'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Monday, December 13, 2010

KELIRU, EKONOMI LEMBAB DAN 'ONE NUMBER'



Satu ketika dulu masa seseorang tu baru berblog, saya CnP posting dari blog Husin Lempoyang. Orang tu marah sangat kerana dia ingat dialah yang terbaik dan orang lain semua tak baik. Dalam dunia blog dia bukanlah siapa-siapa tapi nak cuba tunjuk pandai, akhirnya dia rebah dan tersungkur. Sekarang dia dah sedar diri dan akui bahawa dia hanyalah seorang blogger picisan, Jadi kali ini saya nak siarkan sekali lagi CnP dari blog Husin Lempoyang.


Blog Husin Lempoyang ini adalah blog satira. Membacanya mestilah kreatif. Kalau kurang bijak kita hanya dapat menangkap makna yang tersurat, namun jika kita lebih pintar maka dapatlah kita melihat apa yang tersirat didalamnya. Ini bukan blog bodoh dan bukan untuk orang-orang bodoh, terutama bukan untuk orang yang bodoh sombong. 

Kahkahkah! Hanya Jauhari yang mengenal Maknikam! Di Jerantut, hanya    Johari yang mengenal Maniam. 'Daballiu Keliru'  pun mungkin kenal juga Maniam kerana dia sangat kenal dengan Johari spekulator nombor aka 'One Number' 


Menghadapi iklim perniagaan yang lembab




Tiga orang kawan - Rahim, Husni dan Atan - bertemu untuk minum teh tarik. Lama dah tak jumpa. Banyaklah ingin dibualkan.


Duduk saja, Rahim mula menceritakan masaalah perniagaannya. 


"Aku teruklah tahun ni. Berniaga tahun ni tak menjadi langsung," rungut Rahim. 



"Nak dapat kontrak susah. Dapat payment susah. Akhir-akhir ni, nak dapat kontrak pun susah. Gaji pekerja jalan."



"Itulah kamu. Dah baik-baik ada kerja Vice President, kau pegi ambil VSS," Husni mencelah.



"Yalah mana aku tahu ekonomi macam ini," terang si Rahim. 



Atan menghentikan perbualan sebelum jadi panas untuk panggil pelayan untuk order air dan makanan. Dia peka orangnya. Tak suka kawan gaduh-gaduh sesama sendiri. Padahal tak ada benda. Selalunya dia suka melawak untuk memecahkan ketegangan. 



Pelayan sampai dan masing-masing air dan makanan. 



"Cari makan ni tak boleh salah-salahkan orang," Atan masuk cerita.



"Semua kena usaha dan cari jalan. agak-agak tak menjadi, tukar plan."



"Kau macam mana Atan tahun ni?" tanya Rahim.



"Aku okayyyy.... In fact, this year turn out to be very well for me." Atan jawab.



"Biar betul kau ni. Setahu semua tender kau masuk awal tahun tak berjaya. Kontrak gamen yang kau ada hari tu pun payment susah," Husni mencelah. 



Dia tahu Atan ni salesman dan optimis selain seorang suka jenaka. 



"Aku dah jumpa jawapan pada semua masaalah ni. Kita kena guna probability dalam berniaga."



"Macam mana tu, Atan?" Rahim bertanya. 



Macam biasa dia kaki panik. Tak sabar-sabar.



"Aku kira-kira jadi kontraktor kan. Nak dapat kontrak kira zero probability.



"Rugi aku bikin kontrak. Jadi aku melabur dalam business yang lebih tinggi probability. Tahun ni aku dah untung kat RM200,000."



"Mana bizness? Cakap aku, cakap aku," Rahim naik tak sabar.



"Yalah terangkanlah," Husni ingin tahu. Dia agak skeptik. Pasal setahu dia dah tak ada sektor bizness yang ada daya maju sekarang. 



Atan terangkan, "Aku tahu probability kontrak dah zero. Habis modal saja prepare untuk masuk tender. Bizness lain dah tak ada prospek juga. Zero juga probability.



"Jadi walaupun bizness yang aku masuk ni probability dia rendah sangat. Masih lebih tinggi dari zero. Itu yang aku masuk." 



"Cakaplah. Buat aku suspens saja," Rahim menggesa.



"Aku masuk 4 nombor ekor," Atan jelaskan. 



Ketawa kedua-dua mereka. 



"Ketawa-ketawa kau orang. Aku dah dua kali dapat 1st prize. Setakat consolation, selalu. Lagi untung dari berniaga."


7 comments:

Anonymous said...

Cu-Cu Atok.
Assalamualaikum.... UD dan semua.

Lama dorh akuuq tork tulih komen dalm blog ong ni.Akuq hanya baca aje apa yng ong tulih.... bukan apa!!! saja aja nork tengok kot-kot ada urang lain hork yang nork beri kumen. Ari tu... akuq baca juge kumen hork dalam muka buku (face book) hork yang ong letokkan dlam posting ong tu... muka-muka tu kebanyakannya akuq kenai belaka..... sedara mara kita yang berasal dari ullug.

Hari esok(15/12/10)pukul 11 pagi satu Majlis Ramah Mesra Penghulu dan JKKK Alur Tembeling bersama Pegawai Daerah akan diadakan di Kampung Labu. Ong tork dipelawa ke UD? Moleknya kalau ong pegi.Tork jemput pun tork apa.Bukan nork gi makan. Dapat juga sikit sebanyok maklumat tentang pembangunan di Alor Tembeling ni.Manalah tau kot-kot ada projek baru.Agok-agok ni la masanya Tok 4-Tok 4 nork melobi agar disambungkan perkhidmatan yang akan ditamatkan 31/12/2010 ni.Cerita terbaru hork urang kampung dengor,Tok Penghulu Zul tu akan ditukorkan.. ke Tioman katanya. Ntah ya ntah idok tork tau la....

Anonymous said...

Salam tuan UD & MUT...,

3. KELIRU, EKONOMI LEMBAB DAN 'ONE NUMBER'
2. NAMEWEE - KAUM LAIN BOLEH HINA KITA BILA-BILA MEREKA SUKA?
1. ORANG PAS PUN GILA DUIT DAN BU*** JUGA

Suri..., bukan nork mintork maaf, seboknyerk akurk lagiq tuerk pade ong. Aku woyat suri turk, jangan lagiq woyat pasai demam. Ong kata keakurk demam, dorh kena demam duerk tigek ari turk. Nyerk naik kelenjor dicelorh banir. Tekih2 amat dorh, doketor, suroh akurk masuk wad, sebob ada jangketan kumant... Sebob iturk akurk tadork pegi beburork rumoh sapeq2, apek lagiqlorh nork cari banir... Akurk telior amat jugek dengan tigek tupik ong tulih kat atas turk. Hok demerk buat turk semuak urang minat...!!!

Membangkang bukan bererti seorang pembangkang, namun ada juga naluri sedemikian pembangkang tidak ada membangkang. Membangkang adalah untuk mencari kebenaran erti kata lain “bercanggah atau berselisih pendapat”, inilah pemimpin yang mahukan ramai jadi kaktua supaya mereka mudah dicucuk hidung...!!!

Yang aji terhemPAS tu dah pelePAS kat dalam ke, tuhlah yang dikatakan pemimpin polek2taik pakai jubah serban ketayap tapi bodoh macam nak mampos macam kaldai. Kalau dah konket tu tutuplah lubang “budu” tu... abis ularmak wolly triumphah yang selalu cover perilaku tak bermoral seperti itu.

Menyentuh si botak tuh, dah berapa kali bagi amaran kepada si kafir laknat tu. Si kafir tu nak test masrket ke?... Lihat betapa hinanya Melayu dibegitu rupakan oleh kafir. Sudahlah Islam dipemain2kan oleh ostat2 wolly triumphah sepatutnya Melayu serahkanlah semua yang ada kepada kafir senang cerita... Selama ini pun Melayu tak tolong Melayu sebaliknya himpit Melayu pun lagi ada...

Mengenai ekonomi, berita Koperasi Felcra Berhad mengdakan mesyuarat agung pada 13 Dis 10 di Dewan Majlis Daerah Jerantut, hadir lk 800 orang dari jumlah 1000 lebih ahli dan diberikan RM50/= untuk duit minyak kereta. Bukan nak cerita pasal koperasi Felcra tu. Di luar dewan sebilangan dari JKKK yang dipilih memang tak puas hati, kerana suara mereka ni tak laku. Bab tanah mereka suarakan, tak ada respon langsung. Keputusan telah dibuat oleh orang atas katanya. Sebelum pru ke 12, tok wakil DUN Tahan berjanji nak berikan lot2 tanah seluas di antara 3 – 5 ekar sekeluarga untuk masa hadapan, tapi sampai ke hari ni, cuma tanah dua tiga ponkes aje yang dapat. Sebelum bergelar tok wakil pernah dia kata dia dah makan hasil dari 80 ekar ladang kelapa sawit, 100 ekar lebih dari hasil tanaman getah, dan tanah 3 – 5 ekar tu tak memberi makna kepada orang kampung. Inilah yang mereka marah2 tu. Banyaklah lagi cerita2 termasuk permohonan tanah yang dipohon ditolak kerana alasan pembangunan kata mereka. Apa yang menghairankan tanah disebalik tanah pinggir kawasan Kuala Tahan tu rupa2nya dah ada syarikt ditubuhkan untuk memajukan kawasan tersebut...!!!

Pang5 Banir, eh eh hapek dorh jadi Ud, akurk mintork ong siasat, kalar dapat masukkan mereka turk dalam guni tanjul leher campak ajerk biar mereneh dalam sungai Temeling turk...

uRag dRrulug said...

Salam,
Aku neg letih amat lagiq oihh! Baru balik dariq bejalan. Tapi aku endok jugeq membaca kumen2 de belog neh. Tok Pengulu Zol nok pindoh? Mulek larh tuh! Sihat ker dieq? Dengor kateq nye batuk amat? Abih dorh betakor-takor ubat batuk nye minum tork baik jugeq batuk tu, batuk keturunan gamoknya, yok? Bulih membawok mati neh!

chenerong ular said...

Salam UD, Salam semua hok kumen deratas turk, jika yer tok penghulu zul nok di tukarkan ke pulau tioman turk mulek amat lah, kalu tidak antar ke pulau jerjak jer dia turk, duduk di tioman tanah tok ada dah nok mintak kedia dengan saudara mara dia, selamat sikit, manaq nok baik batuk dia turk, kuat amat minum ice batu?.

Hakuk baca saudara banir ada sebut mesyuarat felcra, tok bising ke di luar dewan orang mereting, dari 22 peserta hanya 2 urrang jer hok dapatnya.tuk semua angkara tok penghulu ,tuk 4, dan tok wakil baru, dalih lah keputusan tok wakil dulu tok buleh di ubah, mensabah ke?. semua senarai nama sapaq yang dapat kena beri dulu ke tok wakil tengok baru lah di sahkan oleh dia, pedaoah belaka, kita ne kena tipu senalarlah.

uRag dRrulug said...

Aokkkk! nork buat gemana, yok? Urag budo kene tipi senalor larh!!

Ri~Kuala Pengor said...

Salam Sir Urag Drullug dan semua,,
Puas juge aku nok memahami pusting ong kali ini,,maklum ong pun ade kabo "hanya orang bijak yg buleh memahaminya"..aku ni mungkin tergulong dalam gulongan yg kurang bijak itu..atau mungkin cuma "Ri" yg tidak mengenal maniam'.
Pemahaman aku pada pusting ong kali ini ialah betapa pandai urang sekarang dalam matematik/ilmu hisab..,,ada yg berkira nak kuntrek berbillion, ada hok yg buleh mengira 4 numboi dgn 6 numboi aje, ade pulok yg pandai mengira untung aje tak de rugi, ade yg untung saje tanpe mudal,,dan ade juga yg terima numboi bawoh meja, dan ada juga undi satu buleh untung beribu...hisshhh kayan ye..raban jugela banyoknya akaun demenya..cukai dikenakan ke rakyat untung jadi gaji demenya...harga barang naik, untung ke deme..prujek pembangunan untung ke deme...kayu kayan habih untung ke deme, air tadok untung ke demenya...Demenya kira berapa urag di hulu ni?..demenya kira berapa lama dunia ni nok bertahan?..deme kira berapa liter air rakyat malaysia guna sehari?....hisshhh matematik aku tadok tulok, campur bahagi..seboknya aku tahu doh jawapannya -,x,+ dan bahagi=kruni..tu belum aku buat pecahan lagi..nak tengok pecahan gun tgk FELCRA...nok tgk peratus gun tinguk rakyat miskin..yg deme tunjuk sekarang ni billion aje..

uRag dRrulug said...

aihhh! jgn merendoh diriq amat oihh! aku napok dari kumen ong tu ong ni bijok amat. ong napok bukan hanya yg tersurat dan tersirat....ong napok juga hark yg tersurok dan hark yg tersilok...hikhikhik! bayoi!...Tu larh, kita neh de tipu hajeq de urag pulitik. Rancangan Felda diberi layanan istimiwa sebok ramai pengundi, kiteq de kapong tradisi neh de bio hajeq oih!! AKu kala ade duet oih! Aku betanding jugeq jadiq calon PRU natiq, kiteq tingok...!