'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Tuesday, May 25, 2010

TIBA-TIBA PENCACAI MENYALAK


Tiba-tiba blogger ini menyalak sebagai pencacai! :

Ramai orang politik Jerantut tertanya-tanya siapa sebenarnya penulis Blog Berita Pemuda UMNO Jerantut(BPUJ)? Sila bacahttp://beritapemuda.blogspot.com/2010/05/loji-nuklear.html ini. Kerana mereka telah lama mengenali personaliti,perwatakan,adab budi bahasa,profesionalisme ilmu, kesetiaan kepada parti dan ketua,sahsiah WZWH yang sebenar. WZWH tidak sekali-kali akan memperlekeh penduduk Hulu Tembeling yang 99.99% adalah darah dagingnya, tanah tumpah nenek moyangnya beratus tahun bersejarah,apa lagi mahu memindahkan penduduk Hulu Tembeling dan menganggap mereka sebagai membebankan wakil rakyat. Adakah logik WZWH meninggalkan dan menidakkan masa depan penduduk Hulu Tembeling sedangkan WZWH adalah pemimpin pelapis harapan Hulu Tembeling yang suatu hari nanti akan memimpin UMNO Jerantut ini.
...dan mengaku pemimpin pelapis? kehkehkeh! masuk bakul angkat sendiri, ada semacam tidak tahu malu dan tidak berkemaluan..(?) Kerana pada hakikatnya pemimpin bukanlah kita yang mengangkat diri sendiri tetapi kita diangkat oleh rakyat bawahan....hehehe

Penulis blog BPUJ adalah seorang yang tidak beretika, tidak profesional, keji, berniat jahat terhadap WZWH,YB Dato' Wan Amizan KP Pemuda UMNO Jerantut merangkap ADUN Tahan, EXCO Pemuda UMNO Malaysia dan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jerantut dengan menyamar identiti dan profile WZWH bagi tujuan memburukkan, menjatuhkan kredibiliti, memfitnah YB Dato' Wan Amizan yang KPInya sungguh cemerlang membangunkan DUN Tahan dengan peruntukan projek-projek beratus-ratus juta mencurah ke DUN Tahan. Setakat hari telah lulus peruntukan sebanyak RM260 juta di DUN Tahan.
Ada kredibiliti ke pemimpin ini? Ada maruah ke dia? dengan berbagai kes-kes tertunda termasuk permohonan tanah dan berbagai penyelewengan lain....

Penulis blog BPUJ juga berniat jahat, memburukkan, menjatuhkan kredibiliti, dengan cerita-cerita "half truth" separuh benar dan ditokok tambah kerana dengki dengan usaha WZWH mahu bawa projek berbilion-bilion ke Lembah Tembeling.
Ya! WZWH mampu bawa berbillion ringgit ke Ulu Tembeling kerana dia pembuat keputusan yang setaraf dengan PM Malaysia, hehehe, kalau orang-orang Pas baca, mana kita nak letak muka, kahkahkah

WZWH mahu memberi amaran kepada penulis blog BPUJ bahawa perbuatan ini menyalahi Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia. WZWH akan ambil tindakan undang-undang jika penulis blog BPUJ masih meneruskan aktiviti-aktiviti "subversif komunis" menghancurkan, memporakperandakan Pemuda UMNO Bahagian Jerantut dan UMNO Bahagian Jerantut.
Yang ini semua blogger seluruh negara dan seluruh dunia mesti ambi perhatian dan takut yang amat sangat kerana ini satu amaran...ibarat kata ...kena takut sampai terkencing-kencing dalam seluar, kahkahkah...maaf nak tergelak dulu lah

WZWH berharap rakyat Jerantut terutama komuniti UMNO Jerantut mendapat gambaran yang sebenar siapa itu penulis blog BPUJ yang sebenar itu BUKAN WZWH tapi "penyamar media baru". Ada orang di belakangnya yang turut bertanggungjawab menyebar surat layang yang tidak bertanggungjawab. Itu media lama kerja orang lama.
Berapa ramai orang UMNO yang baca blog? Kebanyakan pemimpin UMNO masih goblok dan tidak melihat blog sebagai alat komunikasi penting. Jadi orang UMNO tidak akan tahu apa-apa wahai WZWH....keh...keh...keh

9 comments:

Anonymous said...

wan zuri tu pencacai pengangkat najis dato dompok je

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam uRag dRrulug,
Saya boleh membuat kesimpulan bahawa saudara bukan orang uRag dRrulug yang "genuine" kerana anda tidak ada semangat budaya Tembeling. Saudara sebenarnya tidak faham budaya dan buta sejarah Tembeling. Anda hanya menggunakan simbol uRag dRrulug untuk mengaburi orang Ulu-Tembeling. Perjuangan anda akan sia-sia tidak diberkati orang tua-tua Tembeling. Kalau itu cara anda teruskanlah perjuangan anda. Anda berhadapan dengan "The Last Defender of Tembeling People". Semoga anda beroleh jalan yang benar.

uRag dRrulug said...

hakikatnya; saya lahir diulu tembeling, belajar dan menimba pengalaman kehidupan diluar namun hati dan jiwa sentiasa memikirkan bagaimana mampu merubah keadaan supaya dapat bersama maju seperti diluar sana. WZWH bukan lahir di ulu tembeling dan bukan membesar disana namun kununnya berjuang untuk orang disana, ini perjuangan pura-pura dan tidak akan mendapat berkat.

Anonymous said...

Kume setuju ngan anon atas nun, wan zamzuri nik cumek pencacai angkat taik dtuk dumpuk sajek. Kunun mendek diek mencarut ckp umputih 'last defender of tembeling people' tuk kalu nok bagi nuklear ke kumek uluk tembleling nik, nak suruh kenek radiasi kek? mampus la kumek 7 keturunan kenek cancer, uluk temeling jadik padang jarak padang terkukuk. Kume kenai amat mak om ni zurik, om tuk lahir dek lepeh, pasai ngakuk urang drulug? Om ngan datuk boroi bukan urg drulug, om ngaku jerk, mmg mak ngan engku om urg drulug om tak besar dek senun pun, kalau mudik om lyn sedara marek om puak cik wan jerk, sakai2 mcm kumek ni mana om nak layan.

Musa Kumil

Anonymous said...

hah oihh!! kerayan lah dah samapi encik musa kumil pun dan berbunyik, tak tau lah aku nih mende kome ni orang de tembeling tengoh je tak tetau hal derulu tembeling nun. apa -apa pun, bantailah gon sama gon tu.

pok de pilus,
pasir sia

Anonymous said...

Nampaknya etih lah WZWH menjawab ye? Tulah, ong bukan nye urag drruug, ong mengaku je urag drruug pas tu ong sibuk membangga diri ong dan keturunan ong aje, ong anggap kome ni puok sakai ke? Siapa yang endak ong jadi pemimpin kome? ong saja yang mengaku pemimpin pelapis. Selagi ong main dua belah pihak ong tak akan berjaya. depan dompok ong puji, belakang entah apa ong kata dalam blog..

jek pleng

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam saudara Anonymous,
Boleh tanya? Kenapa saudara banyak pakai nama watak-watak tertentu. Banyak buat posting komen tapi orang yang sama ekekekekeke. Kat semua blog Jerantut ada nama Anonymous. WZWH adalah "sebatang Sungai Tembeling" dari Ulu Tembeling, Tembeling Tengah, Kuala Tembeling. WZWH adalah "BRAND TEMBELING". Tq.

Anonymous said...

butuh lah w.zamzuri..!!...
Pendekar Pahang yg jadi 'apit lempang' pembesar Pahang dari dulu sampai skrg...sekor abuk pun bukan nama wan.
Jadi, jgnlah perasan diri tu hebat!
Kalau takde org2 mcm tok gajah, tok bahaman, mat kilau , mat lela dll jgn haraplah keturunan wan boleh senang lenang masa ni..!
Sedar ke diri la skit woi..!!!

uRag dRrulug said...

Salam, saya nak beri amaran kepada anon 5:18 bahawa saya tidak akan agi menyiarkan mana-mana komen yang menggunakan kata-kata kesat selepas ini, harap maklum dan faham. Bagaimanapun komen kali ini saya lepaskan kerana ada fakta menarik utk dikongsikan bersama.