'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Wednesday, October 13, 2010

SUNGAI KITA, KEHIDUPAN KITA




Sejak lama dulu sungai Tembeling dan sungai Pahang telah menjadi laluan perhubungan utama. Terdapat catatan-catatan sejarah mengenai sungai Tembeling yang digunakan semasa zaman tembaga dengan penemuan gendang 'Dongson"(?). di Ulu Tembeling.

Sungai Tembeling boleh di hubungkan dengan Ulu Dungun (Kg. Pasir Raja) melalui Sungai Lurut. Melalui sungai Sat kita boleh sampai ke Kuala Pertang di Terengganu (sekarang kampong ini ditenggelami air kerana empangan Tasik Kenyir). Sungai Sat juga boleh menghubungkan Pahang dengan Ulu Kelantan iaitu di Sungai Lebir. Melalui sungai Kecau, Hulu Nenggiri / Pulai di Kelantan dapat dihubungi. Manakala negeri Perak boleh dihubungi melalui sungai di Ulu Jelai.

Sungai Semantan pula menghubungkan Pahang dengan negeri Selangor. Namun yang dilihat penting dan tercatat dalam catatan sejarah silam adalah laluan di sungai Bera yang menghubungkan dengan Hulu Muar melalui daerah Serting sekarang ini. Laluan ini bioleh diibaratkan sebagai lebuhraya timur barat pada waktu itu.

Air memberi kehidupan kepada manusia sejak kewujudan sejarah manusia. Sebagai minuman dan keperluan harian serta bagi tujuan pertanian dan sebagai laluan perhubungan. Kini semakin lama kita semakin melupainya dan kurang menghargainya lagi. Sungai kita biarkan tercemar. Bahkan sungai kita jadikan sebagai tempat pembuangan dan pelupusan. Kerana itulah sungai kita tidak akan jernih seperti dulu lagi. Sungai Tembeling tidak akan kembali kehijauan airnya. Kita kehilangannya kini dan untuk selama-lamanya.

Duluq, sesekali ayer keroh kita turun memedap. Banyok kiteq dapart ikan. Ikan rong, kawan batu-ulu, lampam. Ikan selimang kita tork maen mase tu yok? Mase tu kuok ikan nork timba ayer, mase neh kuk ayer nork timba ikan belum tetu lagiq yok?

10 comments:

Anonymous said...

Salam UD.
Cu-cu Atok...
Akuk diperkenalkan oleh Tok 4 Kuala Aur pada blok ong ni...Dieq suruh akuq pulok beri komem dalam blok ong ni... dia malas dah.... tapi dia baca jugaq... masaq akuq kecek dulug akuq memang suka ngikut urang gi memedap ni... akuq tukang bawok ikan aje.... nork memedap tork pandai.., mudoh tekancuuuh... bila.. sentuh ikan.... masa tu ikan banyok... mudoh amat nok mendapatnya... bebezer dengan masa sekarang ni... ikan sia pun payoh nork dapat.... ikan keloh jauhlaa......punan lah gon nork makan ikan keloh masa ni.....Ikan puyu dalam paya pun dah payoh nok dapat. Paya dah jadi kering,tadok air,penuh dengan rumput senayan aje... padi dah tork ditaman doh..

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam UD,

Petikan Ucapan DS Najib semasa Pelancaran Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar (PILB) kelmarin.

‘‘Ya, orang akan tuding jari kepada kita. Kampung ini tidak ada jalan lagi. Kampung ini tidak ada bekalan elektrik lagi. Ya, mesti ada saki baki yang belum diselesaikan lagi.
‘‘Mana mungkin dalam masa yang singkat kita melakukan segala-galanya. Tetapi saya percaya bagi kita tempoh 10 tahun akan datang, insya-Allah sebahagian besar agenda ini akan dapat disempurnakan,’’ katanya.

Petikan dari blog Urag Drrulug.
"WZWH meminta terlalu banyak dan mungkin rakyat tidak dapat memberi sebanyak yang diminta. (Baca dibawah) 10 Tahun pada dasarnya adalah 2 penggal dan DUN Tahan sendiri sudah duduk dikerusi itu sepenggal".

Tidakkah DS Najib mengulangi apa yang WZWH cakap WZWH mahu pengundi DUN Tahan bagi WZWH dan YB Dato' Wan Amizan 10 tahun untuk majukan DUN Tahan!

uRag dRrulug said...

Hahaha, wzwh;
Kadang2 kata2 sama ditempat yang berlainan memberi maksud yang berlainan juga. Saya setuju memberi Najib lagi 10 tahun kerana itu dalam skop negara Malaysia. Tetapi dalam skop DUN Tahan lagi 10 tahun adalah bebanan kapada rakyat. Tak kan itu pun wz tak faham. Janganlah letakkan diri sebagai orang cerdik ketaraf sedemikian bodoh. Saya tau awak faham cuma masih hendak putarbelitkan kenyataan.

chenerong ular said...

cuba fikir sudah lebih 53 tahun urrang drrulug sabar menunggu,takkan nak tambah sepulu tahun lagi,ini bermakna nya 63 tahun,belum campur tempoh melaksanakan sesatu prujek tuk,bayangkan hampir 100 tahun,kalau nak tengok orang yang umur 100 keatas ne payah dapat,yang ada di Tranggnu tuk aje,hok kawin dengan lelaki muda.dia tak apaq bersemangat.ramai doh hok tua tua mati weh..............fikirkan lah sikit bila nak bercakap dan memberi cadangan?

Buntat said...

Salam UD. hakak sependapat dengan ong tu. Untuk pengetahuan WZWH peojek jalan dari Kuala Tahan ini hakuk rasa telah hampir 10 tahun. aku tau sangat. Papan Projek dan menyembah bumi pun masih tak siap. Cuma pandangan aja dimuka jalan aja. hakuk rasa tak sampai 2 km yang siap ditar. Gone tak nampak ke ini kenyataan. jalan tu pun dah rosak pulak. NAK BERI LAGI 10 tahun lagi??????????.
Sepatutnya dari merancang hingga selesai (tutup account) 10 tahun.Ini yang diperkatakan oleh PM
Kalau macam apa yang terjadi sekarang dah makan masa 20 tahun.
Konrektor bertukar dah berapa banyak. Yang untong orang pertama kerana dapat hasil Balak. Lepas balak habis dah tak nak buat. Katanya rugi.
Biasanya masa pilihan raya mulalah buat gimik (janji) macam-macam.
Janganlah mempebodoh-bodoh orang kampung. WZWH hentilah PENIPUAN GONE tu. Tak payah nak sampai 10 tahun lagi untuk pembangunan dikawasan gone.
Orang kampong dah menyampah kat gone tau.
FIKIRLAH SENDIRI. JANGAN SUKA BERJANJI TAPI TAK LAKSANAKAN.
ALLAH LIHAT APA YANG KITA BUAT. ALLAH TAHU HATI YANG JUJUR DAN IKHLAS.

Anonymous said...

Salam tuan UD...,

Indah nampak pemandangan di kawasan Pulau Agoh dekat Kuala Tahan tu... Tampak lebih syahdu jika selepas bah melanda Sungai Tembeling. Mengapa nak ditimbulkan perosoalan bila DS Najib berbicara... selama ni apa pemimpin yang dimanah telah buat.

Tak kanlah makan tidur sepanjang masa, bila pemimpin besar bercakap pemimpin kecik nak jadi pelengkap. Tak payah. Itu semua cakap politik. Jangan diajukan percakapan politik kepada orang Ulu Tebmeling, nanti kena parang "bangkung".

Kawe nok becakap loghat Ulu Temeling gatek... Maaf kalu tak betul... Pemimpin ramai dah belaja tinggi2 cerdik, dan tinggalla komeh ni oghang tak pandai tapi bukannye bodor sanget dari segi pemikiran. Auk (betul). Segi politik kome nih bukan oghang politik, tapi daklah buta politik, auk. Masek tuh, demah kena ingat, boleh cari makan dalam politik sebab nye pebodor ke oghang bukan politik. Demeh cakap hok nok pemajukan kampong kawe nih baik pembangkang dan kerajaan same je tajuknya. Kalar doh betui nak majuke kampong komeh ni, ngape tok berodong sekali aje oghang politik baik pembagkang atau pun kerajaan. Nye majulah kampung komeh nih. Kalu nak majukan 10 tahun lagi, lagi besalah tembolok pemimpin2 hok kawe sebut nye pebodor ke komeh bukan oghang politik nih. Itu dinamakan “polek2taik” ajeh ke pe mendenye, auk. Kawe nok cakap sikit lagi nok cadang sikit aje, kalu betui nok bagi puak komeh ni maju, buat lesen pembalakan bagi atas sifat rakyat Ulu Temeling, segala kekayaan kawasan tu agih2kan ke komeh nih. Baruleh puak komeh nih sengeh suka bibir mulut koyak sampai ke telinga. Barule betui2 pemimpin politik.

Pang5 Banir.

Anonymous said...

Salamp urangdrulung.Kalau kita bagi WZWH 100 tahun pun mcm ni jugeklah di ulu tembeling nih.Semua orang politik nih sama aje pemungkor.Aku lagi percaya cakap orang asli dari cakap org politik nih.

Ri~Kuala Pengor said...

Salam semua,
Asal usul pencemaran Sungai Tembeling;1) Akhir tahun 70an -90an, bila hilir ke Kuala Tembeling lalu di Jong Berlabuh tali kabel merentangi sungai membawa balak dari seberang Jong berlabuh...ada yg ingat? Apa kemajuan di Jong Berlabuh? Sungai Tembeling dah nampak cetek masa tu terutama area Pasir Durian
2) Sungai Tekal-sampai sekarang air sungai tu tak jernih-jernih dan cetek..apa kemajuan di sungai itu?..Jambatan Tekal je yg nampak
Saya malas nak bilang berapa byk sungai yg tergadai, kering , tercemar demi pembangunan yang masih lagi di katakan memerlukan 10 tahun...sungai dedari(kering) sungai lentun( makin kering), sungai pengor( tercemar dan makin kering), sungai bubut(tercemar dan kering)..gon kira la..5 tahun politik haprak ni pegang, dah lebih 5 yang sungai tercemar/kering. gon tak risau air tembeling kering/tercemar?..dah nampak tanda-tandanya...bukalah mata, bukan mimpi dan angan2 yg kite tengok....KENYATAAN...Sungai Tembeling dah tercemar/kering...MASYAALLAH..ape lagi pembangunan yg gon nak kalo sungai tak de?

Anonymous said...

Cu-cu Atok.
Salam Ud dan semuanya.....
Untuk perhatian WZWH.Membandingkan daerah yang dikatakan HULU di Malaysia ni hanya Hulu Tembeling yang ketinggalan dari segi pembangunanan setelah 53 tahun merdeka.Orang Hulu Kelantan dan Hulu Terengganu dorh tork berkisoh tentang jalan ni. Baru-baru ni akuq gi ke Kampung Pasir Raja. Nork cerita ke ong (WZWH) jalan bertar disana dorh sampai kaki tangga...Ong toerk pernoh gi tak ke situ... belah-belah Dabong nun jalan dah comel dorh.... tu kawasan ulu la tu...sama aje keadaan dengan drrulug ni.Ong nork suruh urrang drrulug tunggu 10 tahun lagi? Betui kata cenerong ular tu.... tambah 10 tahun dah jadi 63 tahun... tu atas kertas. Pelaksanaannya...?? Akuq agok kita ni mati dulu jalan tu belum tentu siap!!!! menda lagi ong nork kabo...? Kekadang bila difikirkan betul juga kata-kata Ailong Abu Zaman." Drrulug ni ha.... sape pun menang same aje... Baik urrag Pas ke.. Baik Urang Umno ke... kamek disini tork berubah laluq."

Anonymous said...

Salam tuan UD & Sema2 MUT...,

Apapasai nok becakap politik. Ah..., mendenyeh komeh oghrang kampung nih nye tahuh. Kawe doh sebut atah tu sikit2 komeh oghrang doklah bute sanget politik nih. Tapi kalu politik hok demeh dok cakap tu orang asli pun nye tahuh jugek. Nak pemaju ke lembah temeling la macang2 semuanye nok buat belaka-laka... Kalu pada peringkat awal sambil nak curah batu2 lade, nak tabor tar, bagilah ke komeh ni tandas kesihatan, air kesihatan, dan kemudahan asas hok lain pun komeh nih reti gune juge. Nok ambil "komsen" tu ambil sikit2 je dahlah... kan ke dah cakap hok bukan2 dah tuh...Itulah cakap polek2taik, kotor... Nak pasai kemajuan cakaplah betui2, datang mesyuarat, tinjau, apa ke mendenye oghrang kampung serupe komeh nih yang pemimpin buleh tulung. Tanah kawasan ulu temeling tuh, hai kawe rasa kalu nok agih2 ke komeh nih cara berhemah, kalau peringkat ada cucu macang kawe nih nye buleh dapat tige ke empat ekar untuk dimajukan. Kalu macang tuh bolehlah kurangkan sedikit puak komeh nih yang mane miskin tegar tuh. Barulah dikatakan pemimpin yang beramanah...!!!, suara politik barulah buleh maju.

Ambo nok oyat sikit alek ulu kelate nih kalu demo nok bandie ngae ulu tembelin, depe rumoh jalan tar berselirak, puak tuh bule parking keto mercedess nah.

Pang5 Banir... masyarakat ulu tembeling (MUT)