Orang-orang kampong, makanlah 'tulang'
Kroni akan dapat 'isi'nya yang berjuta-juta
Ada seorang kawan, katanya semalam dia juga bermimpi. Mimpi kering bukannya mimpi basah. Dia dah lama melepasi zaman mimpi basah! Mimpinya adalah tentang pembangunan. Baca kisah mimpinya (DI SINI) .
Saya cuma mengimpikan pembangunan yang benar-benar dapat memajukan kampong dan kawasan pedalaman kita. Saya juga mengimpikan nasib baik dan pembangunan insan semua penduduk kampong kita. Saya juga mengimpikan peningkatan ekonomi bagi semua penduduk kampong kita. Rakyat harus mendapatkan hak mereka.
Felcra adalah untuk rakyat berpendapatan rendah dikawasan berkenaan (bukan untuk Cikgu dan penjawat awam dari luar walaupun merka kroni seseorang). Siapa saja yang telah menyalahgunakan sebarang kuasa yang mereka ada dan telah mengkhianati rakyat di kampong kami, saya tidak akan maafkan segala dosanya. Semoga Allah akan membalasnya dengan balasan yang azab di dunia ini dan di akhirat juga.
Berdosa kepada Allah dapat dimohon ampun, tetapi bersalah dan berdosa kepada orang kampong, celaka juga akan menunggu mereka kelak. Walau berapa kali tunaikan haji dan umrah tentu tidak akan dapat menghapuskan dosa-dosa mereka itu.
3 comments:
oi, cuba kita cuba bermimpi bertuan keorang lain atau lambang lain pulak, guana gamaknya york ?, silap silap baik silap silap tengelam terus kita, tapi belu cuba belum tau UD . DEMAQ TOK TERFIKIR DOH KE AZAB KEMUDIAN HARI?.
Nok letak di gulungan mana agaknaya dimaq tu yok kalau ong baca hok aku tulis siapa kitaq tu?
Salam tuan UD & MUT...,
MIMPI, REALITI DAN CELAKA
Ini akurk tadork mimpi2 lagik dorh. Ini berlakuruk didepan mata. Akurk nork berkisoh pasai kita setiap harirk Jumaat pergik bersembahyang Jumaat. Akurk tork taurklorh kalar ong Ud tork pergi sembahyang Jumaat turk...!!!
Setiap kali imam sebelum mengimamkan fardu Jumaat, meyeru supaya makmun penuhkan betulkan saf. Tapi yang hairannya, ramai yang tidak ikut saranan tersebut, walaupun saf didepan masih kosong. Tapi yang agak hairannya juga, ada sebilangan yang bawa anak, cucu, ke adik ke memenuhi saf depan. Maklum sajalah budak2 yang tak “bersunat” ni, macam2 perangai terlompat2, terkinja2, menanggis pun ada. Kedua2 perkara ini menyebabkan pahala saf tak dapat, pahala berjamaah berkurangan.
Berkisar mengenai mimpi diatas, beginilah jika pemimpin sudah tidak pedulikan keluhan, rakyat akan bermimpi yang bukan2, dan dibimbingi mimpi tersebut menjadi kenyataan, bilamana rakyat sudah tidak lagi mempedulikan “saf”.
Pang5 Banir, sentiasa mengikuti saf… Bab mintork Allah balas didunia dan akhirat tu akurk tork beri nork woyat...
Salam Sir Urag Drullug,
Maju sunnguh jalan yg di tunjukkan dalam gambo diatas..tentu penduduk di persekitarannya bangga dgn kemajuannya..kedai2 dan warung tumbuh macam cendawan...harap2nya kedai2 ni tak menjadi maler macam cendawan juga..tu aje yg aku nak kumen,,satu hari nanti kite akan jumpa pengemis/homeless di jalan tersebut...jauhnya beza org kaya dan urang miskin..itu pun tak pe, demi kemajuan
Post a Comment