Ada banyak pandangan mengenai politik Jerantut ini. Semuanya nampak celaru dan tentu ada banyak tangan-tangan yang cuba memainkan dan menentukan corak politik Jerantut ini sendiri.
Ada pihak yang hendakkan Ahli Parlimen sedia ada disingkirkan dan digantikan oleh mereka atau kalangan mereka. Namun kumpulan yang lagi satu ingin mempertahankannya, bukan kerana menyukainya tetapi kerana calon mereka masih belum bersedia atau apa yang mereka kata 'buah mereka belum masak atau matang'. Sekiranya jawatan berkenaan bertukar tangan maka tentu susah bagi mereka merampas semula atau harus menunggu sehingga 3 atau 4 penggal lagi, dengan menyokong ahli parlimen sedia ada ini tentu penantian mereka tidak lama sekadar sepenggal saja. Begitulah percaturan politik yang dirancangkan.
Mereka juga sudah berkira-kira siapa akan mereka tonjolkan untuk DUN Tahan dan DUN Pulau Tawar nanti. Semuanya ada tersedia. Kerana itu kita merasakan bahawa kita semakin hari semakin panas, bukan akibat kepanasan global tetapi akibat percaturan politik yang berkepentingan.
Kumpulan DUN Damak @ 'Damak' yang diketuai 'Godfather', selama ini tidak pernah memberikan perhatian kepada KW nampaknya sejak kebelakangan ini sudah selalu menjeling-jeling, bermain-mata dan bertegur-sapa. 'Penghulu Abai' yang tidak pernah ke pejabat KW dulu, sekarang ini sudah rajin melawat dan macam nak berumah-tangga disitu. 'Godfather' nampaknya sedang menggerakkan jenteranya. 'Batin Garuk' juga nampaknya sudah sedia menggalas sumpit untuk berjuang. 'Panglima Hitam' juga turut membantu, dia ni orang kuat dalam belia 4B dulu. Sekarang ni dah tak ada apa-apa jawatan selain dari melukut ditepi gantang.
Buat masa ini sasarannya adalah kepada mereka yang cuba memancas KW. 'Dato' Setia Tidak' dan 'Dato' Gajah Gading' harus sudah membaca gerak itu dan sepatutnya sudah bersedia bertindak balas. Sarang tebuan kenapa dijolok? 'Wanita kedua' juga selalu terlibat dalam operasi memancas KW oleh 'Dato' Setia Tidak' dan 'Dato' Gajah Gading' ini pun patut bersedia untuk menerima balasan, atau cepat-cepatlah berpaling kebelakang dan mohon ampun dari KW sebelum dipergunakan lebih banyak lagi pihak musuh. Saya rasa masih ada waktu untuk berpaling bagi 'Wanita kedua' ini.
Membaca blog SPU dan menemui blog Melayuraya Daily menulis begini; Dato' Azizan ada dimana-mana...!!!? Mungkin benar bahawa Dato' Azizan juga ada dibelakang 'Wanita Kedua' ini? Dalam politik Jerantut memang banyak tangan-tangan hitam yang sentiasa cuba memandu kearah yang mereka kehendaki. Soalnya, setakat manakah kepintaran ketua-ketua cawangan dan perwakilan yang akan memilih nanti? Apakah mereka memilih atas kesedaran dan keinsafan mereka dengan rasa tanggungjawab atau atas arahan tertentu atau pun kerana RM yang ditawarkan? Bebaskah UMNO dari rasuah politik dalam pemilihan akan datang?
Dalam pemilihan lalu, yang kalah berkata mereka kalah kerana tidak melibatkan diri dengan politik wang sedangkan yang menang juga menafikannya. Yang menerima beribu-ribu ringgit dan mengkhianati bangsa dan orang kampong menggeleng kepala sambil berkata mereka tidak mendapat apa-apa. Mudahnya menipu dalam dunia ini.
12 comments:
Wah tajam sungguh permerhatian saudara. Maaf yer, blog saya tidak dpt menulis ttg Jerantut, nak tau maklumat harap ke deme2 ni la
Aok!!
uRag dRrulug,
saya sama seperti Sri Tri Buana tidak menulis tentang politik Jerantut kerana sudah tidak faham apa yang berlaku
ke2. Saya ada menulis kepada blog KW wanita secara terbuka menyatakan pendirian saya bahawa wanita mesti bersatu dan mengelakan wanita dari di racik2 oleh pihak yang ingin melihat mereka berpecah2.sila sdr lawati laman KW. Terpulanglah samada saya ditafsir ikhlas atau tidak.
keseterusnya, gambar sdr itu bagi lah yang terang supaya bertanding mudah menang.
akhirnya, saudara ada bakat besar dalam berkarya, kembangkanlah potensi itu TQ.
Terima kasih Wan Shahrir dan Dato' Azizan keran sudi datang membaca blog saya yang 'jihek' ini. Saya menulis dah bukan kerana nama atau apa, cuma kerana marah dan geram terhadap UMNO Bahagian yang sudah hampir musnah. Pemimpin-pemimpinnya memang patut dihantar ke pusat pengumpulan barang-barang lusuh untuk pelupusan. Gambar saya tu insyallah akan diganti jika saya ada hasrat nak bertanding AJK nanti, boleh ke agaknya?
Salam UD,
Saya setuju dengan pandangan Dato' Azizan itu, kadang2 orang tak nampak bakat dan kelebihan yang ada pada diri kita, bahkan kita sendiri kadang2 juga tidak tau apa kelebihan yang kita ada. Tapi yg jelas, awak bagus menulis politik Jerantut dan banyak pengetahuan mengenainya mungkin kerana pengalaman berkerja dengan orang politik dahulu. Apapun teruskan usaha ini.
Salam urag drulung.Rasanya urag drulung ni dulu pernah jadi ajk pemuda bahagian rasanya.Nampak macam tau benar keadaan politik di jerantut ni.
Blog yg boleh beri input yg baik utk Jerantut selain blog SPU, Menyegar dan N9.
keep it up guys
terima kasihlah atas pujian dan pandangan, baru mula berblog, memang perlu bnyk tunjuk ajar dari yg lebih berpengalaman. Blog SPU ni Dato' Azizan punya juga ke selain Melayuraya Daily dan Suara Majlis? Wah, memang hebat. Saya akan ikut serta, jika diizinkan.
SDR URAG dRrulug
Tak payah lah sakitkan dato' azizan kan dia dah cakap dia tak tulis politik jerantut. kami percaya sebab kami ikuti blog dia bahasa dia gak lain.
dah geharu cendana pula
dah tau betanya pula.
bukankah spu tu cik adek punya?
hey! bukan maen kuak urang dato' azizan ni, usek ket dan bingkas nak melawan, hehe jangan buat deras amat kome tak besedia lagi neh
takan hilang dato azizan di jerantut. Semua kena ingat didlm musuh beliau pun ada org yg kuat dan taat setia kpd nya. Gelombang kuat makin melanda.
akuk memang bertatih dlm pulitik jerantut ini dengan dato' azizan, pada pendapat akuk adalah sangat rugi kalau urang jrantut meninggal dan melupakan dato azizan dalam politik jerantut ni.., lenggok tarinya begitu elok sekali untuk kita timba pengalamannya yang pernah bergiat di peringkat bahagian dan nasional..
Post a Comment