Kasihan ADUN Pulau Tawar yang 'berdiri tak sama tinggi dan
duduk pun sentiasa rendah' kerana selalu jadi 'punchbag' WZWH dan Kutukan Dewata.
Sebenarnya saya malas terlibat dalam krisis kepimpinan DUN Tahan. Tidak juga berminat dalam pertentangan dengan mana-mana blogger terutamanya WZWH yang saya turut hormati kerana keberaniannya menghadapi segala teguran dari pembacanya, namun perlu juga saya memberikan jawapan bagi jernihkan segala kekeruhan yang sengaja ditimbulkan.
Pada post terdahulu, WZWH menulis dengan tajuk;
Kenapa Blog SPU dan Urag Drrulug anti ADUN Tahan? UD ingin memberikan jawapan yang ringkas dan jelas bahawa UD tidak pernah merasa bermusuhan atau anti ADUN Tahan, namun apa yang UD suarakan adalah rasa tidak puas-hati rakyat dikawasan berkenaan. Salahkan menyatakan rasa tidak puas-hati kita dalam sebuah negara demokrasi?
Jika UD mengamalkan sikap sama seperti WZWH, maka UD juga ingin bertanya; Kenapakah Blog WZWH anti ADUN Pulau Tawar? Jawapannya tentu semua orang tahu bahawa blog WZWH adalah blog pencacai ADUN Tahan yang akan memburukkan sesiapa saja yang dilihat sebagai pesaing ADUN Tahan untuk merampas kerusi Ketua Bahagian seterusnya jadi calon Ahli Parlimen Jerantut dalam PRU akan datang.
Blog WZWH juga akan menghentam semua blog serta suara-suara yang boleh memburukkan dan menjejaskan prestasi ADUN Tahan serta dalam masa sama akan mengangkap ADUN Tahan tinggi melangit. Terkini blog 'Kutukan Dewata' dilihat sebagai 'orang kanan' kepada WZWH untuk laksanakan kerja-kerja menjaga kepentingan 'bos'nya; menonjolkan yang cantik-cantik serta menyembunyikan yang buruk-buruk.
Mungkin blog-blog berkenaan mampu membersihkan imej 'tuan'nya, namun mereka tidak menguasai keseluruhan media sosial Jerantut, kerana itu ramai kalangan facebookers serta pemberi komen diblog-blog yang masih menghentam dan 'menelanjangkan' bosnya dan mereka tidak mampu berbuat apa-apa kerana itu adalah suara hati rakyat yang mereka tak akan mampu sekat.
uRag dRrulug bukan anti mana-mana individu, UD juga percaya bahawa SPU pun sama malahan mungkin lebih liberal, cuma kami memberikan teguran kepada apa yang kami rasakan tidak betul dan patut diperbetulkan. Apa lagi dan bagaimana lagi hendak kami suarakan jika bukan melalui blog dan fb kerana kami tidak ada peluang untuk menyatakannya secara berhadapan.
Berikut adalah sebahagian komen di blog WZWH terkini. Bukankah ini juga suara protes dari rakyat? Mampukan WZWH serta sekutunya menyekatnya? Jika WZWH berpendapat menegur 'bos'nya sabagai satu kesalahan, sudah tentulah pemberi komen diblognya melakukan kealahan yang lebih besar kerana membuat teguran dengan cara yang tidak berhemah serta menggunakan perkataan yang buruk sedangkan apa yang UD lakukan adalah sebaliknya. (Lihat CnP dibawah)
WZWH, jangan sangka penyokong ADUN Pulau Tawar tidak melakukan sesuatu serangan balas. Mereka sedang melakukannya dan saya lihat sibertropper mereka lebih bijak memainkan isu serta pandai dalam membenamkan musuhnya.
Akhirul-kalam, hayatilah kata-kata ini; 'Sampai masa tibanya waktu, redup hati kaum berdua, bila dua jiwa bersatu, hidup mati jadi bersama'......