'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Thursday, September 30, 2010

UMNO YANG ROSAK DAN MEREPUT




Saya sayangkan UMNO. Saudara juga sayangkan UMNO dan ramai orang yang sayangkan UMNO, tetapi apakah yang kita lakukan sebagai tanda sayang pada UMNO? Kalau saya kata saudara yang membuatkan UMNO semakin rosak tentu saudara akan marah. Ada orang beranggapan blogger yang banyak merosakan UMNO kerana membuka keburukan pemimpin. Apakah jika blogger tidak membuka keburukan pemimpin maka pemimpin itu akan bersih?

Memang kita tidak suka memburukkan pemimpin tetapi jika tidak dilakukan demikian apakah mereka hendak berubah? Jawapannya boleh dikatakan tidak.

Kita berbalik kepada soal asas, siapa yang merosakkan UMNO? Pemimpin dari bahagian turun ke cawangan dan membina kekuatan mereka melalui orang-orang tertentu dengan bekalan RM. Pemimpin di cawangan sudah diajar untuk mengekalkan kuasa dengan mendapat RM bagi mempertahankan pemimpin tertentu di bahagian.

Kerana itu di cawangan ketua dan AJK terdiri dari kroni seseorang. Mereka mendapat RM untuk pertahankan jawatan mereka seterusnya membantu pertahankan pemimpinnya di bahagian. Kerana itu pemilihan di peringkat cawangan bukan berlaku dengan adil. Jika ada cerdik pandai akan di cantas. Jika ada yang tidak menyokong pemimpin yang sehaluan dengan pilihan ketua cawangan juga akan dipancas. Lalu Ketua dan AJK yang tinggal hanyalah yang bebal (maaf) belaka.

Ketua dan AJK cawangan yang bebal ini akan memilih Ketua dan AJK bahagian yang bebal juga. Akhirnya UMNO dipenuhi dengan mereka yang bebal seterusnya menteri-menteri yang dilantik adalah dari kalangan mereka yang bebal. Justru tidak hairanlah jika harga gula naik menteri berkenaan akan beri kenyataan supaya jangan makan gula, bila bawang putih naik jangan makan bawang putih. Jika 'barang' kita naik apakah mereka akan cadangkan kepada para isteri jangan 'makan' barang yang naik itu?

Yang demikian itu bukanlah penyelesaian tetapi mengubah dan melarikan dari masalah. Andai demikian penyelesaiannya sudah memadai untuk melayakkan kita menjadi menteri, saya rasa sudah tentu para tok mudim dantok dukun juga layak menjadi menteri dan pembesar dalam UMNO. Kerana itu jugalah UMNO menjadi rosak binasa seperti sekarang ini, apabila dipimpin oleh orang yang tidak berwibawa sebagai pemimpin.

Dalam UMNO terlalu banyak politiking dan cantas mencantas. Orang memilih pemimpin bukan lagi kerana kemampuan dan kebijaksanaannya tetapi berdasarkan kepada apa yang akan kita dapat apabila kita menyokong beliau itu dan beliau ini. Rasuah sudah membudayakan hidup kita juga dalam parti UMNO ini. Kita hidup bergelumag rasuah. Tanyalah diri kita sendiri apakah kita salah seorang darinya? Apakah kita salah seorang yang menghancurkan UMNO ini?

Mungkin kita masih ingat akan kata ; we are what we eat.....dan kita juga memakan apa yang sedang kita hasilkan sekarang ini. Anak cucu kita juga akan makan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Jadi kenalilah siapakah kita sebenarnya? Apakah kita pemberi rasuah itu? Atau kita penerima rasuah itu? Bagaimanapun kedua-duanya tetap sama.

Perkasakanlah UMNO - jangan memberi rasuah dan jangan menerima rasuah. Pilihlah pemimpin berdasarkan kebolehan bukan berdasarkan berapa banyak yang akan kita perolehi dari mereka. Jangan gadaikan maruah bangsa dan masa depan anak cucu kita kerana Tuhan akan membalas perbuatan kita itu nanti.


Aku dork oih! Pasai aku tork perwakilanth. Habat sunggoh dorh zaman ni yok? Urag drh bulih jual urag! Melancong kita oih!

8 comments:

sembang kedai kopi said...

Salam.Kenapa kita tidak tukar system memilih calon?.Kita tidak boleh lagi harapkan vote dari perwakilan sahaja.tetapi semua ahli UMNO perlu diberikan hak untuk memilih siapa calon yang mereka suka bukan hanya beberapa org perwakilan sahaja

uRag dRrulug said...

Itu yg sedang UMNO lakukan. Ada sedikit perubahan dalam pemilihan akan dtg, bagaimanapu segalanya terpulang kepada ahli semua yang akan melaksanakannya. Ahli perlu jujur dan ikhlas terhadap parti, jika tidak, walau bagaimana peraturan dan undang-undang yang dikenakan sekalipun tidak akan dapat mengubah apa-apa.

uRag dRrulug said...

Salam, ibaratkan tumbuhan, jika sentiasa dipotong maka tentu tidak akan mampu untuk tumbuh, demikiahn juga dgn UMNO yg akhirnya akan jadi semakihn kecil kerana operasi pancas memancas akhrnya ahli yg aktif hanya tinggal sebuah keluarga, bapak ketua cawangan, mak ketu7a wanita, anak jantan ketua pemuda dan anak perempuan ketua puteri. Ketika itu kita jgn lagi mimpi untuk UMNO memenangi mana-mana pilihanraya lagi

Anonymous said...

yang ade dlm um noo hnyelah mamak petukang, melayu bangsatwan dam melayu tua yang tak sedaq-sedaq di klentong pemimpin serope mahadit firaun tua

Anonymous said...

yang ade dlm um noo hnyelah mamak petukang, melayu bangsatwan dam melayu tua yang tak sedaq-sedaq di klentong pemimpin serope mahadit firaun tua

chenerong ular said...

Salam UD dan kawan2,sindrom yang ud cakapkan itu lah yang kita amat takuti menular hingga keakhir zaman,nampak gayanya tiada tempat bagi urrang2 yang mempunyai pelajaran tinggi,bijak,berhemah, mempunyi karisma sebagai pemimpin untuk terus naik atau diberi peluang memimpin,jika ianya selalu dicantas,apa yang mereka mahu pemimpin yang jadi pelapis mereka kelayakan mesti rendah,tidak mempunyai kekayaan,agar sentiasa menadah tangan pada mereka2,ada jenis satu lagi ne pelajaran tinggi tapi akai kurang sama juga terpaksa menumpang sepanjang hayat,kita tidak akan jumpa lagi jenis pemimpin yang berjuag kerana agama bangsa dan negara dimasa akan datang ini jika sindrom atau penyakit yang di maksudkan diatas tidak diubati,melayu akan hancur,agama akan terancam,jangan cerita lah UMNO APA AKAN JADI.......?

buntat said...

Betul sangat apa yang diperkatakan UD. Perkara politik wang dah menjadi budaya dalam UMNO. Susah nak tukar sikap. Selagi kita tak nak tukar sikap saya rasa UNMO akan HANCUR NANTI. Cuba kita lihat awal 70an. Masing tak mahu jadi calun........... Tapi sekarang paksa supaya undi mereka dengan sogokan RM. Bila mereka menang depa akan mengaut RM. Tengok dulu-dulu Ketua bahagian tak dapat apa-apa pun. belanja pun kena keluar duit sendiri. Ini perkara benar kan

Ri~Kuala Pengor said...

Salam semua,,
Tulah masalahnya dalam politik ni. Parti yg dulu menjadi sanjungan nenek moyang saya, parti yg dulu memperjuangkan keagamaan dan kebangsaan yg sebenar telah di cemarkan oleh orang yg mahu kaya, kuasa dan nama. Jijik rasa nak mengundi UMNO jerantut, Jehek lagi nak berborak pasalnya. Apa yg di tonjolkan oleh UMNO j,tut sekarang ialah mahu menghalalkan rasuah, harus mencemarkan alam utk kemajuan, dan sanjungilah YBnya walaupun jelas pembohong besor. Kalo lah aku ni Ultraman Taro..aku tak hancurkan raksasa..aku ajar mereka ni supaya jadi penoreh getah, pemedap ikan dan juga yg penting tukang punggah air.