'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Friday, December 24, 2010

MIKRO HIDRO LETRIK ATASI JANJI 'PEMUNGKOR'





Pilihanraya semakin hampir. Semua orang sudah tahu. Rakyat akan memilih kerajaan baru. Rakyat akan memilih parti yang akan memerintah negara. Politik sudah banyak berubah. Cara rakyat memilih juga berubah. Rakyat sudah semakin bijak memilih. Dasar langit terbuka membolehkan bermacam maklumat diperolehi dengan kadar segera. Tiada apa yang boleh dilindungi lagi.

Rakyat parti, tetapi ketokohan pemimpin juga mereka pertimbangkan kerana inilah orang yang yang akan berurusan dengan mereka secara langsung. Justru, dalam PRU kali ini kerajaan yang diwakili oleh parti-parti komponennya harus memilih wakil yang benar-benar dapat menyakinkan rakyat, dan disukai rakyat.

Wakil-wakil rakyat mestilah seorang yang boleh dipercayai. Bila berjanji mestilah menunaikannya. Janganlah berjanji unta untuk korban tetapi unta bertukar menjadi lembu. Tentu rakyat akan kecewa. Oleh itu pemimpin janganlah terlalu banyak berjanji dan janjikanlah sesuatu yang mampu ditunaikan.

Blog Parlimen81, kononnya hendak membina turbine bagi janakuasanya sendiri dengan menggantungkan turbine tersebut di Jambatan di Jerantut Feri. Itu idea hebat yang penuh sindiran. Tentulah ADUN Tahan dan WZWH yang dijadikan sasaran.

Idea itu mungkin kerana sudah kurang percaya pada cadangan dan idea yang WZWH berikan diblognya. Idea itu besar-besar belaka. Mencadang memang mudah tetapi melaksanakannya tidaklah seperti itu. Bajet bukanlah diluluskan oleh WZWH seperti yang dinyatakan didalam blognya. Bukan juga seerti janji seorang YB yang nak bina jalan dengan duitnya sendiri semasa kempen jalanraya dulu, yang akhirnya menyaksikan jalan dibina oleh syarikatnya dan syarikat kroninya dengan mengorbankan balak dipersekitaran.

Pada sesiapa yang rumahnya belum ada letrik, janganlah terlalu berharap pada hidro letrik dari empangan yang dikatakan itu, tetapi berusahalah sendiri dengan menjadi lebih cerdik dari pemberia cadangan itu. Binalah hidro letrik sendiri yang mudah dan murah, yang memang boleh dilakukan sendiri. 'uRag dRrulug' telah membuat kajian dan mendapati ianya dapat dilakukan dengan kos yang kecil.

Kah Kah Kah! Tarok be-pemipin macam dimeq nye bulih jugeq kita maju. Itu pasai, pemipin mestiq ceredek, bukan nye budo dan pemungkor!

5 comments:

Anonymous said...

ha hoi Urrag Drrulug,
MB Pahang pakai idea WZWH -mini hidro, ramai EXCO Pahang pun berminat kenapa ong tak hargai idea orang Ulu Tembeling sendiri. His..pelik aku ke gon ni!

uRag dRrulug said...

Anon,
maaf kalau saya kata awak tu 'bodoh' kerana komen luar topik. Siapa kata saya tak setuju idea brilliant wzwh? Tajuk posting saya adalah mikro hidro letrik atasi janji pemungkor, maksudnya jika janji pemungkor tidak ditepati, binalah mikro hidro projek ini sebagai alternatif. Saya tak ada langsung kata ideanya tidak baik.

chenerong ular said...

Salam UD, tok pelik pun, banyak lagi hok hemenda pelik hok tak betoi demaq buat yang hendak di ikut oleh exco pahang tu, amenda demaq tu kan serupa jer perangainya?, ong jangan susah hati dema kata ong pelik york?. ha ha ha..................

Bahtera Merdeka said...

Salam Bro,
Mohon link ke blog tuan.
Saya yakinblog ini boleh dikembangkan.
Teruskan perjuangan.
TQ

uRag dRrulug said...

Salam CU,
Ishh! apa aku nrok susoh ati, mende aku dorh tau sangat takat mana utok dimeq tu dalam belog beginiq. Hark kumen anon tu macam WZ ajeq bungeq nye, mende urag nye kenai, yok?
BM - sudah dilinkkan, terima kasih! Tapi awk kenai saya dn saya kenai awak, hehe!