'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Friday, October 1, 2010

APAKAH UMNO SEDANG REFORM?

 Panji-panji ini pernah aku julang dikala ianya gemilang
namun kini ianya jadi penyapu kaki
keranan pemimpin yang tamak dan mementingkan kroni




Bila PRU12 kita dikejutkan dengan perubah pengundi kepada menyokong pembangkang maka kita terkejut. Pemimpin terkejut 'beruk', tetapi hakikatnya mereka belum benar-benar sedar dan ingin berubah. Tiada apa yang mereka lakukan untuk berubah.


Pemimpin diatas sana menyalahkan akar umbi kerana kehilangan sokongan tetapi mereka lupa bahawa mereka penyebab sokongan rakyat hilang. Mereka terlibat dalam membiarkan kudis menjadi pekong, bahkan kadang-kadang merekalah kudis dan pekong itu.


Mampukah UMNO berubah? Apakah yang patut UMNO lakukan di cawangan-cawangan?

1. Pengambilan ahli di cawangan mestilah telus, semua harus dipelawa untuk menjadi ahli dan jangan ada sebarang sekatan dengan sebarang alasan. 

2.Tumpuan juga mesti diberikan kepada golongan muda supaya mereka dapat memberikan pendapat dan buah fikiran selaras dengan perubah waktu maka kehendak mereka sudah tentu berbeza.

3. Golongan berpelajaran dan berpendidikan mesti diajak menceburkan diri dalam politik bersama UMNO bagi proses 'membijakkan' UMNO yang semakin bebal sekarang ini.

4. Pemimpin UMNO disemua peringkat jangan takut kehilangan jawatan sekiranya ada muka baru terlibat dalam politik. Jawatan adalah tanggungjawab dan bukannya hak multak kita.

5. Jangan memilih pemimpin kerana adanya pengaruh wang tetapi pilihlah pemimpin kerana kebijaksanaannya dan kesanggupannya untuk membela kita dan berjuang demi kita; Agama, Bangsa dan Negara.

6. Pemimpin mestilah adil dan saksama, jujur dan telus dalam sebarang keputusan. Segala apa dari kerajaan hendaklah disampaikan kepada rakyat dengan jujur bukan hanya diagihkan kepada kroni mereka semata-mata. Saham felcra umpamanya bukan hanya untuk kerluarga mereka sahaja. Kita boleh buktikan ini berlaku dan inilah yang membuatkan rakyat benci dan marahkan pemimpin.

7. ....dan banyak lagi.....

Sehingga waktu ini kita tidak melihat sebarang perubah sedang belaku didalam UMNO dan UMNO hanya reform dalam kata-kata saja tanpa sebarang tindakan. Selagi UMNO cawangan menyekat keahlian, selagi kita memilih pemimpin kerana wang akhirnya kita memilih pemimpin yang bebal dan korup maka kita akan melihat UMNO mereput...reput....dan membusuk hingga keusus.

2 comments:

buntat said...

Saya setuju pendapat UD. Sikap yang perlu kita ubah. Sekarang saya dapati tidak betul-betul jujur dan ikhlas dalam apa segi pun malah mereka ini banyak pentingkan diri sendiri,kaun kerabat dan kroni.
2. Banyak sangat sikap hasat dengki,iri hati dan khainat. Buanglah........
3. Sikap nak berlawan. Perkara ini memang berlaku. Inilah yang jadi MASAALAH BESAR. Dengan sikap inilah macam-macam boleh berlaku. (boleh dibeli dengan RM)
Kita mesti memilih pemimpin yang berwibawa. Janganlah kita gelap mata dengan RM tapi kita pilih HAMPAS......

MARILAH KITA SAMA-SAMA BERUBAH DARI SEKARANG.
FIKIR-FIKIRLAH DAN CARI YANG TERBAIK UNTUK BANGSA KITA

chenerong ular said...

Salam saudara UD,kekadang kita rasa chemuuh untuk membincangkan hal2 parti UNMO ini yang di selubungi oleh berbagai bagai masalah yang di cipta oleh PEMIMPIN DAN PENYOKONG2 MEREKA YANG MEMBABI BUTA DALAM MENGURUSKAN PARTI,TIDAK SEMUA,ADA SEBILINGAN KECIL BERKHIDMAT UNTUK PARTI SECARA JUJUR.Saya sebagai saorang rakyat malayasia ini,nak atau tak hendak kena fikirkan juga lah,ini di sebabkan sistem di negara kita untuk menubuhkan sesebuah kerjaan kena ada PARTI2 YANG MEMENANGI,KITA TIADA PILIHAN,PAS PUN SAMA PKR PUN SAMA,JIKA SEBUT SAJA KEPARTIAN DAN MEMERLUKAN PENYOKONG UNTUK MENDAPATKAN KUASA JADILAH 2 X 5 PEMIMPIN MELAYU NE,JADI KITA KENA FIKIR DAN BERUBAH,JIKA KITA BOLEH TUKAR PEMIMPIN KITA TUKAR DIDALAM SESEBUAH PARTI TERSEBUT,PILIH PEMIMPIN YANG BERJUANG KERANA AGMA,BANGSA DAN NEGARA,dengan syarat kita sebagai penyokong atau pengikut juga turut berubah secara total tidak memikirkan habuan diut dan makan yang perlu di suap oleh pera PEMIMPIN2... Dalam ertikata semua WAJIB BERUBAH DARI ATAS SAMPAI KEBAWAH.....BARULAH KITA DAPAT MENGEKALKAN KUASA KITA WASALLAM.................