Pandangan Kg. Bantal dari tepi sungai
Istana Hinggap Sri Tembeling
Ulu Tembeling sedang membangun walaupun dalam skala yang sangat perlahan. Terima kasih kepada pemimpin-pemimpin yang telah berjuang untuk membangunkan kawasan pedalaman ini.
Terima kasih kepada Dato’ Wan Abu Bakar mantan Ahli Parlimen Jerantut yang telah berjaya mendapatkan peruntukan jalan raya ke Ulu Tembeling, walaupun kemudiannya telah dicuri oleh Khalil Yaakob untuk membina jembatan di Tanjung Lumpur di Kuantan. Tan Sri Khalil Yaakob, selama ini rakyat di Ulu Tembeling menyumpah serahan perbuatan khianat itu.
Supaya generasi baru di Ulu Tembeling tahu dan tidak lupa, perlu juga diingatkan bahawa arwah Wan Abdul Jalil telah banyak berjasa kepada penduduk tempatan kerana usaha beliau menyokong pembangunan disana. Tahukan kita bahawa tapak tanah dimana Balai Polis dan Klinik Desa dibangunkan adalah atas ihsan beliau? Bangunan Istana hinggap juga. Bahkan kemungkinan beberapa bangunan yang didirikan ditebing sungai juga adalah diatas tanah milik beliau.(Wallahhualam!)
Satu projek pambangunan sedang dijalankan di Kg. Bantal sekarang ini dan kontrektor berkenaan sama ada secara sedar atau tidak telah menggunakan tanah milik beliau sebagai tapak pengumpulan bahan binaan. Jikalau bukan di Ulu Tembeling dan jika bukan milik keluarga allahyarham. apakah dapat lakukan sebegini tanpa memohon secara resmi dan secara percuma pula? Kontraktor berkenaan harus juga sekali sekala menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.
Sedikitkah jasa beliau (Wan Abd Jalil) kepada kita? Malangnya, bangsa Melayu yang mudah lupa ini selalu melupakan jasa-jasa mereka yang terdahulu dari kita.Demi Allah, saya tiada hubungan dengan keluarga ini dan saya menulis ini bukan kerana nama, atau untuk mendapat pujian kerana mereka juga bukan mengenali saya, cuma sekadar mengingatkan diri kita khususnya saya sendiri bahawa ada pihak yang jasanya harus kita kenangi - sesekali.
Jika terima kasih dan penghargaan tidak dapat kita berikan kepada allahyarham yang sudah meninggal dunia, tidak dapatkan keraajaan memberikan penghargaan kepada waris beliau? Besar sangatkah darjat sebagai Dato’ untuk dikurniakan kepada warisnya? Atau tidak berpadanankah meletakkannya sebagai calon DUN Tahan dalam PRU13 nanti supaya kesinambungan budi dan jasa allahyarham itu akan dapat diteruskan?
Malangnya UMNO hanya memilih petualang sebagai pemimpin, kerana itulah UMNO semakin mereput dan busuk hingga ke usus.
Mohon sedekahkan Al-Fatihah untuk allahyarham semoga roh ditempatkan disisi Allah bersama-sama orang-orang yang soleh dan diberkati.
Ong mane tau kisoh ini sebab ong rase hanyeq keturunan bendahare ong tu hajeq yang berjaseq. Arwah berjaseq bukan setakat jiwe rageq kepada Almarhum Sultan Abu Bakar, tapi harte bende jugeq. Ape larh kalau nark banding dengan jaseq yang berhurmat hark ade ni? Mengabih ke utan ade larh! Tarok be mendeq harq urag akan ingat pade jaseq yang berhurmat ong tu natiq. Pukok kayu pon menyumpoh-nyumpoh!
18 comments:
Cenderung Ular,
maaf aku tork dapat nork siarkan kumen ong atas sebak tertentu...
Beoi amat tu.Zurik mana tau sejarah ni.Banyak juga jasanya Datok Wan Abu Bakar tu dulu.Banyak lagi jasanya dari YB yang WZWH agungkan tu
hahaha, ong yg kateq, bukan akuq oih!!
Salam UD,
Ong ni memang BUDO...bukankah Wan Jalil bin Tok Muda Wan Mustapha adik kepada datuk WZWH, Wan Mohd Hashim dan Dato' Wan Bakar tu sepupu datuk WZWH. Semua itu keturunan Bendahara Pahang. Apa mesej ong UD nak sampaikan kepada pembaca blog? Tidakkah ini mengelirukan orang!
salam ud,tak mengapa komen akuk ong tak buleh pamirkn atasa alasan tertentu,yang pentingnya bukan atas alasan keselamatan,hehehe.yang penting ong tau dan berceritaq apa yang benaaq belaka,HARIMAU MATI MENINGGALKN BELANG,MANUSIA YANG BERJASA MATI MENINGGALKAN NAMA UNTUK DIKENANG,MANUSIA YANG PERANGAI HUDUH MATI MENINGGALKAN UMPATAN,KEJIAN DI BELAKANG HARI,BANYAK LAGI CERITAQ YANG MUNGKIN KITA TAK TAU TENTANG PEJUANG BANGSA,YANG SANGGUP MENGHABISKAN HARTA BENDA,WANG RINGGIT HATTA NANYWA SEKALI PUN,tidak mencari kesempatan menceburi politik,ini lah yang patut di pelajari oleh pemimpin waktu ini, AL FATIHAH.. AMIN SEMOGA ROHNYA DAN PEJUANG2 TULIN KITA DERULUK DITEMPATKAN DI SISI PARA SUHADAH......
Hahaha, ade oih budo budo tu yok? Dieq dengki amat pasai UD lebih diterimeq sebagai penyampai suareq urag ulu temeling, mengalohkan dieq. Urag tork tau dan tork kenai dieq tu, kesian jugok yok?
salam urang drulug, cenderung ular,
oleh kerana saya blog berwajah, saya bagi pihak adik beradik, waris dan anak selilah wan abd jalil merakamkan jutaan terima kasih kerana buat posting mengenang jasa selilah. Mungkin bila Datuk Wan sudah tiada nanti, org akan kenang juga jasanya. Org berjasa tak payah bertempik2 minta org ingat, insyaAllah org akan ingat.
Masa arwah ayah Par iaitu ada beradik ayah Sahar masih hidup, dia ada cerita dia minta kebenaran selilah abah saya untuk pindah ke felda, abah saya tidak beri. Dia bagi alasan kerana dia tak ada tanah, mengikut ceritanya, selilah offer dia mana2 tanah selilah yg dia hendak, selilah abah akan tukar nama dia asalkan jgn pindah ke tanah rancangan. sambil dia bercerita dia menangis...
pemimpin dulu pastikan anak buah senang dan cukup makan baru dia makan. sebab tu masa tu UMNO disayangi. pemimpin sekarang terbalik, dia pastikan dia bruppp dulu, ada sisa2 turunkan ke anak buah, kalau tak pek lalu.
Salam,
Terima kasih abang STB, antara blogger yg sangat dihormati. Apalah saya blogger picisan ini, namun apa yg ingin saya lakukan adalah membangkitkan kesedaran masyarakat kita di pedalaman sambil mengangkat mertabat kita juga tidak menyimpan rasa rendah diri apabila berada di dunia luar. Saya berbangga dgn blog UD, dan saya berbangga dgn UT kerana menjadi sebahagian dari kehidupan
Salam UD,
Aku analisis posting Ong itu, maka akuq ngerti bahawa UD maksudkan Wan Samsuri, Penghulu Bandar Jerantut tu. Akuq 100 persen sukong sangat dia menjadi Calon DUN Tahan mewakili UMNO/BN. Belaiau sangat Semengah orang nya, baik pekerti , prihatin orang nya, berjiwa rakyat, yang penting dia bukan kaki pungkor dan pembobok, tidak bermuka-muka,.Yang aku takjud Handphone beliau tidak ringging bila sedang di gunakan. Beliau tak macam orang yang anak sepupu nya ,WZWH, sokong sangat tu...apa tu Dumpok. Lagi pun akuq tak pernah dengor dia mengaku keturunan Bendahara, makna nya dia tak membangga diri seperti WZWH.
UD, elok sangat mulai Sekarang kita promosikan Wan Samsuri disegenap kampong dalam DUN Tahan dan alor Tembeling... Bagaimana tentu disukung oleh CT, STB dan lain -lain nya. Izin Allah ,tentu Beliau menang punye. Harap MB Pahang mendengar nya.
TQ.
Salam UD,
Jadi lah ong membantai WZWH tu. Dia memberi Idea dan beri peluang kepada nya kerana pada aku dia sangat prihatin untuk membangun kan Lembah Tembeling. Cuba ong fikir akhir nya manfaat ong juga akan kecapi. WZWH itu orang cerdik dan fikiran jauh kedepan, selari dengan pandangan ADUN Tahan, semua untuk kepenting rakyat. Jadi elakn pertentangan dan rapatkan barisan.
akuk heran BENAR lah saudara UD,apa fakta yang mungkin mengelirukn pembaca blog yang saedara tulis dalam posting,JASA YANG MESTI DIKENANG,akuk rasa semua yang ditulis menapati fakta,jika tidak menepati fakta, saya sebagai urrang dhrrulug akan membetulkn apa yang saya fikir salah yang di tulis oleh saudara saya ud,jika tak percaya lagi tanya urrang tua yang ada lagi,macam ayah long zaman betul ke tak fakta yang ditulis,saya dah tulis berulang kali,yang betul kita kana kabor betul,yang tak betul kita cuba perbetulkn jika tak nok ikkut kita sanggah,kitaq semua bersaudara,jika tak satu keturunan,saudara sesama melayu,paling tidak yang duduk menghuni di kuching tuh kita hurmat dia sesama manusia,saya pun sedih dengan unggapan ganti nama yang diberikan kepada mereka,ingat jika di tureh badan kita warana darah tetap sama,yang membeza kan hanya kumpulan darah sesaorang,APA MOTIF DIA..................... WASALLAM
Salam.Saya amat bersetuju kalau Datok Wan samsuri tok penghulu kita tu jadi calon DUN Tahan.
Aku rase betul dah yg UD tulis ni, tak ada apa salahnya sama ada fakta atau dari sensitiviti masyarakat orang2 di UT. Apa lagi yg WZWH dan kroninya tak puas hati dgn blog UD kami pun tak faham, mungkin mereka rasa hanya mereka saja yang betul dan org lain semua salah.
Saya tak tau dan saya tak mau tahu sbb saya tidak peduli dia. Mundkin saya akan hentikan menulis blog ini baru akan memuaskan hati mereka nanti. Saya sdg fikirkan itu, bukan merajuk tetapi benci.
SaLam UD,WALAU PN ONG KABOR ONG BENCIQ dengan keadaan ini,walau pun nadanya macam merajuk ajaer,tetapi akuq haraap dok lah begituq,benci tapi rindu tork mengapa,demeq cara demeq,ong ada cara ong tersendiri,takkan ong nak biaurkan kamiq urrang drulug ne terkuntang kanteng begituq aja.kalau kita fikir benda kita buat tuh mulek dan betul dan sememangnya betul mengapa harus ong berhentiq menulis,PERISIP AKUQ SENANG URRUNG DHRULU,BENDA BETUL AKU SUKONG AMAT,KITA CUBA BENTERASKN AMBENDAQ YANG BATILL DAN BANYAK AMAT YANG TURK BETUL,CUBA ONG BACA APA AKUK TULUS DLAM BLOG AKU"PENGERTIAN HASAD DENGKI,BANYAK SALAH,AKU PON TAK PANDAI SANGAT KUMPUTER NE MINTAQ ONG BULEH TULUNG AJAR AKUQ,WASALLAM.....
Salam UD. Tok 4 Kuala Aur....
Akuq amat sukeq gambor hork ong letok tu... Barulah mengamborkan drrullug.Kisoh Arwah Wan Jalil dan sumbangannya kepada urrang hork duk drrulung memaang besor.Peranan dan pengaruh Arwah kepada masyarakat drullug amat dirasai.Apa-apa hal yang berkaitan dengan masyarakat ulug bergantung kepada kata putus arwah.Hitam kata dia hitamlah.....Akuq masih ingat masa akuq kecek dullug. Ayah akuq menjadi guru kelas dewasa aje.... Bila dah abis sekuloh akuq tanya ayah akuq kenapa masa tu ayah tork keluar dari ullug dan cari kerja diJerantut..... Ong tau apa jawapan yang akuk terima??.. Arwah aki tork bagi takut kena maroh dengan TOK MUDA dan WAN JALIL.....maka jadilah ayah akuq sebagai guru kelas dewasa hingga kelas tersebut ditamatkan oleh pihok kerajaan.....Berkaitan dengan pemilihan Wan Shamsuri sebagai calon ADUN Tahan...tu terserah pada UMNO Jerantut... Tork dapat dinafikan memang ada pro dan kontra.... cuma bagi akuq dia ni ada sedikit masalah untuk beramah mesra,bertegur sapa atau bertanya khabo dengan golongan pertengahan umur....mungkin tork kenal mana urrang dirullug mana urang hork dok drrilir.Berbeza seket dengan Dato Wan Bakor.... Tu... cuma pada akuq aje ... urang lain akuq tork tau.....
http://www.facebook.com/album.php?aid=24369&id=100000945118158&comments
habislah rakyat jerantut dah celik mata.. he3x.. satu perkembangan yang sihat..
salam UD,
saya bersetuju amat dengan topik jasa yang dikemukakan ini, sebenarnya soal jasa ini pemimpin-pemimpin umno jerantut ini tidak sensitif langsung, sejak dari pemimpin-pemimpin terdahulu lagi mereka tidak pernah mengenang jasa rakan-rakan yang sama-sama berjuang memperkuatkan parti
saya walaupun bukanlah orang awal dalam umno tetapi saya sentiasa menyelidik daripada orang-orang terdahulu dan saya juga pernah menduduki ajk pemuda bahagian sejak zaman hj kamaruzaman baria hinggalah ke zaman dato' azizan, dah ramai orang-orang berperanan penting mengangkat kekuatan parti ditinggal dan dibiarkan begitu sahaja seperti penolong setiausaha pemuda (orang yang sangat penting menggerakkan parti), naib-naib ketua pemuda dan jawatankuasa-jawatankuasa serta ahli-ahli yang menyumbangkan jasa kepada parti, saya masih ingat kepada beberapa orang yang berusaha dan bekerja keras semasa zaman kegemilangan pergerakan pemuda bahagian ketika itu iaitu cikgu hamidon bakar, ghaffar mutalib, mereka ini masing-masing pernah menjadi pen setiausaha pemuda dan naib ketua pemuda bahagian, kenapa mereka ini yang mempunyai pengalaman dibiarkan begitu sahaja...
oleh sebab itu saya tidak hairan kalau dikatakan umno ini semakin lemah kerana keadaan seperti ini menyebabkan mereka yang suatu ketiaka dahulu itu begitu kuat dan bersemangat apabila dilupakan dan dipinggir akhirnya mereka kecewa samada menyepi diri atau menyertai pembangkang, tepat sekali saranan tun mahathir, "melayu mudah lupa"...
Post a Comment