Gambar Hiasan
Berniaga besar untung besar dan modalnya tentu besar juga. Jadi, perniagaan besar dan projek besar hanya untuk orang-orang besar. Projek bermillion-million ringgit adalah untuk syarikat yang besar. Kalau setakat Ayah Busu Tambang yang berniaga pengangkutan bot ke Ulu Tembeling, tak usah nak berangan-angan. Ayah Dali yang usahakan Guesthouse di Kampong Bantal itu pun jangan nak bermimpi. Perniagaan seperti projek pembinaan Hidro Letrik dan Loji Nuklear hanya untuk Wan.....(?) serta Wan...(?) saja. Mereka pun sudah diberikan projek pembangunan bagi membina.......(?) di Kampong Bantal sekarang ini. Komisyen? Mestilah ada untuk 'Yang Berusaha' itu.
Orang kampong yang miskin dan hina-dina dari golongan marhaen fikir saja lah soal-soal kecil. Perniagaan kecil-kecil saja. Memang untungnya kecil kerana modalnya pun kecil. Alhamdulillah! Itulah setakat rezeki Allah untuk kita. Terutama untuk mereka yang bukan Wan, yang bukan keturunan bendahara. Kalau setakat Bendahari JKKK atau UMNO Cawangan, tak usah nak bermimpi dan berlagak. 'Yang Ber..' itu tak akan peduli langsunglah.
Baiklah kita buat projek tanaman cendawan. Dah ramai orang diluar sana yang mengusahakannya, dan berjaya dan mendapat pulangan yang lumayan. (Klik Sini Projek Tanaman Cendawan) Selain modalnya kecil, ianya mudah dilaksanakan dan kurang risiko.
Projek Tanaman Cendawan
Kalau nak mencuba yang lebih mendatangkan keuntungan dan modal lebih besar, boleh cuba usahakan tanaman Vanila. (Klik Sini Projek Tanaman Vanila) Satu tanaman baru dan di Jerantut masih belum ada yang mengusahakannya setakat ini. Pasaran ada dan akan berkembang pesat kerana ianya berasaskan makanan tidak seperti Kenaf yang saya cadangkan sebelum ini.
Projek Tanaman Vanila
'Yang Berhormat' kita tidak akan nampak ini semua kerana mindanya yang kecil dan beliau tidak ada minat bersungguh-sungguh untuk membantu kita rakyat marhaen ini. Kita yang mesti mengubah diri kita sendiri. Kemudian, kita juga mampu mengubah suasana dan kepimpinan politik kita untuk kemajuan kita dan anak-cucu kita nanti.
Kala buat prujek beso, kita tarok dapat ke bende oih! Baik buat prujek kecik neh, tetu kita larh yang dapart untung sabab kita yang buat prujek dan tark payoh masuk tender dan tark patok dapart sukungan urag laen. 'Yang berhurmat' dengan ''Pacal Pencacai Punahsihat Yang Berhurmat' same haje....utok nyeq..miregh..,yok?
3 comments:
Salam UD dan urrang2 kampung hakuk druluq,saudara mara akuk,termasuk ong lah saudara hakuk UD, PANJANG MUKADIMAH HAKUK MALAM INI.
Menarik posting ong ne,amenda setakat kitaq nik, tak payoh terlibat dengan prujek besar besar,kita bukan reti, akuk takut dimaq tipu jer kitaq.
Buat lah prujek pertanian, tok kira hamenda pun asalkan hasilnya kita dapat tuai,kita dapat jual dan yang penting kita dapat makan, untung sikeek2 lama jadai bukit juga,janji kita kena usaha.
hok doh ada bot tu teruskan usaha penambang,macam ayah tambang,hok ada GUAST HOUSE tu teruskan,sapa lah agaknya meneruskan usaha aruah neh.
kalu nok buat prujek cendawan dan tanaman vanila gi krusus,buat betul betul,insyaalah berjaya.
tok betul tu ong cakap tu ud,tak semua wan drullug senang lenang,ramai lagi yang sengsara macam kita juga,berapa kerat jer yang perangai tok muleknya,ramai jugaq hok mulek.
bukan akuk salah ke ong mungkin ada perangai hok tok berapa mulek,bak kata urrang sekor kerbau bawa lumpur,habis semua terpalit.
Salam CU,
betoi sungguh larh oih! bukan semuan Wan hark yang tork mulek, ramai jugeq hark yang mulek. Wan Ulor ni mulek, aku pun mulek jugeq yok? Tapi aku tu dok besuroh pade hark yang tork mulek tu hajeq. Mintok maaf larh pada Wan-Wan hark yang mulek. Wan Keliru dan Wan Nomboi pun mulek jugeq, yok? Mendeq nye sedareq akuq tu! Hehehe
Salam Sir Urag Drulug..
Orang tua kata sikit2, lama2 jadi bukit. Kalo nak pikir prujek billion2....2,3 ratus dulu, lama2 jadi lah Tengku Billion. Lagipun kalo buat prujek billion di sebelah rakyat yg berpendapatan tak stabil..pembanguan minda dan ekonomi tak la jadi seiring....contohnya projek jalan raya di kampung2...betul, jalan raya meningkatkan ekonomi, tapi penggunaan jalan rayanya betul ke?..ramai budak kampung menunggang kereta/motor tak de lesen, tak de helmet..itu semua pembangunan minda. Tak sanggup meninguk budok2 muda tergulek mati..sebab yg muda ni lah tunggok negara.
Post a Comment