Tempat pemprosesan ubatan tradisional
Komen Ri-Kuala Pengor jelas menunjukkan kepekaannya terhadap alam sekitar. Sungai dan punca air yang sudah tercemar dan tidak mungkin dapat dipulihkan semula. Kemusahan species tumbuhan, serangga dan haiwan yang juga akan mengalami kepupusan dan lenyap untuk selama-lamanya. Memang tidak ramai yang peduli pada kemusnahan alam yang sedang berlaku dewasa ini.
Kemusahan lapisan ozon yang mengakibatkan 'global warming' juga tidak difikirkan dengan mendalam dan tidak ada tindakan oleh individu untuk meminimumkan impak. Siapa yang peduli? Kerana kita hanya masih memikirkan' kendiri' kita sendiri dan tidak adanya semangat dan sikap kekitaan kita. Kita menganggap selain dari masalah kita, itu bukanlah 'hal kita'. Kemusnahan alam juga bukan hal kita walaupun impaknya adalah kepada kita dan anak-cucu kita sendiri nanti.
Ri menyebut tentang tumbuhan sebagai sumber perubatan. Malahan hutan juga sering dianggap sebagai sebuah farmasi yang membekalkan ubat-ubatan dunia. Pada zaman dulu, apabila mengidap sesuatu penyakit maka Tok Bomoh, Tok Dukun, Tabib akan merujuk hutan sebagai sumber ubatannya.
Akar 'Tapak Hantu' serta 'Setawar' boleh dijadikan ubat demam dan meredakan demam panas. WZWH patut dapatkan rawatan ini segera kerana 'demam panasnya' semakin tenat. WZWH sudah kembali 'meracau' seperti suatu masa dulu dengan idea-ideanya besarnya seperti pembinaan jembatan gantung ke Gunung Tahan serta Projek Nuklearnya. UD sakit perut bila teringat akan posting mengenai 'Septik Tank' dulu.
Klik untuk bacaan rujukan:
5 comments:
UD,
Lantok wokme le.
ishh! nak kita ambik kira ke pendapat orang macam wzwh dan KD tu? kalau campor drngan one nomborpun belum tentu memberi faedah pendapat2 mrk tu
haha, UD akuk sukek prujek ternakan lebah madu tualang gred A bertaraf antarabangsa tu, memang idea dia tu kelas dunia betul laa, adoi!!
Ada sikit maklumat utk ditambah didalam posting ini. Arwah dato Ghazali Sulaiman telah di paksa oleh Hanafisah & Dato Halim Chap menandatangani 10 keping cek book kosong umno bahagian Jerantut. Cek tersebut telah ditandatangan oleh Dato Zali dlm keadaan terpaksa. Di minta Ajk UMNO Bahgian siasat perkara tersebut. Apa tujuan cek itu ditandatangan? Dikatakan cek tersebut diminta oleh Hanafisah seminggu sebelum Arwah Dato Zali meninggal dunia. Patpatsikulipat cabar Hanafisah bukti akan ada projek umno yg akan dilaksanakan berkenanan sepuluh cek tersebut, atau ia digunakan utk kepentingan peribadi bendahari dan ajk yg kalah itu.
Salam Sir UD,
Ternyata kemusnahan alam sekitar, sungai, pupusnya serangga dan binatang dan berlumpurnya rasa ikan tak kan di risaukan oleh urang2 di hulu mau pun di hilir...Aku rasa ketidak kisah dan amalan lantok gon lah, telah pun menjadi budaya baru pada kite semua...,Budaya berdero/gutong ruyong pun lenyap, budaya melayu asli kite doh lenyap, kerana keperitan dan ketamakan mengejor naik haji berkali-kali telah di terapkan...Amalan menaut dan menjala di tukarkan kepada mengaran dan menuba,,Boleh kata semua keistemewaan budaya kite urang di hulu ni doh lenyap, kita tidak lagi bergasing, jauh lah untuk menuai padi,,.Kite hanya mengeluarkan gaharu tapi tidak minyak wanginya..Kite hanya berotan tapi membeli perabot yg di buat daripadanya..Kite tebang hutan utk tanam kelapa sawit utk meningkatkan kolestralnya...Kite urang di hulu mahu di hilirkan dengan gaya hidup seperti pinggir Sg Klang di kolumpo...20 lebih tahun yg lalu, apabila kerajaan mahu membuat empangan di Sg Tembeling tetapi telah di bantah oleh semua tok 4 di alur Tembeling..Tetapi sebaliknya tok 4 zaman sekarang...Tiada membantah malahan mengejar kontrak2 yg membinasakan kampung2 dan hutan di mana banyak jasanya pada penduduk Hulu Tembeling keseluruhannya...Mungkin apa yg aku katakan merupakan tuduhan, tetapi kalo di kira, siapakan yg mempunyai kuasa di kampung tradisional ini? Siapakan yg membawa suara kampung ke YB dan sesiapa yg berkenaan? Adakah YB kite sudah pekak dan buta? Atau kite yg pekak dan buta?
Post a Comment