'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Saturday, October 30, 2010

PEMIMPIN TIDAK KELULUSAN TINGGI TAK MENGAPA,

Gambar hiasan semata-mata. Di hujung sana blogger cg pian 
yang senyum selalu dan tak pandai untuk tak senyum


PEMIMPIN TIDAK KELULUSAN TINGGI TAK MENGAPA, ASAL JANGAN MEMUNGKOR.....

Saya terbaca di blog rbf, (klik sini)  mengenai calon PRK Galas hanya berkelulusan SPM. Isu ini dimainkan oleh orang-orang Pas kerana calon mereka adalah seorang Doktor. Mungkin mereka lupa dahulu; mereka ada calon yang hanya seorang peraih ikan bahkan Naib Presiden Mereka Mahfuz pun hanya lulus SRP saja. (klik sini)

Pada saya kelulusan calon bukan perkara utama dalam menjamin keberkesanan tanggungjawab seseorang wakil rakyat. Malahan kemungkinan wakil rakyat yang tidak berkelulusan tinggi lebih baik perkhidmatannya kepada rakyat tetap ada. Cuma....cuma.......

Cuma janganlah dia dari kalangan pemungkor. Jangan tak lulus SPM kata kelulusan Univ.. Jangan tidak mendapat ijazah lalu membelinya. Itu menipu namanya. Itulah pemungkor. Sekali seseorang itu menungkor maka selama-lamanya dia akan memungkor. Sampai bila-bilapun dia akan tetap diingat sebagai seorang 'Pemungkor'.

Kita menunggu sebuah website/blog yang ,masih dalam pembinaan ~ http://www.duntahan.com/


Pemipin tork ceredek tork apa. Budo pun tork apa. Asal jangan memungkor. Sekali menipuq tetap selamanyeq menipuq, yok? 

2 comments:

chenerong ular said...

Salam ud, PEMIMPIN TULIN.

Untuk menjadi pemimpin berwibawa bukannya satu perkara yang mudah,untuk menjadi seorang pemimpin yang di segani dan di hormati juga bukan semudah yang kita jangkakan.

Ada setengah manusia dilahirkan menpunyai ketokohan wibawa,sejak dari zaman kanak kanak,zaman remaja dan seterusnya kita boleh lihat perbezaan dengan orang lain,perkertinya elok,menghurmati orang tua,berbudi bahasa,tidak pernah menipu dan sebagainya yang bersifat negatif.

Orang yang semacam inilah, cuma memerlukan sedikit tunjuk ajar,di garap sedikit dengan pendidikan agama dan sedikit pelajaran yang sedia ada,akan dapat menjadi pemimpin tulin,yang tidak mementingkan diri sendiri dan kroni.

Sedih sekali,sekarang ini kebanyakan pemimpin2 yang ada di kawasan kita ini adalah pemimpin2 yang TIDAK MELEPASI TAHAP STANDARD YANG SEPATUNYA UNTUK MENJADI PEMIMPIN.

Mereka menjadi pemimpin bukan di sebabkan ketokohan,karisma,budi bahasa dan lain lain,mereka dijadikan pemimpin,kerana penyokong penyokong,kerana orang yang berkuasa diatas mereka, memerlukan mereka,untuk sesatu kepentingan.

Tidak semua pemimpin boleh menjadi pentadbir dan pengurus yang baik,cekap dan berkesan, begitua juga tidak semua PENTADBIR boleh menjadi pemimpin yang berwibawa,prihatin dan saksama.

Ilmu penting untuk kita menjadi saorang PEMIMPIN, SEBAGAI PEDOMAN?,tetapi yang paling penting untuk menjadi PEMIMPIN IALAH. HATI DAN NIAT KITA KENA BERSIH,SELARI DENGAN PERCAKAPAN DAN TINGKAHLAKU KITA.

Fikir fikir kan lah, hakuk cuma ingin MENGINGATKAN SAHAJA.

" wasallam "

Buntat said...

Salam semua, UD dan cu.
Memang benar apa yang tulis tu. Aku sokong 100%. Sebenarnya banyak Pemimpin yang cerdik pandai tapi kebanyakan mereka2 ini tidak jujur dan ikhlas dalam menjalani tugas dan tanggung jawab.

Kedua pula SIKAP mereka ni kenalah berubah sebagai Pemimpin. Tidak ambil kesempatan, pentingkan diri sendiri dan pilih kasih. Sikap ini perlu di buang.

SAMA-SAMA KITA FIKIRKAN SAPA YANG PALING LAYAK KITA LANTIK SEBAGAI PEMIMPIN. JANGAN KITA PILIH KERANA MEREKA BAGI WANG PADA KITA.

WASALLAM