Gambar hiasan: Sebuah jalan yang rosak dan merbahayakan pengguna
Semasa balik kampong dulu saya melalui jalan Tembeling Jerantut. Banyak jalan yang pecah dan rosak tentu merbahayakan keselamatan pengguna terutama pada musim hujan begini. Dekat kawasan perumahan pemindahan banjir di Kuala Tembeling lubangnya sangat besar dan dalam. Jika ada kereta yang bergerak lagi menuruni bukit tentu akan termasuk kedalam lubang berkenaan dan mengundang bahaya. Mungkin pemandunya akan mengelak lubang tersebut disaat akhir tetapi bagaimana jika dihadapan ada kenderaan lain ataupun motosikal? Tentu akan berlaku kemalangan yang mungkin mengakibatkan kemalangann jiwa.
Menuruni Bukit Atap dari Kuala Tembeling juga begitu, di kawasan pertengahan bukit dan diselekoh. Lubang yang dalam ini boleh dijadikan kawah semasa kenduri kawin, agaknya! Jurutera JKR Daerah tidak nampak kah? Atau ini diluar bidangkuasa? Atau tidak ada bajet atau tidak "masyuk"! hehehe Atau kena tunggu sampai kemalangan mengakibatkan kehilangan jiwa baru tindakan akan diambil? Penjawat Awam dan Penguasa peringkat Daerah adalah bertanggungjawab terhadap nyawa rakyat kerana mereka berkhidmat untuk rakyat. Jika kemalangan jiwa berlaku kerana kecuaian dan kealpaan mereka, mereka akan dituntut di akhirat kelak.
Yang berhurmat dork dingok? Ke dork napork ulas matenyeq? Ke sedap amat kerite hark yang dieq naek tu sapai tarok rase lubang? Ke mimang suke masuk mane-mane lubang? Hark sepit ke hark lunggor ke tarok bekireq lalu! Hai Oihh! Kerayanth sungguh yok?
6 comments:
JKR memang macam tu. Di Bentong pun sama. Jalan sampai hancur lebur dibuatnya. Apabila ditegur Yb Bentong yang juga ahli Parlimen barulah terkecoh kecoh mengeluarkan tender repair jalan.
Dan tak lama dulu JKR turap jalan. Kualiti macam haram. Boleh dilihat jalan dihadapan Majlis Pembandaran Bentong. Turap jalan macam tampal gigi berlubang. Tak senonohnya kerja.
Kalau lalu di Bentong, tengok jalan cantik itu kerja kontraktor. Memang elok. Tapi kerja JKR memang haram.
Patut dah dinaik taraf jalan kuala tembeling-jerantut tu. Ia dah jadi jalan utama menghubung KL - Jerantut.
Projek bilion boleh buat, tak kan itu pun tak boleh. Tak penting ke jalan KLepih - Jerantut tu.
Salam saidara UD, jika berlaku kemalangan, melibatkan kehilangan nyawa juga kerosakan harta benda di sebabkan lubang di atas jalan,tok kira lubang besar ke lubang sempit, janji lubang?,TIDAK PULA DI LETAKAN TANDA AMARAN AWAS LUBANG SEMPIT/LUBANG LUAS DI HADAPAN, PERLAHAN KAN KERETA ANDA. tork payoh tunggu tuntut di akhriat, Boleh membuat tuntutan di atas dunia nek terus, dengan membawa kes ke MOHKEMOH terus, dengan syarat lapuran polis hendaklah di buat.
Tuntutan ganti rugi boleh di buat,jika nok sedaplagi ambil peguam KARPAL SINGH , JANGAN AMBIK KAPAL API?, BERES SEMUANYA, KETAQ LAH BATU BATU SIAPA YANG BERTANGGUNG JAWAB, WALAU PUN YANG MENGELUARKAN DUIT PAMPASAN NANTI ADALAH PEHAK KERAJAAN JIKA KES KITA MENANG.
Tapi yang semulek muleknya yok?, selangara lah kemudahan awam yang di sedikan oleh kerajaan mengikut jadul, jangan tunggu terjadinya sasatu musibah baru lah kita kelam kabut mengata itu tak betul, ini tak betul, macam macam undang baru nak kita gubal serta merta,untuk mengelak trajidi berulang.
tapi sayang selang beberapa bulan balik asal, PI MAI, PI MAI TANG TU JUGAK?. TOK RETI LAH HAKUK.
mungkinkah sebab tak disertakan pengerasnya? tak masyukkk agaknya, hehehe
Salam Sir Urag Drulug dan semua,
Pasal jalan raya rusok ni, cuba kite tingok ape punca utamanya:
Luri balak, luri kuntrek dan lain-lain luri....kalo setakat mutor kapcai-Harley davidson, kereta pruton saga-Mercedes YB..taknye jadik berlubang jalan tuh...cuntoh jalan dr Kole Tembeling-Jerantut..aku ingat zaman aku sekuloh di Tembeling lagik..jalannya rusok sokmo seboknya balok tak abih2 keluor lagi sampai ke hari ini(Jalan Kole Tahan-Jerantut juga)..Gon pikir, JKR kena kluar ke tender setiap tahun , malahan setiap bulan utk membaiki jalan?..yang kenyangnya kuntrekter,,tempat kite yg terlibat dgn pembalakan pun kenyang...pusing-pusing pun deme yg kaye..kerat balak utk buat jalan,,lepas tu dapat kuntrek utk bela jalan...duit rakyat abih gitu aje laaaaaa!..lagipun gun tinguk masa deme bela jalan time urang beso nak dtg aje(raje,PM,MB dan lain2)dan sebelum pilihanraya...hmmm pikirkan JKR/ politik yg ada kuasa pasal jalan?
Terima kasih orang Bentong (Pendekar Melayu) kerana sidu dtg ke blog daerah pedalaman Ulu Tembeling ni. Sila datang lagi, kiteq bukan urag laen, kiteq sedareq yok? Hehehe
Post a Comment