'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Friday, September 17, 2010

JASA PADA PENDUDUK PEDALAMAN

Hark deribor tu Ayoh Busu Tambang, aku kenai ke dieq dan dieq kenai ke akuq.
Ong tu wzwh tork kenai ke dieq dan dieq tork kenai ke ong, ihik,ihik,ihik



Posting sebelum ini kita mengisahkan tentang peristiwa bot karam beberapa hari sebelum sambutan Hari Raya Aidil-Fitri. Kecelakaan itu hampir-hampir mengorbankan nyawa. Yang pastinya telah mengakibatkan kerugian bernilai ribuan ringgit.

Perahu Tambang masih satu-satunya alat perhubungan diantara masyarakat di Ulu Tembeling dengan dunia luar. Pembangunan telah mengubah sebahagian dari kehidupan masyarakat pedalaman, namun ada daerah yang masih tidak menikmati hasil pembangunan itu sendiri.

Pembinaan jalanraya diantara Pekan Jerantut ke Kuala Tahan telah mengubah struktur / laluan pengangkutan bot yang dahulunya berpusat di Kuala Tembeling.

Sudah tidak banyak lagi bot digunakan sebagai alat pengangkutan awam berikutan pembangunan dan pembinaan banyak jalanraya diserata tempat terutama penempatan sepanjang sungai Jelai dan Tembelng.

Dulu Kuala Tembeling adalah pusat pertemuan bot-bot dari sepanjang Sungai Jelai dan Tembeling terutama pada hari Selasa, hari Pekan Sehari dimana penduduk memasarkan hasil-hasil kampong dan berjual beli.

Di Sungai Jelai, bot ‘disel’ penambang beroperasi  membawa penumpang dan muatan sehingga ke Mela, Kerambit, Kg. Kuala Kenong, Kampong Sibar, Kg. Jeram Bungor dll. Manakala di sepanjang Sungai Tembeling, beberapa bot kajang beroperasi dari Kg. Pasir Durian, Kg. Pasir Sia, Kg. Merting sehingga ke Kg. Kuala Tahan.

Bagaimanapun bot penambang dari Ulu Tembeling tidak terlalu terikat pada jadual mingguan tersebut kerana jarak yang terlalu jauh bagi sehari perjalanan. Mereka beroperasi berdasarkan keperluan tertentu termasuk membawa pelajar-pelajar yang menuntut sama ada di Kuala Tembeling, Jerantut bahkan dilain-lain tempat.

Selain itu operasi bot penambang di Ulu Tembeling juga berdasarkan kepada pemasaran hasil tempatan seperti getah, rotan dan sebagainya. Bagaimanapun kebelakangan ini individu yang terlibat dalam pengangkutan bot penambang itu sudah semakin berkurangan kemungkinan kerana permintaan yang semakin berkurangan akibat perpindahan penduduk kampong ke kawasan sekitar sebagai memenuhi keinginan mereka terhadap pembangunan dan keselesaan dan peningkatan taraf hidup.

Bot-bot penambang dari Ulu Tembeling tidak lagi menjadikan Kuala Tembeling sebagai pusat hentian sebaliknya berubah kepada Kuala Tahan sebagai alternatif untuk perjalanan yang lebih singkat serta kos operasi yang lebih murah.

Berapa lama lagikan kerjaya ini akan dapat bertahan sehingga jalanraya siap terbina sepenuhnya? Sehingga pengangkutan awam darat (bas dan teksi) dapat beroperasi dengan berkesan dan menguburkan pengangkutan bot penambangan ini menjadikannya sebagai satu sejarah masa silam untuk perkisahkan kepada anak cucu nanti.

Sehingga itu kita harus merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pengusaha perahu tambang yang telah menabur budi dan jasanya kepada masyarakat pedalaman di Ulu Tembeling selama ini.

Terima kasih kepada mereka sama ada masih hidup atau yang telah kembali ke rahmatullah;

Ayah Busu Tambang, Yaakob Lo’oi, Long Bakar, Ahmad Mat Jaya, Safran, Nor Bantal, Wan Azahari, Wan Ahmad

(Sedekahkan Al-Fatihah bagi mereka yang telah pergi);
Pak Rendah Yaakob, Ayah Midan

Juga bagi mereka yang namanya tidak ingat dan tidak tercatat, semuanya telah banyak berjasa kepada rakyat dipedalaman selama ini.



Dimeq tork raseq lengoh lutut dan sakitnye jubor berjam-jam perjalanan ilir mudeq. Dimeq tork penoh raseq takot bila muto menempoh jeramp. Dimeq tork penoh takot karamp dan cengkelek tenggelamp. Sebab itu dimeq tork peduli ke pembangunan hark yang kamiq hendak disegerakan.

7 comments:

chenerong ular said...

Salam UD,dengan ceriteek saudara tulis itu,teringat akuk jaman akuk keceek2 dulu,aku sekulaoh di bantal waktu itu,derjah 1 sampai lah derjah 6,mengkanya kerana aku nok kan perubahan dalam hidup aku sambung belajar di kualak tembeling,habis tingkatan 3 aku keluar lg dari daerah jerantut saambong belajoq,dok payah sebut lah di manaak.yang menjadi kenaNGAN nya bila hilir mudek,waktu itu ong nak cari mutaar boot hilar mudek macam dimek sekarang tak dapat oh,ada masa seminggu se kali pn susah,ada masaaknya makan bebulan,yang petamaa ada enjin besar engku wan yusuf,enjin mercaury 50hp oh,mencinkeng jer dia,tapi kamik budak sekulah balik cuti jaer ada kejaan sedia bot,boot abang deeng kuala cheneh,rasanya aruah ayah midan ada juga.Ayah uda sahar,bekas tuk empat jamal,ayah engku minan,aki mat lazim juga merupakan pengusaha boot tambang atau menjadi pilot waktu itu,kalau belah hilir cikeet ayah musa kumil,lagi hilir,aruah abang hassim manggi dan banyak lagi yang tak ingat untuk di sebut,masa kamiq duluk2 alur2 jeram mana ada bebela macam masa ne,maaf lah saudara UD,saya menulis macam saudara tulis juga,tetapi saya rasa puas dan kekadang sayu bila membaca tulisan saudara,apa tidaknya,sepatutnya selepas akuk habis sekulah rendah dah tak dengar dah cerita karam,alur tahur nak lalu pasir kena kurek dengan pinggan ayan atau almunium,duk berhipithimpit dalam boot sampai senyeoor kaki2,bak kata ud tuk sampai serban jubur2.tapi itu lah saat yang akuk nantikn di setiap musim cuti sekuluh nak balik amat kuluuk,tapi sekarang tinggal kenangan,MAAF UD nak tanya JALAN KITAEEK TUK BILA SIAP OH AGAK NYA,CUBAAQ ONG TANYA WAN ZURIEQ ENTAH KE DUIT DAH SAMPAI DAH.... WASALLM...........................

Anonymous said...

UD,

Nak Tanya, ada lagi rumah ala balairaya di tepi padang SK Kuala Tembeling tempat orang dari Hulu Tembeling singgah bermalam. Ketika itu mereka membawa ikan salai, ikan pekasam dan asam rong di masak di situ, itu jaman Wan Bakar, wan Al kamar Shah sekolah Sekunder di KT. Ada lagi ke?.

UD sabar sikit aje kan WZWH telah cadangkan JRaya ke kg Bukit Mat Darling menjedi realiti, namum begitu aku harap Tar nya keras jangan tak keras2, bersempalit ke kreta ong.


TQ

uRag dRrulug said...

Salamp,

mimang iteq akan tekenang mase laluq dan bukan mudoh nork kiteq lupakan, hanya kiteq hark yang betul-betul mengalaminye bulih meraseq, urag hark yang tork alamiq tork tau raseeqaan kiteq.

Sedeareq Cengerung Ulor, akuq dorh napok wajoh ong tu se siket dan akuq dorh kenai ong tu tapi bior larh ini jadi rohsia kiteq bersameq.

Aku nork wayat ke semueq, belog ini bukan nork tujuan membantai ke urag, tapi lebih nork kembalikan nostalgia kiteq, kuatkan rase sayang kiteq pade tepat kiteq dan mengangkat martabat kiteq Ulu Temeling. Dulu urag rase maluq nork mengabor kiteq dari ulu temeling, mase ni kiteq rase banggeq kita datang dari senun.

Anonymous said...

Tok 4 Kuala Aur......
Salam UD & Cenerung Ular serta semua Uragg Drrulug.
Apa yang diceretakan CU tu..semuanya aku lalui juga.Duduk dalam perahu sampai senyoor kaki,kebas jubur.Musim kemarau mudek tak sampai dalam sehari kena tidur tengah jalan dengan perut lapar.Bila dah duduk dalam perahu bagi akuq saat yang paling aku suka bila dekad nak sampai ke bantai. Napok aje pentas dekat istana tu.... suka amat ati kerana dah sampai ke kampung.Itu pengalaman 30 tahu dulug.Akuq rase itulah pengalaman yang paling mahal dalam hidup yang tidak dilalui oleh urag lain selain urang drrulugg. MENCINGKENG.Aje....
lama doh tork dengor dan akuq dapat bayang bagaimanakah keadaan mencingkeng tu.......(Teringat kisoh betapa susohnya menarik perahu dijeram Dedari dan Jeram Panjang dengan Arwah Abang Hashim di musim kemarau.ALFATEHAH utk Arwah) Aku ni memang tork pernoh malug mengaku urang drullug setiap kali aku memperkenalkan diri kepada pegawai-pegawai yang lebih atas dari akuq.....Kampungku DRRULUG....... dan bila dengar lagu KELUHAN PERANTAU- JAMAL ABDILAH - Kampung Gusai serta taklukannya seperti Salat,Chan,Sasok, Lancar,Magun,Kasah,Jijok,Tertil,Calouk dan Kuala Aur pastinya dalam ingatan.......dan wajah-wajah yang bermain dimata ....(yg masih idup atau yang doh pergi)... Aki Deris, Ailong Umor,Aiteh Baadu,Aki Isa,Aki Busu,Aki Mohamad Aiteh Lana..Aibong Majap, Ailong Tapo.. Aki Bakar,Pak Busu Yatim,Ayah Din Gitar..Aki Sintol. Pak Uda Sahar,Aiteh Por, Aiteh Item dan ....... ALFATEHAH utuk mereka yang dah pergi.

uRag dRrulug said...

mmmm, dalap ingatan..dalap kenangan

Anonymous said...

Via UD,

Akuq rasa aku kenal Cenderung Ular ini, sempat aku sekulah sama tapi laintingkat. Masa tu uniform sekulah seluar putih pendek, Cenderung Ular ini, banyak dah bulu betis nya. Apa e-mail Ong Cenderung Ular?, boleh aku kontek Ong... itu pun tak keberatan.


TK.

chenerong ular said...

salam anon 12:24,rsaa akuq rumoh hak ong tanyaeq belah derair padang sk tembeling dekat balai raya tuh dah tak adok,masek ke gon ne,lama amat dah tu baru tanyaq,nya runtuh gatek lah oh... anom 4:31 bukan akuq tak ambuah bagi ker ong email akuq tu,tapi aku rasaq kita tukar no hp lagi eleok,ong keluar dariq SMKT tahun berapa?