'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Wednesday, May 5, 2010

Mewakili Rakyat

Dari Ulu Tembeling puncak air meleleh sampai ke Kuala Tembeling. Ini suara yang ingin aku bawa. Suara rakyat yang sebenarnya. Aku 'Orang Di Hulu'akan membawa suara-suara yang sudah hampir tidak kedengaran lagi ini. Suara-suara rakyat yang terpinggir yang tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam parti UMNO dan Belia ataupun tidak dilantik sebagai Ketua Kampong mahupun sebagai AJK JKKK.

Terima kasih kepada blog Suara Prihatin UMNO Jerantut yang mempelawa untuk aku memasukkan blog ini di link blog SPU. Sebenarnya aku sudah ada blog lama dulu tetapi masalahn ya tidak dapat menarik ramai untuk membaca. Apalah sebuah blog yang tidak ada pembaca.

Harap SPU akan jujur dalam mengetengahkan blog-blog di Jerantut ini untuk dikenali ramai dan seterusnya menarik golongan pembaca. Blog ini, seperti yang dikatakan tadi akan mewaakili suara rakyat dari hulu ke kuala dalam menyuarakan mengenai politik dan isu semasa. Kami tidak dapat mengharap lagi kepada Wakil Rakyat kerana wakil rakyat hanya menghampiri orang tertentu sahaja yang dia ada kepentingan. Kami juga tidak dapat mengharapkan kepada UMNO Kerana UMNO hanya menghampiri kami apabila tiba musim pemilihan parti.

Kerana itu kami perlu ada suara kami sendiri. Kami bukan cerdik dan bukan pernah menuntut diluar negeri, tetapi jangangal terlalu mudah menganggap kami mudah ditipu begitu saja.


No comments: