Akhirnya WZWH sedar juga bahawa banyak perancangan pembangunan yang dicadangkannya dulu tidak relaven serta menganggu alam sekitar dan memberikan impak besar kepada alam semulajadi Taman Negara yang menjadi asset negara.
Rupanya Panglima Banir dan Ri Kuala Pengor lebih peka kepada isu alam sekitar dari penasihat ekonomi tanpa gaji ADUN Tahan sendiri. WZWH hanya berangan-angan dan mengajak rakyat di DUN Tahan bermimpi bersamanya.
Masihkah kita ingat dengan projek Empangan Hidro Letrik? Ingat dengan projek Janakuasa Nuklear? Bagaimana dengan Jembatan Gantung ke Gunong Tahan yang kemudiannya bertukar menjadi projek 'Cable Car' ditepian Sungai Tembeling? Semuanya projek mega yang katanya sudah dipersetujui oleh PM!
Janganlah berfikir terlalu jauh diluar 'otak' kerana segalanya adalah 'pemungkaran' tidak mungkin orang DUN Tahan boleh percaya. WZWH tidak usah merancang yang mega-mega kerana yang mini dan mikro pun dia tak boleh realisasikan.
Ingat bila WZWH cadangkan penternakan 'Lebah Madu Tualang Gred A Bertaraf Antarabangsa'? Bagaimana nak klasifikasikan madu itu sebagai madu tualang? Apakah bila lebah berkenaan bersarang di pokok tualang atau lebah berkenaan bersarang dimana-manapun asalkan mengumpulkan madunya dari dari bunga pokok tualang? Bagaimana pula nak menentukan taraf antarabangsa?
Kita patut lupakan saja idea besar-besar tetapi kembali kepada asas ekonomi Lembah Tembeling iaitu pertanian. Getah masih kekal sebagai sumber ekonomi penduduk. Dulu semasa kita masih jalankan pertanian sara diri kita bergantung padi bukit sebagai sumber makanan. Di Kampong Pagi, Kg Lenton adalah kampong yang mulanya ujud sebagai kawasan pertanian. Begitu juga di Kuala Tahan, kawasan perumahan Felcra sekarang ini adalah kawasan pertanian. Di Kuala Sat di Kampong Beneh dan seterusnya.
Kita patut kembali kepada pertanian getah kerana potensinya dan permintaannya yang tinggi dan tidak akan terjejas dalam keadaan mana sekalipun. Permintaan terhadap getah dijangka semakin tinggi akan datang. Kerana itulah 'Muse Kumil' mampu menjana pendapatan besar walaupun dengan mengusahakan 'tanah haram'.
WZWH boleh tengok klip video dibawah tentang pengunaan getah asli yang menjurus kepada permintaan tinggi terhadap pengeluaran getah asli;
Ong dingok memulek Zuriq, yok? Jangan ong buat tork pasai polurk! Tapiq kalau ong ada porgem nork gi ke Karimun, jangan lupe ajok akuq! Nork gi gateq!
5 comments:
Hahaha, sku setuju sgt dengan teori ekonomi lembah tembeling ong ni, dan WZWP pun memang patut sangat pakai kondom tu bila pergi ke Indonesia bagi membanti tingkatkan ekonomi dgn memastikan permintaan sentiasa tinggi terhadap sumber dari getah asli, hehehehe
kau tak ada kerja lain keje lain ke asyik fitnah orang je.
ish! anon 7, menda fitnah nya pulak? aku rasa UD tu betullah sb memang wwh dulu kata cadang nak buat jembatan gantung ke gunung tahan, fitnah ke tu? koi rasa tidak
Salam ud.
"WZWH cadangkan penternakan 'Lebah Madu Tualang Gred A Bertaraf Antarabangsa'?" Ini idea dan cadangan Ketua eksekutif PKNP.. D. Lias , beliau bercakap di KT suatu ketika dulu dah bertahun. WZWH hanya cedok aje ? plagiat.
saja nak mengingatkan dan bukti wzwh mana ada idea ori. tapi walaubagaimana pun aku rasa bagus dan baik ,wzwh ketengahkan balik, agar tudak di lupakan barang yang baik untuik di majukan .
TK
ulu tembeling biarlah macam tu.
jangan buat jalan raya.
nanti habis semua balak.
tanah semua dapat ke cina.
orang ulu tembeling yang nak kaya sangat tu , suruh keluar cari duit tempat lain.
yang tinggal tu, bantu dengan subsidi - minyak, tambang , duit makanan dan lain-lain.
mudah je kalau boleh fikir.
.
Post a Comment