'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Thursday, December 30, 2010

BANJIR - KEPADA KERAJAAN RAKYAT HARAPKAN BANTUAN

Gambar hiasan: Banjir disebuah kampong di pedalaman


Sejak kelmarin hujan turun berterusan, hanya berhenti seketika-seketika sahaja. Langit masih gelap. Memang kita sedang dalam musim tengkujuh. Menurut ramalan cuaca, fenomena hujan berlebihan akan berlaku dan kemungkinan besar kita akan mengalami banjir besar dari biasa dan luar biasa tahun ini.

Kebiasaannya hujan lebat mulai turun sejak november lagi dan menjelang tahun baharu kita sudah bebas dari musim 'pejor', namun kuasa Allah melebihi segalanya.

Apabila berlaku banjir, tentu banyak harta benda dan 'benda-benda' akan menjadi korban dan dikorbankan. Rakyat marhaen yang sentiasa dalam kesusahan akan merasai sengsara yang berlebihan ketika ini. Mereka tidak mampu mencari rezeki seperti biasa, namun Allah yang maha adil memberi mereka juga peluang dan ruang untuk mendapat reseki dari sumber lain juga.

Mungkin menangkap ikan, menggunakan jaring, serta candik akan dapat mendatangkan rezeki. Di Kampong Garok, ada yang mengusahakan 'feri kilat' dengan membina rakit bagi membolehkan orang dan penunggang motosikal menyeberangi banjir yang menghalang perjalanan dari Padang Piol ke Jerantut.

Jalan yang tidak sampai 1KM itu sudah sepatutnya dinaiktaraf agar tidak terlibat dengan banjir yang melanda saban tahun, tetapi demikianlah bila penjawat awak dan pemimpin yang hanya memandang benda-benda besar sahaja dan mengabaikan perkara-perkara yang dianggap remeh sebegini. Penasihat tak resminya pun memang tidak nampak apa-apa kerana dia berkacamata tebal - rabun mata dan rabun hati.

Yang berhormat sibuk mengadakan jamuan untuk mengambil hati ketua-ketua kampong yang sudah ada rasa kecewa terhadapnya, tetapi penduduk lain terabai juga. Kenyanglah ketua-ketua kampong namun laparlah rakyat marahen. Ketua kampong mengusap perut masing-masing balik dari jamuan tetapi mereka harus juga menjawab soalan orang-orang kampong tentang projek-projek yang pemimpin janjikan - mana dia dan bila?

Di kampong pelancongan khabarnya anak-anak muda sudah merasa bosan dan benci terhadap ketua kampongnya kerana ketua kampong diam-diam sendawa seorang. Anak-anak muda managih janji tanah yang YB janjikan ketika berkempen pilihanraya dulu - mana dia? Yang mereka dengar adalah YB yang memohon dan mendapat tanah dimerata-rata. Hahaha! Perut pemimpin kehadapan dan rakyat diketepikan!

Harap-harap kerajaan diperingkat daerah sudah bersedia dengan jentera mereka menghadapi banjir berserta bantuan makanan untuk penduduk-penduduk kampong yang kesusahan bukan sahaja kerana ditenggelami banjir namun ketidakupayaan mencari rezeki pada musim-musim begini. Kerajaan mesti membantu semua pihak dengan jujur tanpa mengira fahaman politik masing-masing kerana setiap mereka adalah rakyat yang sah bagi negeri dan negara ini.

Aih! Kerayanth, yok? Nork berutan tork dapat, nork bergaharu pon tork dapat, nork menureh tarok dapat jugeq....babayoi hajeq larh gamok nye, yok? Hehe! Ishhh! Habat amat mulut neh!

7 comments:

Anonymous said...

Salam tuan UD & MUT...,

BANJIR - KEPADA KERAJAAN RAKYAT HARAPKAN BANTUAN

Akurk sukerk amat, ong bewoyat pasai pejor, dapatlorh kumerk nih mencarik ikant yang dorh nampork tinggal nyawerk2 ikant lagirk turk, kenerk jaring kalar maserk ujant turrk bulih memedap hajerk.

Bila tiba musim banjir, suatu yang malang bagi penduduk yang berada di lembah kerana rumah ditengelami air, bahkan ada dihanyuti. Rumah mereka yang terlepas dari banjir pun, turut merasa kersahan kerana tidak dapat melakukan aktiviti harian seperti menoreh getah, bercucuk tanam, memetik sawit dan juga mencari ikan. Semua gulungan ini memerlukan bantuan sewajar dari pihak kerajaan. Bukan hendak mereka2 cerita. Pernah berlaku suatu ketika, banyak simpanan bekalan kepreluan harian disediakan pihak kerajaan dibalai2 raya, seperti beras, gula, ikan sardin, milo, malah bantuan wang ringgit tidak sampai kepada mangsa yang memerlukan. Sudahlah barangan tersebut “berkulat” diarahkan pulang, malahan bantuan kewangan pula tidak sepenuh mereka terima. Inilah pemimpin politik, banjir di sungai kalau boleh pun mereka politikan juga. Namun kuasa Allah menentukan semuanya itu.

Pang5 Banir, pasai 1km jalan hok ong bewoyat turk, pinderk amat turk, mana bulih buat turk, kena carik sekurang2nyerk 10km baruk %%%%nyerk bulih dapat lebih sikit gamorknyerklorh.

Ri~Kuala Pengor said...

Salam Sir Urag Drullug dan semua,,
Bila sebut pasal banjir, aku rasa makin banyok pembangunan yg tak di ingini di lakukan makin besor la banjirnya..bukan itu aje, kerajaan juga akan berbelanje beso untuk membantu dan menyediakan kemudahan untuk mangsa banjir...jadinya kalo tempat kite di hulu ni.,pemimpin kite akan berdepan bukan sahaja menaja penduduk ke Mekah dan Indon, tetapi harus juga berbelanja utk membantu mangsa banjir dan musim kemarau yg akan datang..Pemimpin kite akan berdepan dengan masalah penduduk yg kekurangan bekalan air tulen...tapi tak pe, duit yg pemimpin kite ada boleh membeli apa sahaja yg di kehendaki oleh rakyat! Ada duit ada kuasa...,,yg tukang kluor budget dah tentu WZWH..sebab dia yg paham bab billion2 ni.

uRag dRrulug said...

Salamp,
Ri Pengor - betoi amat kate de ong tu, hanya WZWH sajeq yang paham bab berbillion ringgit neh. Kiteq urag budo bulih kireq hanya sapai sepuloh hajeq, itu pon kalau jariq ada cukup sepuloh, hehe!
AbangKu Banir - aku ti bewayat pasai 1KM hajeq pasai aku napok hark ituq lah yang perlu, aku tarok napok urag laen perlu lebih sebab nork dapat komisen lebih, emmm! budo nye aku, yok? hahaha

Anonymous said...

Komen WZWH: (CnP dari blog WZWH)
Jalan yang tidak sampai 1km itu akan dinaiktaraf agar tidak terlibat dengan banjir yang melanda saban tahun. Pihak JKR dalam proses merekabentuk (design). Anggaran kos projek RM6 juta. Itu dalam perhatian WZWH. Terima kasih blog Urag Drrulug kerana bangkitkan isu ini.

Posted by WZWH at 2:41 PM 0 comments

Anonymous said...

rasanya bantuan banjir dah hantar,
dah habis sebelum banjir?

uRag dRrulug said...

Anon,
Kalau dah habis, hantarlah lagi kerana ini tanggungjawab kerajaan

Ri~Kuala Pengor said...

Salam Sir Urag Drullug dan semua,,
Molek la tu kata WZWH tu kaji dulu sebelum buat kaji dulu..tapinya mustahil la, tempat yg tiap2 tahun di tenggelami banjir dan JKR tak dapat plan utk merekabentuk jalan supaya tak di tenggelami air..6 juta untuk 1 km jalanraya? banyak lagi jalan memungkornya.
Anon, urang kate tu bukan tadok bekalan banjir..tetapi bekalan ke atas mangsa banjir akan bertambah meningkat kosnya macam makin bertambah tingginya kenaikan air banjir di sungai kite....bukan pasal tak de bantuan. Cuba pikir kalo kerajaan buat pembangunan yg menyebabkan air banjir makin tinggi, maka ramai la rumoh urang tenggelam,, dan bertamboh la mangsa banjir dan kemusnahan harta awam..jadinya hidup kite macam gali lubang tutup lubang la...duit kerajaan habis buat pembangunan..lepas tu kena tanggung kos banjir yg makin meningkat...rumoh pemimpin selamat la, sebok atas bukit belaka..lepas kuntrek pun deme sapu..rakyat juga la yg terus menagih simpati..ishhhh!