'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Thursday, December 2, 2010

KITA MESTI BERANI

Suara perjuangan rakyat menuntut hak mereka


Kata WZWH: "DS Najib perlu buat keputusan yang berani istihar Malaysia perlu bina loji nuklear. Ini adalah keputusan kritikal negara yang akan beri kesan kepada kelansungan efisien industri negara masa depan. 

PM DS Najib Tun Razak juga dijangka mengumumkan langkah ke hadapan bagi projek itu bagi memastikan rakyat serta pemegang saham memahami dan yakin dengan cadangan penubuhan loji tersebut."

Sayapun berharap agar DS Najib akan berani dalam menghadapi segala cabaran sebagai PM, jika beliau tidak berani tentu DS Rosmah akan berani melakukannya. 

Bagaimanapun, WZWH juga perlu berani menyatakan dengan jelas apakah tidak berlaku salahlaku dan pilih kasih dalam pemberian saham Felcra di Kampong Merting yang lalu, dimana hanya sebilangan kecil sahaja penduduk tempatan yang berjaya menerimanya dan selebihnya diisi oleh orang lain yang ada antaranya adalah kakitangan kerajaan.

WZWH juga perlu berani isitihar bahawa tidak ada kaum kerabat yang menerima saham felcra suami dan isteri bagi lot berasingan. Dalam satu pertemuan yang berkaitan dengan permohonan tanah berkelompok oleh orang kampong, pegawai tertentu telah menyatakan bahawa sejumlah 50 ekar tanah dari yang dipohon itu akan diberikan kepada pemimpin bagi tujuan diagihkan kepada kakitangan pejabat kerajaan tertentu, bolehkah berita ini dengan berani dinafikan?

Saya tidak akan persoalkan jika saya tidak dapat saham felcra berkenaan asalkan mereka yang bernasib baik mendapat itu adalah mereka yang benar-benar layak. Mereka yang daif, anak asal dari kampong berhampiran tetapi bukannya pegawai kerajaan yang sedah senang lenang. Ini yang rakyat persoalkan. Rakyat melihatnya dan menyuarakannya. Mungkin orang besar-besar diatas tidak mendengar tetapi UD adalah suara perantaraannya. UD sentiasa peka kepada masalah rakyat.

Disinilah perbezaan diantara UD dengan WZWH, UD perjuangkan rakyat tetapi WZWH pertahankan pemimpin tertentu walaupun melakukan salahlaku.

....bukan aku hendok, bukan aku mintok...dunieq tork tau maluq.!!!!


13 comments:

sembang kedai kopi said...

Hah oih.. jawablah WZWH.pemilihan saham felcra kg merting tu telus ke tak? kenapa orang kampung yang daif tak dpt saham sedangkan pegawai kerajaan yang bergaji tetap dapat? Pemimpin UMNO masih tidak berubah.tetap haprak

Seman Lentun said...

Ishhh! ade beraniq keh dieq nork mejawap? Hehehe!

Musa Kumil said...

Guana dia nork menjawab, dia tgh sibuk KPIkan MB dan Ketua Menteri.

Anonymous said...

Salam tuan UD & MUT...,

3. KITA MESTI BERANI
2. uRag dRrulug KEMBALI
1. KECIL HATI - UD PUN NAK BERHENTI

Tork panai akurk nork ucak terima kasih kicek urag drrulug, kalar jaman akurk kecik2 dulurk akurk cakak “auk” “auk” ajeq. Mujor ong nork lagi beburak dengan akurk niq... Bileq pintu rumah ong dorh bukak ajak urag beburak berkicek bewoyat, akurk rasek semacamg sungai Temeling lepas musim pejor. “Saadu” “sayu” amat atik akurk niq, macamg manerk pung akurk “ucap terima kasih”. Lepasnieq jangan dok merajuk lagilorh, kalar adeq urang hork dork ganggu ke ong, biar akurk sunat anutu kepit dengan Banir…!!!

Memang sebagai manusia, dengki khianat tu merupakan lumrah atau pun dianggap “sunnah” oleh sesetengah. Adakalanya menggangap sebagai “wajib” demi mencari laba keatas orang yang telah kecapi terlebih dahulu. Bersengketa, bermasam muka, berkecil hati ada batas2nya. Melainkan mengenai perkara yang menjadi paksa serah harta atau pun nyawa, wajib pertahankan.

Kekadang mereka berkepentingan memberi pandangan membuat pendengar melopong, tapi intipati dan pengertian disebalik hujah disembunyikan. Kalau nak pejelaskan satu persatu, tak terkira, misalnya satu-satu projek mega, rasaksa akan ada yang membuat “konsultan” “konsortium” kononnya untuk mengawal selia, hakikatnya faham2 sajalah.

Pang5 Banir, teruskan UD membela nasib MUT & akurk sukerk tingok urag menangguk....

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam UD, SKK, SL dll semua,
Apa yang WZWH boleh nyatakan "pemilihan saham felcra Kg Merting" adalah keputusan Majlis Mesyuarat Negeri Pahang (MMK) yang diberi cadangan nama oleh Penghulu yang terlibat, Mantan ADUN Tahan,YB Mat Jaafar,YB Dato' Dr Shukri (semasa menjadi EXCO) YANG TERBAIK DALAM SEJARAH PEMILIHAN SAHAM FELCRA NEGERI PAHANG kerana ramai pegawai kerajaan dapat! YB ADUN Tahan sekarang Dato' Wan Amizan tidak ada kuasa mengubahnya kecuali beliau menjadi MB Pahang atau TMB Pahang.

Berkenaan kenyataan Pegawai Kerajaan tentang tanah 50 ekar itu direserved kepada YB dan Pegawai Kerajaan yang lain itu perlu dijelaskan dengan "black n white". Siapa Pegawai Kerajaan itu?, Dimana lokasi beliau bercakap? Jika kita tidak dapat dari sumber yang sahih ada kemungkinan Pegawai Kerajaan itu akan menyaman pihak yang mendakwa. Blog SPU dan UD perlu menjelaskan dengan spesifik.

uRag dRrulug said...

WZWH,
macamana pegawai tu nak saman saya sbb saya bukan tuduh sesiapa? kalau dia saman juga jadilah spt cerita ini: pada satu hari sebuah teksi membawa 4 penumpang, dlm perjalanan seorang darinya terkentut perlahan tetapi kuat baunya lalu dia pura2 tertidur. masing2 dalam teksi curiga dan menuduh sesama sendiri. apabila sampai ke destinasi, pemandu teksi berkata; yang kentut tadi belum bayar lagi, lalu segera seorang lelaki yang pura2 tidur tadi menjawab, saya dah bayar, mula2 sekali tadi....hehehe! Ong terkentut juge ke WZWH? Kahkahkah!

Anonymous said...

Tuan UD, kalau saman, jawabnya habislah terbongkar rahsia dalam peti besi berkarat tu... Itu bukan soalan tapi acah aje...

P5B..

Anonymous said...

Salam Bro UD,

Saya anak jati Kg. Merting dan masih lagi segar di ingatan saya bagaimana tanah FELCRA itu mula dibina pada awal tahun 80an semasa saya masih lagi bersekolah rendah. Malah saya juga pernah bekerja sambilan di tanah FELCRA ini sebagai pembanci gred pokok sawit, meracun dan membaja semasa balik cuti semester.

Tanah felcra ini adalah hasil usaha keras mantan Ahli Parlimen Jerantut yang juga Ketua UMNO Caw. Kg. Merting iaitu Dato' Wan Abu Bakar Wan Mohamad. Inilah antara jasa-jasa Dato' Wan Abu Bakar kepada penduduk Kg. Merting yang boleh dikenang sampai ke hari ini.

Tetapi apa yang mendukacitakan saya selepas lebih 25 tahun tanah FELCRA ini dibina dan dalam proses penanaman semula, ianya menjadi medan politiking yang tak berkesudahan. Objektif utama kerajaan menubuhkan tanah FELCRA adalah untuk membasmi kemiskinan.

Persoalannya, sebagai contoh kenapa Majid yang daif dan mempunyai anak yang ramai tidak mendapat saham FELCRA di kampung sendiri? Ramai lagi penduduk kampung yang layak tetapi kenapa hak mereka dinafikan?

Terlepas pandang ke bro? Apa sudah jadi?...cuba WZWH check berapa ramai kaum-kerabat dan kroni Tok Penghulu Dollah yang dapat saham FELCRA? Semua orang tahu la bro...borang permohonan FELCRA pun bagi pilih-pilih orang. Amanah ke macam tu?

Anonymous said...

bagus tu UD.
kenapa lekas melenting jika diri sendiri tidak terlibat.
bila orang dah timbulkan isu cuba2lah cari benar atau tidak dakwaan itu.
nak minta hitam puteh dari kita la pulak.
terasa pulak pedasnya dia nih...

Anonymous said...

Orang tempat lain pon melambak-lambak tak dapat felcra tapi taklah kantok sangat macam orang tempat deme ni.nak bagi semua orang, tempatnya tak banyak.kira takada rezeki sudah.kalau takat nak perjuangkan orang tak dapat felcra orang buta bolih. toksah nak dabik dadalah. tak jantan lansong.

uRag dRrulug said...

Anon 11:17,
UD tak jantan pun tak mengapa, tetapi bukan juga ayam betina yang hanya memberi buntutnya untuk di liwat oleh orang politik. Tidak besar perjuangan yang UD lakukan tidak mengapa, sekurang-kurangnya UD adalah antara mereka yang berani membetulkan kesalahan walau hanya dengan mulut. Nampaknya awak sorang saja yg tk bersetuju dgn pendapat ramai. Siapa awk ni? orng tk patut dapat tetapi dapat itu kah? atau ong yang membantu mendapatkan org yang tak patut dapat iru kah? Apa-apapun, Allah sudah sediakan Syurga dan Neraka untuk kita semua menghuninya. Perasuah - neraka tempatnya, merampas hak orang lain - neraka juga tempatnya, Wallahualam!

Anonymous said...

Anon 11.17,

Tuan memang tidak berfikir panjang bila memberi komen. Tuan Anon 11.17 tahu atau tidak? Isu-isu seperti inilah yang menyebabkan orang kampung berpatah arang berkerat rotan dengan BN-UMNO dan mula beralih arah kepada pembangkang.

Akibat dari tindakan separuh masak dan kurang matang YB, Tok Penghulu dan Tok Empat memilih kaum kroni yang kurang layak maka yang mungkin mendapat bala adalah BN-UMNO dalam PRU 13 nanti.

Di peringkat nasional, PM Najib ada membangkitkan isu ini semasa Perhimpunan Agong UMNO yang baru berlalu. Maka jelaslah ada perkara yang tidak kena letaknya dengan kaedah pemilihan peserta FELCRA di daerah ini untuk mencapai objektif asal penubuhannya.

Teguran PM Najib sepatutnya diambil perhatian dan tindakan yang sewajarnya untuk membersihkan nama BN-UMNO di mata rakyat.

Inilah akibatnya jika pihak yang diberi tanggung jawab tidak amanah dan mementingkan diri sendiri.

Anonymous said...

Salam tuan UD & MUT...,

KITA MESTI BERANI

Akurk nork berkicek bab tanah sikit...,

Dalam keadaan apa jua manusia memerlukan tanah walaupun mereka tidak ada walaupun sekangkang kera. Tanah tetap diperlukan untuk mekembumikan mereka bagi menutup bau hanyir dan busuk tubuh setelah “wafat”, sementara menanti alam akhirat... Sejarah pengurusan tanah sebelum kedatangan Islam, di mana kerajaan Rom dan Parsi merupakan pemilik tanah disekitar Asia Tengah dan Afrika. Rakyat sebagai pekerja buruh keatas tanah tersebut, tidak diberi hak milik untuk mengusahakan dengan titik peluh sendiri. Oleh itu sedarilah bahawa dalam hak2 kita masih terdapat hak milik orang lain yang mesti ditunaikan, jika tidak dilaksanakan ia telah terhina secara diam2 dalam masyarakat dan bakal menghadapi murka Allah SWT diakhirat kelak. Amat anih, jika masih ada lagi hak2 merekaitu dari pemilikan tanah yang sepatut diadili secara bijaksana oleh pihak berkuasa... Kesimpulan:-

i. Tanah boleh dimiliki oleh individu,
ii. Tanah hendaklah diuruskan mengikut kententuan syarak,
iii. Rugi jika tidak diagih2kan mengikut keadilan,
iv. Titik peluh yang mengusahakan tanah tersebut mendapat keberkatan dan ganjaran...

Disini perlunya sifat amanah tidak sepatutnya seperti berikut:-

i. Bila bercakap dia berdusta,
ii. Bila berjanji dia mungkar,
iii. Bila diberi amanah dia khianat...

Melaksanakan amanah amat berat, ia akan disoal oleh Allah dihari akhirat kelak; contoh:-

i. Melakukan maksiat secara terang2an,
ii. Mempengaruhi orang lain melakukan supaya masuk dalam kumpulannya,
iii. Menyokong melakukan walaupun mereka tidak melakukannya,
iv. Membiarkan berlaku dalam masyarakat dengan mendiamkan diri...

Dan jangan biarkan maksiat terus meresap dalam diri seseorang itu yang membawa kepada berlakunya rasuah:-

i. Berlakunya ketidakadilan, ketiakupayaan dalam pentadbiran,
ii. Berlaku pengabaian tugas dan tanggungjawab,
iii. Menyuburkan sifat2 dengki, pecah amanah dan tamak,

Negara akan kucar kacir pemerintahan dirampas orang lain...

Pang5 Banir, ada mintak juga tapi tak dapat...