'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Friday, November 26, 2010

RASUAHPUN SATU PERNIAGAAN



Ni nasib baik aku tolong tutup sikit, kalau tak, tentu kuat bau bu***  dia  ni,
Jangan bimbang, ni Eli, bukannya Sara dan kita bukan adik beradik sesusu, hehe



Kata-kata keramat Pal Lah semasa masih PM ialah; 'Pertanian adalah Perniagaan'. KJ - anak menantu @ anak hantu ada juga kata-kata keramat, tetapi tidak mampu diluahkan. Kata-kata keramat KJ begini; 'Rasuah juga adalah satu perniagaan' Maka pada waktu itu banyaklah orang-orang politik dalam pemuda UMNO mewah dengan perniagaan berkenaan. Sementelah pula KJ waktu itu masih anak menantu kepada PM, demikian diriwayatkan oleh yang ampunya ceritera adanya. (BACA SINI)

Di era rasuah adalah perniagaan, banyaklah ketua-ketua pemuda dibahagian-bahagian mendapat faedah dari perniagaan yang dijalankan itu dengan 'menjual orang'. (Kata Husin Lempoyang, jual orang lebih baik dari jual onta) Perniagaan dalam pemuda berkembang pesat dimana-mana. Kata orang, kalau nak tahu seseorang itu warak atau tidak, tengoklah dahinya tanda kekeraban dia sujud bersembahayang, tetapi kalau nak tengok siapa yang berjaya dalam perniagaan yang disebutkan ini maka tengok sajalah perutnya.

Bagaimana kerajaan UMNO hendak hapuskan rasuah kerana rasuah sudah diiktiraf sebagai perniagaan dalam UMNO? Perkara yang sama juga dilakukan oleh penjawat awam kerana mereka banyak belajar dari UMNO. Jika kita pandang keatas, siapa yang benar-benar bersih? Jawapannya: Nil, Nol, Nehe, Tiada atau Pek! Kerana itulah politik dikatakan kotor, disebabkan semua yang bergiat dalam politik ini hanya dengan tujuan untuk mendapat tempat untuk merompak sebanyak mungkin harta rakyat yang rakyat sendiri tidak sedari.

Bukan hutan serta ikan dan hidupan liar di daerah kita saja, ditempat lain pun sama. Cuma, sepandai mana mereka makan dan sepandai mana mereka menutupi tahi yang mereka tinggalkan itu. Rakyat melihat segala apa yang berlaku dan dilakukan selama ini. Silent voters mungkin berdiam diri kerana tidak gunakan blog dan facebook untuk bersuara, tetepi mereka akan gunakan satu-satunya hak mereka iaitu undi dalam PRU akan datang untuk membalas dendam mereka. Kita akan lihat nanti apa yang akan berlaku, dan saya tidak benar-benar yakin bahawa UMNO/BN akan dapat kemenangan mudah 2/3, atau bahkan dibeberapa parlimen dan DUN juga akan dikalahkan.

Dipejabat-pejabat kerajaan dimana kontrek dikeluarkan, apa penilaian kita tentang bebas rasuah? Semua orang sudah ada jawapannya, terutama mereka yang terlibat sebagai kontrektor. Jika sesekali kita jujur pada diri sendiri, mampukah kita bertanya; Islamkah aku? atau apakah aku memegang hukum Islam sebenarnya serta mengamalkannya? Saya pasti mereka yang terlibat akan dengan cepat berhenti membaca posting saya dan dalam hati menyumpah seranah saya kerana menulis posting begini.

Kita banyak mendengar kisah anak-anak muda yang terlibat dengan keruntuhan moral, sedikit sebanyak mereka adalah anak-anak yang kita hasilkan dan berdarah dagingkan rasuah. Anak-anak gadis yang melahirkan anak tanpa nikah dan membuang bayi mereka seperti membuang seluar dalam mereka ini mungkin adalah hasil dari apa yang mereka makan dan bagaimana mereka dibesarkan. Ada juga isteri-isteri yang terlajak dan gemar mengadakan sek dengan bukan muhrim dan melibatkan orang-orang yang bernama dalam politik. Kerana apa ini berlaku? Jangan salahkan mereka kerana pada mereka kebebasan melakukan sek adalah seumpama satu perniagaan juga, walaupun bukan bayaran yang mereka inginkan.


PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN, RASUAH JUGA PERNIAGAAN BAHKAN SEK JUGA SATU PERNIAGAAN - SEMUANYA HALAL BAGI YANG SUKAKAN YANG HARAM


Banyok amat lagig ceriteq pasai hark yang tork mulek ni hark yang aku adeq. Cume nye aku malas nork bewayat sangat. Tapiq, ishhh! aku pun nork beniage jugeq, yok? Segalanya adalah perniagaan, hehe. Natiq kita bukok ceriteq sapa hark yang kaki minum, hark yang kaki dangdut, kaki betina dan sebagainye larh, Apa gon kateq? Aku ade banyok sipan rohsieq, oihhh! Hehe!

7 comments:

uRag dRrulug said...

aku dorh hagok dorh, kene ke hark rasuoh, taro beurag nork mengumen. ishhhh!

Anonymous said...

Salam tuan UD & MUT...,

2. MIMPI JUTAWAN
1. RASUAHPUN SATU PERNIAGAAN

Tuan UD, akurk nork rispon dua tupik yang ong humban dicelah banir, akurk bukak dan tingork. Rupa2nyerk mende mulek sangat kedua2nyerk, tapik setengah urag tork bekisoh sangat nork guna ditepat yang betul. Maaflorh, biar pung akurk tuek dari ong, tapi ong pandai sikit dari akurk. Akurk nork berkicek pulitik, kekadangg2 bagi pemimpin nyerk bekicek polek2taik...!!!

Kejujuran, keikhlasan, kekuatan, kadang2 perhambaan juga termasuk gulungan kepimpinan yang boleh menyerlah dimasa hadapan. Bak “rasuah” pada awal penggunaannya hanya bahasa percakapan harian semata2. Lama kelamaan menjadi bahasa badan dan bahasa isyarat. Menular menjadi perkataan dan perjanjian, tak cukup dengan itu menjadi satu pakatan diantara pemberi dan penerima. Apa bentuk sekali pun jika berlaku tanpa pengetahuan pihak ketiga dikatakan halal walaupun pihak ketiga adalah punca segala-galanya. Falsafah Negara China Tua dalam ajaran dan amalan Confucianisme yang dibawa oleh Kung Fu Tze, juga menyatakan amalan rasuah berpunca sebahagiannya dari pembelajaran. Bagi menghapuskan rasuah, kalau nak dikira mudah amat mudah. Tapi kalau nak ambil kira susah memang terlalu sukar. Penglibatan pihak pertama, kedua dan ketiga amat penting dalam penghapusan gejala rasuah.

Cara kasar, perlu mengambil masa, contoh mudah kita sukakan kepada seekor ikan juga falsafah dari China. Kalau nak berkawan berikan saja ikan tersebut kepada kawan kita, tentunya orang lain akan marah...!!!

Pang5 Banir, terkejut tingok tapik mujur dah ditutup kalar tidak ramai urag simpan bawah bantal.

uRag dRrulug said...

Salam abang,
aku respek amat ke ong neh. Urag laen bila bekisoh pasai mende hark bekait dengan dimeq, terus tork nok kumen dan tork baceq lalu. Hipokrit amat idup kite neh,yok? Bila menda kath berkenan de ati dimeq tu, cepat2 dimeq beriq kumen. Ong ni abang, usah larh akat tinggi amat ke adik neh, bimbang pulork adik neh jadi riok dan lupa daratan. Bior kita buat sedehana hajeq larh, yok? Aku menulis pon bukan kerana nameq....

Ri~Kuala Pengor said...

Salam Urag Drullug dan semua,
Aku rasa bukan urang malas mengumen..keknya tak daya doh nak mengumen, seboknya muok, hamun, lali dgn isu rasuah ni..,,seboknya boleh dikatakan semua org tahu nak memahaminya. Masalahnya makin ia menjadi bualan hangat, makin byk perasuah akan merasuah...dan makin ramai penerima rasuah,,,seboknya, bila urang berbunyi..mereka akan cuba di rasuah oleh perasuah utk menutup mulut yg mengatakan hal rasuah..maka,,lama-lama rasuah ni menjadi perkara biasa...kite org melayu yg cuma ada kuasa sekarang ni, org yg paling di rasuah..sebab itu bangsa cina dan india tak suka orang melayu..sebabnya semuanya kena rasuah.....macam mana nak elakkan rasuah, bila dah orang yg berkuasa di ADUN TAHAN berkata..."ADA DUIT ADA KUASA"...jadinya bila pemimpin dah kata macam tu,,,ada kroni yg berani berkata dia salah...tak sebaliknya mereka mengatakan YB kite membuat byk perubahan...

chenerong ular said...

salam UD, bukan hakuk tok nok kumen awal, hakuk akuk ada hal, isu rasuah ne tok dapat daah kita nok selesaikan 100%, amenda demaq doh rasa sedap amat buat kelakar begituq, duit senang dapat, silap silap hok ada kuasa tuk. bur** pun dapat se kali.

nok hapus 80% akuk rasa mungkin buleh, tapi semua anak anaak kita kena hantar memondok supaya menghafal al quran, tuk pun ada juga hok yang terlepas lakunya ?

uRag dRrulug said...

terima kasihlah abang CU,
adeq jugeq ong datang,yok? walaupon sibuk dengan belok ong sediriq, setia amat ong mengikoti belog UD neh. Ade urag hark kumen dalap FB kata ke akuq ni tork layok menules hal urag derulug pasai kate nya aku neg bukan urag drrulug sebenor. Tu larh aku pun rase kecik ati, dan tork lame lagiq nork beretiq larh menules neh, nork bagiq ke dimeq tu larh pulok menulesnya. Zainudin Daman budok de kapong Gusai tu, hark pandai amat, bior dieq larh pulok menules nye. Kita pakat dingok gemana jadiq nye, yok?

chenerong ular said...

ong jangan buat hamlar lah, biar dimaq buat blog sendiri, akuq ne pun rasa tok sanggup juga mencari bahan nok tulis, amenda kalau demaq nok menulis juga, ambik hajer blog hakun ne, akuk buleh tumpang blog ong, ong jangan buat pasai dan melatah pulok yok ?