Kita melihat sekeliling, kiri dan kanan. Tersepit diantara pembangunan dan kerakusan mereka yang merebut segalanya atas nama pembangunan itu sendiri. Ketidakyakinan terhadap kecelaruan parti-parti yang mewakili bangsa Melayu. Penduduk pedalaman disini harus juga diperkenalkan dengan peranan sebenar Perkasa.
Peribumi Perkasa telah ditubuhkan sejak berapa lama dulu namun masih ramai terutama dari penduduk pedalaman di Ulu Tembeling yang masih belum faham peranan sebenarnya. Jarak dan kesukaran perhubungan seolah-olah memisahkan mereka dari dunia realiti sebenarnya.
Benar, IT telah mampu menghubungkan Ulu Tembeling dengan dunia luar, namun pertemuan dan bersemuka adalah jalan yang paling berkesan untuk menyampaikan segala maklumat mengenai Perkasa. Justru, mereka ini harus ditemui dan beberapa siri ceramah mesti diadakan bagi menerangkan sejelasnya tentang Perkasa supaya mereka benar-benar faham.
Saya percaya dari gerak hati saya bahawa rakyat dipedalaman Ulu Tembeling sangat prihatin dan sayangkan bangsa Melayu. Mereka juga sedar kenapa bangsa Melayu harus bersatu dibawah Perkasa demi survival bangsa sendiri. Yang di Pertua Perkasa Pahang, Dr. Zubir Harun (klik) perlu memikirkan masa yang sesuai untuk mengadalan siri lawatan jelajah Perkasa ke Ulu Tembeling, dan uRag dRrulug akan sedia membantu dalam segala macam hal. UD harus katakan ini sebelum WZ dengan angkuhnya tampil kedepan sambil membilang susur-galur keturunan bendaharanya.
Mungkin nanti kita boleh tanyakan susur-galur tokoh koperat tersohor dunia 'Wan' Donald Trump dan kena mengena dengan beliau.
Klik blog Perkasa Pahang.
Ada urag kateq; Ishhh! Kerayanth sunggoh ong neh UD, ade ke Donald Trump tu nye gelor 'Encik Wan' jugeq. Hehehe! Wan Cenderong Ular, ape ong nork kateq? Aku dorh makin ke napork ke wajoh ong tu, hahaha!
4 comments:
TOK 4 KUALA AUR....
SALAM AIDIL FITRI UTK SEMUA.
LAMA DAH AKUQ TORK BUKAK MASEK AKUQ NI.... LINE TORK KELEAR..... CERITA PASAI BALOK TU..... DULUG LAGI DAH.... PEMIMPIM BETUKOR PEMIMPIN... UTAN BERALIH UTAN DITEBANG OLEH DEMA TUH! KAMIK NI MACAM TU LAAA.... CERITA PERAHU KARAMM???? ..... PEMIMPIN GELAK DAN GELI HATI MENDENGARNYA SEKET PUN TADOK RASA KESIAN KE KAMIK NI...... KISOH UMAH BURUK DAN NOK RUNTUH...... PEMIMPIN BUTAKAN MATA DAN PEKAKKAN TELINGA.....(UMAH HORK ONG LETOK TU... AKUQ DAH NAIK
.... UMAH DIDIRIKAN DLM REZAB SUNGAI).PEMIMPIN JUAL UMAH PINDAH UMAH BARU DAN TAMBOH URAG UMAH...APA LAGI NOK WAYAT....
Salam UD,
Orang Ulu Tembeling perlukan Dato' Wan Amizan yang boleh menyelesaikan masalah orang Ulu Tembeling. Orang Ulu Tembeling tidak perlukan retorik PERKASA yang tidak boleh menyelesaikan masalah Ulu tembeling. Siapa aok UD yang cuba mengajar erti politik kepada orang Ulu tembeling. Orang Ulu Tembeling lebih tahu menilai pemimpin mana intan dan pemimpin mana kaca. Bila UD memperlekehkan WZWH sebenarnya UD "insult Ulu Tembeling inteligence". Jika UD menganggap keluarga WZWH di Ulu Tembeling 100% puak Wan, UD salah. Ada ramai lagi keluarga WZWH yang bukan Wan di Lembah Tembeling. Begitu juga dengan Dato' Wan Amizan. Semua orang Ulu Tembeling akan berkumpul pada Majlis Hari Raya bersama KDYMM Sultan Pahang di Kampung Bantal pada 5 Oktober 2010. Harap WZWH boleh jumpa UD di Kampung Bantal untuk mengajar UD sejarah dan politik Ulu Tembeling kerana pemikiran politik UD sudah terpesong dan songsang.
Hoih!!! kami kena belajor sejaroh larh pulok. Hahaha! kalau inilarh rupa nye pemimpin ntah larh, ada besor hatiq, ade tinggi diriq, sumbung. Kamiq haramkan anok cucu kamiq memilih pemimpin serupe hark iniq. Dato' Azizan tu urag Ulu Cheka, urag Ulu Temeling tork perlu ke dieq di Ulu Temeling, tapiq lebih lagiq urag Ulu Temeling tork perlu ke ong Wan Zuriq. Selame iniq kume idup jugeq tarok be ong de senun. Hark bukan Che Wan de rullug Temneling tu keturunan sakai pecariq kayu api dan tukang masok ayer puok dimeq ke tu?
salam ud,pada saya tak penting kita dari keturunan mana sekali pn,bnendahara ke,raja ke,tengku ker,nik ke,syed ke tengku ker,nama sahja ker,yang penting kita jangan sesekali menyusahkn sesiapa didalam hidup kita,yang betul kita kata betul dan yang batil tetap baatil,bahasa yang menunjuk bangsa,bukan warna hitam didahi menunjukn kuatnya iman sesaorang,saya harap ud faham maksud saya,niat dan perbuatan kita kena lurus dan seiring,itu harapan saya,saya tak mimihak pada en wan,tengku,syed,habib,dan semualah yang berpurapura,saya ada mata saya melihat dan fikir sebelum membuat keputusan,salam ud semoga ud juga dapat membangun kn tempat kita. wasallm
Post a Comment