'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Tuesday, November 16, 2010

PEMIMPIN MESTI CERDIK DAN BERTINDAK CERDIK


Gambar hiasan: Inapdesa di Kuala Medang


Dulu pernah ada program begini di Kg. Labu, tanya Tok 4 
kalau masih ingat dan waras fikirannya, hehe


Akhirnya, hari ini blog WZWH menggunakan pendapat UD dalam membangunkan industri Burung Walit. Urag ceredek guna pendapau urag budo, hehe! Patut lama dah dia fikir tentang tu, tapi sebab kepala sengal gamoknya maka dia tak terfikir langsung selain dari nuklear. Oleh kerana UD befikiran telus dan jujur untuk membangunkan daerah pedalaman, UD dah lama pautkan (linkkan) website burung walit di blog UD, selain tiu juga banyak yang berkenaan pertanian dipautkan disini. Sebab itulah blog UD jadi bertambah unik dan benar-benar berniat untuk membantu rakyat. Semak segala pautannya, berkenaan pertanian dan sebagainya...

Antara pendapat dalam ruangan komen posting UD terdahulu. Menarik untuk dibincangkan lebih lanjut. Walaupun blog uRag dRrulug ni sebuah blog 'bodoh', kadang-kala melawak dan selalunya menyindir pemimpin tetapi ada juga idea bernas yang di selitkan diantara yang tersurat ada yang tersirat. Tetapi jika pembacanya kurang naluri kemanusiaan sudah tentu akan menganggapnya berselirat dan berserabut.

Seperti yang dikatakan tadi, dalam sindirian ada idea dan cadangan yang bernas. Pemberi komennya juga demikian, justru pembacanya terutama Yang berhormat, Wakil Peribadi Yang Berhormat, Setiausaha Sulit Kanan Yang Berhormat, Setiausaha Sulit Depan dan Belakang Yang Berhormat, Jemaah Penasihat Yang Berhormat, Peramal Nombor Yang Berhormat ( Wan Nombor lah ni) serta yang sewaktu dengannya hendaklah membaca banyak kali jika sekali baca tidak faham, untuk mencari permata didalam lumpur ini.

Kali ini saya nak ulas tentang komen dari pemberi komen tetap (tetapi tidak berpencen) di blog UD ini. Komen mereka begini:







Anonymous Anonymous said...










Salam tuan UD & MUT...,

SATU DAERAH SATU INDUSTRI

Akurk darh, royat dulu,tumbuhan melata liar di tebing Sungai Tembeling akurk rasa buleh dikomerisalkan jika ada pemimpin beri membuat cadangan dan kajian ala biotekno. Buah kemnacong, jambu air, hempenai, mata ayam, buah neram, buah lewa, buah kejijak @ chekli dll yang kaya dirimba Ulu Tembeling, tapi akurk tork tahularh, kalar doh abis kene tebang semuaknyerk. Ada satu lagi buah kulim buleh dibuat maajun sakit pinggang utuk dibagik aje kepada pemimpin pulitik biar demeq turk belumba2 lagirk nork baut kemajuant di Jerantut,lupakan Ulu Tembeling nirk...

Pang5 Banir, nork minta bukak ladang tebu, tapi takut banyak pulork ular takut kena ketik...
November 15, 2010 4:27 PM
Delete




Anonymous Anonymous said...










Bukan tak kreatif, tapi tak reti, tak nk dengar pandangan orang2 yg mempunyai idea yg baik...hanya pandangan beliau yg dirasakan betul..almaklumlah keluar dari unuversiti ( uni mne tu )...cakak urag putih pn dah pandai, tanah tak boleh beri kepada org kuala tahan, takut dijual, rumah tak boleh dibina untuk jenerasi kedua nanti mencemar pandangan pelancong yg datang, nk mintak tanah kena buat kertas kerja untuk 3 ekar kertas kerja mestilah mempunyai produk yg ada kaitan dengan pelancongan dan ekonomik..bayangkan lah berapa ramai org kuala tahan yg tak ada tanah...brapa produk daa yg harus difikirkan oleh org2 kuala tahan yg tak ada tanah...tak boleh beri tanah untuk tujuan tanaman getah, tak ekonomik...hahahaha pemikiran haru biru...dia ingat pemikiran dia macam mahathir, mahathir pn menggalakan untuk membuat restoran terapung semasa beliau datang pada kali kedua ke kuala tahan...guane gayek laa nokk dapat tanoh dan rumoh di kuala tahan ni..harapkan yb tak membantu langsung, ingatkan sukung dia boleh membantu...kena tukor yb laa gaye nya pada pru ke 13 nanti,tapi kalau tak letak dia jadi calun dia akan bertanding atas tiket lain plk...biarkan laa dia bertanding atas tiket lain..letak dia jadi calunpn macam gaye yb pembangkang juga....lebih baik jangan calunkan dia pda pru ke 13 nanti...byk lagi ni...tunggu dulu, letih amat dohhh nk menaip ni, klu belajo di universiti bulehlaa menaip lama2
November 15, 2010 5:05 PM
Delete


Wakil Rakyat hendaklah melihat segala apa yang ada disekeliling kita dan anggapnya sebagai aset yang kita ada serta majukannya sebagai satu produk unik daerah pesisir Sungai Tembeling. Jangan asyik melihat kepada hutan dan pokok-pokok balak semata-mata untuk mengembungkan perut sendiri saja. Jangan juga korek tanah sana sini kerana mencari bijih besi untuk kekayaan sendiri saja. Rakyat mesti diutamakan, kerana itulah dia digelar Wakil Rakyat, bukan bila dah naik kerjanya menjahanamkan rakyat.

Orang-orang di uala Tahan sudah mencurahkan rasa tidak puah hati kepada Yang Berhormat Wakil Rakyat. Dulu mereka ingat bila dinaikkan akan dapat membantu mereka semula, tetapi nampaknya bila sudah naik dia lupakan yang membantu naikkan mereka. Mungkin yang dapat faedah hanyalah Tok Empat Ali Kuala Tahan - dapat pegi umrah di taja oleh Yang Berhormat. Tetapi ingat, yang menaikkan Wakil Rakyat bukan Tok Empat sorang saja. Jika beginilah tingkahlaku Wakil Rakyat kita, KITA AKAN PASTIKAN dia tidak lagi akan terpilih sebagai calon. Jika dicalonkan pun kita akan pastikan dia tidak akan menang, walaupun sebagai calon bebas ( seperti yang diumumkan dulu)

Di Kampong Merting, ramai orang tak puas hati kerana pemberian saham Felcra. Wakil Rakyat yang penakut itu tidak berani berhadapan dengan rakyat, lalu wakilkan kepada Bapak Sedaranya. Kemudian alasan yang disuruh berikan adalah dia tidak terlibat dalam menentukan siapa yang bernasib baik terpilih sebaliknya salahkan bekas Ahli Parlimen yang lalu, yang memang tidak ada kena mengena dengan hal ini. Tujuannya adalah untuk meburukan bekas Ahli Parlimen berkenaan di kampongnya sendiri. Siapa yang busuk hati sebenarnya?

Rakyat memerhatikan segalanya ini dan rakyat sudah pandai membuat keputusan mereka sendiri. Malahan ada rakyat yang lebih cerdik dari Wakil Rakyat dan penasihat-penasihat (baca PUNAHSIHAT-PUNAHSIHAT) nya. Media sosial sudah menguasai komunakasi dunia, tetapi Wakil Rakyat yang 'bengong' sudah tentu tidak mampu menguasai media sosial dalam komunitinya.

Homestay @ Inapdesa boleh dibangunkan dibeberapa kampong. (Kampong Labu telah usahakan dulu) Kenapa penasihat tidak nampak pelancongan sebagai satu produk sampingan? Wakil Rakyat mesti merombak dan menyusun semula majlis penasihatnya bagi mengembalikan keyakinan rakyat. Jika tidak....hancusssss! Selain dari homestay...banyak lagi...fikir...fikir...fikir....jika otak sudah sengal mintak pendapat orang lain dan dengar pendapat orang lain juga.


Mimang aku dorh bebaik dengan WZWH, tapi hark yang saloh bekenaan Yang Berhurmat aku bantai jugeq. Aku dorh wayat dulu, jangan pilih urag budo. Kala urag ceredek jadi ketueq urag budo, urag budo jadi ceredek, tapi kalau urag budo jadi ketueq ceredek, urag ceredek akan jadi budo. Habih larh budo semua kiteq ni yoh oihhh! Hehehe!

3 comments:

Anonymous said...

Salam tuan UD & MUT...,

Loji Akukultur & Loji Nuklear – Pena Meleret.

RINGKASAN AKUAKULTUR.

** Mungkin pemimpin semua ada maklumat mengenai ladang ternakan terbesar dan mempunyai ramai pekerja dan berpendapatan tetap melalui ladang ternakan udang disediakan. Ladang ternakan udang terbesar di Wilayah Lampung, Indonesia telah beroperasi 30 tahun lalu. Keluasan 50,000 ha kolam udang, dengan seramai 38,000 pekerja, pekerja sepenuh masa seramai 12,500 dengan pengeluran maksimum 57,000 tan matrik setahun dari jumlah kolam 3,856 kesemuanya dengan hasil jualan bersih RM2.7 billion pada tahun 2007. Perkara yang uniknya semua pekerja ladang tersebut disediakan sebuah rumah dengan kemudahan asas serta dibayar gaji cukup atas kadar pendapatan di pedalaman Indonesia.

RINGKASAN NUKLEAR

** Jika sebuah nuklear meledak di dekat tanah, tekanan yang besar itu dengan segera menghisap debu2 yang tidak terkira banyaknya. Ini membentuk awan tebal berupa cendawan. Bila awan itu pecah, sebahagian dari debu2 radioaktif itu jatuh ke kawasan sekitar tempat ledakan. Debu2 juga akan dibawa angin jauh2 dan membahayakan kampung2 dan bandar2 beratus2 batu dari ledakan itu, banyak berlaku kematian manusia disebabkan kesan debu radioaktif. Debu radioaktif tak dapat dikesan dengan ciuman, meraba atau merasakan. Ia perlukan pengujian istimewa menggunakan “geiger counter”. Bahaya terbesar debu ini bermula hari ledakan selama dua ke tiga hari pertama. Akibatnya ramai menjadi mangsa penyakit berpanjangan dan juga membawa maut.



Pang5 Banir... coretan ringkas mengenai kebaikan dan keburukan dua projek untuk masyarakat jangka masa panjang, dan ucap salam Adha kepada tuan UD & MUT tak ketinggalan pengunjung setia...

Pang5 Pungkor said...

Wakil Rakyat kiteq tork reti membaca blog, pagawai punasihat nyeq jugeq tork reti. Selein dari buta IT dimeq juge buta hatiq, tork usah de harap ape-ape lagiq dari dimeq tu!

uRag dRrulug said...

Mulek...mulek!! 2-2 panglima, 2-2 beri pendapat hark yang mulek. Urag drrulug tork adeq hark yang tork mulek, semuanya mulek hajeq, hehe