'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Sunday, November 28, 2010

KECIL HATI - UD PUN NAK BERHENTI






Kadang-kadang, jarang-jarang sekali-sekala UD layari juga laman sembang sosial facebook ini. (Walaupun ada juga, tapi laman F**kbook UD tak pernah lawat, pasai benda tak elok) Dalam sembang-sembang tu adalah perkataan yang menghiris hati kecil UD. UD siarkan dibawah ini:


Zaimiee Mie dh lameg duk bando..banyok le perkataan urag kitek ong lupeg..
Wednesday at 9:38pm · Like
·                                
      Urag Drrulug  tu lah, kekadang mase duk di KL pon aku cube cakap macam kiteq drrulug senun
Wednesday at 9:39pm · Like
·                                 
Urag Drrulug nak malu ke mende? bahase kiteq yok?
Wednesday at 9:39pm · Like
·                                
Zaimiee Mie hahaha..baguih tu oi..jgn lupeg bahaseg ibunde kiteg tu...
nok maluk mendeg..urag lain terok jugek bahaseg dimek...
Wednesday at 9:41pm · Like
·                                
Zainuddin Daman urag drulug tu bukan urag drulu nun...dia ni ntoh urag mane,
Wednesday at 10:33pm · Like
·                                
Zainuddin Daman tapi bagus juga urag drulu ni, buleh meningat kembali cakak2 urg kita drulu, tapi yg paling besnya dia hentam yb kita yg dia angap tak betul...
Wednesday at 10:35pm · Like
·                                
Zaimiee Mie ayah busu..kite kene g jumpe Wan Joh Kt Jerantut nun, suruh die TEMAS sape die sedare kite UD ni....
10 hours ago · Like



Rupanya apa yang UD lakukan selama ini, menaikan martabat Ulu Tembeling, menaikan moral penduduk pedalaman dipersada dunia tidak dihargai. Selama ini orang Ulu Tembeling malu bercakap loghat Ulu Tembeling bukan saja dibandar-bandar bahkan didalam laman sosial juga, namun setelah ujudnya blog UD, ramai yang merasa bangga bercakap loghat ibunda.

UD dianggap bukan orang Ulu Tembeling sebenar, mungkin kerana mereka merasa hanya merekalah yang layak mewakili Ulu Tembeling. Kerana itu UD telah berfikir untuk BERHENTI dari menulis blog ini dan akan menawarkan kepada mereka itu untuk menulisnya. Biar mereka yang merasa bahawa merekalah orang Ulu Tembeling sebenar yang menulisnya pula.

UD pernah pelawa Cenerong Ular untuk menulis di UD tetapi ditolak dengan baik dan berhemah. Sekarang blognya Hulu Tembeling sudah semakin dibacai ramai. Syukur alhamdulillah, satu lagi anak Tembeling telah dikenali di alam maya ini.

UD dimaklumkan bahawa Zainuddin Dahaman ini adalah kelahiran Gusai dan bertugas di Felcra Kg. Merting, Tembeling Tengah. Mungkin dia boleh memikul tanggungjawab ini. Pastinya orang bijak dan terpelajar sepertinya akan mampu melakukan lebih baik dari UD yang sudah semakin keletihan dan kurang upaya. Diharap beliau dapat menulis ke alamat email UD untuk dilakukan urusan penukaran admin blog UD ini. Tanpa prejudis UD percaya anak muda seperti dia boleh lakukan ini.

11 comments:

Helang Buana said...

Sabar lah UD, jangan lah kecewa dengan kerenah pembaca, mereka tu pelangan kita yang selalunya betul, tapi tak semua betul. Teruskan menulis. Tak kan kerana seorang, UD dah nak berhenti? UD telah mewarnai alam maya di Jerantut ini, jangan tinggalkan kami!!! Saya suka celoteh UD yang keritis tu. Amat berkesan untuk perjuangan kita semua.

Anonymous said...

Salam UD,
aku nasihat ke ong belajar dari ketahanan mental WZWH. Budak itu senyum aje sebab satu Jerantut orang bantai dia. Budak itu tahu hak yang mengata ke dia nya budo belaka dari dia. Dia fikir jauh ke depan. Aku pelik juga ke ong UD mudah merajuk. Aku tak respek ke ong kalau lagu ini ketahanan ong. Ong tak ada sifat orang Tembeling jati.

Anonymous said...

mudoh patoh atiq, mimanglah ada urag ngakuk urag drulug duduk debandor tu ngadeq-ngadeq sangat dengan blog diek hok tak pasai tuk yang buak kumin tuk.
jgn ngakuk kaloh

Azizan Yaakob said...

salah hantar tolong jangan publish kah..kah..kah..

chenerong ular said...

Salam saudara ud, hamenda lah ong cakap ne, biarlah dimaq nok kumen apa pun tentang kita, janji niat kita jelas dan tidak menyimpang untuk tujuan lain, melainkan kita hanya ingin memperkenalkan tempat kita di mata urrang luar, biar dimaq tahu walaupun kita duduk di pendalaman yang mempunyai kurang kemudahan asas semenjak dari kita kecil lagi, tapi kita bangga menjadi penduduk huluq tembeling, yang mana kita tidak ada apa kurang daripada mereka yang celik mata jer di lahirkan di bandar, mumpunyai berbagai kemudahan, termasuk sekolah dan bermacam lagi.kita bangga kerana kita rasa kita boleh duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan mereka, SYABAS UD.

Jika demaq rasa maluq nak gunakan bahasa kita derullug biarkan demaq menulis mengunakan bahasa standard.hakuk harap ong tak usahlah beri ke urrang lain mentadbir blog ud ne, amenda demaq rasa nok menulis mengunakan bahasa standard, mintak dimaq buat blog lain dan tulis sendiri.

Hakuk ne pun bukan ada masa amat nok menulis memanjang, ong tau lah kerja aku mencari petai du hutan, sekali masuk hutan berminggu minggu mungkin tok ada, jadi kita berpakatlah jika ada masaq kita buatlah hok termampu di kitaq, pasal kita menulis bukan kerana apa apaa ?. cuma untuk mengingatkan pada urrrang yang mudah lupa,hakuk pun lupa juga oh, ong tulung ingatkan yok ? wasallam

Anonymous said...

Salam UD

Tak semua yang kita suka disukai orang, dan tak semua apa yang orang suka kitapun TERPAKSA suka. Mungkin saya memahami apa yang tersirat di hati kecil UD, saya juga dapat merasakan apa yang tersirat di hati kecil penulis di Facebook tersebut. Saya amat mengenali beliau dan saya yakin, UD juga amat mengenali beliau. Pada pendapat saya, UD sebagai blogger, seharusnya bebas menulis dan memberitahu masyarakat tentang apa yang betul dan apa yang tidak betul, bebas menyuarakan pendapat bagi mewakili suara masyarakat setempat. Jika kebebasan sebegini dianggap MENGHENTAM oleh segelintir orang, maka saya tak faham apa maknanya BLOG?, apa maknanya BLOGGER?. Apakah kebebasan itu hanya untuk menulis atas dasar menyokong membuta tuli?.
Kepada UD, teruskan perjuangan bagi membela masyarakat Ulu Tembeling. Kita minum air dari sungai yang sama, kita naik perahu yang sama. Biarkanlah orang lain dengan agenda yang tak sama..

TERUSKAN PERJUANGAN UD.

Ri~Kuala Pengor said...

Salam Sir Urag Drullug dan semua,
Pada aku, kalo di ikutkan laungan 1 Malaysia, dan di harmonikan menjadi 1 Jerantut(YB yg laungkan)..apa salahnya di laungkan 1 Alur,, alur Tembeling. Tak kira la di hulu ke hilir ke, darat ke laut ke...tapi semuanya asal satu alur..menulis adalah cara yg paling baik utk menegur dan membetulkan kesalahan, serta berbincang..,,setiap orang mempunyai hak..tak ramai yg dpt suarakan dan luahkan apa yg mereka rasa, menulis adalah cara yg terbaik untuk menyatakannya...menulis juga memberi masa untuk berfikir,,,kutuk mengutuk dah jadi biasa..yg salah di kutuk yg betul di puji..itu resam dunia,,,teruskan lah menulis Sir UD...biasalah tu, politik dan talian saudara, adik- beradik jgn di campur aduk kan...cuma aku dan politik, aku tak suka...jadinya tak kira siapa yg jadi YB...aku akan tetap mengutuk setiap kesalahannya.

Anonymous said...

zainuddin daman=>aichu jet

Anonymous said...

Jangan ong budo amat UD, Zainuddin tu urag hak kuat menjilat YB, mimanglah diek tok sokung ke ong. Tok soh peduli ke diaq.

Anonymous said...

Cu-Cu Atok.
Salam UD Dan Semuanya.

Lama dorh akuq tork tulih disini.Bukan apa saja aje.namum begitu bulih katakan tiap ari aku bukak blog ni... Napok gayaqnya ada nada keciwa dalan posting UD ni... Pada akuq pekara tu kecek amat.Tork kan dengan ayat macam tu dorh nork merajuk. Mana gi nya semangat untuk membela nasib urag drrulug? Akuq mitok pada ong UD jangan mudoh mengalah... teruskan perjuangan demi anak bangsa kita.
Tekaan UD tentang siapa Zainuddin Dahaman tu salah. Dia ni dari Kampung Peling.UD pernoh sebut nama glemernya dalam posting yang terdahulu. Ayah Busu....... tidak bekerja di Merting tapi kawin dengan org merting.

Anonymous said...

Salam tuan UD & MUT...,

KECIL HATI - UD PUN NAK BERHENTI

Surilah, akurk cut paste setelah berihat dan bekicek derumah tuan WZWH, tadi...

(Antara Dua Darjat-Sketsa Kehidupan Kampung Pedalaman)

Bab wakil rakyat orang ulu, selalunya, ada pertimbangan oleh wakil rakyat itu sendiri. Hebat, hebat, atau pun “habat”. Buakn hanya menunggu untuk datang dengan hamparan “red carpet” atau “red attap”. Sepatutnya wakil rakyat lebih mengenali masyarakat, bukan masayrakat perlu kenal wakil rakyat. Ha ha ha... Jangan puji melambung tinggi. Posting terdahulu, telah menyatakan pemimpin sudah insaf dan redha. Tak kan sekali membuat lawatan dijamu dengan hasil keringat orang kampung, masalah 53 tahun dah selesai. Jangan bercakap hal2 politik sebegini. Luahkan dihadapan pengundi. Jangan hipkorit. Nanti tak sempat nak bendung. Mata hitam, kelabu, biru sentiasa melihat tingkah laku. Peruntukan projek RM juta2 satu tahun apa yang wakil rakyat gunakan untuk membantu msayarkat. Atau selalunya poket sentiasa “tiris”, “itulah antara dua darjatnya”. Orang2 politik sentiasa berlumba2 menunjukkan keletah masing2, apatah lagi hampir menjelang pilihan raya umum. Sudah hampir tiga tahun selepas pru ke 12, kalau sebelum ini, riak di air kuncahnya belum tenang, keruh digigi air belum jernih, dah tercongok pulak. Orang di ulu bertanya “mutur bot saperk tu” itu mutur calun kawasan DUN Tahan. Yang paling melucukan ada “calun2” yang sanggup sembahyang maghrib sampai dua kali di rumah orang itu orang ini. Setelah bergelar wakil rakyat inigin disambut dan disanjung pulak. Tak “umph” langusng...!!! Kalau setakat tok 4 tu tak perlu sangatlah KPI tu. Tanyalah dengan wakil rakyat tu lebih2 sikit, seramai mana masyarakat dah dapat pertolongan tanah dah ada geran, felcra dapat ke. Apa mesti untuk mendapat tanah sekangkang kera, masayarakat kena melutut sujud kepada tok 4, wakil rakyat, DO dan sebagainya. Wakil rakyat sentiasa menambah kelas kontrak.

Ini satu kejadian pernah berlaku, disebuah masjid cara kebetulan banir bersembahyang Jumaat berama wakil rakyat tu????... Kariah hadir seramai 250 orang lebih kurang. Selesai solat Jumaat macam biasa banir suka lambat2 meninggalkan masjid dan sempat membawa tabung pungutan untuk dikira bersama dengan AJK masjid, walaupun tak kenal banir sentiasa mudah dikenali orang. Kira punya kira punya kira jumlah kutipan RM23/=. Jadi bahagilah dengan 250 kariah hadir berapa sen purata penderma ikhlas lebihkurang 9 sen. Tapi dalam kempen perebutan jawatan ada sanggup berbelanja sehingga RMsetengah juta, sanggup berhabis. Persoalan 1. mana dapat duit?, 2. Berapa elaun tok wakil?, 3. Ikhlas ke tok wakil,

Pang5 Banir, bukan menongkah arus cuma nak ingatkan realiti politik masa kini. Banir bukan orang politik, tapi inilah keletah orang berpolitik. Kalar dorh ong nork bungkar rumah, tadorklorh tepat akurk nork bekicekk lagi dorh...