'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Thursday, May 6, 2010

KAMI HENDAK AHLI PARLIMEN JADI MENTERI

Selalunya Ahli Parlimen Jerantut ini memeggang jawatan menteri. Kalau tak menteri penuh pun sebagi timbalan menteri. TBM Tengku Azlan dulu menjadi timbalan menteri tetapi sekarang ini tidak lagi sebab beliau menolak perlantikkan Pak Lah yang masih mengekakalkannya sebagai timbalan menteri.

Tidak lama lagi PM akan merombak kabinetnya. Tentu PM tak sabar untuk menukar menteri-menteri yang diwarisi dari Pak Lah untuk menjadikan kabinet yang baru nanti sebagai kebinetnya sendiri.

Cuma kami berharap agar PM tidak akan melupakan Jerantut ini. Kami hendak wakil kami akan menjadi juara rakyat kepada kami yang akan menyuarakan segala hasrat kami. Jerantut mungkin satu-satunya kawasan pedalaman di semenanjung, jika tidak wakil rakyat kami yang bersuara siapakah yang akan dapat mendengar suara kami?

Kami berharap agar PM mendengar suara-suara halus kami dari pedalaman ini. Kami harap PM akan tunaikan hasrat kami. Ahli Parlimen kami sudah nampak banyak berubah dan sudah rajin mendekati rakyat. Cuma Ahli Parlimen kami ini harus juga berjaga-jaga dan jangan terlalu percaya kepada pegawai-pegawai dikiri-kanannya yang hanya berniat mencuri hak rakyat dan memusnahkan dirinya.

Rakyat melihat, mendengar dan menyimpan didalam hati. Segalanya akan diterjemahkan pada PRU13 nanti. Kami orang-orang di Ulu Tembeling lebih berharap kepada Ahli Parlimen dari ADUN kami sendiri.

4 comments:

SPU said...

Salam, menarik tulisan ini. Nanti akan diulas dan panjangkan dalam blog SPU.

Anonymous said...

Kome sukung cadangan Tenku Azlan jadi menteri sebab dia anok raja negeri kome ni. Hidup Tenku Azlan.

sri tribuana said...

Terima kasih linkkan blog kawan. Jadilah follower

Anonymous said...

berapa penggal ku lan jadi timbalan menteri? tak cukup lagihkan beliau menyuarakan rintihan, keluh kesah orang di ulu atau langsung tak ada dibangkitkan. Sepanjangt pengetahuan saya, ku lan ni seorang yang langsung tidak menyentuh hal-hal kawasan dia sewaktu di parlimen. tak perlulah diberikan jawatan menteri kepada dia, terlalu tinggi bagi orang sepertinya