'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Saturday, December 4, 2010

BUKIT BATU KEBAN, TINGGALAN SEJARAH YANG HILANG

Gambar hiasan: 
Beginilah gamaknya tinggalan sejarah di Bukit Batu Keban jika masih ujud, 
dan tentulah akan jadi kunjungan para pelancong serta menjana ekonomi penduduk.


Dari Kg. Mat Daling berjalan kaki melalui Sungai Tembung dan mengambil masa hampir  1 1/2  jam, atau boleh juga dengan menaiki bot ke Kg. Ewa dengan perjalanan yang lebih singkat, kita akan tiba ke Bukit Batu Keban.

Tidak ramai yang tahu dan pernah melihat apa yang ada di Bukit Batu Keban ini. Tetapi sewaktu saya kecil, kami dapat melihat seakan ada struktur binaan dipuncak bukit berkenaan. Ada laluan mendaki bukit dengan disusun batu-batu berlapis-lapis dijadikan tangga manakala dipuncak bukit ada tinggalan batu-batu seakan sisa runtuhan bangunan.

Sejarah tidak mencatat dengan jelas bahawa kemungkinan adanya kerajaan tua di sana, namun kemungkinan itu tetap ada kerana seperti kita sedia maklum bahawa sejarah Pahang masih banyak dan masih banyak juga yang belum dapat didokumentasikan dengan baik. Sungai Tembeling adalah 'lebihraya' utama waktu dulu sebagai penghubung dari Terengganu, Kelantan dan bahkan Siam ke pantai barat Semenanjung.

Menghiulir di Sungai Pahang dan kemudian memudiki Sungai Bera, merentasi 'Penarikan' akan membawa kita ke hulu Sungai Muar bagi laluan ke Melaka. Inin juga laluan perdagangan yang sudah tercatat dalam Sejarah Melayu. Untuk ke Kelantan, kita boleh menhulu Sungai Sat dan kemudian menghilir Sungai Lebir sebelum seterusnya ke Sungai Aring, Nenggri di Ulu Kelantan. Terdapat perkuburan lama di Kuala Koh yang mana terdiri dari pengikut-pengikut Dato' Bahaman sewaktu melarikan diri dari penjajah British dulu.

Masih banyak lagi tinggalan sejarah yang tersimpan, namun akibat kerakusan serta kurangnya kesedaran bagi melindungi sejarah maka segalanya sudah beransur hilang dan musnah. Bukit Batu Keban sudah kering kontang dan gondol akibat pembalakan, maka terkuburlah segala misteri dan sejarah lama disitu.....

Ape lagiq hark yang tinggal untok anok-cucu kiteq natik, yok? Semuanye dorh habis bahan de dimeq. Sian ke Abu Sahran, nork bawok pelacong pun dorh tarok be-urag hark nork pegiq ke Jerap Perau. Ishhh! Payoh amat, yok?

8 comments:

Anonymous said...

Salam tuan UD & MUT...,

BUKIT BATU KEBAN, TINGGALAN SEJARAH YANG HILANG

Tuan UD ong aderk dengar apa yang akurk dengar. Ong tork dengar apa yang akurk dengar ke ong tork dengar apa yang akurk tork dengar ataupun ong dengar apa yang akurk tork dengar.

Sari duerk niq aderk sesetengah kampong JKKKnya bemosorat, aderk hork kata mengenai pembangunan terutama hork nork buat jalan ke Ulu Temeling, ke kawasan akurklorh, mendenyerk akurk niq urag derulug. Nork sangatlah ke jalan raya turk, kalar jalan udara lagi lorh muleknyerk. Bulih juga tingok kapaiterbang kalar tork naik macamg “kereta kabel” turk.

Tapi apa yang menghalang, konon2nya, nak tebang kayu balak yang berada dilaluan cadangan jalan raya tu tak boleh ditebang sebarangan pulak, kena mendapat kelulusan exco ke expo ke tak tahulah, apake jadahnya. Sejarah tanahlah katanya, macam sejarah Bukit Batu Keban yang tuan Ud tulis tu lah...

Pang5 Banir, kalau nak buat pembangunan buatlah betul2, kalau itulah putar alam, elok dinamakan “ senjahharam”

uRag dRrulug said...

Salam Banir,
Tarok lagiq aku dengor ceriteq hark yang ong wayat tu, mulek larh ong bewayat ke aku neh, bior aku antor urag-urag aku pegiq menyiasat kot ong buat pedo'oh ke akuq pulok. Hehe! beriteq kena larh sahih, yok? Aku akan PASTIKAN!, eh! ishh! pastikan? macam ayat wzwh je? hehe

Anonymous said...

Salam.Memaang dulu ada didalam sejarah sebuah kerajaan yang besar berada didalam kawasan ulu tembeling yang dikenali sebagai Tambralinga oleh orang orang siam.Mungkinkag kawasan tersebut di bukit batu keban?

uRag dRrulug said...

mmmmmm, ......????? ada kemungkinan....dan kemungkinan itu tetap ada...siapa yang dapat PASTIKAN? Sebab kegagalan nenek-moyang kita mendokumentasikan dalam bentuk tulisan. Kerana nenek-moyang kita dulu buta IT dan buta hati, mcm pemimpin2 kita masa ni.

Anonymous said...

Salam encik UD.

Kala encik UD tork beceriteq, kamik ni tork ingat doh. mulek amat larh encik UD wayat tu, bulih kamik ingat. Bkt Batu Keban tu kamik biaseq amat larh, lawo amat tmpat tu oih!. kemarin ada larh kamik berutan, bedamor de sinun. urang kateq banyok amat kambing gurun, tapinyeq kamik napok taik haje. ari ni pek ke hamendeq doh de sinun, nye tulok de masek beduzor urang balok. abih larh tmpat kamik cari mkn.

Dari: URANG SG KUCING

Anonymous said...

Salam tuan UD & MUT...,

BUKIT BATU KEBAN, TINGGALAN SEJARAH YANG HILANG

Pemimping arig niq bukan nork kaji sejarah purba begiturk, sebobnyerak demeq turk tunggu urag pakar sejarah atau pung pelajar2 unibersiti buat kajian. Demeq turk nork kaji bapek banyork lagirq pukok balak nork kena tebang pulork...

Pang5 Banir, cadangkan buat filem dokumentari pertarungan menempoh arus 30 jeram Sungai Tembeling.

uRag dRrulug said...

hahaha! mulek!...mulek!! Dimeq tau sejaroh...dimeq tau tepat ituq...mimang dimeq urag drrulug...serupa akuq, hehe!

ideakita said...

ADA LAGI KERR? KALAU ADA JOM KITA BUAT SIKIT KAJIAN.....AMBIL GAMBAR KITA ANTAR KE AKHBAR...CAM MANA?