'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Tuesday, September 14, 2010

ATAS NAMA PEMBANGUNAN HASIL NEGARA DIKEBAS

 Kiri: Pandangan kawasan gondol di Bukit Kelompeng dekat Kg. Pagi dan kanan; Matau balak berhampiran Kuala Tahan.


Posting semalam setidak-tidaknya telah menarik perhatian ramai tentang kesusahan masyarakat pedalaman di Ulu Tembeling yang terpaksa bertarung dengan maut untuk mengecap sedikit kenikmatan hidup.

Berikutan posting semalam juga blog 'uRag dRrulug' telah di-link-kan dari portal blog tersohor negeri Pahang iaitu Pahang Daily Online. Mungkin ini satu pengiktirafan terhadap pejuangan uRag dRrulug terhadap rakyat dan masyarakat pedalaman Ulu Tembeling. Kerana itu juga blog uRag dRrulug harus lebih fleksible dari segi penulisannya agar dapat dibacai oleh semua orang, dari segi bahasanya, namun identiti bahasa pedalaman Ulu Tembeling tidak akan dipinggirkan.

Wan Zamzuri menyampuk kononnya simpati dengan penderitaan rakyat pedalaman tersebut, tetapi dia bukan pernah tinggal dan membesar di sana dan dia dari keturunan bendahara, makhluk terpilih sebagaimana 'the choosen ones'. Dia tidak faham perasaan pedih pilu penduduk pedalaman


Dia hanya tau bercakap sebagaimana tokoh politik lain yang dengan angkuh meluluskan berbillion untuk projek itu dan berbillion pula untuk projek ini.


Jujurkan pemimpin membela masyarakat pedalaman langsung tidak dihayati. Jikalau kos pembinaan dua kali ganda dari kos sebenar apakah mereka membangunkan jalan raya itu untuk kemudahan rakyat atau hanya untuk kemewahan diri mereka dan kroni mereka sendiri?


yang akan kita depani adalah hakikat, bukan angan-angan. Justru jangan kita bercakap soal cable car dan hotel 7 bintang kerana itu bukan untuk rakyat. Berbalik kepada soal jalan raya tadi, apakah kerajaan akan membina jalan raya itu jikalau balak tidak dikeluarkan?


Lebih malang lagi adalah, tidak mustahil peristiwa atau kisah Tengku Wong akan berulang semula dan hutan kawasan Taman Negara juga akan dicuri sekali lagi. Siapakah perompak rakyat yang bertopengkan pembela dan pembangun kemudahan untuk masyarakat pedalaman.


PRU13, jika DUN Tahan tidak kalah pun saya pasti benar kemenangan akan semakin merosot. Mungkin kekalahan lebih elok untuk memberi pengajaran kepada pemimpin.



Aihh! Kerayanth larh kiteq anok. Lariq dariq mulut rimo masuk ke mulut buaye pulok dorh. Pukok kawasan tadahan hujan pon entoh habih ke putong nati, yok? Payoh larh kiteq nork cariq kayu api natiq.

3 comments:

Anonymous said...

Salam UD,

Makna nya selepas usahahasil hutan dimkeluarkan ,maka jalanraya ke hulu tembeling akan melebuh seumpama lebuhraya atau express way, 4lorong ke, berbitumen pula, no lekok serta lopak dan tidak undulating. Senang lah uraq di hulu tembeling kehulu kehilir berkereta.

Nampak kepada jalan balak itu sebagai jalan asas lebar nya 66 kaki. Nak tanya UD:

1. Ada kah ini usaha Wakil Rakyat Dompok atau wakil rakyat terdahulu BN seperti Dato' Wan Bakar?.

2. Siapa pembalak nya? Adakah penembak tepat Hidupan liar terlibat sama merancang dan melaksanakan projek ini.?

3. Adakah JKKK mendapat manfaat dari usaha balak ini? Berapa manfaat nya RM per JKKK?

4. Bila projek sebenar jalan raya akan di bena?, Siapa Kontraktor nya?

Harap, UD menyatakan, jika tidak WZWH akan menangguk atau mengakui hasil usaha nya, ini telah berlaku. UD cerita kan kebenaran nya, Supaya penduduk dilembah tembeling mengetahui nya?. Penantian sejak RMK-6 menjadi kenyataan pada RMK-10,. Tahniah dan terima kaseh Dato' Wan Bakar ,mantan AP jerantut dan mantan Timbalan menteri, uasaha anda menjadi realiti.

TQ

Anonymous said...

kalau kita nak terangkan kawasan daripada hutan belantara atau kita jadikan padang jarang padang terkukur disebelah ulu ni dan untuk jadikan airnya teh susu (tak payah beli teh dan susu, hanya beli gula ajeh..), ada baiknya kita pakat-pakat tandatangan ramai-ramai hantar kpd urang atas senun supaya kedepan ini kita pilih lagi orang biasa buat kerja mencuri balak untuk jadi wakil rakyat tahan, cuntuh: dato sri alim chak ke...., atau yang seperangai camtu...., dia urangpun duit banyak, buleh tabur je duit-duit kepada urang-urang di ulu senun, amacam... setuju.......

Ri~Kuala Pengor said...

Menang sorak kampung tergadai,,,masa pilihanraya semua rakyat bersorak atas kemenangan orang yang di pilih...lepas tu orang yg di pilih memajak gadaikan apa yang boleh. Butakan rakyat dengan janji, dengan duit, dengan kuasa...macam sifat dajjal. Mungkin juga nak memudahkan kerja dajjal. Akhir zaman, air tulen tak ada..cuma dajjal yang bawak air...Orang di Hulu yg mula2 sekali akan kehabisan bekalan air tulen...mungkin YB dan pengikutya sahaja yg boleh membekalkan air tulen setelah musnahkan bekalan air tulen di sebabkan pembangunan yang di janjikan...itu tak termasuk lagi nak menukarkan oksigen yg di hirup dengan nuklear yg di rancang.....saya rasa cara berdiplomasi tak berkesan utk penaung dan pemimpin..tapi kalau kita bukan bangsa yang berpajak gadai...hentikan lah mereka mengadaikan sorak kita semua...