'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Thursday, November 4, 2010

WAKIL RAKYAT YANG TIDAK PERFORM

Gambar hiasan: 
Beginilah agaknya Ketua Kampong yang telah ditipu oleh YBnya 
dan terpaksa pula menipu anakbuahnya


Budak-budak dari sebuah kampong dipedalaman menghubungi dan mengadu; Katanya sebelum pilihanraya dan sebelum menjadi Wakil Rakyat, calon ini pernah berjanji akan membantu mereka mendapatkan kira-kira seluas 3 ekar tanah bagi setiap orang pemuda bagi tujuan tapak untuk membina rumah. Walaupun kebanyakan mereka bukanlah dari kalangan penduduk asal kampong berkenaan. Kebanyakannya menjadikan bidang pelancongan sebagai profesion sama ada sebagai pemandu pelancong ataupun pemandu dan pembantu bot pelancong.

Namun setelah calon berkenaan diberikan undi dan memenangi pilihanraya yang lalu, maka mereka semua menagih janji. Bagaimanapun YB berkenaan yang sedar bahawa meluluskan tanah bukanlah bidang kuasanya cuba mengelak dengan memberikan alasan bahawa pemohon berkenaan sukar mendapat kelulusan tanah berkenaan disebabkan mereka tidak berkerja tetap dan tidak memiliki akaun bank. Selain itu, 3 ekar tanah bukanlah jumlah yang komersial, kerana itu mereka dijanjikan dengan janji baru untuk mendapatkan mereka sebanyak 10 ekar setiap orang supaya ianya menjadi keluasan yanga boleh di komersialkan.

Bagaimanapun, budak-budak berkenaan sedar bahawa mereka telah tertipu dengan itu telah menterjemahkan rasa tidak puashati mereka kepada Ketua Kampong. Ketua Kampong, biarpun seorang pencacai YB berkenaan sudah tidak mampu lagi berdolak dalih berkenaan isu berkenaan kerana itu telah memberikan imej yang buruk kepadanya. Kasihan, Ketua Kampong yang satu ketika dulu berbangga kerana menjadi kroni seorang YB kini menyedari bahawa dia tidak lain hanyalah seorang pencacai yang terpaksa berpuashati dengan tajaan lawatan menunaikan Umrah. Ketua kampong berkenaan sedar dia telah diperbodohkan, dan sebenarnya memanglah dia seorang yang bodohpun selama ini.

Nampaknya, masa telah tiba dan telah menunjukkan kita siapa sebenarnya wakil rakyat yang mampu jalankan tugasnya dan berusaha untuk rakyat dan siapa pula yang hanya berusaha untuk kepentingan dirinya saja.

8 comments:

chenerong ular said...

Salam UD,..... Kesian york hok pemudaq betiga turk kena tipu mendarat hajaq.

eee... beliwat amat dimeaq york ? tok ada hati perut laluq gaya nya,mengharap lah pemudaq tu menuntuk janji?

Tapi tak apa dimaeq menginaya ke urrang turk dapat pembalasan nanti.

Buntat said...

Salam semua khas UD.
Senang aja gone tolak aja YB berkenaan serta Ketua Kampung. Buat protes atau kalau YB datang jangan seorang pun jumpa. Duduk dirumah lagi baik dari mendengar janji-janji pedooh (pungkar).
Apahal YB yang tak berwibawa kita nak layan.
Fikir-fikirkan masa depan kita.
CARILAH TERBAIK UNTUK SEMUA PENDUDUK KAMPUNG KITA DAN JANGAN AMBIL KESEMPATAN TAU. JANGANLAN KITA NAK NAIK KENA PIJAK KEPALA ORANG LAIN.
HAKUK INGINKAN KETENANGAN DAN KEADILAN (BUKAN PARTI KEADILAN JANGAN SILAP FAHAM.)
WASALLAM

Anonymous said...

Salamrp.Yang berhurmat mana tu yek oihh?.Bukan dumpok york?

Anonymous said...

Salam tuan UD & MUT...,

WAKIL RAKYAT YANG TIDAK PERFORM

Kawe doh royat dulu doh, masa kawe bebudork lagi turk, tok empat nih nyerk pegang amanoh sungoh2 loh..., tapi sekarang nih lain pulork doh jadirknye. Tok empat wakil tok wakil turk nye jadi penipu pulork doh.... Senang ajelah, sebab tok empat turk wakil kepada tok wakil yang telah dipekenan oleh Sultan, kite menghadap terus Sultan bagi tahu biarnyerk buang dari calon jawatannyerk turk di masa depan. Lagi bagus...!!!.

Pang5 Banir... kesian juga dema turk tok dapat nak menebas tanah sendiri turk....

Anonymous said...

Tok 4 tu Ali Asra ke? Tok 4 kuala tahan ke tu? hehe

uRag dRrulug said...

Ishh! Ini bukanth wakil rakyat tepat kiteq, ni bukan wan dompok, tu urag laen tu. Wakil rakyat kiteq mulek amat, hehehe!

Ri~Kuala Pengor said...

Salam Sir Urag Drulug dan semua,
Akhirnya "Maniam melupakan Jauhari..setelah Jauhari berjaya mengenali dan memperkenal Maniam". Begitu jugek dengan kitek urang di hulu...kite akan dilupakan, setelah Maniam dan kronisme dapat apa yg mereka mahu, dan tidak mampu menunaikan janji mereka atau pun kehendak kite yang tidak memberi keuntungan kepada mereka. Nak di fikirkan untung jadi Pak Pandir, lurusnya mengikut bendul dan bodohnya pada diri sendiri (tak menyusahkan orang). Tak macam Pak Kaduk ..heheheh tau sendiri lah bila sebut Pak kaduk, dia ni pun kenal Maniam & co juge....Sir UD gi umrah jugek ke?..kepala bercukur mulek, ada rezeki sendiri pegi kalo kena taja....pikirlah banyak kali, dah terbela ke urang miskin dihulu? dan di seluruh DUN TAHAN dgn penajaan tersebut? ATAU selesai ke masalah keperluan rakyat?

uRag dRrulug said...

Salam Ri,
Aku tarok pegi umrah dan tidak di taje umrah, tu butok pale tu pasal nork terima 'Sir' dari Tuanku Queen Raja England. Jadi kalau butok tu mudah siket pakai tanjak, yok? Aku ni pingat dan derjah-derjah kecik ni tork maen larh! Apalarh sangat takat Ahli Majlis Pemungkor tu? Ada hayap bertelo sebijik rioh sekapong, tapi ada juga hayap hark yang birok hajeq (dieq sangke ke bertelor) riuh jugeq sekapong, hehe