'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Tuesday, September 28, 2010

BELAJARLAH DARI KESILAPAN

 Parti Anu-arr, se Keluarga dan Rakan-rakan


Banyak blog-blog besar menulis tentang pemilihan PKR diperingkat cabang yang sedang menghadapi pelbagai masalah. Persaingan yang sengit, rasuah politik serta berlakunya kekerasan dan pergaduhan kerana merebut jawatan.


Tidak banyak bezanya diantara PKR dengan UMNO kerana PKR ini lahir dari usus UMNO yang telah membusuk sekian lama. Sejarah kronism serta politik wang didalam parti (UMNO) siapa yang memulakannya? Sehingga kehari ini barah yang dimulakannya telah meresap keakarumbi bahkan menjangkiti partinya sendiri yang ditubuhnya tidak berapa lama dulu. Baca blog Pentas UMNO Bandar Puncak Alam.


Jika Anu-arr ini ada dikalangan kita di Jerantut ini, maka dialah akan dinobatkan sebagai raja pemungkor. Mungkin juga dia boleh berpasangan dengan 'orang itu'.


Jangan kita tertawa dan persendakan pada apa yang berlaku pada PKR waktu ini, kerana sejarah itu akan berulang dan mungkin akan terjadi juga pada kita. Mentelah pula barah yang menyerang UMNO sudah sampai keakarumbi.


Siapa berani menafikan mereka tidak terlibat dalam politik wang dalam pemilihan yang lalu? Kerana apa calon sanggup menabur wang ringgit untuk mendapatkan jawatan? Kerana apa pula perwakilan sanggup bermati-matian berebut untuk menjadi perwakilan ke bahagian? Bukankah semuanya kerana wang? Siapa sayangkan UMNO?


Apakah menerima rasuah politik bukan satu kesalahan? Memang nanti akan ada sedikit perbezaan didalam pemilihan akan datang tetapi peribahasa Cina menyatakan 'Tidak ada tembok yang tidak dapat ditembusi oleh peluru emas'. Mari kita fikirkan dan berusaha untuk berlaku adil dengan menyayangi UMNO. Pertama jangan kita menerima apa-apa sumbangan untuk ditukarkan dengan undi kita. Kedua, jangan kita memilih pemimpin yang jelas cuba membeli undi dari kita. Ketiga, mengundi hanya kerana kita yakin pemimpin itu dapat melakukan kerja dengan baik.


Maaf, saya tidak yakin kepada apa yang dapat dilakukan oleh sebahagian besar dari AJK Bahagian yang terpilih dahulu, dan memang benar, mereka hanya berdiam diri dengan tidak berbuat apa-apa.


Ketua Penerangan patut melepaskan jawatan kerana gagal berfungsi baik yang sepatutnya sudah mampu membina blog resmi UMNO Bahagian Jerantut bagi menepis segala tohmahan. Blog DUN Tahan sudah bersawang kenapa terjadi demikian? Kita tidak akan mampu berjuang seorang diri, jangan fikir kita dapat melakukan segalanya sendirian.


Sepatutnya UMNO Bahagian sejak awal dulu berusaha untuk memonitorkan blogger yang ada atau mewujudkan kumpulan blogger bagi mempertahankan UMNO, kenapa tidak mampu dilakukan? Pak Lah juga dulu sudah salah tafsir terhadap kemampuan blogger dan media sosial dalam mempengaruhi rakyat. Kesilapan itu kita teruskan sehingga akhirnya menjadikan satu kebodohan kerana tidak mampu belajar dari kesilapan itu.

2. Memang blog SPU sudah tidak dapat dilawati lagi, tapi kita masih boleh melawati blog UMB Jerantut yang sama fungsinya dengan SPU untuk membolehkan kita keblog-blog lainnya. Url:  http://umbjerantut.blogspot.com


Maseq kechik akuq mencibet papan batu ke sekuloh. Maseq neh urag mencibet laptop larh pulok. Kalau bute IT kite bulih belajor, tapi kalau bute hatiq...tarok ape larh bulih de buat. Tapiq sesape cik gu sekuloh tu kena larh beringat jugeq jangan sapai lupe nork mengajor keraneq berblog...isuk kena buang kije lagi pulok....

2. Pengundianth maseh bejalanth. Undilah uRag dRrulug, blog hark yang membawa suare rakyat derulu Tembeling. Suare sebenor rakyat ontok rakyat. Kalau blog UD akan kena tutup juge nati, tork mengape kerana ini larh namanya perjuangan.




6 comments:

Helang Buana said...

Betul, betul, betul...
Macam mana nak menyedarkan semua orang, nak memutihkan hati yang dah berkerakah? Hanya doa yang mampu dilakukan, kerana kesedaran datang dari dalam.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam UD,
Kedua-dua blog Urag Drrulug dan blog WZWH sebenarnya mewakili suara orang Ulu Tembeling.
UD-mewakili suara akarumbi, ketidakpuasan hati, harapan Ulu Tembeling
WZWH-mewakili pemikiran pemerintah, pemikiran wawasan Perdana Menteri, Perancang pembangunan kemajuan Ulu Tembeling.
WZWH boleh mempengaruhi NETWORK WZWH untuk ramai-ramai mengundi poll dan memenangi poll tapi buat apa? Biarkan orang menilainya secara natural.
Apa yang buat UD rasa WZWH begitu berkuasa menutup blog UD sepertimana nasib yang menimpa blog SPU? Adakah UD rasa blog UD akan ditutup?

uRag dRrulug said...

Sebenarnya saya tak merasa WZ berkuasa apa-apa, poll yg sedang dijalankan ini bagaimana sekalipun saya pasti akan menang, tp kenyataan saya buat itu berdasar pada komen diblog ini juga yg menyatakan bahawa wz yg berpengaruh yg sebabkan SPU ditutup akan akan menutup juga blog UD, mari kita tinggu dan lihat.....

Anonymous said...

Salam.Sapa yang nak pandang UMNO kalau UMNO masih menyimpan pemimpin pemimpin yang haprak? Kalau nak UMNO kelihatan relevan kenalah buang pemimpin yang haprak tu dulu dan bersihkan UMNO dari rasuah.Barulah rakyat akan menerima UMNO seperti dulu

chenerong ular said...

Untuk menyedarkan semua orang sebagaimana yang cg pian sebutkan memang amat rumit,jika kita dapat menyedarkan 1/2 dari kalangan mereka2 pemimpin politik,ahli2 sesebuah pati politik,penyokong individu yang berpengaruh yang di gelar pemimpin,hatta diri kita sendiri,keluaraga kita,sahabat kita,bukan senang untuk kita melaksanakn perkara yang baik2 seperti apa yang di tuntut agama,kita tau,perkara itu salah tapi kita sendiri lakukn,ini adalah berpunca dari hati,mulut cakap atau tuturkan perkara2 yang elok2,hati mungkin berkata yer betul,tapi bila sampai saja untuk melaksanakn sudah jadi lain,masa itu lah terbayangkn penyokong2 mungkin akan berpindah ketuan lain dan bermacammacam lagi,muhasabah diri lah kita,baik orang politik,ketua keluarga,atau apa sajalah,jangan nafsu,keraskusan kita mengejar kepentingan sahaja merosak kan seluruh sturktur KETUANAN MELAYAU DIBUMI MALAYSIA INI YANG TELAH CANTIK DI BINA OLEH PEMIMMPIN YANG TERDAHULU DARI KITA,kerana waktu dahulu pemimpin tidak mengejar apa,tapi sekarang berbeda kita berlumpa untuk mengejar sesautu,iaitu kuasa yang bisa membina kekayaan.

Ri~Kuala Pengor said...

Salam semua,,
Macam arnab dengan resin(sejenis kura2)berlumba. Bila arnab dah sedar dirinya akan kalah walaupun terbukti dan sahih dia lebih laju dari resin..menda lagi yang hendak di kata(jgn main elatla, takut ke Allah gatek). Dari segi teori dan fizikalnya mustahil arnab yang akan kalah...sebab teorinya arnab belajo sampai ke ober sea. Resin belajo kat sg tembeling aje. Fizikalnya arnab ni keturunan bendahara, berjeket kulit, kadang berjeket dan berneat tai...isshh memang bergaya dan kaya orangnya. Resin ni harap ke cengkerangnya aje la. Kena ancaman, masuk semua kepala, kaki tangan ke dlm cengkerang. Tapi InsyaAllah selamat(tak perlu kekayaan dan gaya). Panjang lagi gubahan cerita ni, tak perlu abiskan, bagi orang lain menekanya dan merekaciptanya. Saya pesan ke arnab jgn aniaya orang dan jgn angkuh...Allah marah. Pesan pada resin, jgn gila kuasa, harta dan angkuh bila bertukar cengkerang. Bila bertelo di pasir, tanam molek2, jgn bagi org usik telo yg menyambung zuriat sungai tembeling.