'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Friday, May 14, 2010

ORANG KAMPONG KUALA TAHAN DILIWAT POLITIK OLEH PEMIMPIN UMNO



Semalam blog Suara Prihatin UMNO Jerantut menulis tentang blog Berita Pemuda UMNO Jerantut yang menulis memohon siasatan segera mengenai surat layang dijalankan. (Klik baca sini) .

Yang sedapnya dalam blog berkenaan mengatakan bahawa kebanyakan isunya adalah mengenai permohonan tanah oleh Ketua Pemuda yang jumlah keseluruhannya lebih kurang 300 ekar, di merata-rata tampat di seluruh Jerantut ini.

Di Kuala Tahan atas nama Tanah Projek Pembangunan Bercampur jumahnya adalah sebanyak 50 ekar. Apakah orang-orang Kuala Tahan tahu bahawa mereka telah diliwat? Apakah Tok Empat sedar atau terlibat sama dan memiliki sahamnya?

Lepas ini Tok Empat dan orang-orang kuat KP kenalah fikir semula kerana tanggung-jawab kepada masyarakat adalah besar. Bersubahat dengan kemungkaran besar dosanya, kalau tak jawab didunia ini kena juga jawab dineraka nanti.

Rasanya patut kita hebahkan kepada seluruh penduduk kampung agar kita tidak bersubahat dengan kemungkaran. Tapi mungkin orang-orang kuatnya yang dah diberi makan akan tetap menyokong KP dan berkata bahawa ini rezeki dia dan dah memang patut. Jadi, apa bezanya antara Pas dengan UMNO? Bila kita HALAL, bila orang HARAM - pemimpin UMNO pun memang macam pemimpin Pas - HARAMJADAH!

22 comments:

Anonymous said...

Salam huhu.. semua org politik sama saja haram jadahnya

Anonymous said...

kalau benar kp tidak merompak tanah kenapa beliau sendiri tidak membuat laporan polis, jadi di sini kami semua nampak ada sesuatu yg tersembunyi. Maka dengan itu sy sebagai anak jerantut tidak akan menyokong pemimpin sebegini, ayuh pihak pihak sb sb politik siasat perkara ini benar atau tidak apa yang berlaku ini.daripada: mahukan kesasihan.

Azizan Yaakob said...

Urag dRrulug

Saya tidak ada blog lain selain dari Melayurayadaily dan Suara Majlis. Saya juga tidak menulis mengenai hal ehwal politik Jerantut.

2. Blog spu bukanlah milik saya kerana jika saudara perhatikan blog spu adalah diuruskan oleh orang yang jauh ada pengalaman dalam hal ehwal bloggers. Sedang saya baru bertateh sejak tiga bulan yang lalu.

terima kasih

Anonymous said...

Begitu feil atau perangai pemimpin itu!. Kesian orang tempat tempat awak. Tapi ini bukan fitnah ke bertujuan untuk menjatuhkan pemimpin itu. SPRM ada, khabar lah!

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam, anda perlu melakukan kajian mendalam tentang apa yg anda perkatakan. Carilah maklumat yg secukupnya utk dibuat analisa. Jangan terus buat kesimpulan secara emosional. Berfikir dulu sebelum buat kenyataan. Terimakasih dari saya orang yg lebih 'Urug Drrulug' dari anda.

uRag dRrulug said...

WZWH, tulisan diblog ini diambil dari blog Suara Pemuda UMNO Jerantut, awak tak baca ke? Jadi sebelum salahkan saya kenalah salahkan blog itu dulu. Kalau sdr ada pandangan lain lebih baik sdr tulis diblog sdr sendiri supaya orang akan baca penafian sdr tu, ada berani buat blog sendiri?
Dato' Azizan, bukan main orang2 awak, usik sikit dan bingkas menembok kami. Saya ingat blog SPU tu Dato' yang punya juga sebab dato' ada banyak blog, mana lah tau kan, kalau dato' nafikan saya minta maaflah sebab saya ni lagilah baru belajor berblog. WZWH tu langsung tak nak belajor..hehe

uRag dRrulug said...

Khusus utk WZWH, sumber tulisan saya dari blog Suara Pemuda UMNO Jerantut, bukankah itu blog pemuda UMNO? Jika salah maklumat saya maka salahlah maklumat blog pemuda UMNO itu, suruh lah mereka buat kajiajn terperinci serta analisa yang cukup dengan faktanya. Jika blog pemuda nampak bodoh bagaimana pemuda UMNO akan respect pemimpinnya nanti? Memimpin harus cerdik dan nampak cerdik.

Anonymous said...

Salam. Bagaiman nak cerdik dan nampak cerdik? kalau sememangnya sudah tidak cerdik?

Anonymous said...

Betul kate Urag dRrulug, makna nye terok benor ye, segala macam dia buat, yang aku heran kenape minta orang lain buat penjelasan, penjelasan apae nya. Itu lah makna matlamat nak jawatan.

uRag dRrulug said...

ha oih! hok ni katek dimeh, bukan nye katek akuk. urag macam kumerh nih pek berisik.

uRag dRrulug said...

...one-one, no bileng...kahkahkah

Anonymous said...

uRag dRrulug,

Kau cakap ape tu, xfaham aku. Belek dalam kamus tak ada perkataan itu.

WAAMI said...

UD..

Ingin aku meningkah WZWH, tak usahlah campur kalau sama2 menjahanamkan Urag Drrulug.Om penasihat, om pun sapu juga. Om siasatlah sendiri. Om baik dengan pejabat tanah.Om tau tapi om nak tegak benang basah. Eluk om repot polis mintak siasat biar pembuat surat layang tu kena. Kalau om tak berani maknanya ada benarlah surat tu. Kalau benar bukanlah surat layang.Kalau orang buat surat tu tak kena orang dalam surat layang tu kena jadi macam anwar ibrahim dulu lah. Om duduk diam je . Om nasihat berita pemuda tu cukup.Om ingat aku tak tau.

uRag dRrulug said...

WZWH,
kume tau awok keturunan bendahara dan kami keturunan marhaen, tapi kalau tak ada rakyat macam kami ini awak nak jadi bendahara atau raja pun tak berguna kalau tak ada rakyat. Kalau bangga sangat juga jadi sajalah 'Rajalinggam' atau 'Rajagopal'. Kami urang drrulu yang memang duduk di ulu tapi awak mengaku orang di ulu tetapi tak pernah membesar dan balik ke ulu pun.

Anonymous said...

WZWH,
Jangan nak berlagak kerana awak yang mengendalikan blog Berita Pemuda UMNO Jerantut tu, kami semua tau tetapi jangan nak hina blog kecil macam ini kerana ini adalah suara akar umbi. Kami tak usik blog awak kenapa awak nak usik blog kawan kami? Kami tetap akan sukung blog urang drrulug ~ budak kg samas

Anonymous said...

WZWH,
Sdr yg perlu lakukan kajian mendalam dan mencari fakta bagi menepis tohmahan samaada di blog lain atau di blog sdr sendiri (blog Berita Pemuda UMNO Jerantut)kerana jika tidak mampu lakukan itu bermakna tuduhan itu memang berasas dan bukanlah fitnah semata-mata. Jangan sokong membawa rebah dan tak mampu pertahankan bos sendiri. kami tau dan sudah melihat kebenaraan yang nyata dihadapan kami ~ mat dilu kg. rangoi, tembeling tengah, jerantut pahang

Anonymous said...

Salam.Urag Kuala Tahan tak kisah YB ambik tanoh tu.Sebabnya orang kome pun dapat jgk habuannya.Agokyalah. Oklah tu dari tak dapat langsung

Anonymous said...

SPRM mana nak kisah kalau org BN, kecuali org ats BN sendiri yg arahkan untuk jatuhkan.. ini kenyataan. yg dah keluar dlm Utusan pun x peduli. mcm isteri tuntut harta suami yg terlalu byk...mungkin drp rasuah... siasat lah..

Anonymous said...

aku ni neutral, tapi x suka tgok sikap polis kita. berat sebelah.. SPR, SPRM pun sama.. please lah. aku teringin mahu tgok keadilan dan biar rkyat dpt berfikir dan memilih dgn baik.

Anonymous said...

memang ahli politik sama je,, kecuali yg perjuangkan islam....

sri tribuana said...

kalau PAS lah yg perjuangkan Islam pelik la sbb di Sibu DAP tohmah Islam bagai nak rak tapi bila calon DAP menang PAS senyum jer, siap solat hajat minta kafir harbi mng

Anonymous said...

Pas mmg penjahanam bangsa Melayu dan Islam. Pas mmg tak boleh pakai, sokong Pas sama sokong kafir harbi juga, Pas parti kafir