apabila beliau benar-benar berubah.
Khabarnya Wakil Rakyat kita telah selamat pulang dari 'Tanah Suci Mekah' mengerjakan Haji. Alhamdulillah! Saya mengucapkan syukur kepada Allah kerana dipermudahkan segala urusan buatnya mencari keredhaan 'Illahi".
UD mengucapkan selamat pulang kepada YB dan selamat menjalankan tugas yang tersisa. Tanpa sebarang prejudis, UD harapkan supaya YB akan lakukan segala yang termampu baginya untuk membantu rakyat terutama yang berada didalam DUN yang dia wakili.
Saranan UD kepada YB supaya jangan berfikir bahawa tugas beliau sudah sampai ke penghujung. Selagi belum ada PRU beliau tetaplah wakil rakyat yang sah bagi DUN Tahan. Memang ada pandangan yang negatif terhadapnya selama ini, bukan dari seblangan kecil rakyat tetapi banyak yang tidak senang hati dengan tindakan beliau atas alasan-alasan yang tersendiri dan khusus. Bagaimanapun siapakah diantara manusia ini yang disukai oleh semua orang? Kita tidak akan mempu memuaskan hati semua orang dalam semua masa dan semua orang juga tidak akan mampu memuaskan hati kita dalam semua masa. Bahkan Rasulullah sendiri tidak disukai oleh kedua bapa saudaranya sendiri, Abu Jahal dan Abu Dajal.
Apa yang perlu YB lakukan sekarang ini adalah memperbaiki segala kesilapan yang telah dilakukannya selama ini sama ada secara sengaja ataupun tidak. Meminimumkannya. Tidak ada insan yang tidak pernah berbuat dosa. Memperbaiki kesilapan adalah lebih baik dari membiarkan kesilapan itu terus begitu saja.
YB anak Tembeling, pasti ramai yang menyokong beliau untuk terus kekal sekiranya beliau mampu memperbaiki kesilapannya selama ini. Rakyatpun manusia yang berakal dan berhatibudi. Bukan banyak sangat yang rakyat pinta dari pemimpin. Berlaku jujurlah dan ikhlaslah kepada semua orang, berlaku adillah kepada rakyat jelata, bantulah mereka yang benar-benar susah terlebih dahulu dari mereka yang lebih senang sedikit. Tetapilah segala janji atau jangan berjanji jika sukar untuk ditunaikan kerana berbohong itu bukan saja membuatkan rakyat kecewa dan marah bahkan ianya perbuatan orang-orang munafik. Apabila jadi pemimpin, dahului rakyat dari diri sendiri dan kaum keluarga serta kroni.
Secara jujur saya katakan, rakyat tidak kisah sangat walaupun pemimpin bukan berkelulusan tinggi. Sijil, diploma dan ijazah bukan penentu keupayaan seseorang untuk menjadi pemimpin yang baik. Cuma, jadikanlah sifat-sifat baik sebagai cara hidup kita dan asas kepada perkhidmatan perkhidmatan kita kepada rakyat. Rakyat akan menilai ini semua. Rakyat bukan hendak melihat apa sijil dan ijazah yang kita ada tetapi apa sumbangan dan bakti yang mampu kita berikan kepada rakyat dalam membantu mereka menikmati kehidupan yang lebih selesa.
Saranan saya kepada YB, kuatkan hati dan semangat, dan jika ini dianggap satu perjuangan yang jujur dan ikhlas kepada rakyat maka teruskan dan hadapilah ianya sebagai satu cabaran. Allah akan permudahkan segalanya dan rakyat akan dengan sendirinya menilai apa yang telah kita lakukan. Jika YB telah insaf dan sedar atas kesilapan yang dilakukannya dan ingin berubah dan berkhidmat benar-benar kerana Allah, saya akan sentiasa bersama-sama bahkan sanggup berada dibarisan hadapan dalam perjuangan.
ADUN Tahan sudah berubah, sudah insaf dan redha sejak kembali dari Tanah Suci. ADUN Pulau Tawar lebih dulu sudah insaf dan redha kerana lebih dulu ke Tanah Suci. Yang tidak akan pernah-pernah insaf hanyalah ADUN Damak yang sudah 4 penggal menjadi wakil rakyat namun tiada pembelaan terhadap pengundi Melayu di DUN-nya.
Aku kireq, tarok urag hark yang tork sukeq ke yang berhurmat ame kala dia buat memulek. Kala janjiq tepat ke janjiq, kala napok prujek tork bahan ke dieq surag. Bekusig-kusig larh dengan urag laen jugeq siket, jangan duk berig asik-asik ke krunig dieq hajeq. Duet ringgit ni harteq dunieq hajeq, mencariq nye pon bior larh bepade beserta dengan jalan yang mulek. Urag Temeling tork membuang bakeq! Urang de sebeloh ulu akan tetap sukung kala buat mulek.
5 comments:
mmm...syukor lah kalau sudah insaf dan tak membuat lagi. akuq mintok jangan pedas gulai rong sudah lah... lama sikit buat balik. Akuq arop tidok begitu lah. Nasihat ong kpd Wakil Rakyat tu mulek sunnguh, akuq pon nork nasihat getek.. harap jangan memungkor lah weh lagi.
Salam saudara UD, rasa hakuk, YB Dato Hj Wan Amizan pemimpin kitaq turk belum jejak kaki lagi ke Malaysia nih, beliau akan sampai pada 27hb nov, itu yang akuk dengar dari sumber yang agag agak boleh di percayai.
Benda kalu aku silap bukan makna hakuk cuba nok menipu ong, ini aku dengar hajaaq.
CU, mungkin juga belum sampai lagi, maklumlah jauh dan perjalanan menaiki unta atau kibas....
Mcm penguin dumpok ni
kalau mcm penguin, kira lawa dah lah tu, ye...penguin pn tak ada leher juga...
Post a Comment