'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Sunday, October 3, 2010

IMPIAN DAN HARAPAN












1. Hahaha! mesti ada yang tak sabar menunggu tulisan UD hari ini. UD akan mengubah penulisan selepas ini. UD tidak akan gaduh-gaduh lagi dengan WZ kerana banyak sebab. Antaranya adalah: WZ pun sedara juga dgn UD, keputusan pengundian setakat ini UD masih menang dan kuasai 75%, nyata bahawa UD lebih diterima sebagai pembawa suara rakyat dari pedalaman ini, UD lebih tahu pasal Ulu Tembeling dari WZ, dan memang UD membesar di sana berbanding WZ hanya sekali sekala saja balik, itupun orang tak bertapa nak kenai sangat ke dia.


UD akan terus memikul tanggungjawab itu dengan jujur dan ikhlas. UD tak ada niat apa-apa dalam politik kerana UD pun dah tak berapa nak minat dengan parti ni. Mesyuarat UMNO pun dah lebih 6 tahun UD tak hadir sebab bencikan keadaan dalaman UMNO ni. Tapi UD akan bersuara, membawa suara rakyat pedalaman untuk didengari oleh pemimpin kita disemua peringkat dan bahkan didengari seluruh dunia, ini zaman internet, zaman global dimana dunia dihujung jari kita.


2. Impian UD adalah terbinanya jalanraya yang menghubungkan Jerantut ke Ulu Tembeling seterusnya ke Terengganu dan ke Sungai Lembing seperti yang kita dengar diuar-uarkan selama ini. Biarlah ianya belaku sebelum UD menutup mata. Tak ada apa lagi dah yang jadi impian dan harapan.


Nak tengok tempat kita dibangunkan, nak tengok anak-buah kita merasa nikmat kehidupan seperti yang dirasai orang lain diluar sana. Nak tengok kampong-kampong kita membangun dan menjadi bandar. Rakyat jelata dapat mencari kehidupan yang lebih baik dengan ujudnya peluang-peluang pekerjaan dan perniagaan. Nak tengok tempat-tempat peninggalan warisan orang tua kita dibangunkan juga menjadi 'muzium hidup' yang menyimpan sejarah kehidupan nenek moyang. Nak tengok tempat-tempat yang indah dibangunkan oleh anak tempatan sebagai destinasi pelancongan yang akan didatangi ramai orang dari luar dan luar negara. Kite telah miliki segalanya, khazanah peningalan nenek moyang.


Selamat bercuti dihujung minggu!




Nork mudek tapiq tarok dapat cutiq. Mestiq best sebab malap tu mestiq ade pancaragam dan ade juget:.....di mintok urag-urag mat daling berjuget, urag laen jangan aga...hehehehe!!!

15 comments:

Buntat said...

Sabas UD. Mujurlah gone dah sedar dari tertidor. Betullah kata ong tu hakuk amat setuju. Tak guna kita bermusuh kan. Aku rasa kita sama sedara tapi WZWH tak kenal aku sebab kita ni orang kampong dan tak pernah keluar. Aku harap kita yang cerdik pandai sama-sama kita bersatu untok membangunkan kawasan kita. Jangan makan sorang-sorang tau?. Tak guna kita bebalah.
Bestnya kalau ada kugiran buleh berjoget sampai pagi. Ingat masa dulu-dulu. (tahun 70an)
UD ong post gambar lamakan . banyak aku kenal tu.

uRag dRrulug said...

Hahaha, buntat - ong tak napok dalap gambo, ong de buntut perau, hekhekhek ...kalau ong ingat larh lagiq

Buntat said...

aku rasa memang aku ada masa tu. itulah aku ingat. rupanya aku tak nanpak terlindong kat buntut rupanya. tak palah WZWH tak kenal aku tapi aku kenal ong. tak yohlah kenal yok

Anonymous said...

Salam utk UD...sebenarnya saya baru je terjumpe blog ni...yela yang berkenaan dgn Ulu Tembeling yg menceritakan segala kepayahan serta kesusahan hidup di pedalaman...dgn adenye org berani serta bijak mcm saudara UD saya berharap agar impian dan harapan org Ulu Tembeling akan tercapai..Jalan raya adalah satu2nyer alat perhubungan yg amat diimpikan oleh warga Ulu Tembeling...dah hampir 30 thn hidup di dunia ini tapi bayang jalan raye pun x nampak.KECIAN...wahai org yg berkenaan kotakan la janji2 manis mu untuk kehidupan yg lebih baik di Ulu TEmbeliNg.Sekian TMkasih

chenerong ular said...

gon neh jangan lah di sebut2 berjuget tur,teringat aku zaman aruah aki lagak,pas tuk abang jaafar pendek,dia dari belah ilir,kalau almarahum berangkat keurrlug malam aja kena berjuget lah dema turk,jika tak ada kena cari, 2.masa akuq sekulah dibantal ada juga juget me,di gusai pun ada dengan cigu2 sekali berjuget,suka amat kami oh.....tapi ini tinggal kenangan,tentan ong dah takmoh dah bebalah dengan wan zurieq tuk bagus lah,fikir dan berpakat lah untuk kebaikan kampong kitaq,tapi hok tak botoi tuk masing2 kena tegur juga secara berhemah,berubah dah ong.....

uRag dRrulug said...

Buntat - mende kiteq urag drrulug, hehehe.
Anon 9:00 - Saya percaya sdr mmg org luar yg prihatin pada daerah pedalaman dan menyukai blog UD ini, terima kasih saya ucapkan, saya hanya lakukan apa yang termampu, utk semua.
CU - Bejuget, hehehe. Kalau ong masih ingat aruoh abg din main gitar tersohor di daerah ini duluq. Akuq tork nork usik WZ dah, tapiq ame kalau dieq usik akuq....!!!.Perang semula larh yok?

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Semua,
Sedikit biografi WZWH.
Tok dan wan(nenek)belah ayah orang Chenih. Tok belah emak orang Kg Bantal. Nenek belah emak orang Jong Berlaboh Tembeling Tengah. Tanah orang tua masih ada di Kg Bantal, Kg Chenih dan Kg Mat Daling. Separuh tanah sekolah baru Kg Bantal diambil dari tanah orang tua. Ada tanah getah, tanah pinggir. WZWH dilahirkan di kuala Lipis. 12 tahun pertama dibesarkan di Kuala Tembeling, dari umur 13-25 belajar di Kuantan, Shah Alam, Seremban, Scotland UK. Pernah bersekolah di Kg Bantal (sekolah lama)percubaan darjah satu masa umur 6 tahun pada tahun 1974. Kemudian darjah satu sebenar di SRK Kuala Tembeling pada 1975. Setiap tahun masa cuti selalu mudik Ulu Tembeling terutama Kg Bantal, Kg Chenih dan Kg Mat Daling. WZWH adalah last batch yang mempunyai pengalaman masa kecil menikmati kehidupan di Kuala Tembeling, Tembeling Tengah dan Ulu Tembeling. Disamping pengetahuan Ulu Tembeling dari tok dan nenek. WZWH dan YB Dato' Wan Amizan komited memajukan Lembah Tembeling. Bagi kami 10 tahun kami akan mewarna-warnikan Lembah Tembeling. Kita perlu bekerjasama. Trust us. Anda tidak akan jumpa politician Tembeling yang punyai willpower dan political will macam kami. WZWH idea, Dato' Wan Amizan pelaksana.

chenerong ular said...

salam,lupa akuq nak sebut tentang aruah abg Din dari sepia tur,rambut dia apro kalau tak salah aku,masa akuq sekulah di bantal dia sekulah di luar tak payah sebut lah sekulah manaq dia belajar gitar pn di situq,dia balik keurulg dah dewesa dah,masa tuk aku balik cutiq ada keramaian dialah memetik gitar,rasa akuq main drum berahim.berjugget lah kami.oah.Amenda senyap amat oah wan zuriq tuk 1 2 hariq ne?,ke dia sebak,sayu amat membacaq tulisan ong kabor nok bebaik dengan dia,atau entah2 lepas mudek kehurrlug dah gamoknya,entah2 dah memasang kemooh dipadang bantal doh,UD,ong tau chenerong ular tuk dimana ? haha jawab,tapi ong mesti tauq punya pasai ong sedara akuq....duduk disanaq pulok.....

uRag dRrulug said...

CU - Hah tuh! Bebungik dorh! Kehkehkeh. Aruoh Abg Din tu sekuloh Kesihatan...kedoktoran..mase tuh kerayanth ria nye bila ada pancaragam yok? Bejuget larh kiteq. Siap ade anok juget lagiq yok! Itu larh jadiq kenangan kiteq. Yg susoh nork de lupakant.
WZWH - saya percaya semua kenyataan sdr tu, cuma utk memberi masa 10 tahun tu.............kehkehkeh, terpulang pada rakyat. Ada semacam revolusi pemikiran rakyat yang semakin meminggirkan UMNO kerana peribadi pemimpin yg tidak menyakinkan mereka selama ini. Tapi itu semua bukan ada hubungan dengan saya. Mungkin itu satu hukuman...wallahualam!

Anonymous said...

Tok 4 Kuala Aur.
Salam utk semua
UD.... kan akuq dah kabo ke ong dulug lagi.Gon bedua tu tork guna begadoh. Aku sukong apa hork Buntat kateq tu...memang betui amat.
CU... Aki LAGOK tu aki aku....tapi aku dorh torh ingat wajahnya.. masa dia meninggal aku kecek lagi.. Gambornya pun tadok kami simpan hanya ada sekeping akuq jumpae iaitu di Muzium Pekan.Ayah Din Gitar dah meninggal dunia. Kalau tork silap aku tahun 2001 atau 2002.Sakit dia tu la.... Kuburnya di KG. Teris Lancang Pahang(Kg.isterinya.) Anaknya doh sek menengah sekarang ni..
Kenangan Masa Raja Mudek.. paling aku sukaeq tengok pondok yang memenuhi padang di Bantai tu.... bejalan dari satu pondok ke satu pondok. Bila malam ada main kugiran. Lagu yang paling top..."ketipang Payung". Penyanyinya ..... he.he.he.....
Akuq tunggu gon drrilir mudek ari ni.... aku nork belanja gon makan gulai kerbau...... Gon semua mudek york.

uRag dRrulug said...

Tok 4 Kuala Aur - bukan nye aku nork sangat begadoh dengan WZ tu, tapi pasai dia nye kekadang napok sumbung skit, tork minat aku kalau urag sumbung neh. Macamanek norh jadi pemimpin kalau sumbung dan suke banggeq diriq?

Buntat said...

Hakak setuju sangat kata UD tu. hakuk memanag tengok WZ ni sombong.Bukan setakat itu saja BODOH SOMBONG lagi TAK MAHU MENGALAH pulak tu. Tak payahlah nak cerita Bio-data ong tu. Kami dah tau ong tu sapa sebenarnya...Nak bagi 10 tahun baru nak membangun?..... Hakuk rasa tanyalah penduduk senun.Hakuk rasa gone ni akan kalah nanti tau kalau gone tak perbetulkan sikap gone sekarang.

Anonymous said...

WZWH dan YB Dato' Wan Amizan komited memajukan Lembah Tembeling. Bagi kami 10 tahun kami akan mewarna-warnikan Lembah Tembeling. Kita perlu bekerjasama. Trust us. Anda tidak akan jumpa politician Tembeling yang punyai willpower dan political will macam kami. WZWH idea, Dato' Wan Amizan pelaksana.??? ~

kehkehkeh! apa jenis orang yg ckp macam ni agaknya? Bagi 10 tahun? Skrg dah sepenggal, lagi 10 tahun itu 2 penggal...jadi padang jarak padang terkukurlah Ulu Tembeling kalau mcm tu. Wakil rakyat biasa, paling lamapun patut 2 penggal je, kalau pengggal pertama tk perform, tendang saja dan ganti orang lain. Porah!

Anonymous said...

WZWH dan YB Dato' Wan Amizan komited memajukan Lembah Tembeling. Bagi kami 10 tahun kami akan mewarna-warnikan Lembah Tembeling. Kita perlu bekerjasama. Trust us. Anda tidak akan jumpa politician Tembeling yang punyai willpower dan political will macam kami. WZWH idea, Dato' Wan Amizan pelaksana....

ha3x.. tidak reti dah aku nak kutuk ko WZWH.. sudah-sudahlah.. jangan memalukan diri sendiri.. bawa2 bertaubat..

Ri~Kuala Pengor said...

Salam semua,,,
Asalnya hamba dari tanah dan kepada tanah hamba di kembalikan..
Hamba berpendidikan sekolah rendah kg.Pagi,,lepas tu dpt tawaran ke Sekuloh menengoh Kuching, keknya hamba tulok, tak nok doh mudik ke hulu..hamba terima tawaran Sekuloh menengoh Sungai Tiang sebok dirilir dekat dengan lapangan terbang kuala Atok..mana la tau kotnya dpt tawaran belajo ober see,, senang skit dekat dgn lapangan terbang. Tergendala aje, prujek kapal terbang ni..patutnya doh maju(patutnya YB teruskan projek lama yg tergendala),,senang urang drulug yg belajo obersee nak balik kehulu..dekat dgn taman negara senang pelancong(selain buat kabel car ke gunung tahan baik pulihara tapak ni aje). Balik ke lator belakang hamba, tanoh ada la berkat usaha urang tua..mohon tanoh, payoh nak lulusnya.,,Walaupun zaman sekuloh kelmarin hari-hari nyanyi lagu "NEGARAKU,,,TANAH TUMPAHNYA DARAHKU" begitula seterusnya dengan penuh semangat..keknya tanoh bulih lulus untuk ketua kampung dan AJKnya aje..nak buat guana bukan keturunan bendahara dan bukan juga urang panda pulitik....Keknya u all trust me..in 10 years we all, akan tetap pemunggah air..dari sungai mana tak tau la..sebok semua nya dah kutor...kalo nak mintak air JBA..YB tak tau guana nak mengurusnya(tgk cuntoh koletahan)....So should we think what happen to us in 10 years..or shud we just trust someone to rules our life for 10 years?