'
~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~
mutiara kata UD:
mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..
Monday, November 8, 2010
JERANTUT MEMBANGUN SEBAGAI BANDAR SAMPAH
'Wan Billion' hanya berangan-angan Mat Jenin. Bercita-cita besar tetapi tidak sedar bahawa dia tidak layak langsung untuk berfikir besar. Dia mencipta khayalannya dalam angan-angan tentang 'Pembangunan Pinggir Bandar 'Suburban' Jerantut'. Mujur di Jerantut tidak ramai Singh (Benggali) yang pakai 'Turban' (serban). Jika ada tentu mereka akan lebih besar kepala! Bukan susah mencipta mimpi dan angan-angan, namun perlaksanaannya sukar untuk dicapai.
Semua orang setuju dan inginkan pinggir bandar Jerantut membangun seperti yang ditunjukkan itu, tapi apakah ini akan berlaku? Dalam masa terdekat ini? Usahkan pembangunan-pembangunan lain, keperluan asas jalanraya dari Jerantut ke Ulu Tembeling pun masih dalam mimpi kita lagi. Dalam laman Facebook ada yang menunjukkan rasa hampa dengan berkata mungkin tidak dapat melihat jalanraya itu sehingga mereka menutup mata.
Seperti biasa saya suka bercakap tentang realiti, tentang apa yang mampu kita capai. Apakah pembangunan sebegitu yang dicadanganan oleh 'orang kurang siuman' itu mampu jadi realiti dalam waktu terdekat? Jawapnya adalah sangat mustahil.
Jerantut kononnya sebagai bandar pelancongan, pintu masuk ke Taman Negara, tetapi apakah Jerantut mampu memberi imej baik sebagai bandar pelancongan? Tahap kebersihan Jerantut adakah mampu diiktiraf sebagai bandar pelancongan? Lihatlah sekitar Jerantut, ianya lebih wajar digelar bandar sampah. Jerantut sudahlah tidak bersih sebagai bandar pelancongan tetapi sangat memalukan kerana tidak mampu mengajar masyarakat menjaga kebersihan. Boleh sesiapa tunjukkan kita dimana ada tong sampah dipinggir-pinggir jalan di tengah bandar Jerantut? Apakah MDJ tidak sedar ini? Ahli-ahli Majlis semunya tidak sedar tentang ini? Hentikanlah berangan-angan tinggi jika perkara sedemikian kecilpun kita tidak mampu lakukan, bahkan tidak ada sesiapa yang mampu fikirkan bahawa kita perlukan tong sampah dalam jarak setiap 200 meter yang diletakkan di kaki lima bangunan dibandar bagi tujuan menjaga kebersihan.
Duduk de kapong lagi aman yok? Udare bersih dan sego. Pegi ke Jerantut rase hamon sungguh. Ahli Majlis patut letak jawatan semuanya. YDP dan SU majlis juga patut tukar pergi ke kapong peling bertugas de senun, itu hark yang layok pade dimeq. Hehehe
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
Salam tuan UD & MUT...,
Loji Akukultur & Loji Nuklear – Pena Meleret.
Bhg. 1…
AKUAKULTUR.
1. Negeri Pahang mempunyai sungai2 yang sangat cantik dan mempunyai hasil tani pelbagai spesis ikan. Jabatan Perikanan Malaysia, telah melancarkan buku Prospektus Perniagaan Projek Berimpak Tinggi – Zon Akuakultur (High Impact Project – Aquaculture Industry Zone; HIP–AIZ) Negeri Pahang bagi memudahkan penglibatan pelabur2 dalam industri akuakultur. Ia telah disediakan secara kerjasama Kementerian Pertanian dan Asas Tani dengan Bank Saudagar MIMB bagi mempromosikan peluang2 pelaburan dalam setiap kawasan HIP–AIZ kepada pihak swasta. Ia juga memuatkan prosuder dan syarat2 umum untuk memperolehi kawasan Zon Industri Akuakultur (ZIA) serta maklumat kwasan ZIA di negeri2. Jabatan Perikanan akan mengatur program kawasan ZIA untuk menggalak pelaburan swasta seluruh negara. Negeri Pahang telah mendahului negeri2 lain menawarkan kawasan tanah dan perairan bagi projek HIP-AIZ.
NUKLEAR
2. Perang moden berbeza dengan perang masa lampau. Senjata nuklear telah direncanakan untuk memusnahkan seluruh bandar dan penduduknya. Apakah yang kita dapat buat untuk meluputkan diri? Ia berbeza pada tempat di mana cara kebetulan berada pada waktu berlakunya perang pecah.
Pang5 Banir... demi cita rasa masyarakat Ulu Tembeling
Terima kasih Pang5 Banir,
Kerajaan (kakitangan kerajaan) memang pandai merancang tetapi kerapkali perancangannya hanya indah diatas kertas namun gagal di perlaksanaan. Kawasan pedalaman Ulu Tembeling, di zaman Pak Lah telah dipetakkan sebagai zon 'Fruit Belt' namun hancus dan telah gagal sama sekali kerana perancangan tidak bersamaan dengan perlaksanaannya akibat ketidak telitian dengan tidak menyediakan kemudahan paling asas sekali iaitu jalanraya, kerana itulah segala buah-buahan (termasuklah buah pelir) tidak dapat dipasarkan. GAGAL! GAGAL! GAGAL!
Salam UD. Hakuk sangat setuju apa yang UD suarakan ini. Ngapa MBJ tak sedar ke perkara sampah ni.Kalau tak ditangani dari sekaeang akan menjadi masaalah besar akan datang. Ahli-ahli Majlis tak sedar ke? atau pun tak nak berfikir. Janji elaun jalan. Saya nak nasihat kepada pihak yang berwajib supaya dapat menjalankan tugas sengan IKHLAS. Fikirkan macam mana nak menyelesaikan masaalah sampah di akan datang.
Saya setuju kata UD supaya meletakkan tong sampah di tempat awam (tak payahlah 200 meter 1 tong sampah takut majlis papa pulak). Sebenarnya kita mendidik supaya orang menbuang sampah kedalam tong sampah. Cuba bayangkan kalau tak ada tong mereka akan buang sampah ikut sesuka hati mereka. Memang susah nak mengajar untuk kebaikan sekurang-kurangnya kita mendidik mereka supaya mengubah sikap untuk menjaga kebersihan.
SAMA-SAMA KITA FIKIR-FIKIR CARA UNTUK MENDIDIK MANUSIA BERSIKAP PENTINGKAN KEBERSIHAN.
WASALLAM
Salam UD,
Ong dh link blog WZWH? Baguslah tu, tak molek gaduh lama2, lagipun gon sedare...
Salam encik UD.
Kami ni nork betanye encik UD sikit. urang dime kata 'Suburban' tu mende maseknye?. ada mcm buoh cekeli gamok rupenye?. encik UD, kami urang sg kucing ni baru dengor nama buoh pelik ni. kami pun meningok tb (TV) juge, tingok tb haje larh, pek begambo. doh urang suruh kami tingok tb, kami tingok larh.
Nork membaca, kami tork reti, kalau ada encik2 dari kuala mudik meningok kami, mulek larh dinding rumoh kami sbb dime bawok kertas(surathkabar).
salam.
Dari: URANG SG KUCING.
Salam Sir Urag Drullug dan semua,
Masalah sampah ni memang boleh di katakan seluruh Malaysia. Ini menunjukkan rakyat dan pihak berkuasa tidak prihatin terhadap perkara ini. Kalau di sebelah negara maju, sampah ni cam bisnes..orang kena bayar utk membuang sampah..begitulah prihatinnya mereka terhadap kebersihan dan penjagaan alam sekitar ciptaan Allah, walaupun Islam bukan agama mereka yg menitikberatkan kebersihan dan menjaga alam ini. Apa yg di tonjolkan oleh pemimpin, kita mesti menjadi kaya...tak pe sampah berlungun janji duit berlungun,,,tak pe sungai kotor janji saku mengelumbung,,,tak pe tak de hutan janji harta bertimbun,,,tak pe kite hilang budaya janji kaya raya,,Apa yg di rancang dan perlaksanaan, menampakkan pemimpin dan rakyat sudah gila duit( materialistik), sanggup gadaikan maruah Islam iaitu Kebersihan itu adalah separuh dari iman. Musnahkan Alam ciptaan Allah sungai, hutan..tetapi masih mendabik dada dgn mengatakan rancangan dan tindakan itu betul?..Apakah kite ni SAMPAH?yg tinggal dalam bandar/kawasan SAMPAH?akan dijadikan SAMPAH? Satu cadangan aku untuk MDJ kalau tak nak keluarkan kos untuk bakul sampah...buat syarat utk seluruh peniaga di Jerantut supaya menyediakan tong sampah di depan premis masing-masing...WAN WAH ade bakul sampah depan kedai dia Sir UD?
Salam Urang Kucing,
Aku pon tak sekuloh macam ong jugeq, jadi nye au pon tarok tau makesud nya. Hark itu ong kene tanya pada WZ sebab dieq urag ceredek belajor tinggi sampai atas pukok tualang buat kajian dan pastikan madu lebah tualang gred A bertaraf dunia.
ZIA??? alur tembeling x ada masuk kire pon
Kebanyakannya hanya mementingkan kosmetik, luaran cantik dalaman kotor dan menjijikkan
Post a Comment