'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Saturday, October 23, 2010

IKS PEMBUATAN 'ASAM RONG' UNTUK PASARAN ANTARABANGSA

 Gambar hiasan: Industri Kecil dan Sederhana pembuatan keropok


Semua orang di Ulu Tembeling dan bahkan sepanjang Sungai Tembeling makan 'asam rong'. Bahkan orang di Raub juga makan dan menggemarinya. Jika pembuatan 'asam rong' ini dilakukan secara komersial besar kemungkinan berupaya dipasarkan bukan saja di Malaysia bahkan diluar negara sekalipun.

Memang sudah susah untuk mendapatkan bekalan buah perah, bahan utama bagi membuat 'asam rong' berikutan kepupusan pokok perah yang juga ditebang dalam pembalakan. (Begitulah dengan mudah kita memupuskan spesis-spesis tumbuhan kerana lebih mementingkan kewangan bagi jangkamasa singkat).

Namun begitu alternatifnya kepada buah 'perah' iaitu 'biji getah' sudah digunakan sejak beberapa lama dulu.Justru, jika kita sudah tiddak mampu mendapatkan buah 'perah' untuk tujuan pembuatan 'asam rong' maka kita boleh melakukannya dengan menggunakan 'biji getah'.Selain dari masih banyak terdapat pokok-pokok getah disekitar kita, ianya juga mudah untuk didapati tanpa perlu meredah hutan untuk mendapatnya.

Prosen pembuatan 'asam rong' juga sangat mudah. Mula-mula bijigetah yang dipungut itu dijemur selama satu dua hari, kemudain kulitnya dipecahkan untuk mendapatkan isi-rongnya. Isi rong buah getah itu selalunya dititik dan kulit kerasnya dibuang dan sekali lagi ianya dijemur untuk beberapa hari lagi. Proses berikutnya adalah menghancurkan isi-rong berkenaan. Secara tradisional, ianya ditumbuk sama ada menggunakan lesung tangan atau kalau dulu digunakan lesung kaki (juga dikenali dengan lesung hindik). Isi-rong yang suddah ditumbuk (tidak terlalu hancur) tadi disimpan didalam bekas yang kedap udara supaya ianya tidak dijangkiti kulat. Biasanya di simpan didalam 'molo' atau tempayan untuk jangkanasa beberapa bulan.

Setelah diperam selama beberapa bulan maka 'asam rong' berkenaan siap untuk dipasarkan sama ada bagi pasaran dalam negeri bahkan bagi pasaran luar negara. Bagaimanapun sebelum itu, proses pembungkusan dan penjenamaan harulah dilakukan dengan baik supaya produk tahan lebih lama dan kelihatan menarik terutama untuk pasaran luar negara.

Oooo! Mungkin ada yang rasa hendaka ketawa bila idea memasarkan 'asam rong' ini dicadangkan. Tetapi apakah kita sedar bahawa diluar negara banyak bahan makanan yang selalu kita makan dikampong-kampong kita juga terdapat dipasaran diluar negara?

Apakah kita sedar bahawa kunyit, daun kunyit, halia, lengkuas, daun kesum, terung pipit (terung mangol), daun limau purut,....namakanlah apa saja, hampir segalanya terdapat dipasaran diluar negara walaupun bukan datang dari negara Malaysia.

Kadang-kadang kita hairan kenapa kerjaan Malaysia tidak dapat memasarkan barangan keluaran negara kita dengan berkesan diperingkat antarabangsa? Jawapan mudahnya adalah agensi-agensi berkenaan serta penjawat awam yang bertugas diagensi berkenaan tidak bersungguh-sungguh melaksanakan tugas mereka. Kerana itulah kita selalu tewas kepada Thailand dan Indonesia dalam banyak hal yang melibatkan industri pertanian.

Di eropah dan negara-negara luar, makanan India, China, Jepun serta Korea sudah tidak asing dan dapat menarik minat diperingkat antarabangsa. Demikian juga dengan makanan dan masakan Indonesia dan Thailand yang sudah semakin mendapat tempat diarena antarabangsa, tetapi kenapa makanan Malaysia tidak mendapat pengiktirafan demikian? Jawapan mudah adalah kita kurang peka terhadap mempromosikan makanan negara kita diperingkat antarabangsa. Sekali lagi kelemahan kerajaan dan penjawat awam yang bertugas di agensi berkenaan boleh kita persalahkan.

Jika kita dapat mempromosikan makanan kita, termasuk 'asam rong' keperingkat antarabangsa serta berupaya mengekspot 'asam rong' keluar negara (yang disertakan resepi memasaknya) tidak mustahil 'asam rong' juga akan mendapat tempat dan dipasarkan di luar negara.


Hehehe! Isuk akuq akanth buatkan resipi macap mana nork buat gulai 'asam rong' ikan sebarau. Yang peting, mestiq pedas yok? Sedareq akuq Wan Heru tu gemo amat ke gulai asap rong nih. Wan Rahman pun same jugek, mende dieq asal urag Kapong Batai, yok? Gon ade puyok? Bok ket! Akuq ade er'rong!

8 comments:

chenerong ular said...

Salam UD,hakukq terbayang gambor hok ong letak deratas turk urrang2 kappung tengah mengatook biji perah atau biji getah sebelum di jemor di padang bantal,eis sedap amat oh makan gulai asam rong tok payah beria amat nak letak ikan ke ? padan dengan rampai pucok paku kutit di kuala sepia je,terong mangooi,campur lah bahan sayur lain alar kadar,rong pulak tak hancur sangat,kasar kasar,bila makan berkertuk kertuk,berpeloh akuq makan tambah 3 pinggan tak sedar york?,baca posting ong meleleh air liao aku,kejap lagi nak pergi kekedai hiju depan benteng turk lah nom makan nasi dengan gulai asam rong pedas,tapi mahal di sini.mahal tok apa asalkan urrang kita untung.aku nak tanya ong,ari ne ari sabtu pasar malam,apa ada lagi ke amoi cina turk meniaga petai malam ne,kalau ada ong wayat keakuq york?

Anonymous said...

Salam UD,

Akuq setuju dengan pandangan ong itu. Melalui perusahan " Asam Rom" ,maka pokok getah dipertingkatkan kepelbagaian guna nya, dari daun, batang, susu, ranting , biji dan akar semua berguna dalam kehidupan manusia. Industri Asam Rom ,getah akan ditanam lebih luas, ternakan ikan haruan @ toman, tanaman keledek, pakis dan lada api meluas permintaan nya, kerana kesan rantaian nya.

Cara dan pendekatan dicari bagaimana pengemar makasan asam rom dan sambal rom dipasarkan diperingkat nasional dan antarabangsa. Disamping itu pembuatan asam rom tidak dapat tidak perlu mengunakan kaedah bioteknologi, dengan itu graduan lulusan bioteknologi dan kejuruteraan bioteknologi ada peluang pekerjaan, untuk memasarkan keperingkat antarabangsa perlu ada teknologi terkini dan moden dari peringkat pemprosesan , pembungkusan, kualiti dan pemasaran.

UD, ada dua masalah kecil aje, mungkin persepsi . Kuah gulai nampak macam tahi cirit dan rasa nya amat pedas. Ini perlu di kaizen kan, untuk di pasarkan di peringkat nasianal dan antarabngsa.

Dari Pengemar gulai rom ikan toman. TQ

Anonymous said...

UD,

Cadangan ONg mengenai asam rom dan madu lebah ini lebih baik dan praktikal jika di perbandingkan dengan cadangan WZWH. Impak terus kepada setempat. Apa ONg kateq? dan Apa respon WZWH ?

Anonymous said...

salam UD,
aku tak jadilah nak marah ke ong sebab ong pun sedara aku.aku mintak maaflah sebab berkasar dengan ong.ong sebut asam rong hilang marah aku ke ong.sedap oiiiiii!tq,i luv u!

Buntat said...

Salam UD (ciffu). Gulai rong ikan kenerak kena pedas sikit memang best. Kalau kat Jerantut ada gulai rong boleh dapat digerai MAK ANJANG jalan nak ke Pasar Besar Jerantut yang best.
Kebanyakan kita tak fikir bagaimana nak mengusahakannya. Sebenarnya inilah salah satu Pembangunan Ekonomi bagi Urag Tembeling (kuala, tengah dan ulu)
Kenapa WZWH dan kuncu-kuncu dak dapat fikir ke?. Atau pun deme ni tak makan gulai rong kot maklomlah deme ni belajar diluar negara biasa makan beger,stik dan.......
Ideal yang UD posting begini amat bagus. Kita buat prujuk yang boleh meningkatkan ekonomi penduduk orang kampung. Tak payah fikirkan Prujuk BERBILION2 sedangkan orang kampung tengelam dalam pembangunan.
MARILAH KITA FIKIR-FIKIR BAGAIMANA NAK MENJANA EKONOMI ORANG KAMPONG.
UNTUK WAN HERU JANGAN SUKA MAKAN AJA, KENALAH PANDAI BUAT JUGA. JANGAN SURUH ORANG TUA-TUA YANG MEMBUATNYA. FIKIRKAN LAH KALAU TAK ADA DEME NI KITA TAK MAKAN RONGLAH. GENERASI SEKAKANG PANDAI MAKAN TAPI TAK PANDAI BUAT RONG.
WASALLAM.

uRag dRrulug said...

Salam semua,
Asam rong mesti pedas. Kuah mesti pekat sikit biar 'ledot' baru best dan kaw, hehe. Ikan kena ada, tak kiralah sebarau ke, toman ke badarpun boleh. Kalau ikan kawan dan rom lagi aku suka. Kena ada rampai, pucuk paku, keledek atau ubi kayu, terong mangoi. Masa aku kecik dulu mudah lagi buah jambal, buah yang berbintang tu, best aku makannya.
CU, itu amoi sudah tarak juula petai lagi, saya sudah beli dia punya petai sama dia sekali, buat teman saya tidur.
Kalau mau kena pergi Indonesia, ada saya punya kawan pergi punya time pakai kopiah sampai sana kiri kanan sudah ada amoi, balik punya jam kopiah sudah hilang....hehehe...Keliru!...Keliru! dibuatnya ...huhu!

Anonymous said...

Salam tuan UD & MUT...,

IKS PEMBUATAN 'ASAM RONG' UNTUK PASARAN ANTARABANGSA

Sepatutnya Pang5 Banir nak rehat sedikit maklumlah selepas seminggu mencari banir xjuga ketemui, tup... tup... ternampak asam rong dari biji perah. Waw... pedas, bawa saja yang pedas2, lagi pedas lagi enak. Ikan... kenalah ikan jengkuar atau kenderak (ikan hantu). Ikan sebarau xberapa bagus, tapi gulai “busuk” baru best.

Mulek sekalinye pemimpin berjawatan besar, kalar macamg tok empat tu tok aci, ketue kkampong dekat dengan rumah kite aje. Bile2 mase aje, kite buleh tambat kaki tangannye, kalar buat tok tawu cakap2 kite ni. Bagi makan gulai asam rong tu buat ppedas, buat sambal bakar asam rong gatek, jauh tiga batu bbau wangi dah. Lepas itunye ajak main bula, sape lengit kite rendam dalam sungai pegau ke sungai sat ke sungai tahan lagi sejuk biar sampai die mereneh. Haha.. bile malamg lepas sembahyang makan nasik sambal asam rong, kite ppakat mmolek.

Macamg mane weh, puak kawe nih becadang nok buat IKS, tapi suntikan modal “tadork”. Urrang kampong macamg kome nih, doh tok nok gi jauh2 dari kampong nih, bukanye mude lagi kederat pun nye abis doh... mase mude2 keje nye menebang kayu nok ke tanoh, tapi tok dapat jugek.

Bahan IKS;

Ikan belida - buat keropok, ikan tapah – buat jeruk, ikan tembelian – buat salai. Serai – buat bahan kecantikan, buah empenai, buah kemancong/jambu air. Buah terua, kepayang, ubi gadong, banyak buah kayu di Ulu Tembeling...

Pang5 Banir... berminat dgn kraftangan MUT.

Ri~Kuala Pengor said...

Salam Urag Drulug dan semua,
Mancas aje crite pasal asam rom ni, selain dari asam rom..asam yg lain spt asam belimbing kering dan asam tempoyak,juga patut di pasarkan di peringkat global..asam keping dan asam jawa telah pun di pasarkan di UK dan Eropah...petai pun telah di pasarkan di UK cuma jering aje belum, mungkin haring sangat rasanya..masalahnya tradisi kite org di hulu dengan plan urang bijak pandai yg berkuasa ..di ibaratkan "asam di darat ikan di laut"...deme ni(pemungkor) ibaratkan ikan..sesedap mana gulai asam2 kita mereka akan berkata ikan yg jadi penyedapnya atau resepi utama dalam periuk tersebut. Asam dan garam hidup kite urang di hulu tak di kira, walaupun asam,garam dan ikan di dalam satu periuk...Jadinya, sanggup kah kite terus di perkasamkan oleh ikan2 yg di berada di pungkor-pungkor.