dan 'wayang cina'. Yang ramai-ramai diberitakan hadir itu bukanlah orang tempatan tetapi adalah pak cik dan mak cik import yang dibawa dengan beberapa buah bas dari setiap negeri. Kehadiran mereka ibaratkan kerahan tenaga. Yang pergi akan mendapat sedikit duit belanja namun yang banyak mendapatnya adalah 'buaya-buaya' besar tertentu. Mungkin PM tidak tahu bahawa perkara sebegini memang berlaku.

Di media, kita selalu dihidangkan dengan berita bahawa rakyat dibawah kerajaan pembangkang mengalami kesusahan. Bahawa kerajaan pembangkang menekan mereka. Tetapi apakah benar sedemikian? Kita hanya mendapat khabar dari satu sumber saja, sumber yang pro kerajaan. Kerana itu berita hanya memihak kepada kerajaan semata-mata.

Saya bertemu dengan beberapa orang kenalan dari beberapa daerah di Selangor dan menanyakan mengenai apa yang mereka rasakan. Ada yang berpendapat bahawa pemerintahan kerajaan pembangkang dalam satu-satu hal nyata lebih baik dari ketika kerajaan BN dahulu. Sanggupkah kita menelan kata-kata itu?

Kita merasa takut untuk mengubah kerajaan kononnya kita tidak akan selamat atau kita akan lebih susah dari sekarang, apakah kita percaya? Yang pastinya kita sudah banyak melihat ketidak-baikan tadbir-urus kerajaan sekarang ini. Penyelewengan dalam UMNO berleluas-luasa. Perebutan jawatan dalam parti hanya untuk merebut dan merampas peluang mencari harta. Siapa yang sebenarnya masih lagi sayangkan UMNO? Disana mereka berebut-rebut harta 'rampasan perang' tetapi harta-harta itu bukan mereka yang punya, harta itu 'Ahmad Al-Bab' yang punya!

Menurut parti KITA, mereka sudah ada calon yang sesuai untuk DUN Tahan juga. Persaingan 3 penjuru akan mampu memberikan kelebihan kepada mereka. Undi protes rakyat marhaen yang bencikan pemimpin yang ada akan membantu menukar pemimpin bahkan kerajaan juga.




Akuq tork kisoh betukor kerajaan, mende kume sama jugeq larh idup mencari makanth dari dalamp utan. Mencariq rutan, menakap ikanth. Dimeq de senun bontek perut membahan harteq dari kerajaanth. Ishhh! Jihek amart, yok?
.

Tuesday, October 11, 2011

SOKONG BAWA REBAH ?

Encik ini menegakkan tiang atau sedang dengan sopan merebahkannya?


Belum sah dan nyata lagi namun sudah gempar satu dunia; Mohd Zukarmi Abu Bakar dilantik sebagai Setiausaha UMNO Bahagian Jerantut. Di blog WZWH beliau merujuk jawatan itu sebagai; Setiausaha Bahagian UMNO Jerantut sedangkan pada kebiasaannya dirujuk sebagai Setiausaha UMNO Bahagian. Dialah yang lebih betul agaknya sebab dia adalah AJK Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian merangkap 'punahsihat' ekonomi DUN Tahan.

Blog Parlimen81 menulis mengenai perlantikan Zukarmi sebagai SU UMNO Bahagian dan seterusnya menamakannya sebagai calon bagi DUN Pulau Tawar dalam PRU akan datang. Mungkin nama pencalonan ini didapati terus dari PM agaknya kerana Badan Perhubungan UMNO Pahang pun masih belum mengetahui apa-apa.

Parti 'KITA' mensasarkan DUN Damak dan DUN Pulau Tawar sebagai kawasan yang mereka berpeluang membuat kejutan. Menurut khabarnya KITA akan meletakkan seorang aktivis masyarakat juga seorang blogger tersohor Pahang sebagai calon. Jika dibandingkan dengan calon yang Parlimen81 letakkan itu, antara mereka berdua jauh bagai antara bumi dengan langit dan peluang kelihatan memihak kepada CMK tambahan pula jika berlakunya persaingan 3 penjuru.

Cikgu Norzari adalah tokoh yang lebih berhemah untuk dicalonkan, tapi jikalau UMNO lebih suka memilih yang hitam dari yang putih, maka memang bukan suratan takdir bahawa UMNO memang sedang merebah. Apakah meletakkan Zukarmi sebagai proksi bertujuan menutup sesuatu? Saya tidak tahu tetapi tentu ramai yang sangat tahu serta ingin tahu!


Sekaliq-sekaleq dapart beburok dengan bakal calon DUN, Wan Shamsuri Wan Abdul Jalil dan blogger 'Hulu Tembeling' suke amart dorh hatiq kumeq walaupun dapart minum ayer kusong hajeq, yok? Hehehe


Monday, October 10, 2011

APAKAH 'KITA' JADI PILIHAN KITA?




Semalam WZWH menulis tentang parti KITA (klik sini). Sebelum itu dilaman-laman facebook dan blog-blog lain juga sudah membincangkan mengenai parti KITA (Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air) (klik ke blog KITA Pahang) Baca juga diblog Pahang Daily Online dan Cucu Mat Kilau yang juga megisahkan mengenai KITA.

UMNO janganlah menganggap ini hanya soal kecil dan memandang rendah terhadap Parti KITA. Jika PRU12 lalu pembangkang telah banyak mendapat undi simpati dan undi protes dari rakyat kerana kecewa dengan kepimpinan UMNO, maka tidak mustahil pada PRU13 nanti KITA akan mendapat undian itu atas dasar protes terhadap kerajaan dan calon-calon yang bertanding.

Sebagaimana kata WZWH, tidak mustahil Parlimen Jarantut akan di pertandingkan secara 3 penjuru. Begitu Juga DUN-DUN lain termasuklah DUN Tahan dimana rakyat sudah hendak memilih calon dan tidak lagi hanya kepada parti politik yang diwakilinya. Wallahualam!

Al-fatihah kepada Sdr. Razman Sidek AJK Pemuda UMNO Bahagian Jerantut yang telah pulang ke rahmatullah petang semalam dan takziah kepada keluarganya.


Sunday, October 9, 2011

DUNIA TAK SAMA RATA



Ada orang sangat marah dengan gambar diblog UD:

Anonymous said...pelir la aok orang di ulu..time aok bancuh dun tahan xpe plak.aok kira aok menegur dun tahan.nape zuri n k.d xleh buat mende yg sama??siar komen aku ni..gambor pelir bleh plak aok tayang..
October 8, 2011 6:09 PM

Semasa UD tulis dan puji-puji dia, dia hanya membisu (dan tersenyum agaknya) tapi bila ditegur (dengan sangat berhemah seperti ini, dia marah-marah.
Memang dunia tak sama rata dan tak sama rasa!


Delete

Saturday, October 8, 2011

MANA YANG HEBAT?


Gambar hiasan: Google/ Bamboo Bridge/Bali


Hebatnya blogger politik terutama bila mereka diupah untuk jadi pencacai. Lihatlah WZWH dan Kutukan Dewata. Apa yang mereka tulis? Mungkin benar mereka berniat untuk pertahankan Bos mereka sendiri tetapi apa yang sudah dilakukan adalah diluar kawalan dan bukan saja memberi impak kepada 'musuh' mereka tetapi kepada parti keseluruhannya.

Mungkin penulis itu tidak peduli hal ini atau mereka 'kamikazi' bersedia bunuh diri demi menjaga kepentingan bos mereka. Bagaimana jika 'musuh' mereka juga lakukan perkara sama? Mungkin tanpa sedar sibertropper disana juga sudah memainkan peranan mereka menyerang balas. Perang Siber akan jadi sangat hebat. Yang akan musnah nanti ada kedua-dua pihak yang bermusuhan, namun yang akan dapat faedah' menangguk di air keruh' adalah musuh sebenar.

Apakah ini dilakukan hanya untuk mengalih dari perhatian sebenar? Isu air sungai yang keruh dan pembangunan yang mengutamakan kepentingan sendiri melebihi kepentingan rakyat di DUN Tahan? Atau ada yang cuba ditutup dan selindungi dari terbongkar yang melibatkan penyalahgunaan-kuasa? Atau janji-janji yang sudah tidak mampu ditunaikan cuba dilupakan?

Kita lihat saja apa selepas ini? Apa lagi yang WZWH dan Kutukan Dewata akan lakukan? Apakah mereka benar-benar berani dan ikhlas lakukan ini atas alasan berjuang untuk rakyat atau mereka hanya berjuang untuk kepentingan diri sendiri saja. Kita akan lihat nanti mana yang 'hebat' dan mana yang 'habat'.


Sapa natiq hark yang meresemikan jembatan gatung ke Gunong Tahan yok? Akuq tork tahan amart dorh nork naik ke Guning Tahan tuh! Nork dingok kubur anok Sang Kelembai geteq. Hik hik hik!


Friday, October 7, 2011

BLOGGER DEMAM PANAS PERLUKAN RAWATAN

Tempat pemprosesan ubatan tradisional


Komen Ri-Kuala Pengor jelas menunjukkan kepekaannya terhadap alam sekitar. Sungai dan punca air yang sudah tercemar dan tidak mungkin dapat dipulihkan semula. Kemusahan species tumbuhan, serangga dan haiwan yang juga akan mengalami kepupusan dan lenyap untuk selama-lamanya. Memang tidak ramai yang peduli pada kemusnahan alam yang sedang berlaku dewasa ini.

Kemusahan lapisan ozon yang mengakibatkan 'global warming' juga tidak difikirkan dengan mendalam dan tidak ada tindakan oleh individu untuk meminimumkan impak. Siapa yang peduli? Kerana kita hanya masih memikirkan' kendiri' kita sendiri dan tidak adanya semangat dan sikap kekitaan kita. Kita menganggap selain dari masalah kita, itu bukanlah 'hal kita'. Kemusnahan alam juga bukan hal kita walaupun impaknya adalah kepada kita dan anak-cucu kita sendiri nanti.

Ri menyebut tentang tumbuhan sebagai sumber perubatan. Malahan hutan juga sering dianggap sebagai sebuah farmasi yang membekalkan ubat-ubatan dunia. Pada zaman dulu, apabila mengidap sesuatu penyakit maka Tok Bomoh, Tok Dukun, Tabib akan merujuk hutan sebagai sumber ubatannya.

Akar 'Tapak Hantu' serta 'Setawar' boleh dijadikan ubat demam dan meredakan demam panas. WZWH patut dapatkan rawatan ini segera kerana 'demam panasnya' semakin tenat. WZWH sudah kembali 'meracau' seperti suatu masa dulu dengan idea-ideanya besarnya seperti pembinaan jembatan gantung ke Gunung Tahan serta Projek Nuklearnya. UD sakit perut bila teringat akan posting mengenai 'Septik Tank' dulu.


Klik untuk bacaan rujukan:


Thursday, October 6, 2011

DUNIA SAMA RATA TAPI TIDAK SAMA RASA


Sementara menunggu jalan siap pada 2013, inilah kenderaan yang sesuai 
digunakan oleh penduduk Kg. Pagi, gamoknya lah!


Mengutip kata-kata dari blog WZWH, begini:
' ADUN Tahan memberi jaminan Projek Jalan Kg Tuit ke Kampung Pagi akan siap pada tahun 2013. Penduduk Kampung Pagi bertuah kerana tanah yang diambil diberi pampasan yang lebih tinggi nilai. Ada orang kampung yang dapat pampasan antara RM60,000 ke RM130,000. 1000 ekar tanah direzab untuk kegunaan masa dapan Kampung Pagi. Juga tanah rezab 1000 ekar bagi setiap kampung di Ulu Tembeling.

Felcra mahu buka ladang kelapa sawit di Ulu Tembeling seluas 10,000 ekar. Bagi fasa pertama 3000 ekar tanah telah ditebang dan dibersihkan. Keutamaan peserta Felcra diberi kepada penduduk Ulu Tembeling. '

Beruntunglah penduduk Kg. Pagi kerana akan mudah untuk ke Jerantut, Temerloh dan bahkan Kuala Lumpur dengan mudah apabila jalan berkenaan siap pada 2013. Sementara itu penduduk-penduduk di hilir terpaksalah minum air yang keruh akibat dari penggondolan bukit-bukau serta bernafas dalam debu yang dibawa lori-lori balak.

Beruntunglah orang-orang kampung kerana mendapat pampasan tanah sehingga RM130K. Tidak usah kita bertanya siapa yang lebih untung yang dapat mengeluarkan balak-balak berkenaan serta dalam masa sama mendapat kontrek pembinaan jalan berkenaan.

Harap-harap masih beruntunglah orang-orang kampung nanti apabila tanah Felcra yang dicadangkan itu akan dibuka kerana mereka akan mendapat saham dari projek berkenaan. Namun mungkin juga saudara-mara dari kroni-kroni orang tertentu juga yang akan lebih untung kerana mereka yang akan lebih diutamakan sepertimana berlaku kepada tanah Felcra yang melibatkan orang-orang di kampung Merting dulu. Rancangan tanah Felcranya di Kampung Merting, tetapi yang mendapatnya adalah kakitangan kerajaan yang sudah mewah serta mereka yang bukan orang tempatan. Memang dunia sama rata, hanya keadilannya tidak sama rasa.  


Aihhh! Kerayanth larh nye maroh de urag kapong pagiq ke akuq ni natiq pasai kate ke dimeq pakai kerita beginiq! Tapiq tetu nye jimat minyok, yok?

Tuesday, October 4, 2011

SUB JERANTUT DARI DUN TAHAN

Mungkin juga dari kalangan mereka ini yang akan Ketua Bahagian lantik sebagai SUB


Syahibul hikayat, syahadan sebermula maka tidak lah dapat sahaya lari dari berkisahkan mengenai orang-orang besar UMNO kita ini adanya, melainkan kisah mengenai mereka jugalah yang akan sahaya ceriterakan adanya.

Belum lagi lama mantan SUB Jerantut kembali kerahmatullah, puak-puak UMNO Jerantut dah mula nak berperang. Ini soal peperangan sesama sendiri dan berebut harta rampasan perang.Mungkin juga betul untuk mereka itu. Tak kan nak biarkan saja kepada Al-Kicapi saja serta kroni-kroninya termasuklah Kak Key tu? Atau tak kan nak diam saja dan tengok saja satu-satu Pegawai Esekutif dalam UMNO Jerantut memulun segala peruntukan yang ada? Baiklah kita tumpang sama. Gunung sama diruntuhkan, sokong sama kita rebahkan.

Beberapa laman blog Jerantut sibuk menonjolkan calon masing-masing utk tumpang sekaki, kalau kroni dpt 'kunci' khazanah tentu mereka semua dapat sama merasa nikmatnya. Demikian juga ada blog-blog yang menelanjangkan calon-calon tertentu bimbang calon mereka tidak dapat dipertimbangkan oleh Ketua Bahagian.

Acher baca; Suara Prihatin UMNO Jerantut, patpatsikuklipat, Kutukan Dewata, dan lain-lain lagi. Semuanya tentang calon SUB.

Maka, blog UD pun ingin juga bersama-sama menyenaraikan calon-calon dari DUN Tahan khususnya dari Ulu Tembeling. UD berpendapat bahawa jika SU dilantik dari Ulu Tembeling ini akan menambahkan lagi kekuatan bagi menyokong setiap usaha-usaha yang sedang dilakukan oleh YB ADUN Tahan kita. Selain itu tindakan ini akan lebih mengeratkan lagi persahabatan didalam UMNO dan akan mendekatkan perasaan masyarakat Ulu Tembeling dengan Parlimen Jerantut ini sendiri yang selama ini terbiar dan terpisah oleh geografi serta ketiadaan jalanraya.

Berikut adalah calon-calon yang UD ingin calonkan bagi mewakili masyarakat DUN Tahan;
1. Wan Shamsuri (AJK Bahagian)
2. Aziz Abd Rahman (Kg. Bantal)
3. Rahim Manggi (Kuala Sat)
4. Zakaria (Kg. Pagi)
5. Hamzah Hamid (Kuala Tahan - calon yang paling cerah harapannya dan kegemaran Ketua Bahagian)
6. Zamri Mat Ami  
7. Nordin (Kg.Gol)
8. Suran Jaafar (K.Retang)
9. Jafrun Ali (Kg. Bantal)

UD menolak Cikgu Zali kerana menurut rekod yang lalu semasa beliau jadi 'Kempen' Manager Aruah Cikgu Halim dia telah membelot dan menikam belakang, hehe! Jangan biarkan pisang berbuah 2 kali.


Tapiq, ame kala Ku Lan nork latik UD, hehehehe! bulih amart larh, tetu akuq sukung diriq akuq senirik, hehehe! Lame dorh akuq nork jadi setiausaha neh, tork dapart-dapart lagig, susoh jugeq yok? Gamoknye Ketua kena ade Setiausaha hark yang banyok duit jugeq, mudoh iket, yok?



Monday, October 3, 2011

LAGI BERKENAAN ADUN TAHAN

Rajin Dato' ni. Sorang pulak tu! Tapi ini semasa didepan kamera saja, hehe!


Kita dikejutkan dengan berita kepergian allahyarham YH Dato' Ghazali Sulaiman, Setiausaha UMNO Bahagian Jerantut kerahmatullah beberapa hari lepas. Mohon sahabat semua dapat menyedekahkan Al-Fatihah kepada beliau semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman.

Dari desus-desas disana-sini, termasuk dari Ketua Wanita sendiri bahawa YB ADUN Tahan banyak menghulurkan bantuan sejak awal lagi dalam menguruskan hal-hal berkaitan urusan rawatan hospital serta pengurusan jenazahnya. Terima kasih juga kepada anak-anak buah YB teruatanya 'Ijat' dan kawan-kawan kerana pertolongan dan usaha mereka. Tanpa prejudis, UD mengangkat ibu jari memberikan sokongan dan ucapan syabas serta tahniah kepada YB ADUN Tahan. Adalah diharapkan beliau akan meneruskan kerja-kerja kebajikan dan ibadah khususnya kepada dan berkaitan dengan kepentingan rakyat di DUN Tahan.

Bila UD memuji YB ADUN Tahan sudah pasti ada pihak yang senyum sinis dan menyangka serta menuduh bahawa UD sudah dibeli, namun dengan ikhlas dinyatakan bahawa UD bukanlah orang demikian dan wang ringgit bukanlah keutamaan bagi UD kerana dengan apa yang ada UD sudah sangat bersyukur. Membantah dan membangkang bukan bermakna tidak menyokong sama sekali.

Cuma inilah sikap UD, menyatakan kebenaran serta berani menyatakan pendapat walaupun dianggap salah dan sering disalah anggapkan. 

Blog ADUN Tahan yang sudah macam 'jeremun' tu bila nak dikemaskinikan? Hehehe! Dalam kehidupan ini kita saling memerlukan antara satu sama lain. Tidak akan tegak pohon tanpa akar yang menjalar didalam bumi walaupun tidak kelihatan.

Yang Berhurmat, pembahagian saham Felcra itu mestilah dengan jujur dan telus. Hark berhak dapart mesti dapart, hark dorh kaye rayeq janganlah diberiq walaupun dieq kroniq, sabak ong jugeq sebagai pemipin akan ditanyeq de akhirat natiq !


Sunday, October 2, 2011

ADUN PULAU TAWAR HARUS DIBELA

ADUN Pulau Tawar berjasa kepada rakyat setempat


Blog WZWH sesedap rasa menuduh UD dalam postingnya; Kenapa Blog SPU dan Urag Drrulug anti ADUN Tahan?  Namun apabila UD membalas dengan menanyakan soalan begini; KENAPA BLOG WZWH DAN KUTUKAN DEWATA ANTI ADUN PULAU TAWAR?   Maka WZWH dan KD jadi gelabah kerana baru kini mereka sedar bahawa merekapun memihak kepada orang tertentu pula bahkan blog mereka dibina atas tujuan itu.

Bolehkah WZWH dan KD mengakui bahawa mereka bukan hanya menyokong ADUN tertentu saja dan dalam masa sama cuba membunuh karier ADUN yang satu lagi yang nyata jadi pesaing hebat bos mereka? Tidak perlu mereka menafikannya lagi disini kerana tulisan-tulisan mereka sememangnya membenarkan sebarang tuduhan bahawa mereka berkerja untuk mengangkat seseorang dan dalam masa sama mengerjakan untuk menjatuhkan seseorang.

Sebenarnya UD sejak dulu tiada agenda peribadi dan bukan dengan niat untuk menyokong dan menentang sesiapa. Yang UD perjuangkan adalah apa saja yang melibatkan sebarang kepentingan mengenai DUN Tahan kerana DUN Tahan dan Ulu Tembeling khususnya adalah dimana asal dan usul UD. Kampong UD -  air sungainya jernih dan deras, tohor dan berpasir, pasir tebimgnya luas, sebatang anak sungai yang sudah tercatat sebagai laluan sejarah yang airnya lebih jernih menerjah ke sungai utama. Tenang dan damai. Itulah yang membentuk keperibadian UD dan itu jugalah yang UD dambakan dalam kehidupan ini untuk diri sendiri dan warga mukim yang UD wakili.

UD tak mengenali KD dan WZWH secara peribadi, dan sudah tentu tiada permusuhan peribadi. Permusuhan juga bukanlah apa yang UD cari namun UD bukan jenis yang penakut untuk mengelakkan diri jika terpaksa berdepan. Apabila UD menegur pemimpin ianya adalah untuk kebaikan ramai. UD selalunya mulakan dengan sindiran namun jika bahasa itu tidak mampu difahami dan tidak terlihat ada usaha untuk memperbetulkan, maka UD akan mengubah kepada bahasa lain dengan harapan orang tertentu akan lebih terasa dan peka. UD akan bersuara dan terus bersuara kerana suara UD adalah suara rakyat majoriti.

UD beberapa kali berhenti seketika, bukanlah kerana apa melainkan untuk memberi ruang kepada yang berkenaan melakukan perubahan, untuk perbaiki kesilapan masing-masing.

Sebuah mesjid telah dipohon untuk kampong UD dengan bajetnya dibuat oleh 'orang itu'. Ternyata bajetnya terlalu besar untuk saiz mesjid yang sedemikian kecil. Maka terpaksalah satu 'proposal' lain dibuat untuk merealisasikan harapan rakyat dengan bajet yang lebih masuk akal. Tidak ramai yang tahu mengenai hal ini dan biarlah ianya terus begini. Soalnya keuntungan besar dari pembinaan itu untuk siapa? Jika UD mahu, tentu kisah ini mampu diungkit.

Selepas ini, mungkin tidak salah jika UD akan pertahankan ADUN yang sering jadi mangsa serangan WZWH dan KD, bukan kerana apa, hanya kerana ianya harus dibela - wallahualam!


WZWH urag dorh tahu, KD tu tarok berwajoh ada urag kateq itu wan keliruq tapiq akuq mimang tarok tauq. Akuq tegah sibuk ni sebab Bill Clinton tengah menalipon hakuq Heheheh! Kerayanth!


Saturday, October 1, 2011

KENAPA BLOG WZWH DAN KUTUKAN DEWATA ANTI ADUN PULAU TAWAR?


Kasihan ADUN Pulau Tawar yang 'berdiri tak sama tinggi dan
duduk pun sentiasa rendah' kerana selalu jadi 'punchbag' WZWH dan Kutukan Dewata.


Sebenarnya saya malas terlibat dalam krisis kepimpinan DUN Tahan. Tidak juga berminat dalam pertentangan dengan mana-mana blogger terutamanya WZWH yang saya turut hormati kerana keberaniannya menghadapi segala teguran dari pembacanya, namun perlu juga saya memberikan jawapan bagi jernihkan segala kekeruhan yang sengaja ditimbulkan.

Pada post terdahulu, WZWH menulis dengan tajuk; Kenapa Blog SPU dan Urag Drrulug anti ADUN Tahan? UD ingin memberikan jawapan yang ringkas dan jelas bahawa UD tidak pernah merasa bermusuhan atau anti ADUN Tahan, namun apa yang UD suarakan adalah rasa tidak puas-hati rakyat dikawasan berkenaan. Salahkan menyatakan rasa tidak puas-hati kita dalam sebuah negara demokrasi?

Jika UD mengamalkan sikap sama seperti WZWH, maka UD juga ingin bertanya; Kenapakah Blog WZWH anti ADUN Pulau Tawar? Jawapannya tentu semua orang tahu bahawa blog WZWH adalah blog pencacai ADUN Tahan yang akan memburukkan sesiapa saja yang dilihat sebagai pesaing ADUN Tahan untuk merampas kerusi Ketua Bahagian seterusnya jadi calon Ahli Parlimen Jerantut dalam PRU akan datang.

Blog WZWH juga akan menghentam semua blog serta suara-suara yang boleh memburukkan dan menjejaskan prestasi ADUN Tahan serta dalam masa sama akan mengangkap ADUN Tahan tinggi melangit. Terkini blog 'Kutukan Dewata' dilihat sebagai 'orang kanan' kepada WZWH untuk laksanakan kerja-kerja menjaga kepentingan 'bos'nya; menonjolkan yang cantik-cantik serta menyembunyikan yang buruk-buruk.

Mungkin blog-blog berkenaan mampu membersihkan imej 'tuan'nya, namun mereka tidak menguasai keseluruhan media sosial Jerantut, kerana itu ramai kalangan facebookers serta pemberi komen diblog-blog yang masih menghentam dan 'menelanjangkan' bosnya dan mereka tidak mampu berbuat apa-apa kerana itu adalah suara hati rakyat yang mereka tak akan mampu sekat.

uRag dRrulug bukan anti mana-mana individu, UD juga percaya bahawa SPU pun sama malahan mungkin lebih liberal, cuma kami memberikan teguran kepada apa yang kami rasakan tidak betul dan patut diperbetulkan. Apa lagi dan bagaimana lagi hendak kami suarakan jika bukan melalui blog dan fb kerana kami tidak ada peluang untuk menyatakannya secara berhadapan.

Berikut adalah sebahagian komen di blog WZWH terkini. Bukankah ini juga suara protes dari rakyat? Mampukan WZWH serta sekutunya menyekatnya? Jika WZWH berpendapat menegur 'bos'nya sabagai satu kesalahan, sudah tentulah pemberi komen diblognya melakukan kealahan yang lebih besar kerana membuat teguran dengan cara yang tidak berhemah serta menggunakan perkataan yang buruk sedangkan apa yang UD lakukan adalah sebaliknya. (Lihat CnP dibawah)

WZWH, jangan sangka penyokong ADUN Pulau Tawar tidak melakukan sesuatu serangan balas. Mereka sedang melakukannya dan saya lihat sibertropper mereka lebih bijak memainkan isu serta pandai dalam membenamkan musuhnya. 

Akhirul-kalam, hayatilah kata-kata ini; 'Sampai masa tibanya waktu, redup hati kaum berdua, bila dua jiwa bersatu, hidup mati jadi bersama'......


Anonymous Anonymous said...

wan zurik, kenapa mudik tak sewa heli, tak seberapa pun belanja jika dibandingkan duit masyuk dompok keatas semua projek2 di lembah tembeling, nilai prujek ratus tuja malam cecah bilion dah, tak kan dompok tak dapat komisen puluh puluh juta, bayangkan wan mizi pun dah boleh jadi jutawaan dengan prujek tersebut, ini kan pula DOMPOK?
September 30, 2011 11:52 PM

Anonymous kimak lu said...
aku kenal anon ini,dari susunan ayatnya dia ni tangkap kontrek prasangka buruk terhadap orang sejak dulu sampai sekarang itu ajela modalnya.sakit jiwa kot?
October 1, 2011 1:32 AM

Anonymous Anonymous said...
Ha ha ha, banyak lagi projek tak disenaraikan tu... Projek tadahan air 1,000 ekar telah diluluskan untuk dimusnahkan. Diberi percuma dengan tukaran seekor lembu dalam menggadaikan maruah penduduk telah pun dibuat jamuan sebelum puasa yang lalu. Berapa pulak masuk, tak tersenarai ke untuk penghapuskan etnik bangsa ku keturunan Ulu Tembeling... Katanya dua tiga kerat yang menjadi kepercayaan sapa Y& )(^% ^%@!+... entah ,JKK dah pulun, berapa entah... Ada rekod...

Ingat, harta kekayaan tak masuk ke dalam kubor. Bini cantik pun bila sampai masanya akan menjadi tunggangan orang. Sesal dahulu...

Allahumasolimalaisaidina Muhammadin thibilqulubi... wadawaihawaafiatilabniwasifaiha. Wanurilabsoniwadiaihawaalaalihiwasohbiwabarikawassalim...

Baca banyak2 kali. Tanya alim ulama yang ramai di DUN Tahan. Apakah makna, jika salah sebutan dalam rumi tanyalah siapa pandai terjemahkan dalam jawi (Al Quran).

Peminat politik dan pengkaji politik sepanjang zaman... Tk..

October 1, 2011 2:55 AM

Anonymous Anonymous said...
kimak lu... lu yang gila dan sakit jiwa, susahhati takut dompok tak jadi yb lagi, tak dapat makan belanja, tak dapat duit bulanan dari dompok nak menyara keluarga oak, aku tau lah oak tu dari susunan ayat mengapu oak tu, bahawa ong ne jika dompok tak berkuasa rasanya rokok pun tak buleh beli, macam macam
October 1, 2011 7:03 AM

..........................

Anonymous Anonymous said...
saudara wan zurik, memang dompok di sukai oleh segelintir pengundi dan penyokong2 yang macam awak dan wan keliru, wan mizi juga yang seangkatan dengannya, memang peruntukan mencecah rm500 juta di curahkan, tak di napikan, tapi semua ada bahagian dia dan kuncu kuncunya, itu ;lah sebabnya jambatan gantung di batalkan amat musykil lah pehak dompok dan kuncu kuncunya kerana duit di lulus perojek dibatalkan,sedangkan duit komisen dah ambik, tak gitu, apa cerita pasal jalan, ulu tembeling, jalan lipis, jalan pesisir kampung tradisional, siapa yang dapat, hinggakan dato zali pun hinga pitam memikirkan untung yang banyak sangat agaknya, jangan cerita, servis lah wahai wan zurik, cer acu tengok, jika tak dapat projek membesarkan pokek, dapat ke dompok hantar orang orang tertentu gi umrah dan melancung, jika betul2 duit titik peluh dia, kenapa tak antar jer orang tua tua kat kampung yang betul2 miskin g haji, ini tidak, antar g umrah dan melancung hanya ketua cawangan, tok 4,juga ajk bahagian, ingat mereka yang bawah2 dari ketua cawangan tak bersungut?.

Nak tanya sikit lah, kenapa persoalkan blog ud dan spu anti adun tahan, tanya lah kenapa blog WZWH DAN KUTUKANDEWATA MEMUJA ADUN TAHAN DAN ANTI ADUN PULAU TAWAR? CER CER CER JAWAB?

September 30, 2011 10:29 AM

Anonymous Anonymous said...
Pedas...pedas....
Wooo...baru aku tahu. Orang tua kampung yang miskin dan tak main politk dah dapat pergi rombongan umrah ya! emmm...umrah pun nak polotik jugak ke?

September 30, 2011 5:59 PM

Anonymous cuka getah said...
sudahlah anon 1o.29,
apa sumbangan kau kepada oreang kampung kau.cakap pandailh.

September 30, 2011 9:42 PM

Anonymous Anonymous said...
Alah..., senang cakap. Projek yang tak masuk akal pon boleh adi untung juta2. Cth mudah, dapat dilihat di tebing Kola Tahan Seberang tu, tempat menunggu ke tempat penunggu ke tak taulah. Projek dulu dah siap, tapi digantikan pula dengan yang baru. Konon katanya tak umph tak menggambarkan untuk menggambit pelancong..., buat pulak yang baru, harganya cecah RM1 juta. Jika sapa2 ada masa pergilah tengok sendiri... Benarkah nilainya RM1 juta. Tanya sama pokok apa sebab goyang, nanti jawab pokok takut kena tebang...

Peminat politik dan pengkaji politik sepanjang zaman...

September 30, 2011 9:47 PM

Anonymous Anonymous said...
Adun Dun Tahan paling xgunerrr....pakai laaa zali mezah masa Pru 13 nanti...sbb zali mezah pejilat batu YB dun tahannnn.....tuihhhhhhhhhh.......
September 30, 2011 10:51 PM

Anonymous Anonymous said...
cuka getah takut ngat adun tahan tak bertanding lagi, takut tak dapat duit dan tak dapat belanja untuk keluarga, dasar penjilat buntu wan dompok lah wahai cuka getah.
September 30, 2011 11:45 PM


Friday, September 30, 2011

YB URAG, YB KITEQ





Lirik Lagu Diari YB Kita Yang Di-Ubahsuaikan oleh UD;

Bangun tengahari
Tamu jangan peduli
Baik ke kedai kopi
Bincang agih-agih subsidi
Sambil-sambil sarapan
Dah ada pulak yang datang
Kaum kerabat orang kanan
Nak mintak surat sokongan
Jam baru pukul 8
YB malas ke kawasan
Balik rumah YB terlentang
Pejabat pun YB tak hiraukan
Terdengar bunyi kompang
Ayam itik bertempiaran
Rombongan YB masuk meminang
Harap jangan dihampakan
Pada waktu tengah hari
Ada pergi jemputan kenduri
Ini YB mesti pergi
Tunjuk muka untuk dapat undi
YB buat  sibuk-sibuk
Orang sakit YB tak jenguk
Hai teruk ke tak teruk
Takut poket YB kena seluk
Ketika awal petang
Ada satu sidang
YB tak boleh tak datang
Takut nanti kerusi hilang
Sebelum senja ke padang bola
YB seronok  sampaikan piala
Sebelum belia kecewa
YB sumbangkan jersi saja
Bila malam tiba
Berkaraoke  jadi agenda
Kalau YB tak bersedia
Kena nyanyi mungkin ternganga
Habis berkaraoke
Kelab Malam YB singgah
Bukan sekadar menjengah
Konon nak hilangkan masalah
Walau dah lenguh badan
YB tak hiraukan cawangan
Di tanya orang harapan
Apakah ada yang nak lawan
Lewat malam di gerai tepi jalan
YB ‘memungkor’ kawan-kawan
Sayangnya dah tak berapa nak layan
Sambil tu kena lah belanja makan
Sewaktu YB balik
Hantu Pocong pun rasa pelik
Isteri sendiri pun dah tak larat celik
Anak-anak pulak dah lama tergolek
Rimas  sebab YB tak mandi
konon belek itu dan ini
Kemudian picit-picit dahi sendiri
Cari peluang nak berbini lagi
Bila dah dinihari YB tertidur dikerusi
Esoknya kena sembunyi
Takut ada tamu menanti

“Assalamualaikum YB..”


.....di jeput urag Kola Sat bejuget, urag laen jangan aga, hehehehe!!!!...Kerayanth orihh!!

Thursday, September 29, 2011

CALON BERPOTENSI DI DUN PULAU TAWAR



Syahadan sebermula, diriwayatkanlah ceritera mengenai pilihanraya yang akan datang tidak lama lagi. Adapun dari ramalan dan spekulasi yang tersebar dibawa angin, PRU13 nanti sangat membimbangkan kita kerana Jerantut bukan lagi kawasan yang selamat untuk UMNO.

Dengan Ku Lan menarik diri dan tidak lagi akan bertanding akan membuatkan Tuan Ibrahim akan berani melanggar kerusi Parlimen. Calon Parlimen lalu Dr.Hamzah khabarnya akan meminggir dan mengharap menang mudah dengan mengandaikan Wan Amizan masih bertahan di DUN Tahan.

Kerusi Pulau Tawar masih panas bagi pembangkang kerana ianya maih jadi rebutan diantara Pas dan PKR. Pas menunjukkan sikap tamaknya dengan kononnya yakin akan menang disitu sedangkan bagaimana pula dengan kerusi untuk PKR kerana DAP tentu sekali sangat berminat dengan DUN Damak dengan meletakkan harapannya kepada Cikgu Koh.

Kemungkinan juga Pulau Tawar akan jadi petandingan 3 penjuru sekiranya perbincangan antara Pas dan PKR masih belum dapatkan kata putus. Tidak mustahil juga adanya calon bebas yang akan berusaha untuk  kacau daun disini nanti. Blogger CMK memang mendapat sokongan kuat dari saudara-maranya disana. Jika beliau bertanding, pasti bukan mudah untuk siapa saja calon dari UMNO menewaskannya kelak.

Jika UMNO melatakkan calon lama ditempatnya dahulu makan strategi ini tentu akan memerangkap BN sendiri. Pembangkang sudah dapat mengukur kekuatan dan kelemahan calon-calon berkenaan. Blog WZWH secara tidak langsung telah memberikan pembangkang peluru-peluru untuk menembak UMNO semula jika calonnya Tok Bomoh Keri di Pulau Tawar dan Ahli Nujum Diraja yang telus mata serta bijaksana dan bijaksini di Tahan lagi. 

Kerana itulah barisan pemain-pemain BN mestilah dari mereka yang baru yang masih belum diketahui kekuatan dan kelemahannya, yang masih putih bersih. Mereka bukanlah dari kalangan calon 'recycle'.  'Winnable Candidate' bukanlah bermakna mereka dari kalangan AJK yang ada tambahan pula yang ada tidak menyerlahkan keupayaan dan kepimpinannya melainkan mereka ini hanyalah seumpama 'burung belatuk' sajalah adanya.

Ame kalau Engku Wan Samsuri betanding de DUN Tahan, kamiq yakin sangat ke menang nyer oihh! Mende dieq urag behimoh amat. Mulek kelakuan nyeq...tarok larh memungkor macap hark yang sedieq neh. Kumeq sukong amart oih!!


Wednesday, September 28, 2011

PERIHAL CALON PRU JERANTUT





Syahadan sebermula, adapun blog Kutukan Dewata blog pencacai nombor wahid ADUN Tahan selain blog WZWH menulis mengenai calon yang layak bagi PRU13 di DUN Tahan dan Pulau Tawar adanya. 

Adapun menurut ceriteranya calon yang layak bagi DUN Tahan adalah Wan Shamsuri Wan Abdul Jalil manakala bagi Pulau Tawar pula adalah Ahmad Daud, tetapi tidaklah pula diriwayatkan mengenai calon Parlimen Jerantut.  Mungkinkah seperti mana dalam filem P.Ramli apabila Ibrahim Pendek melempar buah dadu dan meminta orang-orang meneka tetapi tidaklah dibenarkan akan mereka itu meneka nombor 2 kerana nombor 2 adalah dia yang punya, hehehe. Begitulah gamaknya, Parlimen tidak disebut siapa calon kerana itu adalah 'reserved' untuk bos dia sahaja. Nampak gayanya gelaplah harapan Tok Bomoh Keri untuk jadi calon parlimen.

Siapakah yang boleh percaya pada kenyataan bodoh Kutukan Dewata bahawa imej seseorang itu tercalar kerana perkhidmatan cemerlangnya? Kononnya dia dicemburui oleh musuh dan kawan juga kerana kecemerlangan prestasinya yang melonjak. Siapa yang boleh percaya dan siapa yang sebenarnya peduli?

Adapun yang boleh merosakkan dan mencalarkan imej seseorang adalah keburukkan mereka sendiri. Didalam blog WZWH sendiri beliau menulis bahawa ada beberapa cawangan UMNO membawa usul undi tidak percaya kepada  ADUN Tahan, itu dari mulut dia sendiri bukan dari sebaran fitnah orang lain, maka jika ini adalah fitnah sudah tentulah pemfitnahnya adalah WZWH sendiri. Kita pun tidak pasti dia dipihak yang mana, kerana konon untuk membela ADUN Tahan tetapi perbuatannya selama ini banyak membawa keburukkan kepada imej ADUN Tahan itu sendiri. Mungkin inilkah namanya duri dalam daging atau sokong bawa rebah.

Ilmu WZWH lebih tinggi dari bosnya sendiri kerana dia mendapat anugerah sijil asli sedangkan bosnya hanya mendapat sijil yang dibeli, perihal ini satu Malaysia sudah tahu. Hatta oleh yang demikian maka tidak usahlah menyalahkan orang lain atas nasib malang dirinya sendiri kerana itu adalah tempahan takdirnya.

Kesilapan yang dilakukannya adalah terlalu ghairah untuk mencapai kepuncak, terlalu gelojoh merebut dan merampas apa yang ada didepan mata. Sejarah juga mencatat keburukkan, baca sini.
Rakyat tidak pertikaikan kelulusannya dari Universiti luar negara yang mana sekalipun, tetapi apa sumbangan yang dapat diberikan dalam membela nasib rakyat. Dalam mencari kekayaan janganlah hendaknya merebut hak-hak rakyat didalam kawasan sendiri atau bersaing bersama rakyat.

Saya tidak ingin bercerita panjang mengenai ini kerana bagi saya dia sudah tidak ada lagi dalam senarai bagi calon DUN Tahan. Mungkin benar bahawa dia terpaksa menangis dan mencium bontot Dato' Nan untuk mendapat tempatnya, bagaimanapun mencium bontot pun masih sukar baginya kerana untuk DUN Tahan dia bukanlah 'winnable candidate'.

Adapun sangatlah 'sahaya' bersetuju apabila Kutukan Dewata menyebut nama Wan Shamsuri Wan Abdul Jalil sebagai calon DUN Tahan kerana dia adalah 'winnable candidates' sebenarnya. Orangnya berhemah dan berbudi pekerti serta sering menjaga personalitinya dan kerap kelihatan sebagai mendahulukan rakyat dalam banyak hal. Jika namanya tidak disingkirkan dari senarai calon, maka rakyat DUN Tahan akan gembira menerimanya dan ini juga bolehlah dianggap sebagai imbuhan bagi mengenang jasa orang tuanya kepada masyarakat di Ulu Tembeling khususnya.

DUN Pulau Tawar, Norzari Yahaya seorang pesara guru dilihat lebih berhemah dan lebih layak untuk mengembalikan kenangan UMNO BN zaman dahulu dimana wakil rakyatnya menganggap tugas dan tanggungjawabnya sebagai satu perjuangan. Jikapun bukan dia, mungkin Ketua Wanita UMNO kerana beliaulah yang selama ini kelihatan banyak mengadakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang khususnya ditumpukan terhadap wanita. Beliau bolehlah diibaratkan sebagai pemeggang panji-panji UMNO yang mengawalnya supaya tidak condong atau terus rebah.

Ahmad Daud adalah antara calon untuk Parlimen. Berpengalaman menjaga dan merancang pembangunan Jerantut dalam perkhidmatan awam akan memudahkannya dalam tugas menjaga parlimen Jerantut kelak. Cuma, dari awal lagi beliau harus jauhi dirinya dari di 'kelong' oleh langau-langau politik. Jangan biarkan sahabat-sahabat lamanya (dari DUN Pulau Tawar) yang sering menungganggi ahli-ahli perlimen terdahulu menungganginya juga. Jika itu berlaku, dia juga akan dijatuhkan oleh rakyat dari DUN Tahan pula.

Jika inginkan calon muda dan berpegang teguh pada hukum Allah, Ahmad Shah Jamlus adalah orangnya tanpa sebarang kerguan lagi. Dia adalah sehelai kain putih dan jika dicalonkan maka memenangi Parlimen Jerantut dengan lebih mudah. Segalanya telah tertulis. Telah tersurat dan tersirat. Bahawa hanya Allahlah yang akan menentukkannya mengikut kehendaknya.

Kepada blogger Kutukan Dewata dan WZWH @ Sibertrooper DUN Tahan, duduklah diam-diam sambil menyimpan gigi dan gusi masing-masing, bahawa segalanya sudah terlambat dan sudah berakhir. Akhirul kalam, beerhentilah dari menyalak!


Kuat amart bebungik yok? Lapor lagig gamok nyeq! Ishhh! Kerayantah!