'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Sunday, October 31, 2010

Loji Nuklear WZWH tak cukup kuasa.

1. UD baru balik meeting dari Putrajaya dengan Datuk Najib. Datuk Najib bagitau UD,  memang Malaysia bercadang nork bina loji nuklear. Tapi bajetnya lebih dari 2.6 billion hork WZWH umumkan. DSN bagitau UD kalu untuk nuklear bajet 2.6 billion itu ciput sangat.

2. DSN bagitau UD, bajet nuklear kalau sungguh2 nak supply ke satu Malaysia mesti ada 260 billion. Ame setakat 2.6 billion tu hanya boleh supply bekalan ke Paya Poh, Dahong, Peling dengan Macang Perah jer. Kalau ke Kg Bantal dapat sampai ke Bukit Bisik rumah Ayah Long Abu Zaman jer.

3. Ini akibatnya bila WZWH keluarkan bajet tak ada home work. Main sebut jer. Kalau pakai bajet WZWH api ke Kg. Bantal pun lok lak lok lak. Datuk Najib kabor ke UD, sisa buangan loji nuklear tu esok peranyut ke sungai Tembeling jer.

4. Kita harap lepas ini WZWH nork buat projek kena buat homework dulu, jangan duk sebut jer billion senun, billion sini.

5 comments:

Buntat said...

Salam semua dan khas UD.
Ong tak tengok ke hakuk dah banyak kali suruh WZWH buat kajian dulu. Maksudnya kajian menyeluruh termasuk kosnya. Tengoklah apa dah jadi?. Ideal WZWH tak boleh pakai langsong. Kan dah pecah TEMBELANG.
Berkali kali hakuk kabo kat dia tak nak dengar. Maklumlah dia tak kenal siapa aku. Hakuk tak belajar di OVERSEA macam DIA DAN KAWAN-KAWANNYA.


SAMA-SAMA FIKIRKAH WZWH NI BETUL-BETUL BUAT KERJA ATAU HENTAM KROMO.

WASALLAM

Anonymous said...

Salarmp.Apa pasalnya mahal amat york? sampai berbiliun nak buat loji nuklear tu?.Kita cuba try test 20 sen ajelah dulu tenggguk macam mana dulu.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam UD,
Ong tak baca betul blog WZWH. WZWH cakap kos buat loji nuklear ialah RM3.6 bilion. Itu kos yang buat loji nuklear Busher Iran. kos per unit ialah according to industry sources: The South Korean option costs about $2.3/kW, while that figure is $2.9/kW in the case of France and Japan, $3.05/kW for Russia and $3.58/kW for the United States.
Sisa nuklear tidak dibuang ke sungai itu salah. Samada diproses, direcycle, dan didisposal dalam tangki atau tong.

Anonymous said...

Salam UD dan semua,berfikir lah sebelum kita mahu membuat sesatu cadangan,sebelum kita menulis,sebelum kita postingkan atau sebelum kita bercerita kepada orang ramai.

Kita seharusnya berfikir dan membuat kajian,tentang apa apa cadangan yang melibatkan DASAR,KELULUSAN,PERUNTUKAN,KEPERLUAN SEMASA DAN SETEMPAT,BANTAHAN DARI MASAYARAKAT dan lain lain lagi bersangkutan dengan kesan keatas cadangan kita. pembangunan yang ingin kita cadangkan itu bukan lagi harus,tapi WAJIB selari dengan keperluan yang paling utama setempat.

Saya rasa jika cadangan kita mempunyai asas kukuh dan selari dengan kehendak majoriti masayarakat setempat, INSYAALLAH rakyat akan menyokong tanpa bantahan,termasuk saya,ud dan lain lain,kerana rakyat di kawasan kita amat memerlukan infra yang asas yang di perolehi oleh rakyat Malaysia di tempat lain.

Kita harus harus berpijak atau berpaksi di bumi yang nyata dan tidak sesekali di dunia khayalan buat tika dan saat ini.

Jika semua INFRA asas telah di laksanakan oleh pehak kerajaan, LANTAK GON LAH NOK CADANGKAN BUAT APA APA PUN?,HATTA MEMBUAT ISTANA DI ATAS LANGGIT KETUJUH PUN,TIDAK SESEKALI HAKUK MEMBANTAH !!!!.

HAKUK CUMA INGIN MENGINGATKAN SAHAJA,SUPAYA ANDA SEMUA AKAN MENJADI PEMIMPIN TULIN YANG DI SUKAI OLEH KEBANYAKAN RAKYAT.

......... WASALLAM .......
CHENORONG ULAR...

Anonymous said...

Tok 4 Kuala Aur.
Salam semua...
Ong ni bior la bebetul UD. Torkan la takat Paya poh aje.... Guana pulok kami hork dok di Mogol,Kuala Gusai,Salat hingga ke Kuala Aur ni...
Tork merase jugaq la napoknya......
Kerayan gun.. Urag di Batai aje hork yang dapat.... kalau gitu bior tork payoh buat..... bior gini ajela...