'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Thursday, December 2, 2010

uRag dRrulug KEMBALI




Tidak menulis bukan kerana rajuk, pertamanya kerana masalah kesihatan yang tidak mengizinkan untuk menulis selain itu adalah kerana tunggu mana 'Orang Di Hulu' yang ingin menyahut tawaran jadi penulis blog UD. Rupanya tak ada yang mahu. Mungkin bukan kerana takut tetapi banyaknya kerana bersikap tunggu dan lihat. Apabila ada orang berusaha mendapatkan sesuatu contohnya, mereka ini hanya akan melihat dan apabila ada sudah beroleh hasilnya, maka mereka ingin bersama mendapat habuannya. Beginilah dalam perjuangan. Ada yang perjuangakan sesuatu tapi hasilnya mesti dikongsi beramai.

UD dari dulu kini dan selamanya akan tetap perjuangkan untuk rakyat teramai. Isu felcra contohnya, yang kita tidak puashati adalah bukan kerana kita tidak dapat tetapi kenapa orang yang dapat itu adalah orang yang dirasakan tidak layak untuk dapat. Ketidakadilan itu yang kita persoalkan.

Banyak pihak cuba meneka siapakah sebenarnya UD ini. Siapa UD bukan perkara penting, yang mustahak adalah apa yang UD buat dan perjuangkan. Bagaimanapun elok juga diceritakan sedikit sebanyak mengenai blog UD ini.

Blog UD dibina dengan posting pertamanya pada 6.5.2010 oleh seseorang yang meminati blog. Bagaimanapun saya dicadangkan mengambil alih dan menjadi admin blog ini sebulan selepas itu iaitu pada bulan jun sehingga kini. Bermakna blog UD sudah berubah admin dan tidak benar jika ada sesiapa yang menganggap mereka mengenali siapa admin blog UD kerana saya yakin tidak siapa mengenali saya...wira yang tak didendang. Jadi kalau Zainuddin Dahaman nak betemas ke hape ke dia masih tidak akan kenal siapa saya. Dunia internet bukan seperti apa yang dia sangka! Begitu juga sangkaan WZWH bahawa BH, SPU dan UD adalah orang yang sama juga tkdak benar, mungkin dulu saja betul...agaknyalah!

Terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan kepada UD selama ini, UD bukanlah individu tetapi UD adalah kita semua....mereka yang bersemangat untuk melihat kemajuan dapat dicapai didaerah Ulu Tembeling. Bagaimanapun dengan penuh keikhlasan, jika ada sesiapa yang benar-benar ingin menjadi admin blog ini dan berupaya mengendalikannya dengan sebaik mungkin, saya sangup melepaskannya. Jika tidak, saya akan pulangkan semula kepada yang empunya.

Sehingga itu, UD akan terus menulis dengan kritikan dan sindirian dengan satu tujuan membela dan membangunkan daerah pedalaman yang kita sayangi ini.

Salamph kekawan. Aku dorh ade semule dorh oih!!! Rindu amat aku ke dimeq! Gon sunyi ke aku jugeq, yok? Hehe!

1 comment:

Anonymous said...

Saya baru-baru datang di blog Anda dan telah membaca bersama. Saya pikir saya akan meninggalkan komentar pertama saya. Aku nggak tahu apa yang harus kukatakan kecuali bahwa saya telah menikmati membaca. Nice blog.