Gambar hiasan:
Ini gambar yang didapati melalui carian google. Peringatan: Jangan sesekali menulis berok di carian di google kerana nanti tuan-tuan akan hanya menemui KJ. Gambar ini juga bukanlah YB yang khabarnya selalu mudik ke senun menaiki jetski. Gambar ini tak ada kena mengena dengan Yang Berhormat, Yang Berkhidmat serta Yang Keramat. Bahkan tak ada kena mengena juga dengan mana-mana Tok Pekong.
Ada seseorang menghubungi saya dilaman facebook. Saya melayannya sembang-sembang. Saya sangat mengenali dia, seseorang yang lebih muda dari saya, berada didalam DUN Tahan. Sekiranya saya menunjukkan muka sebenar, pasti dia juga mengenali saya. Tetapi perjuangan ini tidak memungkinkan saya berbuat begitu. Saya menulis bukan kerana nama, jika saya sudah berwajah, maka saya sudah bernama dan tentunya saya akan menulis kerana nama....nam saya sendiri.
Dia mencurahkan perasaan kepada saya. Terutama ketidak puashatiannya terhadap pembangunan dan kroni-kroni orang tertentu yang mendapat faedah sebagaimana merebut 'harta rampasan perang'. Dia bercerita juga tentang 'penjilat-penjilat' di kampongnya yang tidak berbuat apa-apa untuk rakyat tetapi hanya mencari untuk diri sendiri. Maka katanya, habislah sanak-saudaranya mendapat saham felcra belaka. Dia bertanya saya apakah pegangan politik saya, saya menjawab tanpa ragu-ragu: UMNO.
Saya faham dia bencikan UMNO kerana orang-orang tertentu dalam UMNO itu, tetapi saya katakan kepadanya;' marahkan nyamuk jangan kelambi di bakar'. 'Marahkan nyamuk, bunuhlah nyamuk itu saja, berserta spesis-spesis yang sewaktu dengannya'. UMNO tidak bersalah, yang bersalah ahli-ahlinya, pemimpin-pemimpinnya.
Dia kata dia nak masuk PKR dan sedang menunggu sesiapa untuk menubuhkannya. Dia minta saya menubuhkan PKR. Saya kata PKR bukanlah wadah perjuangan. PKR tidak akan perjuagkan rakyat. PKR hanya perjuangkan pemimpinnya saja. Untuk mengangkat pemimpin utamanya hingga menjadi PM. Bahkan di Jerantutpun, PKR tidak ada ahli. Segalanya hanya diatas kertas semata-mata. Letakkan nama seseorang dan hantar sebagai ahli sedangkan mereka yang berkenaan langsung tidak menyedarinya. Kerana itulah mesyuarat PKR selama ini hanya diwakili 'kerusi' saja. Hehehe!
Untuk memulihkan semula UMNO yang sedang nazak ini adalah dengan menyertainya, bukan menghindarinya. Kita jadi ahli di cawangan-cawangan, kita pilih ketua yang baik atau kita sendiri menjadi ketuanya, kita pilih pemimpin di peringkat bahagian dari kalangan mereka yang baik-baik juga, dan mereka di peringkat bahagian ini sudah tentu akan memilih pemimpin atasan yang baik-baik juga.
Untuk memulihkan semula UMNO yang sedang nazak ini adalah dengan menyertainya, bukan menghindarinya. Kita jadi ahli di cawangan-cawangan, kita pilih ketua yang baik atau kita sendiri menjadi ketuanya, kita pilih pemimpin di peringkat bahagian dari kalangan mereka yang baik-baik juga, dan mereka di peringkat bahagian ini sudah tentu akan memilih pemimpin atasan yang baik-baik juga.
Untuk memulihkan semula UMNO yang sedang nazak ini adalah dengan menyertainya, bukan menghindarinya. Kita jadi ahli di cawangan-cawangan, kita pilih ketua yang baik atau kita sendiri menjadi ketuanya, kita pilih pemimpin di peringkat bahagian dari kalangan mereka yang baik-baik juga, dan mereka di peringkat bahagian ini sudah tentu akan memilih pemimpin atasan yang baik-baik juga.
Sengaja saya ulangi 3 kali, supaya pemimpin-pemimpin UMNO Cawangan akan lebih mengerti, supaya AJK dan pemimpin UMNO Bahagian akan lebih menyedari dan supaya AMT UMNO dan bahkan PM sendiri akan lebih memahami.
Ingat!
Ingat!
Ingat!
Bahawa tentu saja ada orang yang sanggup membakar kelambunya kerana marahkan nyamuk.
Ame kala urag UMNO masih buat pekok badok jugeq, bior nye lantok larh ape ke nork jadiq pade UMNO neh! Ame kala tork ade UMNO kumeq idup juge larh!
7 comments:
Marahkah nyamuk, bukan kelambu yang perlu dibakar... tapi marah-marah itu reda bila poket disusup dengan kertas merah, biru, unggu atau jingga... lepas tu mula marah lagi, bila pemimpin yang dipilih dengan upah tidak berwibawa.... itulah kelemahan ahli-ahli UMNO...
Salam,
Terima kasih yang gambi, ini antara blogger besar Pahang ni. Malu pulak bila ada orang besar-besar masuk ke laman kita yang picisan ini, hehe
Salam.Marahkan nyamuk kita bakar ajelah UMNO
Salam,
Marahkan nyamuk kita bakar saja UMNO? Habis Pas dan PKR camana? Kebelakangan ni banyak aduan ADUN Pas berzina sana sini. Puak-puak PKR pulak baling kerusi sana baling kerusi sini berebutkan jawatan. Tak kan kita tak bakar sekali? Hehe! Bakar, jgn tak bakar!
Salam Sir Urag Drullug dan semua,
Jangan main hencuih-hencuih api gitu, seboknya bile melepuh tinggalkan parut..bila berparut nye buleh berdaroh kembali..,orang ade kabo jangan main api, nanti terbakor diri..tetapi perjuangan apa saje parti yg berkuasa adalah sepatut berlandaskan lilin yg membakar diri utk menerangi orang lain..,baru betoi RAKYAT DIDAHULUKAN, tak pe pemimpin dayung perahu sampan sayung..asalkan rakyat buleh naik Jet ski(spt gambo di atas)...tak pe pemimpin mudik ke hulu, asalkan rakyat ada kemampuan menghilir..sebabnya, pemimpin harus merasai kepayahan rakyat bukannya hanya memberi simpati,,Aku tak pandai beria nok mengumen bab pulitik...yg aku nampok ianya telah bertukar kepada POLITAIK, dishonest, corruption, kronisme, tikam belakang..ape inikah syarat2 politik?
Ri,
aku rasa itu bukan lagi masalah ahli politik semata-mata, kita nampak mereka sebab mereka sudah jadi 'public figure' sbb duduk diatas. tetapi masalah dishonest, corruption, kronisme, tikam belakang..sudah jadi budaya bangsa Melayu kita. Penjawat awam ada macam ni juga, dikampong2 pun ada yang begini...mereka ada dimana2 cuma kita menyebut orang politik kerana mereka berada diatas dan menjadikan politik dan rakyat sebagai batu loncatan untuk mencapai tujuan peribadi mereka.
....Ri,
mana alamat email, aku nak invite ni...Ri, alamat email mana? Jangan lupa dan dengan segera. Ri, ....alamat email mana? (hehe! mcm filem P.Ramlee lah pulak @ madu 3)
Post a Comment