'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Saturday, November 6, 2010

INILAH PILIHAN, JIKA WAKIL RAKYAT BETUL-BETUL NAK BERBAKTI



Saya menulis mengenai wakil rakyat yang tidak perform. Ini bukan hanya kepada Tahan, tetapi Pulau Tawar serta Damak dan juga Jerantut. Janganlah Pulau Tawar boleh senang hati kerana UD tidak menyentuhnya selama ini. Sebenarnya UD juga tidak berapa 'sukakan' Pulau Tawar ni sejak dulu lagi. UD masih ingat kes mengenai balak JKKK dibeberapa tempat. Jadi janganlah Pulau Tawar nak cuba senyum-senyum kambing dengan UD. UD sombong dengan Pulau Tawar sebab dia pun sombong dengan UD dulu. Mungkin dia lupa satu ketika UD memohon sesuatu darinya dan UD datang dengan 'Sarif Kasut' jumpa dia di Simpang Mentakab. UD simpan ingatan itu.

Respon dari tulisan UD itu serta reaksi semasa dari pilihanraya kecil Galas, ada orang menulis diblognya 'Tunaikan janji - Janji BN itu harapan dan kehendak rakyat'. Baru sekali ini lah UD bersetuju dan menyokong tulisan beliau. Selama ini beliau hanya menulis tentang mimpi dan angan-angannya dari dunia 'surealisma' beliau saja.

Memang patut wakil-wakil rakyat menyemak semula semua janji-janji mereka kepada rakyat semasa kempen PRU dulu dan menunaikannya. Tidak terkecuali bagi Jerantut, Tahan, Pulau Tawar dan Damak sebenarnya.  Tapi bagaimanapun dalam kes Tahan dan Pulau Tawar, tidak usahlah mereka bersusah payah menunaikan janjinya, kerana walau apapun rakyat sudah menolak mereka jauh kerana gagal perform dengan baik dari dulu. Anggaplah ini masa bersukaria semata-mata kerana selepas ini jangan lagi berharap untuk menjadi wakil rakyat lagi. UD akan PASTIKAN mereka tidak dicalonkan dalam PRU akan datang kerana kegagalan mereka berkhidmat untuk rakyat. Mereka hanya berupaya berkhidmat untuk diri sendiri serta kroni sahaja selama ini.

Bagaimanapun, jika Tahan dan Pulau Tawar benar-benar ingin berbakti untuk rakyat dan disanjungi rakyat, hanya satu cadangan UD, apa yang mereka boleh lakukan dan akan mendapat penghormatan rakyat. Soalnya apakah mereka berani lakukan ini?

Kita sedar bahawa setiap PRK kerajaan akan mengeluarkan belanja besar dan menjanjikan pembangunan yang besar juga untuk rakyat. Jika Tahan dan Pulau Tawar benar-benar ingin berbakti dan jika mereka benar-benar berani, letaklah jawatan untuk bolehkan adakan PRK. Sudah tentu kerajaan akan berikan peruntukan besar kepada rakyat setempat. Hanya itulah bakti yang mampu mereka lakukan, kerana selama ini mereka tidak mampu lakukan apa-apa pun yang boleh membanggakan rakyat. Yang mereka lakukan hanyalah apa yang membuatkan rakyat mencemuh mereka.


Bile yok? Tahan dan Pulau Tawar nak lepaskan jawatan? Ade PRK banyok larh kite dapat prujek. Tetu lebih adil. Tidak larh asyik-asyik Wan itu hajeq yang dapart prujek sebab kruni YB. Berani ker Dumpok dan Sukri letok jawatanth? Hehehe! Dr. Sukri, janganth larh ong pindek ati dengan akuq neh.....akuq pek be-isiq..hahaha

7 comments:

Helang Buana said...

UD, PARLIMEN DAN DAMAK MACAM MANA? SUKA BACA PENDAPAT UD. BERNAS DAN KERITIS, SUKA BERTERUS TERANG DEI BANGSA. TAHNIAH

sembang kedai kopi said...

Salam.Jangan haraplah dema tu nak meletakkan jawatan.perut mereka mana bontek lagi makan hasil rasuah.Dan bontek nak pecah nanti pun mereka tak akan meletakkan jawatan.Inilah adat manusia.senang aje kalau mereka masih dicalonkan lagi nanti untuk PRU 13 kita pakat bagi aje undi kat pembangkang.kita pun dah memang susah.kalau UMNO menang pun kita tak boleh senang juga.

Anonymous said...

UD,

YB Sakeri tu dah 3penggal, lebih 10 tahun, dah jadi ex-ko dan macam jawatan. umou pun 60 tahun. Pencen dah ada YB dan EXCO. OK lah. Dalam tempoh tu banyak jasa nya, kita dan UD tak boleh nafikan. UD dendem tu tak baik.

Tentang Tahan, YB dumpok itu baru nak masuk 3 tahun, masih pudok jagung lagi, tak sempak rebus dan buat benih, kesian dia kalau tak bertanding?, Apa peninggalan dia yang baik untuk tahan?, tak puas lagi jadi beromat dan masih muda, anu nya masih kuat lagi, lain lah kalau ada penyakit Semar dan kuncin manek?. Hai UD tak bagi peluang tanding lagi ke?.

Kalau kira perubahan dan cita rasa sekarang , elok seme tukar orang baru, yang tak ada bau taik kucing yang makan ikan mantah.Dari Parlimen dan ADUN orang baru semua. RECYCLE pun jangan, biar Recycle itu hanya berlaku dalam soal sampah sarap , seperti kerja utama MDJ.

Anonymous said...

Setuju UD,

Seme calon dari Parlimen dan DUN , ganti orang baru. Calon RECYCLE tak mau, biar Recycle ini berlaku dalam pengurusan sampah sarap MDJ aje.

Yb Sakeri tak tanding lagi tak pe, dia dah 3 penggal, X-Exco dan macam jawatan dah pegang, sedikit sebanyak ada juga jasa nya, begitu sipendek LULI, dan Parlimen. Yang kesian nya ADUN Tahan baru masuk 3 tahun, masih baru dan panas lagi, kerayan dan taruk tahan dia kalau tak tanding, tengok lah pengalaman Kerinting dan Si X- Qadhi tu, macam mana, tunggu pencen bila umur 55 tahun, pemcen pun tak seberapa. UD, YB yang ada berak seperti taik kucing kerana makan ikan mentah, elok lah diberentikan, terutama yang kuat met merabus. Kohong bau nya.

Soal nya, bila agak nya anak jati P.Tawar dapat jadi calon DUN P. Tawar?. Kena sumpahan tu masih ada, atau kurang kan menepuk dada.

Anonymous said...

Salam,banyak jugek jasanya YB sukri tu,Kalau bukan dia taklah tanah melayu di bandar jerantut tu kena jual ke cina.Tu pun kira satu jasa jugek tu.dumpuk pulok berjasa jugek walaupun sepenggal baru jadi YB,banyak jugek tanah rakyat yang dia ambik.tu beso jugek jasa tu

uRag dRrulug said...

Salamph semua,
aku tu cuma cadang, kalau yb tu nork berbuat bakti dan jasa, letok larh jawatan bio ada PRK, tentu banyok prujek dapat pada rakyat, urag akan kenang jase dimeq tu natiq. Sebab dimeq tarok bejaseq laen.

Buntat said...

Salam semua.
Betul sangat kata sembang kedai kopi. Memang susah deme tu nak letak jawatan. Deme ni memang tak sedar melakukan perkara-perkara tu. Dari dulu lagi mereka ni mementingkan diri sendiri dan kroni2 aja, lagi tak bontek lagitulah dia nakkan jawatan tu. Bukannya nak membantu penduduk kampung. Dalam menjalankan tugas dan tanggung jawab mereka ini tidak ada lansung keikhlasan.
Senang aja tunggu PRU13. Tolak aja mereka-mereka yang tak IKHLAS.
FIKIR-FIKIRKAN BAGAIMANA NAK SINGKIRKAN MEREKA INI.
HAKUK RINDUKAN KEIKHLASAN DALAM MEMJALANI TUGAS DAN TANGGUNG JAWAB.
WASALLAM.