'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Friday, October 15, 2010

MEMBANGUNKAN KOMPLEKS PELANCONGAN JERAM PERAHU

Menjelajah Sungai Erak - Alam semulajadi adalah aset besar yang ada di Ulu Tembeling.


Seimbas lalu kita sudah tahu sedikit sebanyak mengenai Komplek Pelancongan Jeram Perahu. Saya melihat ini adalah sebuah projek yang gagal bukan kerana projek berkenaan tidak berpotensi, tetapi kerana kegagalan pengurusannya melihat kekuatan projek ini serta kegagalan pemasarannya sebagai sebuah destinasi pelancongan berasaskan Eko-Pelancangan.

Harus kita sedari bahawa masyarakat sekarang ini mendambakan destinasi pelancongan yang mampu memberikan ketenangan minda kepada mereka. Dalam masa sama mereka juga ingin merasai satu suasana yang tidak pernah mereka rasai selama ini dalam kehidupan moden di bandar dan kota besar. Justru saya melihat Ulu Tembeling dapat dibangunkan secara bersepadu dalam industri pelancongan kerana mampu menawarkan konsep pelancongan yang lengkap yang berpaksikan hutan rekreaasi dan 'homestay' dikampong-kampong tradisional sekelilingnya.

Kita sedar bahawa jalanraya yang sudah diusahakan oleh YB ADUN Tahan (ehem!..ehem!) lambat laun akan terbina juga kelak. Ini akan mampu menghubungkan Ulu Tembeling dengan bandar-bandar penting lainnya. Ini juga kelak akan menjadikan kawasan pedalaman ini bukan lagi sebuah kawasan yang terpencil serta sudah mudah dihubungi. Ini semua akan membantu dan menggalakkan perkembangan industri pelancongan. Oleh yang demikian kita semua harus bersiap sedia untuk merebut peluang yang ada.

Saya mencadangkan agar YB ADUN Tahan membawa cadangan pembangunan pelancongan Ulu Tembeling untuk diajukan kepada Kerajaan Negeri. Badan-badan kerajaan yang mengendalikan pelancongan juga harus memfokuskan kawasan Ulu Tembeling sebagai destinasi baru produk pelancongan negeri. Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser perlu berusaha keras membangunkan pelancongan didaerah ini dengan memulakkannya dan memperkenalkan pelancongan 'homestay' kepada penduduk-penduduk kampong berkenaan disamping turut mempromosikan Jeram Perahu sebagai destinasi / produk pelancongan baru bagi negeri Pahang. Selain itu Tourism Malaysia juga boleh berperanan aktif bagi mempromosikannya.

Kepadatan pelancong yang mengunjungi Taman Negara Kuala Tahan akan memberikan limpahan untuk turut serta dinikmati oleh kampong-kampong sekitar sekiranya dirancangan dengan baik. Konsep eko pelancongan sebenar akan mampu menjana ekonomi penduduk kampong sekitar. Walaupun ianya untuk masa yang masih jauh beberapa tahun akan datang, namun usaha itu harus dimulakan sekarang ini.

Sebagai panduan, berikut adalah definasi kepada prinsip eko-pelancongan sepertimana yang iktiraf dunia, yang mampu memberi manafaat kepada penduduk setempat.:


DEFINITION AND ECO-TOURISM PRINCIPLES:


TIE* defines ecotourism as “responsive travel to natural areas that conserves the environment and improves the well-being of local people” This means that those who implement and participate in ecotourism activities should follow the following principles;

  • Minimize Impact
  • Build environmental and cultural awareness and respect
  • Provide positive experiences for both visitors and hosts
  • Provide direct financial benefits for conservation
  • Raise sensitivity to host country’s political, environmental and social climate
  • Support international human rights and labor agreements

* TIE=Tourism involving travel to areas of natural or ecological interest, typically under guidance of a naturalist for the purpose of observing wildlife and learning about environment.


ADUN Tahan sepatutnya sudah ada Jawatankuasa Pembangunan Pelancongan bagi memikirkan dan merancang perkembangan pembangunan pelancongan dalam DUN Tahan yang dianggotai oleh mereka yang benar-benar mahir dan berpengalaman dalam pelancongan. Satu rancangan atau pelan pelancongan seluruh DUN Tahan juga patut sudah disediakan untuk perlaksanaan. Saya rasa ianya masih belum dibentuk atau jika pun sudah mungkin ianya dianggotai oleh mereka yang hanya kroni tetapi tiada kemahiran. Bukan telambat untuk memulakkannya sekarang. SEKARANG!,  bukan 10 tahun akan datang....

Kalau YB Wan Dumpok nork memilih urag tu, pilihlarh sebab dimeq tu berkebulihan, bukan sebab dimeq tu kroni. Hehehe! Ingat Dato', 'Think Tank' bukant nyeq 'Septik Tank'

9 comments:

Rakyat Kampung Pagi said...

Salam UD,

Pelancongan adalah industri yang paling berpotensi di Ulu Tembeling. Keindahan hutan, kesegaran udara, keramahan penduduk, kelazatan makanan akan membuatkan sesiapa saja yang datang akan teruja. Namun begitu, promosi dan usaha yang berterusan harus dibuat oleh kerajaan dan penduduk sendiri.

Sebagai penduduk, sudah tentu kaedah promosi yang digunakan terbatas dan sememangnya diketahui orang kita amat lemah dalam promosi (kecuali UD ada blog buleh promosi besara-besaran oiihh!). Tapi bagi kerajaan, banyak mekanisme yang boleh digunakan bagi merancakkan dan memperkasakan industri pelancongan di Ulu Tembeling.

Ya! memang betul kerajaan telah membina beberapa chalet seperti di jeram perahu, kampung pagi dan mungkin di beberapa tempat lain, tetapi apalah maknanya semua itu jika tidak digunakan. Ia akan tinggal lusuh dan akhirnya roboh dimakan anai-anai.

Pemimpin-pemimpin tempatan terutamanya Dato YB harus ingat 'Juara Rakyat' bukanlah sekadar hanya menaja ahli-ahli tertentu menunaikan umrah, menaja pertandingan bolesepak 7 sebelah, mengadakan jamuan hari raya dan sebagainya. Pemimpin yang berfikiran 'global' tidak semestinya pemimpin yang merancang projek berbilion2. Cukuplah dulu berusaha dan memikirkan untuk memajukan ekonomi pendudukan tempatan yang mungkin akan hanya menelan belanja promosi beberapa ribu ringgit saja. Apabila ini sudah berjaya barulah difikirkan yang besar2. Tapi kalau yang kecil ini pun tak mampu difikirkan, lebih baik diam saja daripada malu kerana menampakkan kebodohan. Jadilah juara rakyat sebenar bukan jaguh kampung yang syok sendiri di kalangan pembodek dan pengipasnya saja.

Wallahu'alam

uRag dRrulug said...

Rakyat Kg. Pagi,
Hahahaha! Saya akan jawab nanti setelah menerima lebih banyak respon dari pembaca. Tetapi sgt menarik kerana awak juga nampak apa yang saya nampak ttg pelancongan.

chenerong ular said...

salam,rakyat kg. Pagi dan saudar UD,pa yang saudara luahkan memang tepat.prujek berbilion bilion, keuntugan nya banyak dan ramai boleh di agihkan.Saya selalu berkata!,berfikir?, nilai dulu,keperluan, yang penting KEUTAMAAN satu satu prujek sebelum ingin momohon peruntukan dan seterusnya melaksanakannya.jangan fikir yang lain2?.apa keutamaan kita kena berikan,dan faedah secara langsung yang akan di perolehi oleh penduduk setempat,lepas turk baru lah kita fikirkan tempias untung pada kita",nok juga lah wei",MEMBUAT SESATU PRUJEK YANG TAK BERAPA LOJIK WALAU PUN KECIL JUMMLAH KOSNYA,TANPA DI SELENGARA DENGAN SUMPURNA AKAN ROSAK DAN ROBOH LAH KOMPLEK BANGUNAN TERSEBUT.Contoh yang paling dekat, sperti ud katakan komplek Pelancungan Jeram Perahu,kawasan perkelahan di lembah KIOL,KAWASAN2 tersebut di lengkapi dengan dewan besar,rumah2 kelab,chelet2 dan padang golf,sekarang apa dah jadi,dewan terbiar,rumah kelab nak runtuh,chelet telah di runtuhkan,BERAPAKAH NILAI DUIT RAKYAT DIBELANJAKAN UNTUK MUMBUAT INFRA2 YANG DINYATAKAN,TUAN FIKIRKAN LAH SENDIRI,APA YANG MEREKA FIKIRKAN "MERANCANG UNTUK MENDAPATKAN PRUJEK2",LULUS,LAKSANAKAN,PAS TURK TINGGAL,BUAT PRUJEK BARU PULAK,DUIT DAH MASUK POKET?,YANG UNTUNG SIAPA YANG RUGI SAPE?,MERANCANG SASATU TANPA MEMIKIRKAN DAYA MAJU DAN FAEDAH KEPADA PENDUDUK SETEMPAT?,MACAM INI LAH SELAMA LAMANYA.JIKA BAGI KE PR MEMERINTAH SAMA JUGAQ GAMOKK NYA?. RABAN RABAN,SUAAEN MEMIKIRNYA.eko pelancungan tuk memang berdaya maju,tapi turk tau maju untuk siapa? fikir fikir kan lah

Buntat said...

Salam semua pengoment. Saya setuju sangat apa yang UD perkatakan dalam post ini. Ngapa tak ada jawatan kuasa bahagian PEMBANGUNAN EKONOMI PELANCONGAN?. Terok betul DUN TAHAN NI. Dia tahu kerja ke tak tahu?. Tak terfikir ke yang kawasan DUN TERMASHOR DENGAN PELANCONGAN, bukan setakat Malaysia dan SELURUH DUNIA. Tak terfikir untuk membuat pembangunan dari segi Pelancongan. Cuba kita fikirkan jika membangunkan pruduk PELANCONGAN hakuk pasti membangunkan ekonomi orang kampung. SIMPLE saja kan.

Hakuk harap YB Wan Dumpok serta kekawannya lakukan segera untuk membangunkan ekonomi orang kampong.Jangan terlewat nanti........terima akibat nanti

HAKUK MAUKAN PEMIMPIN MELAKSANAKAN TUGAS JUJUR DAN IKHLAS.

chenerong ular said...

Oah,ada dah gaya bebayang jalan ber tar nak sampai ke kampung bantai,aku rasa ada senarai nama tempat kitaq termasuk dalam belanjawaan 2011 turk,banyak amat peruntukan di lulukan untuk prujek jalan kawasan pendalaman dan luar bandar,melebehi 6oo juta,tokkan tok menyangkut sesatu ketempat kitaq,sambung hajak dari kampung pagi ke bantal,sedap hati akuq.hamenda lain akuq tok berapa berkesoh amat jalan turk yang penting dari kampung pagi,demaq nak lulus bebilion2 pun nok buat bangunan 1000 tingkat ke tak apa. ha ha ha,tok lama lagi buleh lah hakuk bawak kereta buruk hakuk balik kampung.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam UD,
Om tengok Pembangunan resort bersepadu eco-nature pertama di dunia bernilai RM3 bilion oleh Nexus Karambunai di Sabah bermula tahun depan.Bentang dalam Bajet 2011.
WZWH cakap projek eco-nature Kuala Tahan 7 star resort tu RM2 bilion betul boleh buat. Gon tak percaya.

Anonymous said...

Salam tuan UD & MUT...,

Kawe tok fikir sangat brape banyok wang rakyat digunakan untuk membuat prujek yang demeh kata tuh. Kawe dok cungok brape banyok diisi dalam tembolok yang dok main cara polek2taik tu. Kawe ingat lagi masa bebudak dulu dapat upah, nye suruh buat keje, buat jalan kecek jalan tu luas dua kaki, panjangnye lebihkurang satu rantai (kiralah berape kaki), bersih rumput depan rumah sendiri ajeh oleh tok empat kg. pagi, gusai, kg bantal dan lain2 (semua almarhum) kome bebdudak ni suka sanget buat kerje dapatlah upah mase tu nye bayar kira2 lima ringgit ajeh. Suke sangetlah puak2 komeh bebudak nih. Buleh buat belanje gi sekolah beli kueh2, demeh jual masa itu lime sen ajeh. Tok empat, bile doh abis keje2 mase itu, mase dekat nok sembahyang Jumaat nye bagi tau pulak duit lebih prujek tuh ada lagi lima puluh ringgit kite nok buat mende. Kekadang urang tue2 nye suruh buat kenduri aje makan ramai2. Komeh MUT ingat budi tok empat tuh sampai ari ini. Bukannye serupe pemimpin ari nih, dapat prujek berape hargenye nye senyap aje, berape “komsen” pun nye senyap juge. Kawe cakap nih bahase mudoh difahami..

Kawe nok cadangkan buat cable car di bukit jeram dedari sampai ke bukit teresek tempat pelancong naik kanopi hok terpanjang didunie tu kalu buleh. Majukan bukit dedari dan bukit teresek MUT bulehlah cari makan beniage ke atau lain2.

Pang5 Banir

Ri~Kuala Pengor said...

Salam semua,
Eko pelancongan 100% saya setuju. Bukan apa dari zaman dulu lagi, bila urang derilir mudik ke hulu utk jumpa raja, utk bermain bulo, utk membeli gaharuk, rutan, berikan/memancing dan macam2 aktiviti lagi yg menyebabkan urang derilir memudiki sungai Tembeling. Zaman sekarang ramai anak cucu ulu tembeling termasuk WZWH(agaknya la..dia ni mesti nak duk hutel 5 bintang kalo mudik ke hulu) yg duduk di bandar mahupun bandaraya dan tidak punya waris di hulu lagi. Tak mungkin dia orang ni lupa tempat asal mereka, jadiknya mungkin deme ni sekali sekala ingin menghayati, merindui tempat asal mereka. Maksudnya Hulu Tembeling bukan sahaja jadi tarikan kepada pelancong asing malahan tempatan...yang menariknya eko pelancongan ni mmg nampak pengagihan yg sama rata ekonominya kepada penduduk..alam sekitar terjaga..kebudayaan dikekali..pelancong tak de datang pun, kita ada hasil pertanian/peternakan...ITULAH PENTINGNYA MENYAYANGI/MENJAGA/MENGAWAL/MENGEKALKAN KEBUDAYAAN SUNGAI KITA DAN PENDUDUK SEKITARNYA.

uRag dRrulug said...

Salam semua,
Saya menjawab semua komen-komen yg diberikan diposting terbaru hari ini. Bagaimanapun saya akan menjawab WZWH diposting hari esok, panjang dan lebar serta secara lojik dengan faktanya. Hehehe!