Cekap
Selesa
Bersih
Munsyi Abdullah yang pernah melawat Pahang pada tahun 1838, juga mencatatkan, dalam bukunya, ‘Kisah Pelayaran’ bahawa:
‘…dagangan yang keluar dari dalam Pahang itu yang terbesar itu emas dan timah. Ada juga sedikit-sedikit orang bertenun kain sutera, dan kayu kemuning ada juga keluar, dan seperti damar dan rotan sedikit-sedikit. Syahadan, adapun dengan yang boleh laku di Pahang itu seperti apiun dan sutera dan garam dan beras dan kain-kain Eropah pun boleh laku sedikit-sedikit. Maka sahaya bertanya darihal tempat keluar emas itu. Maka kata orang di sana, lima belas hari mudik baharu sampai ke tempat emas itu, Jelai namanya. Dan ada pula banyak jenis nama paritnya itu. Dan lagi, kata orang, berlaksa orang disana daripada Cina dan Melayu, lagipun ramai tempat itu. Maka di sanalah tempat orang berniaga.’ (Pahang, sejarah dan budaya ms-79)
Pada tahun 1888 keputusan dibuat untuk membina sebatang jala pedati dari Kuala Kubu ke Raub. Ditimbangkan juga, pada masa yang sama, tentang kemungkinan dibina keretapi bagi menghubungkan Kuala Pilah dengan Temerloh. Tetapi dari segi pembinaan keretapi terdapat pendapat yang bercanggah kerana ada pihak yang menyokong pembinaan keretapi bagi menghubungkan Kuala Lumpur dengan Semantan. (Pahang, sejarah dan budaya ms-81)
Pada 27 Julai 1892, seorang pegawai (Edward Fairfield) si Pejabat Kolonial menulis kepada Gabenor Negeri-negeri Selat (Sir Cecil Clementi Smith) menyoal tentang kebijaksanaan penetapan pentadbiran British di Pahang yang pada pendapatnya tidak lebih daripada “a jungle-state of no particular resoucers”. Sir Cecil mempertahankan tindakan yang telah diambil oleh pihak pentadbiran di Negeri-negeri Selat. (Pahang, sejarah dan budaya ms-81)
Begitulah perubahan masa dan catatan sejarah pembangunan negeri Pahang. Dari zaman ianya hanya boleh dihubungi melalui laut dan sungai kepada jalan darat iaitu dengan pedati hingga kepada perancangan untuk membina laluan keretapi.
Kini setelah beratus-ratus tahun, negara kita telah berkembang maju dengan pesatnya terutama di sebelah pantai barat, bagaimanapun Pahang masih lagi terkebelakang jika dibandingkan dari segi kemajuan pembangunannya. Namun kenapa tidak sesekali kita selami juga fikiran pentadbir masa lalu untuk diterjemahkan ilham pembangunan mereka dalam era negara kita di zaman moden ini.
Pembinaan jalan keretapi dari Kuala Lumpur ke Semantan (Temerloh) nampaknya masih relevan. PM bercakap mengenai MRT (mass rapid transit) yang akan dibangunkan di negara kita, kenapa kita (rakyat Pahang, melalui MB Pahang yang bijaksana itu sesekali mendesak PM untuk dibinakan laluan MRT dari Kuala Lumpur ke Temerloh. Selain sebagai satu alternatif kepada pengangkutan bas dan motokar, ini juga mampu mengurangkan kesesakan di lebuhraya Karak.
MRT berkenaan juga jika dikembangkan mampu menjadi pengangkutan pelancongan bagi pelancong yang ingin melawat Genting Highland, Bukit Tinggi dan destinasi dalam laluannya. Soalnya, apakah pemimpin kita ada meluangkan sedikit masa untuk memikirkan ini? Yang ada banyaknya memkirkan bagaimana untuk menghabiskan semua sumber alam yang ada. Jangan kita hairan satu masa nanti sejarah akan menulis tentang Pahang begini; …”Pahang is a jungle-state of no resoucers at all” – bila hutan juga sudah habis ditebang.
Gon napok dork? Idea ini lebih lujik dari idea nuklear dan empangan…’septik tank’, hehehe! Urag tu, idea dieq hanya ‘copy and paste’ hajeq. Mudoh, yok? Tork payoh pikir-pikir. Tapiq sarang burung walit tu masih aku napor relevan di Ulu Temeling. Kita tarok duet, tapiq mungkin buleh buat melaluiq koperasi. Tapiq ingat! Pengurus Koperasi tu jangan larh pilih urag hark kuat memungkor dan kuat membelit. Punoh amat kitaq, yok?
5 comments:
Salam.Dari buat MRT baiklah kita buat bullet train menghubungkan dari utara ke setalan dan dari timur ke barat. kan lebih pantas utk perhubungan?
Betul lebih pantas dengan bullet train, tapi itu cerita lain dan saya rasa kerajaan dah perancangan mengenai keretapi dari utara ke selatan. Yang ini hanya meghubung KL ke Temerloh. Spt LRT dan komuter yg ada di KL skrg ni. Peruntukan akan diluluskan segera oleh...wz ....gamoknye lah!
UD,
Nampak sejak akhir nie, ong berfikir hampir sama dengan WZWH, sudara ong tu. Mana ada lujik dari segi ekonomi MRT dari KL - Temerloh itu, kalu dari KL ke Kerteh baru benar kerana kuantan bole enjo di pantai, beli belah dan kemaman -kerteh industri petro. UD Dalam GTP dan ETP sekarang ini, tentu perkara itu dah keluar punyie dari mkotak minda GLC dan Swasta. Sape tak terlior dengan RM, kalu tak masakan sedara kita mencari gaharu bermalam dan berhujan. Dengan cite ADUN Tahan nak bangun estet Karas di Tahan, WZWH sedang buat working Paper untuk dibentang dalam sidang kemuncak OIC supaya tok ARab melabur. itu sebab WZWH turut merancang berbagai prujek MEga dan prujek Gelembong. Jadi seme deme patut sukong WZWH tu.
ya, ya,
kita sukung...sukung...sukung
Salam Sir Urag Drullug dan semua, Aku minat dgn posting ni, sejarahnya ada kelas, plannya perlu dibincangkan teliti..aku nak tulis panjang sikit,,,Surik Sir, please let me writing, now and again, if not bother u to much!
Baiki prasana stesen keretapi Mela, Sepial/lapangan terbang kuala atok dan lain2 projek yg perlu di baik pulihkan,...keretapi high kelas..selesa..aku rasa kite cukup majukan kawasan kita, pulihkan projek yg dah berjalan..banyakkan jadual perjalanan keretapi dlm negeri..cth Mentakab-Kuala Krau-Jerantut-Mela/Sepial-Kuala Lipis-Johor-S,pore...majukan stesen2 yg ada...Perbanyakkan jadual perjalanan keretapi..kurang orang gunakan motosikal..sebab ramai yg mati naik motosikal...so senang lah orang tembeling..naik keretapi..motor parking kat stesen keretapi, pergi jerantut bersukan si SPORTS TOTO..boleh menjimatkan penggunaan minyak negara..kalo kemudahan keretapi dah berstatus 3 bintang aje, tak payah berbelas bintang macam hotel WZWH...maka orang akan menggunakannya,..bila ramai yg gunakan keretapi/pengangkutan awam yg lain..makan penggunaan minyak makin terkawal, bandingkan dgn 10 org naik motor dgn 100 org naik keretapi dari tembeling ke jerantut...berapa jimat minyoknya?(jimatkan tenaga yg ada bukan wujudkan tenaga yg baru=curah air di tempayan bila dengor planko di langit...lagi satu ramai urang drulug yg duduk di luor..tak kan lah nak memandu 5 ke 8 jam utk balik ke hulu(sebok jlnraya yg baru siap ,lalu di belakang rumah Sir UD dan YB)..ini adalah satu lagi punca kemalangan jalan raya..memandu melebihi had masa...galakkan mereka guna keretapi, sampai sepial..kabo ke Wan yg drebo teksi tu suruh jemput, bawok ke jeti...sekaligus menghidupkan kembali perusahaan bot di Kole Tembeling...Mudik, singgah di Labu..rehat di jeti Labu..sambil jumpa Tok Penghulu, mintak sain borang biasiswa anok nak sekolah..(Ada ke dia di pejabat)...dan seterusnya..perjalanan mudik ke hulu mempunyai byk tradisi..sambil gio menengok org Pasir Durian mandi berkemban di sebelah hilir kerbo berendam...hmm Agro/ Eko tourism..berapa million kerajaan perlu utk prujek ini bandingkan dgn Nuklear dan lain2 yg kosnya beringgit-ringgit aje?
Post a Comment