'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Friday, November 12, 2010

THE LOST CITY, THE FORGOTTEN CITY

Inilah pandangan dari pekan Kuala Tembeling. Pasir Tambang, Sungai Tembeling dan Sg. Jelai. Air sungai yang keruh - orang besar dapat faedah dari perlombongan emas di Penjom tapi rakyat dapat air yang keruh.



Hanya satu ini gerai minuman yang masih dibuka di Jeti Lama tempat orang kampong hilangkan haus dahaga. Orang besar tentu akan cari tempat yang lebih selesa seperti 'Coffee House' untuk lepaskan 'dahaga' zahir dan batin.


1. Hari ini lambat buat posting. Semalam balik dari kampong. Singgah di Kuala Tembeling kejap dan ambil gambar. Nak buat posting mengenai Kuala Tembeling, kena tunggu gambar siap cuci dulu. ( Hehehe! Sori ahh! Aku nork belajo memungkor sket, mana ada orang pakai kamera guna film lagi dorh mase neh)

2. Kita bila bercakap suka hal besar-besar. Cakap pasal ekonomi global. Cakap pasal ekologi, hidroligi, alternatif energi...semua besar-besar, sehingga kita lupa pada yang kecil atau memang kita sengaja tidak pedulikan yang kecil-kecil. Kita juga lupa bahawa rakyat terbanyak (marheen) adalah dalam kalangan yang kecil-kecil ini.

3. Saya sempat merakamkan beberapa keping gambar-gambar pekan Kuala Tembeling (The Lost City) yang telah kita lupakan, yang telah pemimpin-pemimpin kita lupakan. Kita ada AJK Bahagian asal dari Kuala Tembeling, tetapi nampaknya hanya ingin memenuhkan tembolok sendiri saja. Habis seluruh keluarga dan adik beradiknya dapat rumah PAKR Tembeling. Itulah satu-satu jasanya kepada keluarga sendiri yang boleh dikenang oleh generasi akan datang.

4. Sila rujuk posting saya yang lalu; SECEBIS KENANGAN. Saya juga nak ingatkan kembali sebahagian Fakta sejarah mengenai Pekan Kuala Tembeling disini:
1) Dulu Kuala Tembeling hanya dihubungi oleh jalan keretapi.
2) Pelancong ke Taman Negara dulunya melalui Kuala Lipis dan menaiki bot dari sana
3) Pihak Taman Negara mengubah Kuala Tembeling sebagai pintu masuk ke Taman Negara dan pengangkutan bot bermula disini dan pelancong menaiki keretapi dari Kuala Lipis atau pun Jerantut.
4) Kuala Tembeling jadi pekan utama bagi penduduk pesisir Sungai Tembeling dan sebahagian dari Sungai Jelai.
5) Pekan Sahari Tembeling pada hari Selasa dihidupkan oleh penduduk pesisiran sungai berkenaan dengan aktiviti berjual-beli.
6) Apabila terbina jalanraya dari Jerantut dan ke Kuala Lipis, pekan Tembeling jadi lesu dan mati
7) Ramai peniaga yang tutup kedai kerana kemerosotan perniagaan.

5. Kita yang mendabik dada kononnya berjuang untuk rakyat, apa yang kita lakukan untuk memulihkan ekonomi penduduk Kuala Tembeling selama ini? Apa perancangan kerajaan? Ahli Parlimen? ADUN dan AJK yang dipilih?

6. Saya cuma menanya dan menunggu jawapan walaupun saya ada beberapa cadangan yang boleh diambil bagi membangunkannya kembali.


Yang tinggal hanya runtuhan bangunan dan sedikit kenangan..



Jika pemimpin kita benar-benar ikhlas membangunkan rakyat, 
pasti ada sesuatu yang boleh dilakukan untuk mengubah wajah pekan bersejarah ini



Di sinilah salah seorang dari AJK Bahagian kita dibesarkan, 
mungkin dia sudah lupa tetapi sejarah ridak akan melupakannya.



Arwah Datuk seorang pemimpin pemuda juga pernah tinggal disini. 
Cucunya memang tidak ingat kerana dia lupa sejarah



Perahu Kajang hanya kaku di tambatan



Siapa yang ingin menjual dan siapa lagi yang mampu membeli?



Generasi masadepan - mereka menggantung harapan kepada kita




Duluq banyok urag ilir mudik naek perau dari sinin. Urag ilir berakit bawok kerba dan getoh pun banyok juge yok? Pasir Tembang tu penuh urag tambat perau dimeq, tidur berkemoh de senun. Maseq neh, antu setan pon tork berapa nork datang, yok?

6 comments:

sri tribuana said...

Salam Sir UD,

Posting ong kali ini terutama gambar budak2 sekolah pakai ketayap tu mengingatkan aku kpd Hemingway dan generasinya yg dipanggil 'Lost Generation.'

uRag dRrulug said...

Salam STB,

yang menulis semua novel-novel besar Hemingway tu bukan dia sendiri, tapi akulah yang bantunya. Kalau kas tak campor....mana dia boleh jadi pengkarya agung? ( Hehehe! nak cuba memungkor juge siket, yok?)

~ Sir Lord uRag dRrulug

chenerong ular said...

jangan di chubaq chubaq weh nanti kelekat dat baru ong tau, memungkar ne bendaq nya sedap, melupoong jer hak urrang mendengarnya. hati kitaq besor jer urrang ramai mendengar.

usah lah ooi, tak menjadi ong nak memungkar ?, eerrr... kenyang amat neh, lepas jumaat tadiq balik kkumah,angkat tudung saji tengeok ada gulai rong ikan patin berampai paku,terung telunjuk,ubi kayu dan jering semai.

amenda ke lagi aku pun makan lah, sampai melileh peluk sedap amat,cukup dengan pedasnya.emmm.

Aku tengok gambar ong letak dalam posting turk teringat hakuk jaman kecik dulu, bila hilir ke kuala sampai jer ke muara sungai tembeling nampak doh rumah papan dua tingakt tempat hok aku selalu duduk, rumah zali mezah dekat itu juga ooh.tapi masa ne muram jer kuala tembeling? aku nak cari makan dulu lah york..... nok nok jual petai dengan musa....... wasallam

Anonymous said...

Salam tuan UD & MUT...,

Bila akurk tingok ong postingkan gambar sungai akurk pun ingat prujek akuakultur masih tork jadik lagi turk...

Loji Akukultur & Loji Nuklear – Pena Meleret.

Bhg. 3…

AKUKULTUR

1. Bagi tujuan tersebut Kerajaan Pusat telah meluluskan RM388 juta untuk membiayai pembinaan insfrastruktur asas seperti jalan ladang, ladang, sistem pangairan, bekalan letrik dan pusat pengumpulan hasil dalam setiap kawasan ZIA.

Proses kelulusan kawasan merupakan antara faktor penting yang akan menentukan sama ada projek HIP-AIZ ini merupakan satu opsyen pelaburan yang menarik kepada pihak swasta. Bagi melancarkan proses PERMOHONAN, Jabatan Perikanan dan Kerajaan Negeri telah bersetuju supaya proses permohonan kawasan ZIA boleh dibuat melalui “One Stop Centre” (OSC) sama ada di peringkat negeri atau pun Ibu Pejabat Perikanan, Putrajaya yang mempunyai semua maklumat kawasan, peta, syarat dan borang permohonan. Pihak Jabatan Perikanan sedang menyediakan pendekatan yang praktikal bagi memastikan pembinaan infrastruktur tersebut memenuhi keperluan pihak swasta dari segi kesesuaian fizikal dan tempoh pembinaanya.

NUKLEAR

2. Ada tiga sumber bahaya dari senjata nuklear;

i. Sasaran langsung – hingga menyebabkan kematian,
ii. Luka terbakar hebat atau luka lain yang terjadi dari jarak jauh,
iii. Debu radioaktif...

Segala2nya dalam radius tertentu akan lenyap kecuali dalam jarak jauh keadaannya berbeza. Banyak orang mendapat luka2 berat dan ada juga yang dapat diselamtkan. Kemalangan yang mungkin sengaja dicipta ini memerlukan rawatan segera seperti rawatan prosuder kemalangan biasa, kecuali kematian...

Pang5 Banir... rezeki Allah untuk hambanya dan berbelnja dengan jalan yang ikhlas…

Ri~Kuala Pengor said...

Salam Sir Urag Drulug dan semua,
Aku bagi ong 4 dari 5 bintang lah ong punya cerita kali ini. Syahdu aku melihat gambo2 dan terkenangkan pentingnya Kuala Tembeling. Tempat strategik pertemuan antara Sg Jelai & Sg Tembeling lalu terjadi Sungai Pahang...Sayu aku melihat keruhnya air Tembeling, keruh lagi air Jelai...menjadikan Sg Pahang, sungai yg terbesar dan terpanjang di Semenanjung Malaysia, berwarna apa?dengan alasan pembangunan untuk rakyat..soalannya sudah terbelakah rakyat?dgn kemusnahan sumber bekalan air yg mungkin di masa hadapan menjadi punca yg utama kepada seluruh rakyat Malaysia? Sejarah dulu, semua bebudak harus ke Kuala Tembeling untuk belajar, baik dari sisir sg Jelai dan Sg Tembeling...ramai bekas pelajar di SMKT ni yg berjaya..tak terpikir ke yg ramai org di hulu sungai ni cerdik...tak de pun IPTA/IPTS di daerah jerantut, walaupun ramai yg cerdik...hantar oversea dpt ilmu MEMUNGKOR aje..buatlah pusat kajian tempatan..supaya projek tak membazir, dan pembangunan di lakukan berdasarkan kajian pelajar/penduduk tempatan untuk masa depan TEMBELING(ADUN TAHAN).

uRag dRrulug said...

Salam semua sahabat,
terima kasih kerana terus memberikan komen di blog UD. Kita berkongsi segalanya disini, kenangan dan pandangan. Kerana itulah saya merasakan blog UD ini bukanlah blog milik saya sendiri tetapi adalah milik bersama, milik kita anak pesisir sungai Tembeling. Sebenarnya sya sudah terasa penat dan tekanan kepada menulis posting diblog ini, ada rasa ingin berhenti tetapi saya merasakan meneruskannya adalah menjadi tanggungjawab, justru dengan segala kepayahanpun saya akan tetapi teruskan menulis. Bagaimanapun sokongan dari saudara semua sangat diperlukan. Jika ada sesiapa yang berminat untuk menjadi penulis bersama sila emailkan kepada saya atau sekurang-kurangnya terus memberikan saya isu untuk dibangkitkan diblog ini. Jika ingin memiliki blog ini secara bersendirianpun akan saya pertimbangkan. UD, aku menulis bukan kerana nama!