Bersembang dengan sahabat-sahabat kontraktor kelas F, masing-masing mengeluh resah dan menyatakan susahnya kehidupan ketika ini. Kerja-kerja ada tetapi semuanya bagaikan sudah disediakan untuk orang-orang tertentu. Kerja-kerja kecil untuk orang-orang tertentu yang kecil, manakala kerja-kerja besar untuk orang tertentu yang besar. Kalau pun tender dibuka, itu hanya pelengkap syarat semata-mata. Beginilah bila segalanya diberikan keutamaan kepada kroni orang tertentu.
Kita boleh masuk tender, kita juga boleh menaruh harapan namun hakikatnya segalanya adalah sudah dikhususkan untuk seseorang yang dipanggil kroni. Kerana itulah agaknya masing-masing berebut untuk mendapat jawatan didalam parti. Untuk berada lebih dekat dengan 'lubuk puaka' yang masih banyak menyimpan harta.
Sesekali elok juga kita tonton kembali film-film lama karya Seniman Agung kita P.Ramli untuk mencari antara yang tersurat dan yang tersirat. Merasai pedihnya sindiran dalam senyuman atau gelak ketawa. Masih ingatkah kita dengan film 'Ali Baba Dengan 40 Orang Penyamun'? Scene menarik bila Ibrahim Pendek melontarkan buah dadu bagi juga teka nombor?
" Tikam! Tikam! Nombor 2 tak bolehlah, sebab nombor dua saya sudah booklah!" - hehehe! Kita tikam sampai matipun tentu tak boleh menang. Apa kata 'One Numbor' agaknya? Senyap sunyi dah? 'One Keliru' ada juga dengan suara dalam KD! Hehehe!
Kalau nasib baik dan naik nombor, Engku Wan Shamsuri akan jadi calon DUN Tahan, insyallah selamat kita. Kalau nombor di Pulau Tawar juga naik, Encu Nazri akan jadi calon, selamat juga orang Pulau Tawar. Teringat kata-kata Mahathir; "Pemimpin bukan saja mesti bersih tetapi mesti juga nampak bersih".
Jaman duluq bejudiq merepoh, maen cutiq dalamph semok hajeq. Sekarang niq urag maen nun de Genting senun, baru adeq stindeq! Karaoke pun ade gok! Kalau mase pemilihan banyok larh bebudok pemudeq de karaoke.....mendenye ade penajeq, yok? Ishhh! Sape tuh? Napork macamph Zuriq ! Hehehe! Bejuget amart, yok?

No comments:
Post a Comment