'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Friday, May 7, 2010

SECEBIS KENANGAN




Dulu tak ada jalan raya. Kalau hilir-mudik ni semua ikut sungai. Nasib baik juga ada perahu penambang (bot panjang/ kajang). Biasanya masa hilir kami bawa hasil kampong dan hasil hutan untuk jualan. Masa hilir itu selalu kami naik rakit, beberapa malam dari Ulu Tembeling. Baliknya pula baru kami naik bot penambang.

Sampai di Kuala Tembeling, bagi yang ada sedara mara, akan tidur menumpang dirumah sedara mara. Jika tidak, kami akan tidur dalam perahu atau dipasir-pasir secara berkhemah. Pasir Tambang ni salah satu tempat yang kami anggap bagai syurga kami.

Hari yang besar sekali adalah hari selasa kerana pada hari selasa adalah pekan sari Kuala Tembeling. Banyaklah penduduk sepanjang Sungai Tembeling dan Sungai Jelai akan ke Kuala Tembeling berjual beli. Pada masa itu masih tidak ada jalan raya dari Kuala Tembeling ke Jerantut. Jerantut, Kuala Tembeling dan Kuala Lipis dihubungi dengan keretapi selain dari perahu kajang atau bot disel

Hidup meman susah tetap hati kami senang dan bahagia. Berapa ramai anak-anak Ulu Tembeling atau sepanjang alur Tembeling yang sudah menjadi orang besar? Berapa ramai juga yang sudah menjadi orang kaya? Cuma kadang-kadang mereka sudah lupa pada kesusahan semasa kecil dan semasa bersekolah dahulu. Kadang-kadang juga mereka lupa pada kampong halaman dan sedara mara di kampong.

Kadang-kadang kita juga lupa, siapa yang telah memberikan kemakmuran kepada kita selam ini sejak dari zaman merdeka? Kita lupa diri dan tidak berterima kasih kepada tangan yang telah memberi.


No comments: