'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Sunday, October 2, 2011

ADUN PULAU TAWAR HARUS DIBELA

ADUN Pulau Tawar berjasa kepada rakyat setempat


Blog WZWH sesedap rasa menuduh UD dalam postingnya; Kenapa Blog SPU dan Urag Drrulug anti ADUN Tahan?  Namun apabila UD membalas dengan menanyakan soalan begini; KENAPA BLOG WZWH DAN KUTUKAN DEWATA ANTI ADUN PULAU TAWAR?   Maka WZWH dan KD jadi gelabah kerana baru kini mereka sedar bahawa merekapun memihak kepada orang tertentu pula bahkan blog mereka dibina atas tujuan itu.

Bolehkah WZWH dan KD mengakui bahawa mereka bukan hanya menyokong ADUN tertentu saja dan dalam masa sama cuba membunuh karier ADUN yang satu lagi yang nyata jadi pesaing hebat bos mereka? Tidak perlu mereka menafikannya lagi disini kerana tulisan-tulisan mereka sememangnya membenarkan sebarang tuduhan bahawa mereka berkerja untuk mengangkat seseorang dan dalam masa sama mengerjakan untuk menjatuhkan seseorang.

Sebenarnya UD sejak dulu tiada agenda peribadi dan bukan dengan niat untuk menyokong dan menentang sesiapa. Yang UD perjuangkan adalah apa saja yang melibatkan sebarang kepentingan mengenai DUN Tahan kerana DUN Tahan dan Ulu Tembeling khususnya adalah dimana asal dan usul UD. Kampong UD -  air sungainya jernih dan deras, tohor dan berpasir, pasir tebimgnya luas, sebatang anak sungai yang sudah tercatat sebagai laluan sejarah yang airnya lebih jernih menerjah ke sungai utama. Tenang dan damai. Itulah yang membentuk keperibadian UD dan itu jugalah yang UD dambakan dalam kehidupan ini untuk diri sendiri dan warga mukim yang UD wakili.

UD tak mengenali KD dan WZWH secara peribadi, dan sudah tentu tiada permusuhan peribadi. Permusuhan juga bukanlah apa yang UD cari namun UD bukan jenis yang penakut untuk mengelakkan diri jika terpaksa berdepan. Apabila UD menegur pemimpin ianya adalah untuk kebaikan ramai. UD selalunya mulakan dengan sindiran namun jika bahasa itu tidak mampu difahami dan tidak terlihat ada usaha untuk memperbetulkan, maka UD akan mengubah kepada bahasa lain dengan harapan orang tertentu akan lebih terasa dan peka. UD akan bersuara dan terus bersuara kerana suara UD adalah suara rakyat majoriti.

UD beberapa kali berhenti seketika, bukanlah kerana apa melainkan untuk memberi ruang kepada yang berkenaan melakukan perubahan, untuk perbaiki kesilapan masing-masing.

Sebuah mesjid telah dipohon untuk kampong UD dengan bajetnya dibuat oleh 'orang itu'. Ternyata bajetnya terlalu besar untuk saiz mesjid yang sedemikian kecil. Maka terpaksalah satu 'proposal' lain dibuat untuk merealisasikan harapan rakyat dengan bajet yang lebih masuk akal. Tidak ramai yang tahu mengenai hal ini dan biarlah ianya terus begini. Soalnya keuntungan besar dari pembinaan itu untuk siapa? Jika UD mahu, tentu kisah ini mampu diungkit.

Selepas ini, mungkin tidak salah jika UD akan pertahankan ADUN yang sering jadi mangsa serangan WZWH dan KD, bukan kerana apa, hanya kerana ianya harus dibela - wallahualam!


WZWH urag dorh tahu, KD tu tarok berwajoh ada urag kateq itu wan keliruq tapiq akuq mimang tarok tauq. Akuq tegah sibuk ni sebab Bill Clinton tengah menalipon hakuq Heheheh! Kerayanth!


6 comments:

KD said...

ADUN Tahan skrg adalah pemimpin terbaik abad ini. Semua mesti sokong dia teruskan membela rakyat dan negara. Dia disayangi Tuanku, dihormati PM dan disegani MB, apa lagi kita nak?

Kutukandewata said...

anon di atas,kalau saya nak komen saya guna akaun google saya.tak perlulah nak menyamar.

uRag dRrulug said...

Oh! itu bkn KD ke? Sebab itulah kita kena gunakan nama khusus utk berikan komen supaya mudah utk dirujuk.

Anonymous said...

Tuan UD hakurk pong tengoh sibok jugerk nirk, tengoh mengulor di lubok Lompat nork cari ikant lawang. Tapik bilerk hakurk dengor ong bekick dengan bila Kelentong hakurk nork jugerk mintork prujek buat asam rong... Tq.

Pang5 Banir sedarah dengan peminat politik dan pengkaji politik sepanjang zaman...

uRag dRrulug said...

Ini pang5 banir betul ke tipu mcm KD dan Kutukan Dewata tu? hehe...berani buat tk berani tanggung. dia pandai dn cuba nk permainkan kita utk tujuan dpt simpati, hehehe

Anonymous said...

Betui amat oi hakurk torkkan nork menipuk tuan UD mendenyerk bewoyat hork urag dingok depan materk lgirk pon ong nirk cerdik paderk hakurk lagirk sebonyerk hakurk lebih cerdik lagi drik puok demerk turk...

Pang5 Banir tarok tipuk2, manerk buleh tipurk nanti habis banir kenerk tulak dengan bedoza...