Nak letak gambar pohon, batang dan daun Petai Meranti - tak ada.
Nak letak gambar Musa Petau pun saya tak ada. Memadailah dengan gambar ini,
yang pasti dia bukan Sarah Petai. Kalau tak caya, tanya En. Su
Kalau pernah pergi ke Jeram Perahu Ulu Tembeling, hanya di seberang sungai bertentangan dengan tapak chalet, di tepi sungai tumbuh sebatang pohon ~ batangnya seperti batang meranti, daunnya seperti daun merbau dan buahnya seperti buah petai.
Kalau kita mendaki ke puncak Gunung Ais (nama kampongnya mengikut sebutan orang tua-tua adalah Gunung Ayeh) kita akan temui lagi beberapa batang pokok seperti ini.
Oleh kerana kita ni tak pandai ilmu perhutanan, maka kitapun pelik sangatlah. Bagaimanapun tumbuhan ini bukanlah tersangat pelik tetapi mungkin kerana jumlahnya berkurangan serta pertumbuhannya tidak sesuai dengan sebarang tempat maka kita menganggap ianya tumbuhan pelik. Bagaimanapun ianya memang ‘rare species’.
Tumbuhan yang kita maksudkan itu adalah Petai Meranti. Petai Meranti adalah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama botaninya Parkia singularis Miq.
Alam: | |
Divisi: | |
Kelas: | |
Order: | |
Famili: | Leguminosae |
Genus: | |
Spesies: | P. singularis |
Kita bukan asing dengan petai yang selalu kita jumpa dan makan itu. Bagaimanapun tidak banyak yang tahu tentang kaum keluarga petai yang lainnya. Jadi kali ini kita belajarlah sikit-sikit mengenai petai ni;
PETAI
Nama Saintifik : Parkia speciosa Hassk
Famili : Leguminosae
Ciri-ciri :
Pohon petai tergolong dalam jenis pohon besar dan tinggi
Pohon ini tumbuh liar di kawasan pedalaman, di dusun atau hutan belantara.
Pohonnya boleh meninggi sehingga 20 - 30 m
Ukuran lilit batangnya boleh menjangkau antara 2 - 5m
Dianggarkan terdapat 60 spesies petai di alam tropika dan hanya 4 spesies di Semenanjung. 4 spesies ini ialah petai kerayung (Parkia javanica), petai meranti (Parkia singularis), petai biasa (Parkia speciosa) dan petai nering (Parkia sumatrana)
Daunnya mirip daun semarak
Terdapat banyak vitamin dan bahan galian pada buah petai. Pada 100 gram petai tenaga 120 kalori, kalsium sebanyak 126 mg, besi, 3.4 mg, vitamin B1 sebanyak 0.2 mg, vitamin C sebanyak 32.7 mg, protein, karbohidrat gentian, lemak dan lain-lain lagi..
Mengikut kajian yang dibuat oleh pengkaji-pengkaji tempatan, buah petai yang berbinti-bintil pada papannya dikatakan mengandungi kadar protein dan lemak berbanding tumbuhan lain iaitu masing-masing 8%, karbohidrat 11%. Terdapat juga kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2 dan niasin.
KEGUNAAN DALAM PERUBATAN
Dapat mengubati penyakit kencing manis
Khasiatnya boleh mengubati penyakit darah tinggi.
Natiq kalau ong mudik ke Jerap Perau, jangan lupa tepat aku kabo tu, ong bulih tingok petai tu rasenya ade lagi disenun. Jerap Perau de Temeling yok? Bukan Jerap Perau Sepieq. Hehehehe! Ong nork aku tunjuk tepat nye? Tapiq ame kalau ong tanyeq pade Muse Petai de Jerantut tu, mestiq dia tork tau punye.
14 comments:
Salam UD,
Amenda ong pelik amat, moyang WZWH yang bernama Wan Ismail bin Tun Salleh turun dari Terengganu berkampung di Kampung Janing(dekat sempadan Pahang Terengganu) akhirnya menetap di Pulau Besar. Moyang WZWH banyak tanam petai meranti yang ong cakap tu.Ok. Kita jumpa di Kampung Bantal pada 5 Oktober sempena keberangkatan Tuanku Sultan Pahang ke Majlis Hari Raya bersama penduduk Hulu Tembeling. Kalau ong berasa ong urag Drrulug, ong datang lah. WZWH adalah urag drrulug ekekekekeke...
Aok!!, undi ni ong kaloh macamane? Kg Janing dkt sempadan Pahang - Terengganu? Setau aku Janing derulu Sg. Tembeling dan Sg Tembeling hulunya di Gunung Ulu Bakar dkt Gunung Tapis dkt Sg. Lembing...mmmm, saloh aku lah gamoknya yok? Hehehehe
salam UD,molek bebenor nampaknnya biji2 petai yang di pegang oleh amoi 2,kasar2,mesti lemak,kertuk2 bila buat ulam.cicah pulaq dengan sambal tempuyuk,emmm nasi panas,sedap weh.lupa sekejap masalaah pedaaoh urrang politik ne.... errr,eerrr.... kenyang amat akuq ne,tq ud membuka selera .................
CU - ong selireq ke petai tu selireq ke amoi tu? Jangan buat bebagai oih! Nama amon tu Sara....hehehe ...hanya jogari yg mengenal maniam....Ong tork kumen kate WZ tu?
ammenda akuq dah kabor nak lupaqkn ceritaq pedeooh demeeq 2 semantara waktu,hamun ada suaen pun ada aku ne memikirkan gelagat urrang politik dan juak2 yang asyek menceritaqkan keterunan aja,tuk cite dulu sejarah ada,kalu rasa keturunan mulek buat lah mcam urrang tua dulu mulek perangainya tak lah jehek macam anak cucu dia masa neh,sesetengah jer,yang lain tuk ukey oh.makan nasi ukam petai kasar tuk lagi sedap......sakit perut pulak oh...bukAN SEBAB mkn petAI SEBAB MENBACA TULISAN HOK MELAMPAU2 TURK BETOI AGAKNYA.ONG GI KE UD JUMPA RAJA KITA NANTI,WAN ZIRIQ NAK EEREAT TANGAN ONG JUMPA RAJA AGAKNYA....HE HE HEE,DIA INGAT ONG TAK RETI JUMPA SENDIRI ,,......
kehkehkeh, kita tunggu urag lain hark bercakap pasai janing tu, demane ke letoknya tepat janing tu, kita tinguk sapa betoi sape salohnye yok?
kah kah kah. apa yang WZ kata tu memang tak betul. Kalau WZ tau pokok macam mana? daun macam mana? buah macam mana?. Kalau ong tak tau janganlah pakai hentam keromo. Mengaku sahaja ong tak tau. Ong bukannya duduk dRruluk hanya keturunan saja. Ong dibesar dibandar. Tak payahlah ong nak kelintong hakuk. aku kenal sangat ong tu
Salam ud,akuq tau sikit hal kampung janing,ianya merupakan kanpung purba peninggalan orang besar atau laluan orang raja2 masa dahulu,di situ maseh ada kubur2 purba yang maseh elok,dan pernah sekali ada rombongan dari jerantut membersehkan kubur purba itu,iaitu kakitangan pejabat daerah diketuai oleh Wan Kamaruddin bin Wan Mustapha,memang maseh ada lagi pokok buahbuahan menandakan kampung itu diduduki masa lampau,isunya sekarang dimana kah letaknya kampung tersebut, jeng,jeng,jeng....
UD menang lagi,.....kampung janing teletak jauh dari sempadan PAHANG -TRENGGANU,walau pun masa lampau orang kampung boleh pergi jumaat ke pasir raja,tapi jauh disebalik bukit.....untuk sampai ke kampung kuala janing kita terpaksa menempuh 7 jeram bermula dari jeram perahu dan akhir sekali jeram GAJAH KAWAN,AGAGNYA selepas 2 ke tiga tanjung dari jeram gajah kawan kita akan jumpa lubuk dayang,lepasa lima ke 6 tanjung kita akan nampak kampung kuala janing dan satu sungai disebelah kanannya terkenal dengan panggilan lubuk PATIN,memang terdapat banyak patin walau pun di ulu sungai,MALAM NEK AKUQ NAK TUAN LAH KE UD NE,KERANA FAKTA BETUL,cuma akuq nak tambah sikit,kalau silap ong tulong betulkan yok,uluq sungai tembeling ong kata ulu nya di gunung ulu Bakar,betul,sejajar dengan gunung tapis dekat sungai lembing,ada sartu lagii sungai yang sama iaitu uluq sungai kemaman,jika banjir salah satu sungai ini maka akan terjejas lah dua sungai lagi,ong pecaya tak ke akuq ne,lau akuq salah fakta aku mintak maaf ong tolong betulkan.......
UD,LEPAS BERCERITA ASAL USUL JANING TADI,AKUQ RASA NOK MAKAN NASI PULOK, LAPAR,ADA LAGI KE AMOI BAWAK PETAI TUKQ,KE ONG BURONG HABIS DAH ?,BAK LAH SIKIET,BARU BESELERA NAK MAKAN NEH, MAAF UD GURAU2 HILANGKAN TENSION.
Buntat - ??? hehe, aku tork campor hal ong berdua.
CU - Semua ong kata tu betul, kecuali Ulu Sg Kemaman tu...bukan aku nork kata tork betul tapi aku pun tork pasti...senang katanya aku tork tau lah. Aku jenis urag hark tau apa yg aku tau dan apa yg aku tork tau. Cube ong tinguk di goagle map. Pasai petai tu, ....petai lain ada lagi...hark yg dah tak ada Si Sara tu, pasai ada urag dorh booking, hehehe
CU - Janing: untuk ke kg Pasir Raja, kita masuk melalui Sungai Lurut, sebeloh kiri mudik hale ke Jeram Perahu. Dari situ menghulu dan lalui Kem Kemala serta Sungai Chay. Kemudian memanjat bukit Main Angin. Bila turun saja kita dah di Ulu Terengganu. Air Terjun Lata Keling disebelah kiri kita. Kita menghilir sungai lalui Padang Tepus dan sampai ke Kg. Pasir Raja. Kalau kuat jalan, semalaman dijalanan saja. Tak pun kena 2 malam.
Janing ni di hulu lagi dari Jeram Perahu, spt kata En. CU. Jadi ianya adalah 2 arah yg berbeza sama sekali. Boleh kita ibaratkan antara Jeram Perahu Sepia dan Jeram Perahu Ulu Tembeling, 2 tempat yg berbeza. Hmmmmm, aku tu tau pasai dulu aku bercari rotan dan gaharu. Tork pecaye ong tanya larh pada Ayah Dork. Hehehe
K,betui tuk saudara UD,POKOKNYA JANING ITU BELAH HURLLUG LAGI DARI JERAM PERAHU TERPAKSA MENEMPUH 7 JERAM,MENKANYA DIKATAKAN SEMPADAN DENGAN TRENGGANU,JAUH AMAT OH,LELAH LAGI BERJALAN DAN MELALUI ARAH JALAN LAIN SEPERTI UD SEBUTKAN BARULAH SAMPAI SEMPADAN BELUM PANJAT BUKIT LAGI,ITU SEBAB DALAM TULISAN AKUQ,ADA AKUQ TULIS MENAIKI BUKIT DISEBELAH SANA ADA LAH TRENGGANU,AKU TAU SIKIT NE UD,PASAI MASA AKU SEDANG JARAS DULUQ, AKUQ CARI BELANJA MENGIKUT RUMBUNGAN MEMUSUNG MADU LEBAH DI KAWASAN TUK, SAMPAI KESEMPADAN,TAPI TUKANG MASAK DAN BUAT AIR AJE, EERR ERRR,BAU PETAI PULAK DAH SENDAWA AKUKQ NE,PETAI AKUQ BELI DENGAN MUSAQ SEMALAM....... WSALLAM
CU - aihh! akuq kireq! ong bukan nye telior ke petai darh neh, ong neh telior ke sara tu larg agok de akuq, hikhikhik...raban larh kalau begutq yok?
Terimq kasih UD. kerana menyiarkan atikal "PETAI
Nama Saintifik : Parkia speciosa Hassk
Famili : Leguminosaeenyiarkan"
Nampaknya ong ni pakar dalam kajian tumbuhan.
Hakuk nak kali ni ong siarkan pulah 'POKOK KENAF' polak. Tolong dapatkan maklumat lengkap.
hakuk dengar pokok ini berpotensi besar dalam pasaran nanti. hakup nak memulakan perjek ini. Kalau UD nak joint leh gak.
Hakuk ada offer ni. Boleh tak?
Post a Comment