'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Saturday, September 25, 2010

PETI UNDI BARU DI BLOG uRAG dRrulug

Membaca blog WZ serta komen-komennya dimana-mana blog sekalipun kita akan merasa satu kejengkilan dan kebencian yang amat sangat. Saya tak ada permusuhan peribadi dengan beliau tetapi sebagai seorang manusia saya merasa kebencian itu meluap-luap terutama apabila dalam satu kenyataannya WZ menyatakan bahawa orang lain di Jerantut Hilir hanya dari keturunan kumpulan sakai pencari kayu api dan pengangkut air untuk mereka yang berketurunan wan.

Kita tidak akan pernah mendengar kata-kata demikian dari tengku-tengku dan bahkan dari sultan-sultan dan dari mana-mana raja yang memerintah selama ini. Saya melihat beliau memang berpotensi sebagai bakal pemimpin Jerantut terutama mewakili Lembah Tembeling DUN Tahan, namun segalanya dimusnahkannya sendiri kerana ketidak-matangan beliau dalam berpolitik.


Beliau seorang  yang cepat melatah, terlalu cepat mengambl tindak balas yang akhirnya terjebak dengan perangkap musuh beliau. Beliau terlalu cepat menyalahkan orang lain bahkan bosnya sendiri Dato' Wan Amizan sehingga kenyataannya telah menjejaskan nama baik Wan Amizan sebagai Wakil Rakyat. Beliau juga memandang rendah keupayaan YBM Tengku Azlan dalam usahanya mengangkat dirinya sendiri.


Nyatalah politik beliau ini membodohkan dan memusnahkan diri sendiri. Saya memerahatikannya sejak lama dulu. Sayang, yang belajar tinggipun bukannya cerdas dalam berfikir. Tak terlihat mutiara dalam hatinya. Yang nampak terpancar hanyalah api dendam dan amarahnya. Andai dia jadi pemimpin kita maka musnahlah masa depan kita semua orang-orang di hulu, di pendalaman.


Komen terbaru beliau di blog UD adalah seperti dibawah ini:
........UMNO JERANTUT dan kemajuan dan kemakmuran rakyat Jerantut. UD tanya semua orang Ulu Tembeling, siapa mereka mahu ikut dan sokong untuk masa depan Ulu Tembeling, UD atau WZWH?
September 22, 2010 11:12 AM

Untuk menyahut cabarannya dan berlaku adil kepadanya maka UD sediakan peti undi untuk pembaca membuat pilihan sama ada memilih UD atau WZ. Keputusan undian ini akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pemilihan Khas yang akan menyerahkannya kepada PM Malaysia untuk diumumkan sebagai pemenangnya, mungkin di TV dalam rancangan khas Akademi Fantasia...


Silalah mengundi....di sebelah kanan atas blog ini bermula sekarang!

Ketueq UMNO Cawangan hark yang ditaja umrah tork buleh mengundi, Ketueq kapong hark yang ditaja umrah tork buleh juga mengundi. Urag laeh buleh sangat larh kalau nork mengundi. Kite tingok nati yok?

9 comments:

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam UD,
Adalah tidak demokratik bila UD tidak membenarkan semua Ketua UMNO cawangan dan Ketua Kampung di DUN Tahan mengundi dalam poll blog UD. Ong bersangka buruk kepada pimpinan akarumbi DUN Tahan. Tindakan diskriminasi ong ini membuatkan semua Ketua UMNO cawangan dan Ketua Kampung di DUN Tahan menyokong dan berdiri teguh di belakang WZWH.
UD ong nih kuat fitnah WZWH. Apa yang UD tulis bahawa WZWH menghina orang Jerantut Hilir adalah "Alfitnatulkubra". WZWH tidak pernah menyatakan "statement rasis" ditujukan kepada semua orang Jerantut Hilir. Ong UD akan terima pembalasan Allah nanti. Tunggulah ketikanya...

uRag dRrulug said...

Ok Lah WZWH, kalau awak nak juga ketua2 UMNO dan Ketua2 Kampong mengundi yang di sponsor ke umrah dulu tu turut mengundi, maka saya dengan penuh demokratiknya membenarkan mereka mengundi asalkan mereka semua jujur dan ikhlas dalam memilih dan berjanji tidak lagi akan terlibat dengan politik wang dlm. pengundian ini. Nampaknya setakat ini saya sudah mendahului, tapi pemimpin rakyat mcm saya tentunya tidak akan sombong. Terima kasih kepada semua pengundi2 saya, saya berjanji akan berkhidmat dengan jujur dan ikhlas sebagai Wakil Suara Rakyat Pedalaman ini nanti.

Cawan Tembaga said...

Ong tgh leading UD, nampoknya ong lebih popular dari WZWH. Comformla ong buleh jadi wakil rakyat ulu tembeling lepas ni.

Anonymous said...

hahaha tahniah la UD

uRag dRrulug said...

Hahaha, jgn silap pulak ~ mewakili suara rakyat bkn wakil rakyat, saya harap saya juga tidak perasan walau sdg mendahului dan dijangkan akan memenanginy. Bkn mengecilkan WZ tk beliau bknlah calon popular dan beliau mewakili tokoh yg sudah tidak polular lagi, kekalahan beliau nanti petanda awal kekalahan YB yg beliau pertahankan ~ suara rakyat boleh mengubah segalanya - wallahualam

Anonymous said...

wzwh mewakili orang muda...
pada saya tidak?
wzwh mewakili suara orang kaya berperut buncit...
alat kapitalis..

Anonymous said...

mcm ni dah upenye politil di alur tembeling..hmm...ikut gon la....jgn smpai berpecah belah perpaduan org melayu sudah...politik2 juge.....perjuangan memartabatkan org melayu jgn lupe..pkir2 kan la wahai deme seme yek...

Ri~Kuala Pengor said...

Salam untuk semua,,dalam sejarah hidup saya, ni pertama kali saya mengundi...sebabnya saya memang anti politik..pada saya memang Urag Drullug membawa suara orang Hulu Tembeling. Hulu Tembeling semakin musnah dari zahir dan batinnya. Menghentikan kemusnahannya seperti mustahil, tetapi memperjuangkan hak Hulu Tembeling menular di segenap aliran darah saya..biarlah saya putih tulang...tak nak lagi putih mata...

Anonymous said...

laaa... kenapa pemimpin agung ni peratusan dia lebih sikit... sian...sian...sian... lepas ni adalah blog yang kena gam disebabkan orang itu terasa tergugat...

kalo kena gam nanti boleh agaklah kerja sapa.. sementara itu kita copy dan paste dulu bukti-bukti yang ada.. senang sikit kita paku balik orang yang menyebabkan kena gam.. itu boleh jadi point kenakan balik satu hari nanti.. he3x..